Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2016

TARIKH : 6 MEI 2016 ( JUMAAT)


MASA :12.10 tengah hari
TEMPAT :Bilik Gerakan

KEHADIRAN:

1. PN. KAMARIAH BT ABDUL MANAP ( GPK PENTADBIRAN)


2. CIK MASTURA BT BAHARUDIN (KETUA PANITIA )
3. PN. ZURAIMAH BT ARSHAD

1. UCAPAN ALU-ALUAN GPK PENTADBIRAN-PN. KAMARIAH BT ABD MANAP

1.1 Ucapan salam keagamaan dan bacaan Al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana dapat menghadirkan
diri dalam Mesyuarat Panitia Sains Kali Ke-2 2016.Semoga apa yang akan dibincangkan
nanti akan memberi lebih banyak manfaat terutamanya bagi panitia sains dan khususnya
untuk kebaikan semua pelajar sekolah ini.
Tindakan : Makluman
2.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Cadangan : Cik Mastura Bt Baharudin

Sokongan : Pn. Zuraimah Bt Arshad

3. PERKARA BERBANGKIT.

4.1 Tiada.
4. AGENDA MESYUARAT

4.1 ANALISA UJIAN 1 (MAC) TAHUN 2016

4.1.1 Puan Zuraimah membentangkan analisa keputusan Ujian 1 tahun 2016 bagi setiap
kelas. Rujuk lampiran.

Tindakan : Makluman
4.1.2 Antara masalah yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

Tahap 1

Murid yang gagal dalam ujian belum menguasai kemahiran 3M.

Murid menjawab soalan dengan tidak membaca dan memahami soalan.

Murid terlalu bergantung dengan pembacaan arahan soalan dari guru yang bertugas
menjaga ujian.

Tahap 2

Murid masih kurang menguasai kemahiran proses sains.

Murid tidak membaca soalan dengan teliti.

Murid masih kurang terdedah dengan soalan berbentuk ujian atau pentaksiran.

4.1.3 Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang dicadangkan dalam mesyuarat:

5.1.3.1 Memperbanyakkan latihan.

5.1.3.2 Menyertai program motivasi dan kelas bimbingan

5.1.3.2 Menyertai program seperti Belajar cara Belajar

Tindakan: Guru Matapelajaran


4.2 Profesional Learning Communities (PLC)

4.2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia di atas kerjasama kerana dapat
menjalankanPLC(lesson study) bagi PdP tahun 6A pada 9 April 2016. Laporan
hendaklah diserahkan kepada Penyelaras PLC.

Tindakan :KetuaPanitia

4.2.2 Learning Walksdijalankan pada 22 April 2016.Kelas yang dipilih untuk strategi ini ialah
Tahun 2 Arif iaitu semasa fasa perkembangan pelajaran yang mana ia berfokus kepada
aktiviti murid.

Tindakan :Makluman

5.Hal-hal lain.
5.1 Pencerapan dan penyemakan buku latihan murid akan dilaksanakan mengikut jadual yang
telah diedarkan.
Tindakan : Guru Matapelajaran
5.2. Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun perlu disediakan oleh guru matapelajaran kecuali
bagi Tahun 6 dan 5A.

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana sudi melapangkan
masa menghadiri mesyuarat panitia Sains kali ke-2 pada tahun ini.Beliau juga
mengingatkan semua guru supaya saling bekerjasama memajukan panitia ini disamping
bertukar-tukar idea tentang pengajaran dan pembelajaran.
6.2 Beliau mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan surah Al- Asr dan Tasbih Kifarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Urus setia Mesyuarat) (PN. KAMARIAH BT ABDUL MANAP)

GPK PENTADBIRAN

You might also like