Adat Resam Kaum India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Adat Resam Kaum India

Pengenalan
Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga
salah satu kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan sesebuah
masyarakat majmuk di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat
India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di
amalkan olehmasyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran
dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga
terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut
hanyamemaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sejarah
Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan
daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan
British di Tanah Melayu.

Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang


lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty
Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan


perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan
lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta
rakyat.

Perkahwinan masyarakat India


Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui
perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu
vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana
perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat
restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian
atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak
kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji
gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi
suami isteri

Kematian
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran
semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun
selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi
kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan
dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini
pelbagai adat di tentukan.

Upacara menanggalkan thaali.


Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa
berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali
iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri
setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci
dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang
terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan
tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee
pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara
tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan
mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai
tanda penghormatan.
Kollic catti.

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi


api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah
kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak
ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah
meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang
membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic
catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur
rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang


tersendiri bagi kaum mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka
merayakan perayaan mereka seperti deepavali,thaipusam,dan
ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut
hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan
mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan
menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka
bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang
membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan
dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal pula,perayaan
ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak
menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada
tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil
tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka
yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap
sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama
mereka.

You might also like