Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.8 RAGAM AYAT

 Ayat dalam bahasa melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.
 Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yang berkaitan dengan
konstituen subjek dan predikat.

4.8.1 AYAT AKTIF

Definisi
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang
digunakan.

Contoh ayat aktif ialah :

AYAT SUBJEK KATA KERJA


Saya menyaksikan kemalangan itu berlaku Saya Menyaksikan
Dia mengelamun sepanjang hari Dia Mengelamun

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :

a) Ayat Aktif Transitif


Ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja transitif
yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Transitif Objek
Pekerja itu Mencuci Bangunan
Air hujan Membasahi Bajunya
Taufan Memusnahkan Harta benda
Anak ayam Mencari Ibunya

Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi 2 objek sebagai penyambut,
iaitu objek tepat dan objek sipi, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek Sipi
Guru Menghadiahi Muridnya Jam tangan
Ibu Menjahitkan Adik Baju kurung
Abang Membelikan Emak Beg tangan

Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif.
Objek sipi ialah yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Ayat aktif transitif yang mengandungi 2 objek ini boleh diubah binaannya seperti berikut :
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama
Guru Menghadiahkan Jam tangan Kepada muridnya
Ibu Menjahit Baju kurung Untuk adik
Abang Membeli Beg tangan Untuk emak

Dalam contoh di atas objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu
terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, objek sipi yang asal menjadi objek
tepat yang baru.

b) Ayat Aktif Tak Transitif


Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang
frasa nama sebagai objek atau penyambut.
Ayat ini dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :

i. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan


Ayat ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, iaitu boleh dikekalkan atau
ditiadakan, contohnya :
 Pekerja sedang berehat di bawah jambatan.
- Pekerja sedang berehat.
 Pokok itu membesar dengan cepat.
- Pokok itu membesar.

ii. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ayat ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan, contohnya :
 Bas itu menghala ke timur.
- Bas itu menghala
 Penyakitnya beransur sembuh.
- Penyakitnya beransur.

Ayat di atas menunjukkan ayat yang tidak gramatis dan tidak sempurna maksudnya kerana unsur
keterangan tidak boleh ditiadakan.

4.8.2 AYAT PASIF

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Definisi
Ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan, contohnya :

CONTOH AYAT PASIF


Bangunan dicuci oleh pekerja itu
Bajunya dibasahi oleh air hujan
Buku itu kami baca

Pada umumnya, ayat pasif dalam bahasa melayu terbahagi kepada 3 bentuk yang berikut :

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif


Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-, contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Pasif Oleh + FN Keterangan
Akhbar itu Sudah dibaca Oleh bapa Semalam
Makanan itu Dimasak Oleh emak Sebentar lagi
Rumahnya Terbina Oleh jurubina Dalam masa setahun

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas, kata sendi nama
oleh secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat, contohnya :
 Akhbar itu sudah dibaca bapa semalam
 Makanan itu dimasak emak sebentara tadi

Hal ini berbeza dengan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ter-, iaitu kata sendi nama oleh
tidak boleh digugurkan kerana boleh menjejaskan maksud ayat dan dianggap tidak gramatis atau
sempurna, contohnya :
 Rumahnya terbina jurubina dalam masa setahun

Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke- …-an.
Dalam ayat demikian, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan, contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Murid-murid itu Kehujanan sepanjang hari
Mereka semua Kegusaran
Sapu tangannya Bersulam dengan benang emas
Kasut sekolahnya Belum basuh

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama orang kedua

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Ayat ini menggunakan kata ganti nama seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda kami dan kita yang
diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar.
Kata ganti nama diri sedemikian tidak boleh menerima kata kerja imbuhan di- dalam ayat pasif,
contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Pasif dengan Keterangan
KGD I/KGD II
Bukunya Sudah saya kembalikan Semalam
Kejayaan ini Akan kita raikan Bersama-sama
Hutangnya Belum kaujelaskan Sepenuhnya
Barang itu Mesti awak pulangkan Kesemuanya

c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
awalan.
Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian boleh secara pilihan digugurkan, contohnya ;

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata kena Kata Kerja Dasar oleh + frasa nama
Barang itu Kena Rampas Oleh kastam
Pencuri itu Kena Pukul Oleh penduduk kampung
Permata itu Kena Curi Oleh perompak
Mereka Kena Marah Oleh guru

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like