Forum 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Forum 4

1.0 MAKLUMAT SEKOLAH SAYA

NAMA SEKOLAH : SJK (T) TUN SAMBANTHAN, SEKOLAH WAWASAN


ALAMAT SEKOLAH : KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, USJ 15,
PERSIARAN KEWAJIPAN, SUBANG JAYA.

2.0 KONSEP SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama


dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau
tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap
sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung (link-way).
3.0 Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan


latar belakang
Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan
jayanya iaitu:

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak


Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

5.0 Organisasi sekolah (kepimpinan)

A. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar
masing-masing.
B. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah,
lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan
terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
C. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,
Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain)
bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.
D. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah
berkenaan.
E. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara
bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.
F. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari
setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan,
keceriaan dan keselamatan sekolah.
G. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari
Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau
dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga
Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).
H. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam
urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan
kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.
I. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti
pelbagai kaum.

Kurikulum dan Bahasa Pengantar

A. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di


Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa
Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
B. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi
jenis aliran sekolah.
C. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran
sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah
ditetapkan.
Kokurikulum
A. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah
Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.
B. Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan oleh sekolah masing-masing.
C. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti
kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah
masing-masing.
Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah
wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang
mempunyai ramai penyertaan.
D. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah
digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari
Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan
acara-acara tersebut secara berasingan.
E. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa
Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu
diperjelaskan.
F. Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan
perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

4.0 Masalah sosial yang paling ketara

Konsep Sekolah Wawasan mendapat bantahan daripada segelintir anggota masyarakat .


Masyarakat Cina membantah kerana mereka menganggap Sekolah Wawasan akanmenghapuskan
identiti dan bahasa ibunda mereka. Masyarakat Melayu juga membantah kerana
merekamendakwa Sekolah Wawasan akan menjejaskan identiti Sekolah Agama Rakyat oleh
sebab agama Islamtidak dapat diajarkan sepenuhnya di Sekolah Wawasan. Sikap cauvinis inilah
yang merupakan halangankepada usaha kerajaan untuk memperluas konsep Sekolah
Wawasan.Pembinaan Sekolah Wawasan juga didakwa akan membebankan kerajaan dari segi
kewangan.Kini,harga tanah semakin tinggi dan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang
besar untuk membelitanah bagi pembinaan Sekolah Wawasan. Kos pembinaan Sekolah Wawasan
yang lengkap dengan kemudahan canggih juga pasti tinggi. Tambahan pula,Malaysia
menghadapi kegawatan ekonomi ekoranekonomi dunia yang meleset. Oleh itu,kerajaan harus
memperuntukkan wang yang lebih untuk tujuan memulihkan serta mengukuhkan ekonomi
Negara daripada membina Sekolah Wawasan.

Sebagai kesimpulannya,Sekolah Wawasan amat penting kepada masa depan Negara.


Walaupun terdapat bantahan daripada pihak-pihak tertentu,kerajaan bertekad akan terus
membina Sekolah Wawasan yang lebih banyak di seluruh Negara demi memupuk perpaduan dan
integrasi kaum.

5.0 Interaksi antara guru-guru dan guru-pelajar.


Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah
menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya
berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka
berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah
untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran
Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan
Tamil. Walaubagaimanapun, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini telah ditentang oleh
pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina kerana bimbang sekiranya kewujudan sekolah
tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan
pelajar daripada aliran berkenaan. Secara tidak langsung hal ini akan mengganggu, membantut
dan menjejaskan perkembangan serta kewujudan SRJK Justeru, sebuah badan bertindak yang
dikatakan mendapat sokongan lebih dua ribu buah pertubuhan Cina iaitu rayuan Pilihan Raya
Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) telah membuat desakan kepada pihak kerajaan pada
20 Disember 2000 supaya membatalkan rancangan Sekolah Wawasan di dalam Tuntutan 17
perkaranya. Malahan, persatuan ini juga telah menuntut banyak lagi perkara yang berbaur
perkauman. Manakala parti MCA dan Gerakan pula meminta supaya pihak Kementerian
Pendidikan memberikan penjelasan kepada masyarakat Cina berhubung kekeliruan dan
kebimbangan yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan. Kebimbangan
yang disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri
serta identitinya sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di dalam Sekolah
Wawasan ini masih lagi mengekalkan sistem pembelajaran serta kurikulum sedia ada. Dengan
kata lain SRJK Cina, Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada di dalam keadaannya yang asal.
Jadi, penempatan penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama tidak
boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha untuk menghapuskan SRJK. Apa yang lebih pentig di sini,
penempatan ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan
integrasi kaum pada peringkat primer lagi. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat
dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan
pelajar-pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain
bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta
semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti
akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan merupakan suatu kaedah terbaik
bagi merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan
jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara kita. Penempatan SRJK mengikut
tempatnya menjadi punca polarisasi kaum di negara ini. Pihak penjajah Inggeris wajar
dipersalahkan dalam soal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab membuat penempatan
yang sedemikian rupa melalui dasar pecah dan perintah yang dilaksanakannya. Menerusi
perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini, kita berharap interaksi secara face to face yang
berlaku di kalangan pelajar dari pelbagai aliran ini dapat menjadi perintis ke arah melahirkan
sebuah bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya. Masyarakat Cina dan India tidak
seharusnya berasa takut dengan perlaksanaan Sekolah Wawasan ini kerana hal ini tidak
menjejaskan penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda pelajar pelajar SRJK. Ketegangan
hubungan kaum dan masalah yang berkaitan dengan etnik di negara kita sebenarnya berpunca
daripada sikap prejudis serta perasaan curiga lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang
terjalin di antara mereka. Sebarang usaha ke arah integrasi nasional dan perpaduan kaum tidak
boleh dilihat sebagai percubaan untuk membunuh atau menghapuskan budaya, bangsa, dan
identiti sesuatu kaum. Dalam hal ini semua pihak harus meletakkan kepentingan nasional dan
negara pada kedudukan yang paling utama daripada kepentingan peribadi atau kaum masing-
masing. Ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dukungan kepada usaha-usaha
yang dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan kaum yang terdapat di negara kita.

5.0 Secara Kesimpulannya

Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu,
bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah
bahagi terhadap bangsa dan negara.

Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan
oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana
matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang
bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.
6.0 Rujukan

1. Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Thinker's Library Sdn. Bhd.
2. Azizi Yahaya et. al. Sekolah Wawasan: Sejauhmanakah Mampu Melahirkan Generasi
Bersatu Padu di Masa Akan Datang.
3. Mohd Salleh Lebar, (1998). Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin
Enterprise.
4. Mohd. Salleh Lebar, (1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :
Quantum Books.
5. Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan.
6. Utusan Malaysia, 16hb Dis. 2000. Kekeliruan Konsep Sekolah Wawasan
7. Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

Link-link

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/474-apa-itu-
1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-diutamakan.html 29 Aug 2012

Laporan Mesyuarat. Dewan Rakyat Malaysia. 11 Disember 2000.www.parlimen.gov.my

http://search.incredimail.com/?
q=17+tuntutan+Suqiu&pr=&lang=english&cid=1&source=016104051043105&gc=my
pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenis-jenis/1199-sekolah-
wawasan.html - 25k - Similar pages

You might also like