Tutorial Moral 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN TUTORIAL (MPU3102)- PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

1. Perkataan benar boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kebenaran yang mutlak, kenaran secara
saintifik dan kebenaran secara relative.
a. Berikan perbezaan beserta contoh di antara kebenaran yang mutlak dengan kebenaran
secara saintifik.

Kebenaran yang mutlak Kebenaran secara saintifik


Kebenaran yang hakiki dan sejati Kebenaran yang boleh dibuktikan dengan
fakta/maklumat yang dikumpul dan
dianalisis secara saintifik
Merupakan acuan/standard bagi apa yang Statistik digunakan untuk meningkatkan
dihuraikan dengan kebenaran relatif. darjah kebenaran yang lebih tepat dan
terperinci
Bersifat universal(untuk semua orang, Tidak bergantung kepada kesedaran otak,
tiada pengecualian) atas kepercayaan dan tetapi kenyataan yang sah & tepat dan
amalan masing-masing boleh diuji berulang kali
Kekal melintas masa dan ruang, tidak Dibatas masa dan ruang(maklumat yang
berubah-ubah, tidak berganti diperakui betul pada suatu ketika mungkin
digulingkan selepas satu maklumat baharu
ditemui dan disahkan)
Integral(tiada konflik di dalamnya), tanpa Terdapat teori-teori yang bercanggah dan
salah kemungkinan berlakunya kesalahan
Contoh: Contoh:
Ajaran agama- kepercayaan kepada Tuhan Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa
dan menurut ajaran agama merupakan planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54
tugas kebenaran mutlak. bilion tahun yang lalu, dan kehidupan
Orang Islam perlu berpuasa wajib sebulan
muncul di permukaannya di dalam tempoh
pada bulan Ramadhan.
satu bilion tahun.

b. Bagaimanakah kebenaran secara relatif berbeza dengan kedua-dua jenis kebenaran di atas?
Perbezaan antara kebenaran mutlak, kebenaran relatif dan kebenaran saintifik.

Kebenaran yang mutlak Kebenaran secara saintifik Kebenaran secara relatif


Kebenaran yang hakiki dan Kebenaran yang boleh kebenaran manusia dari
sejati dibuktikan dengan sudut pandang kita sendiri
fakta/maklumat yang yang terhad terhadap
dikumpul dan dianalisis kebenaran mutlak
secara saintifik
Menyatakan keseluruhan Menyatakan maklumat Memahami sesuatu sebatas
realiti secara objektif yang ditemui dan disahkan pengertiannya sendiri
berdasarkan bukti-bukti
tertentu
Merupakan acuan/standard Statistik digunakan untuk Hanya ada satu kebenaran
bagi apa yang dihuraikan meningkatkan darjah mutlak, yang bersifat
dengan kebenaran relatif. kebenaran yang lebih tepat objektif, yang dikelilingi oleh
dan terperinci banyak kebenaran relatif
yang bersifat subjektif
Bersifat universal(untuk Tidak bergantung kepada Terdapat perbezaan antara
semua orang, tiada kesedaran otak, tetapi kaum/bangsa (adat resam
pengecualian) kenyataan yang sah & tepat tersendiri), generasi-
dan boleh diuji berulang kali generasi
Kekal melintas masa dan Dibatas masa dan Dibatasi oleh ruang dan
ruang, tidak berubah-ubah, ruang(maklumat yang masa, selalu berubah
tidak berganti diperakui betul pada suatu berganti.
ketika mungkin digulingkan
selepas satu maklumat
baharu ditemui dan
disahkan)
Integral(tiada konflik di Terdapat teori-teori yang Tidak mahatahu (artinya
dalamnya), tanpa salah bercanggah dan banyak hal yang tidak
kemungkinan berlakunya diketahuinya), boleh salah
kesalahan

2. Terangkan sifat-sifat yang terdapat dalam Pemikiran Intuisionis?


Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya
memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara
intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau
pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran
ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran
intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah
mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau
isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu
terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan
dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka
berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di
hutan, baru kutahu luasnya bentara.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.
Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran
pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan
janji-janji manis lelaki hidung belang.
Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian
mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu
memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak
akan bekerjasama dengannya.

You might also like