Contoh Minit Mesyuarat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TERHAD

Bil.salinan....10

Kem Perdana Sungai Besi


Akademi Latihan Ketenteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
57000 KUALA LUMPUR

Tel:03-29121333

Samb: 3580

UPNM/J LEKIR/AM/3021/3( )

Lihat Agihan

MINIT MESYUARAT BULANAN BATALION LEKIR BAGI TAHUN 2015 PADA 03


SEPTEMBER 2015 PADA JAM 2100 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT BATALION
LEKIR

Hadir :
Lt Azrul Shahril bin Alias Pen Ket Batalion Pengerusi
Kapt Luqman Hakim bin Sahar Ket Komp Bravo
Kapt Mohd Shahir bin Sharibudin TUDM Ket Komp Delta
Peg Kdt Kpl Syahidatunnur binti Semaon Pemangku Ket Bendahari
Peg Kdt Muhammad Nur Aiman bin Adam Pen Ket Bendahari
Peg Kdt Heera Devi a/p Kumaravel Bendahari 2012
Peg Kdt Muhamad Alif bin Norzaman Bendahari 2013
Peg Kdt Atikah Azdllina binti Kasman Pen Bendahari 2013 Setiausaha

1. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat yang hadir
ke mesyuarat bulanan bagi tahun 2015. Pengerusi memaklumkan mesyuarat ini
berlanjutan daripada Mesyuarat Bendahari Majlis Tertinggi ALK berhubung
permasalahan pembayaran yuran WPK.

2. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan bagi penambahbaikan sistem pengurusan


kewangan Batalion Lekir.Transaksi yang berlaku di dalam akaun batalion mestilah
mempunyai sumber dokumen sokongan yang sah untuk dijadikan sebagai bukti dan
rujukan sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang aktiviti penyelewengan atau
pecah amanah berlaku.

TERHAD
TERHAD

TINDAKAN
PERKARA 1: PERKARA-PERKARA BARU

3. Sistem Pembayaran Yuran Wisma. Pengerusi


berkehendakkan sistem pembayaran yuran wisma dilakukan
mengikut tahun pengambilan. Hal ini untuk memudahkan tugas
bendahari untuk melakukan kutipan yuran wisma Batalion Lekir TINDAKAN
setiap bulan.

4. Keputusan. Semua ahli bersetuju dan perkara tersebut akan Semua


dilaksanakan di masa akan datang.Pengerusi menyatakan bahawa
perkara dapat dilaksanakan dan akan dibawa ke peringkat
seterusnya. Semua yang hadir ambil maklum.

5. Hutang atau Tunggakan Pembayaran. Pengerusi


berkehendakkan semua hutang tertunggak perlu diselesaikan
mengikut perjanjian pembayaran. Sekiranya ia tidak diselesaikan,
tindakan tatatertib akan diambil.

6. Keputusan. Semua bersetuju dan ambil maklum. Semua

7. Pembukaan Buku Akaun Batalion Lekir. Pengerusi


mencadangkan bahawa satu akaun diwujudkan dibawah nama
Batalion Lekir bagi memudahkan aktiviti transaksi kewangan
dilakukan. Ia adalah sebagai langkah keselamatan bagi memastikan
bahawa keselamatan kewangan batalion berada ditahap tertinggi.

8. Keputusan. Semua bersetuju dan perkara tersebut diambil Semua


tindakan dengan kadar segera.

9. Pembayaran Melalui Cek. Ketua Kompeni Delta


mencadangkan bahawa setiap pembayaran yang dibuat oleh
Pegawai Kadet mestilah melalui secara tunai. Pembayarann yuran
wisma ke WPK adalah menggunakan cek dan salinan cek tersebut
akan dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.

10. Keputusan. Pengerusi berkehendakkan perkara tersebut


dilaksanakan. Semua yang hadir ambil maklum.

11. Pemberian Resit Pembayaran Kepada Setiap Pegawai Kadet.


2

TERHAD
TERHAD

Pengerusi berkehendakkan bahawa setiap pembayaran dilakukan


oleh Pegawai Kadet hendaklah disertakan dengan resit. Hal ini
bertujuan untuk dijadikan simpanan dan rujukan peribadi setiap
Pegawai Kadet.
Semua
12. Keputusan.Semua bersetuju dan ambil maklum. TINDAKAN

13. Senarai Nama Pegawai Kadet. Pengerusi berkehendakkan


senarai nama Pegawai Kadet dikelaskan dengan menggunakan buku
rekod sebagai rujukan semua pihak.
Semua
14. Keputusan. Semua bersetuju dan ambil maklum.

PENUTUP

15. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua yang hadir
dan berharap agar segala perkara yang dibincangkan akan diambil tindakan yang
sewajarnya. Setelah selesai pembentangan usul penambahbaikan sistem kewangan
batalion, mesyuarat ditangguhkan pada jam 2230.

ATIKAH AZDLLINA BINTI KASMAN


Peg Kdt
Setiausaha

Agihan:

Luar:

Tindakan:

WPK
(Untuk perhatian:Pengurus Wisma)

Dalam:

Tindakan:

Kompeni Alpha
3

TERHAD
TERHAD

(Untuk perhatian: PRM Muhammad Izzat Husaini bin Mohd Zaki)

Kompeni Bravo
(Untuk perhatian:PRM Muhammad Danial bin Najib)

Kompeni Charlie
(Untuk perhatian:PRM Wan Hakimin bin Wan Zu)
Kompeni Delta
(Untuk perhatian:PRM Nurafifa Aziah binti Mazlan)

Salinan kepada:

Ketua Batalion
Penolong Ketua Batalion

Maklumat:

Komandan
Pengarah ALK
Ketua Jurulatih

TERHAD

You might also like