Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Jadual Perbezaan Individu dari Aspek-aspek Profil Pelajar

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan dan kepelbagaian yang


berbeza. Setiap perbezaan ini yang memerlukan setiap guru memahami sikap dan kelakuan
murid-murid tersebut di dalam bilik darjah. Sesetengah murid mempunyai tahap keupayaan
penerimaan dalam topik yang dipelajari adalah berbeza. Maka guru perlu memerhati setiap
kelebihan dan kelemahan setiap muridnya. Menurut Dictionary of Psychology (1973),
perbezaan individu merupakan variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan
lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.
Jelaslah di sini bahawa, konsep perbezaan individu itu adalah unik dan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri.

Pada tarikh 12 Mac 2017 sehingga 16 Mac 2017 yang lalu, saya telah ditugaskan
untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa. Dalam tugasan kali ini, dibawah subjek Murid dan Pembelajaran
(EDUP3033) saya perlu mendapatkan profil murid yang mempunyai perbezaan dari segi
latar belakang dua orang murid. Pelajar A yang dipilih merupakan pelajar cemerlang dari
segi akademik manakala pelajar B merupakan seorang murid yang lemah dalam akademik.
Di samping itu, saya juga menjalankan kajian ini dengan melakukan pemerhatian terhadap
tingkah laku kedua-dua murid tersebut dan gaya pergaulannya dengan orang-orang
disekeliling mereka.
Berikut merupakan jadual perbezaan individu antara murid A dan murid B :
MURID A ASPEK PERBEZAAN MURID B

Qistina binti Ahmad Nama Nur Hasanah binti Razali


11 tahun Umur 11 tahun
Perempuan Jantina Perempuan
Kecil Saiz badan Kecil
5 Zamrud Kelas 5 Firus
Cemerlang Pencapaian Pencapaian Lemah
akademik akademik
Aktif Penglibatan Kognitif Penglibatan dalam Sederhana
dalam PdP PdP
Petah Kepetahan Kepetahan Petah
bercakap bercakap
Sederhana Kemampuan Mengawal Sederhana
Emosi

2.0 Kepentingan dan Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan


Pembelajaran

Setiap guru yang berhadapan dengan murid-muridnya di dalam bilik darjah pasti
akan merasai perbezaan personaliti dan tingkah laku setiap muridnya. Terdapat sesetengah
murid akan menunjukkan sikap introvert atau ektrovet di dalam bilik darjah. Perbezaan
individu ini, yang menjadikan setiap manusia itu unik dan pelbagai. Menurut Suppiah
Nachiappan (2008), perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap
kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Perbezaan individu dalam kalangan murid
menjadi satu cabaran yang cukup hebat untuk para guru bagi mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, menjadi tanggunjawab guru bagi
membuat persediaan rapi dan efektif bagi menentukan gaya pembelajaran yang sesuai
mengikut tahap kemampuan murid-muridnya.

Pergaulan dan komunikasi dalam kehidupan seharian menyebabkan kita sering


berhadapan dengan pelbagai latar belakang individu. Begitu juga dalam persekitaran di
sekolah yang terdiri daripada pelbagai tingkah laku yang dipamerkan oleh setiap murid.
Namun begitu, terdapat beberapa kepentingan perbezaan individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran iaitu murid-murid dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Setiap individu
atau murid mempunyai idea yang sangat bernas yang boleh digunakan. Kelebihan dalam
melontarkan idea oleh murid-murid juga dapat membuka ruang kepada mereka untuk
mengembangkan bakat dan pontensi dalam pertandingan-pertandingan tertentu. Sebagai
contoh, murid A merupakan murid yang petah berkata-kata dan bijak dalam memberi idea .
Hal ini menunjukkan murid A mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Sehubungan itu,
murid A mampu mengembangkan potensinya dalam pertandingan debat atau pertandingan
bercerita jika bakat dan kecerdasan verbal linguistik ini digilap. Keadaan ini secara tidak
langsung memberi kepentingan kepada murid A untuk sentiasa berkeyakinan dan aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana,
murid ini akan mempamerkan sikapnya untuk sering bertanya kepada guru dan
berkeyakinan untuk menjawab soalan sekiranya disoal oleh guru.

Kepentingan perbezaan individu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


yang kedua ialah dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Hal ini
kerana, sekiranya kesemua murid di dalam bilik darjah tersebut mempunyai persamaan
yang sama iaitu bersikap pasif, selalu termenung, pendiam dan sebagainya maka proses
pengajaran dan pembelajaran juga tidak akan menyeronokkan. Selain itu, guru juga tiada
motivasi untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kerana tiadanya maklum
balas daripada murid-murid. Hal ini sebaliknya, jika terdapat perbezaan individu dalam bilik
darjah tersebut maka secara tidak langsung suasana pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan efisien kerana adanya murid-murid yang bersikap aktif, berfokus dan sering
memberi maklum balas kepada guru. Oleh itu, perbezaan individu ini sangat penting dalam
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa imlipkasi perbezaan individu terhadap


pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan efisien. Implikasi yang pertama ialah kesediaan belajar. Sebagai guru mereka
perlu mengetahui gaya pemikiran dan gaya belajar murid-muridnya. Hal ini demikian kerana,
setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza dan hal ini juga bermakna
setiap murid itu mempunyai tahap kesediaan belajar yang berbeza-beza. Perkara seperti ini
perlu guru peka dan cakna terutama sekali bagi murid-murid yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran seperti lambat untuk memahami sesuatu konsep, kurang fokus dan
sebagainya. Namun begitu, jika guru tersebut mengabaikan murid-murid bermasalah ini
maka mereka akan terus ketinggalan dan menjadi student at risk (murid berisiko), iaitu
pelajar yang berkemungkinan besar gagal atau menjadi pelajar tercicir.

Implikasi yang kedua ialah guru perlu mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa kreatif dan inovatif
bagi menghasilkan BBM yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid-muridnya.
Penggunaan BBM bukan sahaja dapat menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
lebih efektif dan efisien malah murid-murid mudah untuk mengingati konsep atau topik yang
diajar oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar juga perlulah berpusatkan murid
supaya murid cenderung untuk sama-sama mengikuti aktiviti yang telah dirancang oleh
guru. Selain itu, penggunaan BBM juga mestilah maujud dan dapat menarik minat murid.

Namun begitu, jika guru gagal menghasilkan BBM yang dapat mencapai tahap
kecerdasan murid-murid maka strategi lain perlu guru fikirkan. Hal ini penting supaya
tindakan segara dapat dilakukan, seterusnya dapat membantu murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisien.

Implikasi yang terakhir ialah guru perlu menetapkan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Penetapan objektif ini bertujuan membantu guru untuk merangka beberapa
aktiviti yang bersesuaian mengikut perbezaan individu itu. Hal ini demikian kerana, setiap
murid yang diajar oleh guru mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Sehubungan
itu, guru perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza
keupayaan supaya murid yang lambat tidak keciciran, manakala murid pandai tidak pula
berasa bosan. Sebagai contoh, latihan atau aktiviti bagi murid lemah boleh dilakukan dalam
program pemulihan manakala murid yang cerdas pula sesuai dilaksanakan program
pengayaan yang pelbagai ketika sesi pembelajaran .

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang besar bagi memastikan proses


pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah lebih efektif dan efisien.
Walaupun guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai perbezaan yang terdapat pada
murid-muridnya, guru perlulah sentiasa bersikap sabar dan perlu sentiasa mengkaji
keadaan murid-muridnya. Hal ini bertujuan memudahkan guru dalam melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Oleh itu, para guru mestilah sentiasa
memerhatikan suasana persekitaran muridnya bagi mengurangkan perbezaan yang ketara
antara murid-muridnya di dalam bilik darjah.

You might also like