Assignment 2 Asimilasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ASIMILASI

Asimilasi membawa maksud proses pergabungan antara pelbagai etnik berlainan adat dan dan
budaya sehingga membentuknya satu kelompok yang mengandungi kebudayaan dan identiti
yang sama malah asimilasi boleh juga dikatakan sebagai satu proses yang merujuk kelompok
yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial
serta budaya yang sama. Proses asimilasi akan terjadi apabila wujudnya interaksi yang rapat dan
erat di antara ahli kumpulan etnik yang berlainan. Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi
budaya dan struktur. Asimilasi budaya berlaku apabila kumpulan minoriti mempelajari ataupun
mendalami ciri-ciri kebudayaan seperti bahasa, pakaian dan adat resam masyarakat tuan rumah.
Manakala asimilasi struktur ialah satu proses apabila ahli kumpulan minoriti berjaya menyertai
institusi utama dan aktiviti sosial di kalangan masyarakat dominan.

MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Baba Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan
kaum Cina. Baba Nyonya juga dikatakan sebagai Cina Selat yang telah mengikuti kebudayaan
Melayu dalam kebudayaan mereka. Masyarakat Baba dan Nyonya boleh dilihat di Tanah Melayu
khususnya negeri Melaka. Perkahwinan campur di antara kaum Cina dan Melayu telah
melahirkan budaya Cina yang unik dengan tradisi Melayu. Hal ini merupakan punca utama
generasi seterusnya memanggil kaum Baba dan Nyonya sebagai Baba. Perkataan Baba ialah
sejenis dialek Melayu yang boleh difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Masyarakat
Baba dan Nyonya telah mewarisi kebudayaaan masyarakat Melayu sehingga mengamalkan
amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Malah pelbagai
pantang larang masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaaan masyarakat Baba
dan Nyonya. Dari segi pertuturan dan bahasa, masyarakat Baba Nyonya memang fasih bertutur
Bahasa Melayu dan Bahasa Hokkien. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya berpakaian
kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek
kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Masyarakat Baba Nyonya makan menggunakan tangan dan masakan gulai seperti masak lemak,
asam pedas dan sambal belacan merupakan makanan kegemaran mereka. Malah mereka juga
amat popular dalam memasak asam pedas. Dari segi pantang larang, masyarakat Baba dan
Nyonya percaya kepada pawing dan bomoh malah akan pergi berjumpa bomoh apabila
seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka
telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang
tersebut untuk meminta tolong bagi menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada
mengganggu anak mereka.Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja kerana
syaitan, iblis dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung
anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Selain itu juga, masyarakat Baba dan
Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit.

MASYARAKAT CHETTI
Chetti ialah suatu kelompok masyarakat minoriti India yang beragama Hindu yang tinggal di
Melaka. Dari segi proses rupanya telah mengalami suatu asimilasi perkahwinan campuran antara
berbagai kaum kerana masyarakat Chetti mirip orang Melayu. Selain itu masyarakat India Chetti
Melaka masih menggunakan nilai-nilai budaya nenek moyang yang berpegang teguh kepada
ajaran agama Hindu. Dari segi bahasa dan pertuturan, kaum Chetti tidak boleh bertutur dalam
Bahasa Tamil malah Bahasa ibunda mereka ialah Bahasa Melayu. Kaum perempuan Chetti
gemar memakai baju kebaya yang merupakan pakaian utama bagi masyarakat Melayu. Kaum
lelaki Chetti pula akan memakai baju melayu kain sarong. Masyarakat Chetti hanya bergantung
kepada makan gaji. Oleh itu, mereka menyara kehidupan dengan mengayuh beca. Dari segi
permainan, masyarakat Chetti mahir bermain permainan tradisional seperti pukul belangga,
tenteng dan congkak yang asal dari kaum Melayu. Di samping itu, mereka juga boleh menari
tarian joget ronggeng dan joget lambak malah kesenian ini telah menandingi orang Melayu.

You might also like