Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Karangan-Pelancongan Kesihatan

Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi


Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang
pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan
pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang
mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan.
Pengenalan-Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau
melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan
rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam
memajukan ekonomi negara.

Peranan
1.Menjana tukaran asing-Huraian-Pelancong bersama keluarga membawa
masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan
pendapatan negara.

2.Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia-Huraian-Penyediaan


perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan
peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.

3.Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba-


Huraian-Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih
menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang
kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik
pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional.

4.Meningkatkan industri insurans-Huraian-Menggalakkan pelancong membeli


kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan
mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans.

Masalah
1.Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan-Huraian-Rakyat asing
mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang
urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan.
Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.

2.Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran-Huraian-


Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan
oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran
rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan
kekurangan pakar perubatan.

3.Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah-Huraian-Pusat kesihatan


dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak
bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan
pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.

Penutup-Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri


pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi
negara.

You might also like