Professional Documents
Culture Documents
Dokumentasi Lawatan
Dokumentasi Lawatan
OBJEKTIF
Menimba pengetahuan am tentang tempat tempat
bersejarah di negeri Kedah.
Pengerusi:
Naib Pengerusi 2:
Setiausaha:
Cik.S.Lalitha Devi
Bendahari:
Cik.S.Sumiethaa
AJK
1. En.S.Thamilselvam
2. Pn. Krishnaveni
NAMA TUGAS
EN. MURUGASAN Memberikan khidmat nasihat.
(GURU BESAR) Menyemak & Mengesakan Borang Kebenaran JPN
PN.D.DHEVAMBIGAI Membentuk jawatankuasa Lawatan
(PK HEM) Menyelia dan mengurus segala agenda lawatan
yang dirancang.
CIK. LALITHA DEVI Merangka dan menyediakan kertas kerja lawatan.
(SETIAUSAHA Membuat promosi tempat-tempat lawatan sambil
LAWATAN) belajar.
Menyampaikan maklumat berkenaan lawatan
kepada murid-murid dan ibu bapa.
Membuat laporan lawatan sambil belajar.
CIK. SUMIETHAA Menyediakan dan mengedarkan surat siaran
(BENDAHARI) lawatan sambil belajar kepada murid-murid.
Mengutip yuran lawatan murid dan merekod.
Merekod segala perbelanjaan yang dibuat semasa
lawatan serta menyimpan resit.
EN. THAMILSELVAN Menangkap gambar.
PN. KRISHNAVENI Menguruskan makanan dan air mineral yang
diperlukan
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TUN SAMBANTHAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DAN TAPAK WARISAN
KEDAH
JUMLAH MURID: 42
JUMLAH GURU : 5
Bi
Nama Umur No.K/P Alamat
l
1 PN.D.DHEWAMBIGAI 42 750814-02-5200 N383,Jalan Lagenda 26,
Lagenda Heights ,08000
Sungai Petani,Kedah.
LAPORAN KESELURUHAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DAN TAPAK WARISAN
KEDAH TUA
Unit HEM SJK(T) Tun Sambanthan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium
Lembah Bujang dan Tapak warisan Kedah Tua. Lawatan ini diadakan pada 20 April 2017.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para murid melawat tempat-tempat
bersejarah serta mengenali warisan negara. Seramai 42 orang murid dan 5 orang guru
pengiring serta seorang pekerja sekolah telah menyertai dalam lawatan ini.
Pelbagai persiapan awal telah dilaksanakan dalam menjayakan lawatan ini dengan
sempurna. Antaranya ialah, surat permohonan lawatan ke PPD Kuala Muda Yan. Setiausaha
lawatan telah menghantar surat permohonan serta kertas kerja lawatan untuk mendapatkan
kelulusan. Setiausaha bersama PK HEM telah menguruskan surat menyurat berkenaan
lawatan, ubat, pengangkutan bas, keselamatan murid-murid dan makanan. Bendahari
lawatan pula telah menguruskan kutipan yuran lawatan sebanyak RM10 dan menguruskan
perbelanjaan lawatan dengan baik. Guru Besar juga sentiasa memberikan komitmen dan
nasihat dalam menjayakan lawatan ini.
Pada hari tersebut, para peserta lawatan telah berkumpul di tapak perhimpunan pada
pukul 7.45 pagi. Selepas upacara sembahyang dan taklimat ringkas, bas bertolak dari SJK (T)
Tun Sambanthan pada pukul 8.00 pagi. Para peserta sampai di Tapak Warisan Kedah Tua
dengan selamat pada pukul 9.30 pagi. Seorang pelajar dari Universiti Sains Malaysia telah
memberikan taklimat dan penerangan tentang hasil penemuan arkeologi di kawasan
tersebut. Beliau juga telah memberi peneranan mengenai proses membuat pengalian bagi
proses arkeologi.
Selepas itu, murid-murid bersiap sedia untuk melawat Muzium Arkeologi Lembah
Bujang dan telah tiba di Muzium Arkeologi Lembah Bujang pada pukul 11.00 pagi. Para
peserta singgah di pondok Lembah Bujang untuk sarapan pagi. Kemudian, murid-murid telah
dibawa untuk melihat candi-candi yang terdapat di sekitar kawasan Muzium Arkeologi
Lembah Bujang. Guru-guru pengiring telah memberi penerangan mengenai candi-candi
tersebut. seterusnya murid telah dibahagikan kepada lima kumpulan diketuai oleh seorang
guru pengiring. Murid telah dibawa masuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Guru-guru
pengiring telah memberi penerangan kepada murid mengenai penemuan-penemuan bahan
arkeologi yang ditemu di sekitar kawasan Lembah Bujang. Pada pukul 12.00 tengahari, para
peserta telah bertolak ke sekolah dan selamat sampai di sekolah pada pukul 12.45
tengahari. Para peserta telah dikumpulkan di kantin sekolah terlebih dahulu sebelum
dibenarkan masuk ke kelas.
Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh:
(CIK.LALITHA DEVI)
Disemak oleh:
(PN.D. DHEVAMBIGAI)
Disahkan oleh: