Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BERCERITA TAHAP 1

TAJUK : SEORANG LELAKI DENGAN BUAYA

Assamualaikum..... dan salam perkenalan. Terima kasih pengerusi majlis. Yang saya

hormati barisan panel hakim yang arif dan sentiasa menegakkan keadilan, barisan

penjaga masa yang tepat pada waktunya, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Seorang Lelaki

Dengan Buaya. Nak dengar tak cerita saya kawan-kawan. Mari sama-sama kita

dengar ya....

Pada suatu petang, seorang lelaki sedang berjalan-jalan di tepi Sungai. Tiba-

tiba dia terdengar suara meminta tolong.

Tolong , tolong!

Lelaki itu melihat sekeliling. Dia ternampak seekor buaya. Buaya itu ditimpa

sepohon pokok yang tumbang. Lelaki itu pergi ke tempat buaya. Buaya menangis

teresak-esak.

Tolonglah saya , rayu buaya.

Bagaimanakah saya hendak menolong awak? Tanya lelaki itu kepada

buaya .

Tolong angkat kayu yang menimpa badan saya ini , rayu buaya.

saya telah terperangkap di sini sejak pagi tadi.

1
BERCERITA TAHAP 1

Lelaki itu berasa ragu-ragu untuk menolong buaya. Dia mahu menolong

buaya tapi berasa takut . Dia takut buaya akan menangkapnya .

Kalau saya tolong awak, adakah awak akan Menangkap saya ? tanya

lelaki itu.

Tentu tidak! jawab buaya , saya tidak boleh menangkap awak

kerana saya terhutang budi kepada awak. Bantulah saya cepat.

Lelaki itu percaya kepada kata-kata buaya . dia pun mengangkat

batang pokok yang menimpa belakang buaya . Buaya itu merangkak pergi . Tiba tiba

ia berpaling kepada lelaki itu lalu menangkap kakinya.

Oh , tolong ,tolong ! lelaki tersebut menjerit sambil menangis kesakitan.

Awak tidak tahu membalas budi kepada orang yang telah menolong awak, kata

lelaki itu.

Tidak berapa lama kemudian , seekor sang kancil lalu disitu . Ia melihat

Seorang lelaki ditangkap buaya.

Tolonglah saya , rayu lelaki itu kepada sang kancil.

Sang kancil pun pergi ke tempat itu. Lelaki itu menceritakan apa yang telah

berlaku .

2
BERCERITA TAHAP 1

Buaya itu tidak mengenang budi, kata lelaki itu. Tolonglah Sang

kancil.

Bagaimana saya hendak menolong awak sedangkan saya tidak tahu siapa

yang bersalah, kata sang kancil.

Buaya yang bersalah , kata lelaki itu.

Saya hendak tahu apa yang telah terjadi. Bolehkah awak ceritakan

kepada saya , Buaya?

Boleh , jawab buaya sambil melepaskan kaki lelaki tersebut.

Buaya menunjukkan apa yang telah berlaku kepada sang kancil.

Saya terbaring di sini, kata buaya.

Sekarang tunjukkan saya bagaimana pokok itu menimpa belakang buaya,

Kata sang kancil kepada lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat semula batang pokok tersebut. Lalu meletakkan batang

pokok itu di atas buaya.

Beginilah keadaan batang pokok itu tadi . kata lelaki itu.

Buaya tidak dapat bergerak lagi.

3
BERCERITA TAHAP 1

Tolong jeritnya. Saya tidak dapat bergerak lagi.

Horee saya selamat , kata lelaki itu . terima kasih sang kancil.

Lelaki itu melihat ke arah sang kancil lalu bertanya , Apa yang patut saya

lakukan sekarang ?

Jangan pedulikan buaya , kata sang kancil . Jangan berbudi kepada

sesiapa yang tidak tahu membalas jasanya .

Awak sungguh cerdik , lelaki itu memuji sang kancil.

Maka meraunglah Sang Buaya menahan kesakitan akibat perbuatannya yang tidak

mengenang budi itu. Ya kawan-kawan , demikianlah cerita saya pada hari ini .

Pengajaran daripada Cerita ini ialah kita tidak boleh bersikap angkuh dan tidak

mengenang budi kepada orang yang menolong kita. Kita juga hendaklah mengucapkan

terima kasih kepada orang yang telah menolonh kita dan janganlah bersikap

mementingkan diri sendiri.

SEKIAN TERIMA KASIH.

4
BERCERITA TAHAP 1

You might also like