Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sejarah komunis di Selangor

Rahmat Serangan Jepun


Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Pata
ni dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang p
ada 11 Januari 1942.
Serangan Jepun 1941-1945 merupakan 'rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komuni
s. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang
dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyeba
bkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.
Pada Mac 1942, hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pega
wai tentera British Mejar Chapman, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah d
ilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar
ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tente
ra Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.
Rejimen Menuntut Kemerdekaan
(First Independent Regiment) yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di S
elangor pada Mac 1942. Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ad
a pemuda Melayu atau India, walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Mela
yu, Cina dan India.
Ambil alih kuasa selama 15 hari
Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 ha
ri mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil alih kuasa
.
Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung, peka
n dan bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain. Pihak komunis merasakan pe
rjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah. Mere
ka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana tentan
gan hebat daripada mereka.
Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah:
mengadakan perbicaraan sendiri
melakukan kezaliman
membunuh orang Melayu dan Cina
mengancam seluruh penduduk
mengutip wang secara kekerasan.
merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.
mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
menggeledah kampung-kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.
MPAJA telah membunuh seramai 2,542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki men
jadi tali barut Jepun.
Aktiviti komunis di Kajang dan Semenyih, Selangor
1948 pihak berkuasa telah menjumpai satu tempat simpanan senjata komunis di Kaja
ng. Senjata ini dipercayai senjata yang dibekalkan oleh British semasa penduduka
n Jepun dahulu.
27 Jun 1948, seorang mandur penoreh getah berangsa Cina di Estet Braemar, Kajang
telah ditembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecil di Sungai Kant
an pada 10.15 malam. Dalam badannya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina ya
ng berbunyi "to destroy labour thief". Estet Braemar ialah Taman Saujana Impian,
Kajang sekarang ini.
23 Julai 1948, pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan telah diperk
enalkan di seluruh Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk membezakan penduduk yang mem
atuhi undang-undang dengan mereka yang berniat untuk menyebarkan unsur subversif
. Mereka yang tiada kad pengenalan akan dituduh sebagai komunis.
Julai - 2 November 1948 beberapa kejadian subversif berlaku di Kampung Kachau, S
emenyih .
Julai 1948 seorang kanak-kanak lelaki British telah dibunuh di Kampung Kachau, S
emenyih.
Sejak 10 Ogos 1948 kedai-kedai Cina yang meriah di Kajang ditutup, jalan raya ya
ng sibuk menjadi lengang kerana ancaman dan ungutan komunis
15 Ogos 1950 pengurus ladang getah Sir Day dari Ladang Glenshiled, Kajang dibunu
h. Turut terbunuh 2 polis konstable dan keraninya Lee Bien Chee. 13 orang pengga
nas komunis membunuh mereka ketika dalam perjalanan ke Sungai Reko. Turut hilang
wang RM4,062.30, 1 senapang riflle jenis 313 dan senapang pendek.
Jam 2 pagi, 2 November 1948, segerombolan komunis telah membakar rumah asap dan
gudang getah di Ladang Dominion, Semenyih.
2 November 1948, rumah-rumah setinggan Cina dan kedai-kedai di Kampung Kachau, S
emenyih telah dibakar oleh pasukan keselamatan British dan diarahkan pindah ke p
ekan Semenyih, Seremban dan negeri Johor. Sebahagian yang lain diarahkan pindah
ke Kampung Baru Semenyih. Kampung Kachau ini disyaki menjadi tempat persembunyia
n komunis. Di belakang Kampung Kachau ada sebuah bukit dan dijadikan sebagai kub
u komunis. Kini tempat tersebut dijadikan Tanah Perkuburan Nirwana, Semenyih.
Seluruh kampung telah hangus dijilat api. Lebih kurang 500 penghuni kehilangan t
empat tinggal. Mereka diarahkan pindah dalam tempoh sejam pada malam itu juga .
Mereka turut berdepan dengan kekurangan makanan. Sebanyak 61 buah rumah di Kampu
ng Kachau (berhadapan dengan rumah Cikgu Abdul Azis bin Mohd Noor di Kampung Pas
ir/Kampung Kachau) telah dibakar. Kesan-kesan peninggalan tapak rumah yang terba
kar masih ada sehingga sekarang. Contohnya perigi, batu lapik tiang rumah , tapa
k kedai dan lain-lain. Kebanyakan ialah rumah setinggan Cina dan deretan beberap
a buah kedai Cina.
Pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan hendap ke atas penduduk kampu
ng di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus ladang terbunuh.
2 November 1949, polis menangkap 500 orang yang disyaki menjadi talibarut komuni
s di Semenyih dan Kajang. Polis telah menemui 10 buah khemah dan 13 pondok atap.
Kebanyakan mereka ialah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum
lelaki majoritinya telah masuk ke hutan menyertai pengganas komunis. Penahanan d
an pembakaran pondok atap setinggan-setinggan Cina ini telah menyebabkan penghun
i mencari perlindungan di bandar atau di Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan
di bandar.
Seramai 2,000 penduduk Balakong diarahkan pindah kerana bersimpati dengan komuni
s. Mereka turut memberi bantuan ubat, makanan, wang dan pelbagai peralatan lain
kepada pengganas komunis. Sebahagian mereka membantu komunis secara paksa atau s
ukarela.
Pada 1950 seramai 60 penduduk setinggan sekitar Semenyih telah ditahan oleh piha
k komunis atas tuduhan kerana memberi bantuan kepada komunis. Mereka merahsiakan
maklumat tentang pergerakan komunis di Semenyih. Sebaliknya mereka memberi pelb
agai jenis bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis.
28 Februari 1950 pembunuhan seorang guru di sebuah sekolah Melayu di Semenyih. T
api kes ini tidak dilaporkan kerana ketika itu mahu merahsiakan kes pembunuhan t
ersebut oleh pengganas komunis.
Pada 12 Mac 1950 kira-kira jam 11 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak
mati dua orang Melayu di Ladang Kampung Kachau, Semenyih ketika mangsa sedang me
metik buah kelapa.
Sebuah lori yang membawa susu getah dalam perjalanan menuju Estet Sungai Tangkas
, Bangi telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Pemandu lori dibunuh dan l
ori telah dibakar. Semua penoreh getah di ladang itu diancam bunuh ketika menore
h getah.
Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin, Negeri Sembilan bersama 5 ora
ng polis konstable dan 1 polis berbangsa Cina telah diserang hendap di Batu 11,
Semenyih. Tempat itu berhampiran dengan Kampung Sungai Pening berhampiran dengan
Perkuburan Cina Nirwana dan air terjun Sungai Tekala, Semenyih .
Pada 1950 Sarjan Blenkinsop, seorang pegawai British bersama SC Jarmari, SC Haji
Abdul Ghani , SC Akri dan SC Basir dan seorang pekerja ladang dan jip polis mer
eka telah diserang hendap di Batu 15, Jalan Jekang, Dengkil ketika dalam perjala
nan ke Ladang Teras Jernang, Bangi. Sarjan Blenkinsop dan SC Abdul Ghani terbunu
h.
Sir Harold Brigg mengklasifikasikan Kampung Kachau sebagai kawasan komunis yang
aktif. Tambahan pula sejak 30 Oktober 1948, bilangan setinggan Cina meningkat se
cara mendadak di Semenyih. British telah mengadakan operasi menyoal siasat di Kam
pung Kachau pada 20 Julai 1948. Rumah-rumah setinggan ini disyaki menjadi rumah p
ersembunyian komunis.
25 Januari 1950 seorang penghulu Hulu Langat telah ditembak. Beliau telah cedera
dan keretanya rosak teruk. Beliau dalam perjalanan pulang dari pejabat ke kampu
ngnya.
1950 kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk memutuskan hubu
ngan penduduk Semenyih dengan pihak komunis. Di bawah peraturan tersebut, serama
i 1,500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan dihantar ke pusat pemulihan di K
luang, Johor.
Seramai 6 orang penduduk Sungai Long, Kajang telah ditangkap oleh polis berikuta
n penemuan enam buah khemah komunis . Mereka telah ditahan di Kajang dan kemudia
n dihantar pulang ke negara China. Tindakan ini dibawah Peraturan Darurat 17D. B
eberapa orang penduduk di Sungai Jelok, Kajang turut dikenakan tindakan yang sam
a. Terdapat banyak ladang getah dan kawasan bukit-bukit di Sungai Jelok.
15 Februari 1951 seramai 1,500 penduduk melayu Jenderam, Sepang, telah dipindahk
an ke kem tahanan Kluang, Johor. Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang berope
rasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datangnya dari pemuda Melayu Kampu
ng Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis
seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
Pada 28 Mac 1951, jam 9 pagi, Wong Kim Poh yang bertugas sebagai Timbalan Pegawa
i Penempatan Semula telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang
hendap di Balakong. Beliau bertugas bersama dengan kontraktor dan beberapa oran
g pekerja penempatan semula.
Pada 1 Julai 1951, perintah darurat dilaksanakan di Kajang, Semenyih dan Broga a
kibat pembunuhan enam pegawai polis dalam satu kejadian serang hendap.
Menurut W.G.S Cony, terdapat 46 buah kampung baru di Selangor. Antaranya ialah K
ampung Baru Semenyih dan Kampung Baru Melayu (Kampung Sentosa) Semenyih.
13 Januari 1953, kerajaan mengumumkan catuan dan kawalan makanan di selatan Sela
ngor bagi menghapuskan saki baki gerombolan pengganas komunis di Kajang.
Polis memburu secara besar-besaran ketua pengganas komunis bernama Liew Kon Kim
di Sungai Pelek, Sepang. Liew Kon Kim ada janggut dan orang Melayu Semenyih meng
gelarnya Janggut sahaja.
Pada 1954 pengasas pengganas komunis bernama Liew Kon Kim dan Lau Cheng telah da
pat dibunuh di Kuala Selangor. Tempat operasi Liew Kon Kim ialah di sekitar Sung
ai Jelok. Dia telah melarikan diri ke Kuala Selangor.
16 Januari 1956 - Timbalan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya bernama Yeong K
wo dibunuh. Kawasan utama operasinya ialah di Semenyih dan Kajang. Pembunuhan in
i memberi tamparan hebat kepada pergerakan pengganas komunis. Moral mereka semak
in merosot untuk berjuang. Pengganas komunis yang terselamat telah menyerah diri
dan keluar dari hutan. Sebahagiannya pula berundur ke kawasan sempadan Thailand
.
31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat setelah mendapati pergerakan komunis
semakin lemah dan berjaya dipatahkan. Namun sakibaki komunis masih wujud dan ber
tempur dengan tentera Malaysia di Lebuhraya Timur Barat terutama dalam Operasi G
onzales.
2 Disember 1989, Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia, Kerajaa
n Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le Garden, Haadyai,
Thailand ditandatangani. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Haadyai. Ini berik
utan keruntuhan kerajaan komunis di Rusia dan Kerajaan komunis China tidak bermi
nat lagi membantu Parti Komunis Malaya. Turut serta dalam perjanjian tersebut ia
lah Chin Peng, Rashid Maidin, Dato Rahim bin Noor, Dato Megat Junid Megat Ayub d
an lain-lain.
18 Jun 1948 darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent di Tanah Melayu kerana pe
rjuangan komunis semakin hebat dan memuncak. Komunis berikrar melakukan pemberon
takan bersenjata.
15 Oktober 1949 seramai 28 setinggan Cina di Batangkali dihukum bunuh kerana men
jadi talibarut komunis.
29 November 1951 Sekolah Menengah Chung Hua di Kelang, Selangor telah ditutup ke
rana diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan menjalankan kegia
tan subversif.
Seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa British kerana menjalankan kegiat
an bawah tanah. Beliau ialah guru sekolah malam Phing Man di Rasa, Selangor. Ker
tas-kertas, buku, catatan harian dan surat-surat telah dirampas kerana terbukti
dia amat aktif dalam kegiatan menyebar fahaman komunis.
__________________

You might also like