Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Siapa Chin Peng

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti K
omunis Malaya.
Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahir
kan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung
Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.
Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. A
yahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Sid
e of history") diterbitkan di Singapura.
Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyorot
i perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai
Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedal
aman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di k
awasan Kwantung.
Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasion
alis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan
Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendi
riannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemud
ian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.
Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti K
omunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan berse
njata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu.
Ketika itu umurnya 18 tahun.
Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan
gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan
MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan,
latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. T
entera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan t
ebing Pasir Salak pada tahun 1942.
Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA te
lah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan
tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seper
ti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mer
eka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran teru
tamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.
Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang
Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin sep
erti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu i
ni, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tang
an Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.
Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok
Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu da
lam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rat
a amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membol
ehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak i
ni juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak
kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemi
mpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat
menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Aki
bat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, tela
h membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api
disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijempu
t ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangan
nya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk
menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhir
nya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju
di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.
Memimpin Parti Komunis Malaya
Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Kom
unis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adal
ah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .
Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan men
yerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang Br
itish di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan w
awasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana ti
dak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama kom
unisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa
agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada wak
tu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat liha
t dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C
.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana y
ang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka
juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang
warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan bebe
rapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan
perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran ora
ng-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan ti
dak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan ta
ktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan k
ebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu u
ntuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yan
g inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan
dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.
Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan ker
ana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Mala
ya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas M
alaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan pe
rjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih
berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.
Perjanjian Damai
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis
Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan
Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 19
55Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran
PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampu
nan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah part
i politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengis
ytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Pa
rti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam
hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya
di sempadan Malaysia Thailand.
Kemerosotan Komunis
Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur t
ahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Ke
rajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pa
da 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai wa
rganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti
Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas d
i Yala, Thailand.
Kembali ke Malaysia
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulan
g ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ram
ai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera
dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab d
engan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis M
alaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampun
an sebelumnya

You might also like