HNF Ulasan Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 TAJUK DAN BIODATA PENULIS

Tajuk bagi artikel yang akan diulas ialah Pemupukan Akhlak Muslim Menurut
Pandangan Ibnu Miskawayh. Artikel ini telah ditulis oleh Siti Norlina Muhammad
dan Mohd Nasir bin Ripin. Artikel ini teleh ditulis di Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial do Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Artikel ini
telah dibentangkan di Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme
(SIVIC 2004) pada 4 hingga 6 September 2004 di Hotel City Bayview, Langkawi. Siti
Norlina Muhammad merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi
Malaysia sewaktu beliau menulis artikel ini. Selepas itu, beliau mendapatkan Ijazah
Sarjananya dia universiti yang sama. Penulis telah memilih tema akhlak muslim dan
langkah mengatasi masalah akhlak masakini mengikut metodologi Ibnu Miskawayh
sebagai fokus utama penulisan. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau
iaitu kepada kepada pemikir-pemikir ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di
Institut pengajian tinggi. Jurnal ini boleh didapati di link :
http://repo.uum.edu.my/1855/
2.0 SINOPSIS JURNAL

Isu akhlak bukan hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti sosial, tetapi


juga wujud dalam setiap aktiviti manusia seperti politik, ekonomi dan sebagainya.
Pemupukan nilai-nilai akhlak dan etika yang baik dalam kehidupan muslim mestilah
dititikberatkan. Proses pemupukan akhlak muslim harus bermula dengan keluarga di
rumah dan diteruskan dalam kehidupan sosial bermasyarakat. Keruntuhan akhlak
yang berpunca daripada kemerosotan nilai-nilai akhlak boleh diatasi melalui
peningkatan kualiti kehidupan keluarga. Ini boleh dilaksanakan melalui penghayatan
terhadap tuntutan Islam dalam kehidupan seharian di samping penekanan terhadap
disiplin dan membezakan dosa atau pahala dalam setiap tingkahlaku.
Maka sebab itulah, penulis melihat keperluan usaha untuk menjana semula
akhlak Islam dalam masyarakat adalah dengan cara mencari penyebab berlakunya
penyelewengan dalam masyarakat dan berusaha mengubati penyelewengan tersebut.
Di antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah denagn meluaskan pemikiran,
kerana pemikiran yang sempit merupakan faktor berlakunya perbuatan jahat,
bersahabat dengan orang yang berperibadi mulia kerana ia merupakan antara perkara
yang boleh mendidik jiwa dan meneliti perjalanan hidup para nabi, ulama dan
pahlawan Islam kerana ia boleh dijadikan teladan kepada orang yang mengkajinya

3.0 ULASAN TERHADAP JURNAL


KELEBIHAN
Jurnal ini menekankan tentang gambaran yang jelas kepada kumpulan
sasarannya mengenai pembentukan akhlak yang amat penting kerana ia mempunyai
kaitan rapat dengan iman. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun fitrah semula jadi
manusia adalah baik, ada ketikanya manusia mempunyai keinginan yang tersasar dari
kebaikan. Dalam mengejar kemajuan kebendaan, manusia mngorbankan keluhuran
akhlak dan iman. Jurnal ini menyedarkan kita bahawa walaupun mempunyai
keinginan, kita mestilah sentiasa beringat bahawa Tuhan tahu segalanya dan sentiasa
memerhati kita. Kita mesti beringat untuk sentiasa berakhlak mulia dan beriman
dalam apa jua keadaan.

KEKURANGAN
Jurnal ini lebih menumpukan keadaan di Malaysia dan bukannya serata dunia.
Hal ini menjadikan info mengenai jurnal ini agak terbatas, Selain itu, penulis tidak
menyatakan contoh-contoh tokoh lain yang boleh dinyatakan di dalam jurnal ini,
menyebabkan agak susah bagi saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai ulasan jurnal ini.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu moral bukan hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti sosial,
tetapi juga wujud dalam setiap aktiviti manusia seperti politik, ekonomi dan
sebagainya. Pemupukan nilai-nilai akhlak dan etika yang baik dalam kehidupan
muslim mestilah diberi keutamaan. Proses pemupukan harus bermula dengan keluarga
di rumah dan diteruskan dalam kehidupan bermasyarakat. Keruntuhan akhlak yang
berpunca daripada kemerosotan nilai-nilai akhlak boleh diatasi melalui peningkatan
kualiti kehidupan keluarga. Ini boleh dilaksanakan melalui penghayatan terhadap
tuntutan Islam dalam kehidupan seharian di samping penekanan terhadap disiplin dan
tingkah laku yang baik dan berakhlak. Hal ini menyokong pendapat moralis Islam
yang terkenal yang dikaji iaitu Ibnu Miskawayh yang memberikan pendapat beliau
bahawa akhlak merujuk kepada situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia
dan berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan
semua perbuatannya. (Nasir Omar 2010:24)

5.0 CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan bagi pihak saya seperti daripada menumpukan
terhadap gelaja sosial hanya di Malaysia, penulis boleh memberikan fokus kepada
sasaran yang lebih besar seperti di Asia Tenggara atau negara-negara Islam. Selain itu,
sasaran fokus jurnal ini adalah ditujukan kepada ilmuan Islam dan mahasiswa serta
mahasiswi di institut pengajian tinggi. Hal ini boleh ditambah baik kepada semua
golongan dan semua jenis pembaca, kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini akan menjadikan ibu bapa lebih mengetahui tentang falsafah di samping dapat
mengajar anak-anak mereka supaya lebih berakhlak di dalam kehidupan.

You might also like