Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Keselamatan dan Kebersihan Air Dari Mesin Jual

Air (Water Vending Machine)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil serius isu keselamatan dan


kebersihan air dari mesin jual air di pasaran. KKM ingin memaklumkan bahawa
Peraturan 360C(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983
memperuntukkan tiada sesiapa boleh mengendalikan mesin jual air bagi maksud
perdagangan atau perniagaan melainkan jika ia dilesenkan oleh KKM. Peraturan
tersebut telah diwartakan pada 24 September 2012 dan penguatkuasaan terhadap
peraturan tersebut akan bermula 1 Januari 2016. Dalam hal ini, KKM telah memberi
masa untuk pihak industri mematuhi peraturan tersebut. Justeru, pihak industri
digesa supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memohon lesen tersebut.
Sehingga kini, sebanyak 2540 permohonan lesen berkaitan telah diterima di seluruh
negara. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, sebanyak 59 permohonan telah
diluluskan dan mendapat lesen manakala, 2481 permohonan masih dalam proses
untuk mendapat kelulusan.
Namun begitu, KKM telah menjalankan penguatkuasaan Peraturan 360C(3),
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berhubung standard bagi air dari mesin jual air
dan Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berkaitan
kebersihan dan pengendalian mesin jual air. Dalam tempoh dari bulan Ogos 2014
sehingga kini, sebanyak 630 mesin jual air telah diperiksa di seluruh Negara dan
sebanyak 786 sampel air telah diambil daripada mesin jual air tersebut. Hasil
pemeriksaan dan pensampelan yang dijalankan, sebanyak 22 mesin jual air telah
disita di mana empat (4) daripada mesinjual air berkenaan disita kerana gagal
mematuhi Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, 10 mesin
disita kerana gagal mematuhi Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985
dan lapan (8) mesin disita kerana melanggar Seksyen 17(1)(d), Akta Makanan 1983.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam
kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan
sesebuah mesin jual air, pengguna boleh membuat aduan kepada KKM melalui
Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman
sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my
atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.
YB Datuk Seri S. Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia
26 Ogos 2015

You might also like