Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DAPATAN ANALISIS DESKRIPTIF DALAM ARCGIS UNTUK SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN DI NEGERI JOHOR (SMK).

1. Taburan Kekerapan Jumlah Guru Perempuan di Seluruh Sekolah Menengah


Negeri Johor.

Rajah 1: Taburan Kekerapan Jumlah Guru Perempuan di SMK, Johor.

Berdasarkan Rajah 1, sebanyak 23 buah sekolah daripada 202 jumlah keseluruhan


sekolah mempunyai bilangan guru perempuan sebanyak 45 orang dan hanya sebuah sekolah
sahaja yang mempunyai guru perempuan yang paling banyak iaitu sebanyak 114 orang (mod).
Jumlah guru perempuan yang paling minimum pula ialah 15 orang di 11 buah sekolah. Jadi min
atau purata bagi keseluruhan guru perempuan ialah 46 orang. Bagi sisihan piawai untuk jumlah
guru perempuan ialah 19.33, hal ini bermakna perbezaan dan serakan taburan bagi jumlah guru
perempuan SMK adalah besar. Keseluruhan jumlah guru perempuan di 202 buah sekolah
menengah negeri Johor ialah 9,353 orang.

Seterusnya, Rajah 1 juga mencatatkan taburan 11 buah sekolah mempunyai 20 orang, 12


buah sekolah mempunyai 20 orang, kedua-dua 20 buah sekolah mempunyai 30 dan 40 orang, 21
buah sekolah mempunyai 35 orang, 19 buah sekolah mempunyai 45 orang, 13 buah sekolah
mempunyai 50 orang, 15 buah sekolah mempunyai 60 orang, 6 buah sekolah mempunyai 65
guru perempuan, 14 buah sekolah mempunyai 65 orang, 3 buah sekolah mempunyai 75 orang,
12 buah sekolah mempunyai 80 orang, 9 buah sekolah mempunyai 90 orang guru perempuan dan
4 buah sekolah tidak mempunyai guru perempuan.
2. Taburan Kekerapan Jumlah Guru Lelaki di Seluruh Sekolah Menengah Negeri
Johor.

Rajah 2: Taburan Kekerapan Jumlah Guru Lelaki di SMK, Johor.

Rajah 2 menunjukkan taburan kekerapan bagi jumlah guru lelaki di SMK negeri Johor,
sebanyak 35 buah sekolah daripada 202 buah sekolah menengah kebangsaan keseluruhan
mempunyai 29 orang guru lelaki dan hanya sebuah sekolah mempunyai 85 orang guru lelaki
(mod). Jumlah guru lelaki yang paling minimum pula ialah 9 orang di 3 buah sekolah. Jadi min
atau purata bagi keseluruhan guru lelaki ialah 34 orang. Bagi sisihan piawai untuk jumlah guru
lelaki ialah 18.28 , hal ini bermakna perbezaan dan serakan taburan bagi jumlah guru lelaki SMK
adalah besar tetapi nilainya lebih kecil dari sisihan piawai guru perempuan. Keseluruhan jumlah
guru lelaki di 202 buah sekolah menengah negeri Johor ialah 6,884 orang.

Seterusnya, Rajah 2 merekodkan 13 buah sekolah yang mempunyai 15 orang guru lelaki,
22 buah sekolah mempunyai 21 orang, 30 buah sekolah mempunyai 25 orang, 21 buah sekolah
mempunyai 33 orang, 18 buah sekolah mempunyai 37 orang, 8 buah sekolah mempunyai 41
orang, 4 buah sekolah mempunyai 45 orang, 7 buah sekolah mempunyai 49 orang, 6 buah
sekolah mempunyai 57 orang, 3 buah sekolah mempunyai 61 orang, 10 buah sekolah
mempunyai 69 orang, dua-dua 6 buah sekolah masing-masing mempunyai 73 orang dan 81
orang, 4 buah sekolah lagi mempunyai 77 orang guru lelaki dan 2 buah sekolah tidak mempunyai
guru lelaki.
3. Taburan Kekerapan Jumlah Pelajar Lelaki di Seluruh Sekolah Menengah Negeri
Johor.

Rajah 3: Taburan Kekerapan Jumlah Pelajar Lelaki di SMK, Johor.

Rajah 3 menunjukkan taburan kekerapan bagi jumlah guru lelaki di SMK negeri Johor,
sebanyak 59 buah sekolah daripada 202 buah sekolah menengah kebangsaan keseluruhan
mempunyai 465 orang pelajar lelaki dan hanya sebuah sekolah mempunyai 2,890 orang pelajar
lelaki (mod). Jumlah guru lelaki yang paling minimum pula ialah kosong di 10 buah sekolah
kerana sekolah tersebut sekolah agama yang mempunyai pelajar perempuan sahaja. Jadi min
atau purata bagi keseluruhan pelajar lelaki ialah 649 orang. Bagi sisihan piawai untuk jumlah
pelajar lelaki ialah 536.15, hal ini bermakna perbezaan dan serakan taburan bagi jumlah pelajar
lelaki SMK adalah begitu besar. Keseluruhan jumlah pelajar lelaki di 202 buah sekolah
menengah negeri Johor ialah 131,175 orang.

Seterusnya, Rajah 3 merekodkan 35 buah sekolah mempunyai pelajar lelaki sebanyak


155 orang, 38 orang mempunyai 620 orang, 18 buah sekolah mempunyai 775 orang, 8 orang
mempunyai 930 orang, sebuah sekolah mempunyai 1,085 orang, 4 buah sekolah mempunyai
1,240 orang, 2 buah sekolah mempunyai 1,395 orang, 4 buah sekolah mempunyai 1,550 orang,
14 orang mempunyai 1,705 orang, 5 buah sekolah mempunyai 1,860 orang, 2 buah sekolah
mempunyai 2,015 orang, 2 buah sekolah mempunyai 2, 480 orang, dan 4 buah sekolah masing-
masing mempunyai pelajar lelaki sebanyak 2,170, 2,325, 2,790 dan 2335 orang.
4. Taburan Kekerapan Jumlah Pelajar Perempuan di Seluruh Sekolah Menengah
Negeri Johor.

Rajah
4: Taburan Kekerapan Jumlah Pelajar Perempuan di SMK, Johor.

Berdasarkan Rajah 4, sebanyak 51 buah sekolah daripada 202 jumlah keseluruhan


sekolah mempunyai bilangan pelajar perempuan sebanyak 527 orang dan hanya sebuah sekolah
sahaja yang mempunyai pelajar perempuan yang paling banyak iaitu sebanyak 2,899 orang
(mod). Jumlah pelajar perempuan yang paling minimum pula ialah 71 orang di 6 buah sekolah.
Jadi min atau purata bagi keseluruhan pelajar perempuan ialah 743 orang. Bagi sisihan piawai
untuk jumlah pelajar perempuan ialah 553.53, hal ini bermakna perbezaan dan serakan taburan
bagi jumlah pelajar perempuan SMK adalah terlalu besar. Keseluruhan jumlah pelajar
perempuan di 202 buah sekolah menengah negeri Johor ialah 150,091orang.

Seterusnya, Rajah 4 juga mencatatkan 40 buah sekolah mempunyai 299 orang pelajar
perempuan, 28 buah sekolah mempunyai 679 orang, 25 buah sekolah mempunyai 831 orang, 10
buah sekolah mempunyai 983 orang, 5 buah sekolah mempunyai 1,135 orang, 9 buah sekolah
mempunyai 1,287 orang, 2 buah sekolah mempunyai 1,439 orang, 10 buah sekolah mempunyai
1,591 orang, 4 buah sekolah mempunyai 1,743 orang, 4 buah sekolah 1,895 orang, sebuah
sekolah mempunyai 2,047 orang, sebuah sekolah mempunyai 2,199 orang, sebuah sekolah
mempunyai 2,351 orang, sebuah sekolah 2,503 orang, kedua-dua 2 buah sekolah masing-masing
mempunyai 2,655 orang dan 2,807 orang pelajar perempuan.

You might also like