Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN AM DAN SYARAT

PERTANDINGAN BOLA JARING MSSR DAERAH DALAT TAHUN 2017

1.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 05 April 2017 (Rabu)

Tempat : SK Datu Pengiran Mohamad, Oya.

Sasaran : Perempuan Sekolah Rendah 12Tahun Ke Bawah

2.0 SYARAT PENYERTAAN

2.1 Penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah di bawah PPD Dalat.
2.2 Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu pasukan sahaja.
2.3 Sekolah-sekolah yang dibenarkan bergabung
i. Gabungan 1: SJKC Yak Tee / SK Kpg. Teh / SK Kpg. Bakong /Terus / SK Kpg. Balan
ii. Gabungan 2: SK St. Jude / SK Sg. Kut Tengah / SJKC Poi Yuk/ SK St Kevin
iii. Gabungan 3: SK Klid Plajau / SJKC San-San / SK St. Luke / SK Baoh Ulu
iv. Gabungan 4: SK Sg. Ilas / SK Kpg. Kebuaw / SK Sg. Pinang / SK Kpg. Bungan / SK Sg.
Rasau
2.4 Jumlah pemain ialah 7 orang dalam satu perlawanan dan pemain simpanan adalah tidak
melebihi 3 orang.
2.5 Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 31
Mac 2017 (Jumaat)
2.6 Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih
dahulu kepada semua pasukan.
2.7 Tiada yuran penyertaan yang akan dikenakan.
3.0 UNDANG UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini tertakluk dengan Undang Undang Persatuan Bola Jaring Antarabangsa
(International Federal of Netball IFNA yang dikuatkuasakan pada masa kini) dan peraturan Am
MSSR.

4.0 PENDAFTARAN PERMAINAN

4.1 Tiap tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 10 orang pemain.
4.2 Setiap pasukan mesti mempunyai seorang pengurus pasukan.
4.3 Setiap pasukan mempunyai sekurang kurangnya seorang jurulatih pasukan dan seorang
juruiring pasukan.
4.4 Butir butir pemain/peserta hendaklah dilengkap isi dan disahkan oleh Guru Besar
sekolah masing masing dengan maklumat seperti berikut:

Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan / Sijil Lahir)


Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir
Borang Penyertaan

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan yang akan digunakan ialah secara liga berkumpulan. Walau bagaimanapun
pihak pengelola berhak menukar sistem pertandingan tertakluk kepada bilangan pasukan yang
akan menyertai.

CARA LIGA BERKUMPULAN

i) Cara pemberian mata:


Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
ii) Jika dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
akan ditentukan seperti berikut:
a. Pasukan yang mendapat jaringan lebih banyak akan dikira menang.
b. Jika masih seri, pasukan yang mendapat lebih sedikit bolos akan dikira menang.
c. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

6.0 PAKAIAN

6.1 Pemain pemain diwajibkan memakai bib mengikut peraturan Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Wanita Antarabangsa.
6.2 Tiap tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib yang berlainan warna.
6.3 Jika kedua dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka pasukan yang namanya
tercatat dahulu akan menggunakan bib berwarna berkenaan.
6.4 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike
shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh
digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum
bermain.
7.0 GELANGGANG DAN ALATAN

7.1 Rujuk Undang Undang Antarabangsa (IFNA).


7.2 Tinggi tiang ialah 2.44m atau 8 kaki.
7.3 Saiz bola ialah saiz 5.

8.0 TEMPOH PERMAINAN

Pertandingan ini mengambil masa 25 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan 10 minit
diperuntukkan dan diselang masa rehat 5 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan,
jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau berlakunya kecederaan.
Keputusan hakim adalah muktamad

9.0 KELEWATAN

Lima belas minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu terdapat pasukan yang
tidak dapat hadir dengan sekurang kurangnya 5 pemain, pasukan itu akan dianggap telah
menarik diri.

10.0 MENARIK DIRI

Jika pasukan telah menarik diri daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak akan
dibenarkan meneruskan pertandingan dalam kejohanan ini. Semua gol dan mata yang diperolehi
akan dibatalkan.

11.0 BANTAHAN

Setiap bantahan mesti disertai dengan bayaran RM50.00. Wang tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan tidak berjaya.

12.0 PERKARA LAIN

Perkara perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

You might also like