Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BSM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA BENTUK

BULAT DALAM KALANGAN MURID


MASALAH PEMBELAJARAN

SHARANYA A/P MURUGESU


Sharamuru11@gmail.com
EN.AZIZAN BIN BAKAR
arahimm@ipda.edu.my

Jabatan Pendidikan Khas


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mewarna bentuk bulat
dengan menggunakan BSM dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.
Kajian ini telah melibatkan dua orang murid dari sebuah sekolah rendah yang terletak
di Anak Bukit, Kedah. Cara pengumpulan data kajian ini ialah kaedah pemerhatian,
temu bual dan anallisis dokumen. Dapatan analisis pemerhatian dan temu bual
menunjukkan terdapat peningkatan dalam setiap aspek yang diperhati. Analisis
instumen senarai semak bagi pemerhatian menunjukkan murid dapat mewarna
secara terkawal dengan menggunakan BSM. Analisis dokumen berdasarkan hasil
kerja menunjukkan sebahagian daripada objektif kajian tercapai dengan penggunaan
intervensi BSM . Keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa kaedah ini dapat
membantu murid memahami cara mewarna bentuk bulat tanpa melepasi garisan.
BSM juga sesuai digunakan bagi aktiviti mewarna yang melibatkan pelbagai media
seperti crayon, cat air dan sebagainya.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah menjalani praktikum di sebuah sekolah di kawasan Anak Bukit, Kedah selama 3
bulan.Saya diamanahkan untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di
sekolah tersebut. Saya mengajar subjek Bahasa Malaysia, Matematik dan Kemahiran Manipulatif
kepada murid tahun 3 seramai 4 orang murid masalah pembelajaran. Terdapat beberapa kategori
masalah pembelajaran dalam kalangan murid yang saya telah ajar seperti lewat perkembangan atau
slow learner, Attention Deficit Hyperactivity Disorder ( ADHD ), dan Global Delayed Development.

Sepanjang masa saya menjalankan praktikum, saya telah diamanahkan untuk mengajar suatu subjek
secara khusus iaitu Kemahiran Manipulatif kepada murid bekeperluan khas. Merujuk Mahfuzah Zainol
( 2014 ) dalam buku Kemahiran Manipulatif dalam Pendidikan Khas, kemahiran manipulatif
( manipulative skills ) dirujuk sebagai kemahiran motor yang melibatkan objek. Saya telah
menggunakan bahan bantu mengajar seperti topeng, gambar-gambar yang menunjukkan perlakuan
manusia semasa mengajar murid-murid pendidikan khas ini. Namun, bahan bantu yang saya telah
gunakan tidak bersesuaian dengan tahap pemahaman murid. Hal ini adalah kerana murid tidak dapat
melakukan aktiviti yang diberikan dengan betul tanpa bimbingan guru. Murid menunjukkan minat yang
kurang semasa melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya
sediakan.

Saya telah menggunakan kaedah demonstrasi bagi mengajar murid-murid untuk melakukan aktiviti
mewarna. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan
sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang
langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Namun, kaedah ini tidak cukup
berkesan kerana murid masih tidak dapat melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
efektif. Kekurangan kefahaman murid-murid mungkin disebabkan oleh penjelasan saya terhadap
aktiviti yang dijalankan tidak jelas dan susah untuk difahami.

1
Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah bimbingan semasa mengajar murid-murid
pendidikan khas. Contohnya, saya telah memegang tangan murid semasa menulis atau mewarna
bagi menunjukkan cara yang betul bagi melakukan aktiviti tersebut. Namun, respon yang saya telah
dapat adalah murid-murid tidak berasa selesa dengan kaedah tersebut. Mereka cepat hilang minat
dan mula buat kerja sendiri . Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak suka saya mengawal
pergerakannya dengan menggunakan cara paksa.

Melalui pemerhatian saya dapat lihat apabila melakukan aktiviti kemahiran manipulatif seperti
menulis, melukis, menggunting dan mewarna yang melibatkan kemahiran motor halus murid-murid
bermasalah pembelajaran menunjukkan minat yang tinggi dan mula melakukannya. Namun, apa
yang saya dapat lihat adalah pergerakan tangan murid yang tidak terkawal. Contohnya, murid berasa
susah untuk menulis di dalam ruangan yang disediakan dengann betul. Hal ini dapat dibuktikan
melalui beberapa hasil murid-muird bermasalah pembelajaran. Selain itu, murid juga suka berlari
dalam kelas. Dia tidak boleh menumpukan perhatian dalam melakukan aktiviti yang diberikan untuk
jangka masa yang panjang. Murid suka menjerit dan menganggu rakan sekelas yang lain semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Melalui temubual bersama guru pembimbing, murid-murid masalah pembelajaran ini mudah berasa
bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka tidak dapat menumpukan
perhatian dalam melakukan sesuatu aktiviti yang diberikan. Dari segi penguasaan motor halus pula,
murid-murid ini mengalami masalah dalam melakukan aktiviti seperti menulis, menggunting, melukis,
mewarna dan sebagainya. Hal ini adalah disebabkan masalah dalam mengawal pergerakan tangan
yang berkait rapat dengan kemahiran motor halus. Mereka juga dikatakan mempunyai masalah
koordinasi mata dan tangan semasa melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan motor halus dan
motor kasar. Murid-murid masalah pembelajaran ini juga menunjukkan minat yang rendah dalam
melakukan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan di bilik darjah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya lebih melibatkan kemahiran mewarna dalam kalangan murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran. Saya tumpukan kepada kemahiran ini kerana masalah ini dihadapi
oleh kebanyakkan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Saya berpendapat bahawa ini
merupakan suatu perkara yang serius dan perlu diatas kerana jika mereka tidak menguasai
kemahiran motor halus ini mereka tidak dapat melakukan aktiviti harian dalam kehidupan mereka.
Melalui penguasaan kemahiran ini, mereka dapat membaiki koordinasi mata dan tangan.Bagi
mengatasi masalah ini saya telah mencipta suatu intervensi iaitu BSM yang membantu
meningkatkan kemahiran mewarna dengan betul dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran

Pemilihan kajian ini boleh dinilai dari segi kebolehtadbiran, kepentingan, dan kolaborasi fokus
kajian. Kebolehtadbiran terhadap fokus kajian ini adalah sangat tinggi kerana pelaksanaan dapat
dijalankan dengan baik dalam konteks masa, kehadiran dan minat peserta kajian . Kehadiran murid-
murid sangat memuaskan yang membantu saya meluangkan masa yang mencukupi untuk menilai
kebolehtadbiran kajian saya ini.

Kepentingan fokus kajian ini pula dapat membantu murid bermasalah pembelajaran untuk
mewarna dengan betul dengan menggunakan BSM'. Kajian ini juga penting untuk meningkatkan
fokus dan koordianasi mata dan tangan dalam melakukan aktiviti mewarna ini. Selain itu, kajian ini
juga amat penting bagi mendisiplinkan murid untuk mewarna dengan cara yang betul

Kolaborasi dalam fokus kajian ini juga berjalan lancar dari segi murid, masa dan tempat.
Pihak sekolah dan guru-guru lain sudi memberi kerjasasama sama ada dalam bentuk masa, tempat
atau sumber peserta kajian. Guru pembimbing dan ibu bapa juga dapat bekerjasama untuk
memberikan bimbingan semasa mengajar di kelas.

Kesimpulannya, berdasarkan temubual yang dijalankan terhadap guru Pendidikan khas dan
juga pemerhatian ke atas murid masalah pembelajaran semasa sesi pengajaran, didapati terdapat
murid-murid yang memerlukan latihan yang berulang dan bimbingan yang lebih daripada guru. BSM
yang digunakan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu murid-murid yang bermasalah dalam
penguasaan kemahiran mewarna.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mewarna bentuk bulat dengan
menggunakan BSM dalam kalangan murid masalah pembelajaran.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

Adakah penggunaan BSM dapat meningkatkan kemahiran mewarna bentuk bulat dalam
kalangan murid masalah pembelajaran?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan dua orang iaitu murid A, dan B. Murid A merupakan murid bermasalah
pembelajaran yang berumur tujuh tahun. Dia belajar di sebuah sekolah di kawasan Anak Bukit. Murid
A merupakan seorang murid lelaki yang mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (
ADHD ). Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan satu corak tingkah laku seperti
tidak memberi tumpuan, impulasi dan atau hiperaktiviti- Impulasif yang lebih kerap atau teruk
berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.

Jaduan 1 : Peserta Kajian

Bil Ciri-ciri Murid A Murid B


1. Jantina Lelaki Perempuan
2. Umur 7 Tahun 12 Tahun
3. Bangsa India India
4. Ciri-ciri Istimewa Attention Deficit Global Delayed Development

Hyperactivity Disorder

( ADHD )

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Intervensi yang saya gunakan adalah bagi meningkatkan kemahiran mewarna bentuk bulat dalam
kalangan murid masalah pembelajaran.

6.1 Langkah 1 : Mari Mewarna Bulat Gergasi

Tujuan : Bagi menentukan sesuatu kawasan tetap yang akan membantu mengawal pergerakan
tangan murid yang dikaji.

1. Guru menunjukkan BSM kepada murid.

2. Guru meminta murid untuk mengenalpasti bentuk yang diberikan dan memilih warna
kegemarannya.

3. Murid diminta untuk memilih warna kegemarannya.

4. Murid mewarna bulatan yang diberikan secara memenuhi dengan betul.

3
6.2 Langkah 2 : Mewarna Bulat Sederhana

Tujuan : Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan saiz bulat yang sederhana. Aktiviti
ini dapat melatih momentum hayunan tangan murid bersama koordinasi mata dan tangan supaya
selari dan mendapat kekemasan semasa mewarna. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah
dilakukan bagi aktiviti tersebut :

1.Guru memberikan stensil bentuk bulat yang bersaiz sederhana.

2. Murid diminta untuk mengenal pasti bentuk yang diberikan.

3. Murid diminta untuk memilih satu warna kegemarannya.

4. Murid diminta untuk mewarna bentuk yang diberikan tanpa melepasi stensil secara memenuhi.

5. Pada akhir aktiviti ini, guru telah mengeluarkan kertas yang diwarna bagi ditunjukkan kepada
murid bagi menunjukkan gambaran jelas terhadap mewarna tanpa melepasi garisan yang ditetapkan
secara memenuhi.

6.3 Langkah 3 : Mari Mewarna Bulat Comel

Tujuan : Meningkatkan penguasaan motor halus murid semasa mewarna bentuk yang
bersaiz kecil dengan ruang yang sikit.

Aktiviti ketiga ini berfokus kepada kedua-dua koordinasi mata dan tangan serta pemahaman
tentang penetapan kawasan mewarna. Saya telah menggunakan gambar jam yang berkait rapat
dengan kehidupan seharian peserta kajian .

1. Guru memberikan stensil bentuk bulat yang bersaiz kecil.

2. Guru meminta murid untuk mengenal pasti saiz bentuk bulat yang diberikan.

3. Guru meminta murid untuk memilih satu warna kegemaran untuk melakukan aktiviti
mewarna.

4. Murid diminta untuk mewarna bentuk yang diberikan secara memenuhi tanpa melepasi
kawasan atau stensil.

5. Pada akhir aktiviti ini, guru telah mengeluarkan kertas yang diwarna bagi ditunjukkan kepada
murid bagi menunjukkan gambaran jelas terhadap mewarna tanpa melepasi garisan yang
ditetapkan secara memenuhi

6.4 Langkah 4 : Mari Mewarna Jam

Tujuan : Latihan amali ini dilakukan untuk melatih murid untuk mewarna
secara terkawal tanpa stensil setelah beberapa latihan mewarna pelbagai saiz bentuk bulat dengan
menggunakan stensil.

1. Guru memberikan gambar jam kepada murid.

2. Guru meminta murid untuk mengenal pasti bentuk gambar yang diberikan.

3. Guru meminta murid untuk memilih satu warna kegemaran untuk melakukan aktiviti mewarna.

4. Murid diminta untuk mewarna gambar yang diberikan secara memenuhi tanpa melepasi garisan.

5. Guru menilai hasil kerja murid.

4
7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Analisis Pemerhatian

Setelah aktiviti pertama dilakukan, pemerhatian yang saya jalankan telah ditafsirkan dalam
bentuk jadual.

Jadual 2 : Hasil Senarai Semak Aktiviti 1

Bil Perkara / Item Murid A Murid B

Skor Skor

1. Cara Memegang Pensel Warna 3/5 3/5

2. Mengikut arahan yang diberikan 2/5 3/5

3. Mewarna dalam kawasan yang ditetapkan 3/5 3/5

4. Mewarna memenuhi kawasan yang 2/5 3/5


ditetapkan

5. Kawalan pergerakan tangan semasa 3/5 3/5


mewarna

JUMLAH KESELURUHAN` 13/25 15/25

Jadual 1 menunjukkan hasil pemerhatian bagi murid A dan murid B. Murid A menunjukkan
bahawa dia masih berada antara kategori lemah dan sederhana. Murid A telah mendapat skor 3/5
dalam tiga item yang diperhatikan iaitu cara memegang pensel warna, mewarna dalam kawasan
yang ditetapkan, dan kawalan pergerakan tangan. Bagi aspek mewarna secara memenuhi dalam
kawasan yang ditetapkan dan item mengikut arahan Murid A telah menerima skor 2/5 iaitu aras
lemah.Murid B memperolehi skor 3/5 aras sederhana bagi kesemua item yang diperhati seperti
cara memegang pensel warna,mengikut arahan ,mewarna dalam kawasan yang ditetapkan,
mewarna memenuhi kawasan yang ditetapkan dan kawalan pergerakan tangan.

Jadual 3 pula merupakan hasil pemerhatian untuk aktiviti kedua.

Jadual 3 : Hasil Senarai Semak Aktiviti 2

Bil Perkara / Item Murid A Murid B

Skor Skor

1. Cara Memegang Pensel Warna 4/5 4/5

2. Mengikut arahan yang diberikan 3/5 4/5

3. Mewarna dalam kawasan yang ditetapkan 4/5 4/5

5
4. Mewarna memenuhi kawasan yang 3/5 4/5
ditetapkan

5. Kawalan pergerakan tangan semasa 4/5 4/5


mewarna

JUMLAH KESELURUHAN` 18/25 20/25

Jadual 3 menunjukkan peningkatan prestasi murid A dan murid B dalam aktiviti 2 . Murid A
telah mencapai aras baik dengan memperolehi skor 4/5 dalam tiga item iaitu, cara memegang
pensel warna, mewarna dalam kawasan yang ditetapkan, dan kawalan pergerakan tangan. Murid A
telah mendapat skor 3/5 iaitu aras sederhana bagi item mengikur arahan dan mewarna memenuhi
kawasan yang ditetapkan. Hal ini menunjukkan bahawa murid A menunjukkan peningkatan dalam
dapatan pemerhataian aktiviti 2. Murid B pada keseluruhannya mencapai skor 4 iaitu pada aras baik
dalam kesemua aspek yang telah diperhati. Hasil dapatan pemerhatian dalam aktiviti 2 menunjukkan
bahawa penggunaan BSM dapat membantu meningkatkan kemahiran mewarna murid dengan
betul.

Jadual 4 pula merupakan hasil pemerhatian untuk aktiviti kedua.

Jadual 4 : Hasil Senarai Semak Aktiviti 3

Bil Perkara / Item Murid A Murid B

Skor Skor

1. Cara Memegang Pensel Warna 5/5 5/5

2. Mengikut arahan yang diberikan 4/5 5/5

3. Mewarna dalam kawasan yang ditetapkan 5/5 4/5

4. Mewarna memenuhi kawasan yang 4/5 4/5


ditetapkan

5. Kawalan pergerakan tangan semasa 4/5 4/5


mewarna

JUMLAH KESELURUHAN` 21/25 22/25

Jadual 4 telah memaparkan peningkatan Murid A dan B dalam aspek-aspek yang diperhati
semasa melaksanakan aktiviti 3 . Murid A telah menunjukkan suatu peningkatan yang baik dengan
mencapai aras baik dengan memperolehi skor 4/5 dalam kebanyakkan item iaitu,mengikut arahan,
mewarna dalam kawasan yang ditetapkan, mewarna secara memenuhi bulatan, dan kawalan
pergerakan tangan. Murid A telah mendapat skor 5/5 iaitu aras cemerlang bagi item memegang
pensel dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa murid A menunjukkan peningkatan dalam
dapatan pemerhataian aktiviti 3. Murid B telah mendapat 5/5 dalam kebanyakkan item yang telah
diperhati semasa aktiviti 3. Antara aspek yang berjaya dikuasai oleh Murid B adalah memegang
pensel dengan betul, mengikut arahan guru, dan mewarna dalam kawasan yang ditetapkan. Murid B
telah mendapat skor baik iaitu 4/5 bagi aspek mewarna secara memenuhi dan kawalan pergerakan
tangan.

7.2 Analisis Temubual

6
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah temubual sebagai salah satu
instrumen untuk mengumpul data. Temubual ini dijalankan secara berstruktur berdasarkan tiga item
iaitu tahap pemahaman murid terhadap BSM, tahap kesesuaian BSM semasa mewarna, dan
tahap keminatan murid. Respon dari kedua-dua murid menunjukkan bahawa mereka dapat
memahami tentang penggunaan BSM semasa melakukan aktiviti mewarna. Mereka juga dapat
arahan yang diberikan oleh guru tentang penggunaan BSM dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kata-kata kedua-dua peserta kajian, aktiviti dalam BSM berjaya menarik minat murid A
dan B dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berasa amat seronok untuk melakukan aktiviti ini
kerana ia berbeza daripada aktiviti mewarna yang biasa dilaksanakan. Penggunaan BSM dapat
membantu meningkatkan tahap minat murid. Kedua-dua murid menjawab soalan ini dengan amat
selesa kerana mereka berasa mudah untuk mewarna dengan cantik menggunakan BSM. Murid
juga dapat memahami penggunaan BSM adalah untuk mewarna tanpa melepasi garisan iaitu
dengan cantik dan kemas. Respondan juga dapat menyatakan bahawa mereka berasa selesa untuk
mewarna dengan menggunakan BSM kerana sangat memudahkan dan tidak membebankan murid.

Secara keseluruhannya, berdasarkan temu bual didapati murid A dan B memberikan maklum balas
yang positif mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan
menggunkan BSM. Murid dapat memahami arahan yang diberikan oleh guru, menyatakan minat
yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran . Hasil temu bual juga dapat menunjukkan murid
dapat mewarna secara mudah dengan menggunakan BSM dalam kawasan yang ditetapkan. Hal ini
menunjukkan bahawa BSM dapat membantu meningkatkan kemahiran mewarna dengan mengawal
pergerakan motor halus dalam kalangan murid masalah pembelajaran.

7.3 ANALISIS DOKUMEN

Analisis dan interprestasi data hasil kerja peserta kajian telah saya masukkan dalam Jadual 5
sepertimana yang berikut:

Jadual 5 :Hasil Analisis Dokumen Aktiviti 4

Bil Perkara / Item Murid A Murid B


Skor Skor

1. Mewarna dalam kawasan yang 5/5 5/5

ditetapkan

2. Mengikut arahan soalan 5/5 5/5

3. Mewarna memenuhi kawasan yang 4/5 5/5

ditetapkan

4. Mewarna tanpa melepasi garisan 5/5 5/5

JUMLAH KESELURUHAN` 19/20 20/20

Dapatan analisis dokumen ini menunjukkan murid A telah berjaya mendapatkan skor 5/5 bagi aspek
mewarna dalam kawasan yang ditetapkan, mengikut arahan guru dan mewarna tanpa melepasi
garisan. Bagaimanapun, murid A mengalami sedikit masalah dalam aspek mewarna memenuhi
kawasan. Hal ini dapat dilihat melalui skor yang diperolehi iaitu 4/5 bagi aspek tersebut. Hasil analisis
dokumen menunjukkan murid B telah berjaya mencapai tahap sangat baik dengan memperolehi skor
5/5 dalam keempat-empat aspek yang diuji iaitu mewarna dalam kawasan yang ditetapkan, mewarna
memenuhi kawasan yang ditetapkan dan mewarna tanpa melepasi garisan

7
8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

RUJUKAN

Abd Rahim b. Talib (2007).Pengenalan Pendidikan kanak-kanak masalah Pembelajaran.Kuala


Lumpur : UNITEM Sdn.Bhd.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya.(2006). Aplikasi Kognitif Dalam
Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Bahtiar Omar & Abdul Jalil. (2005). Masalah pendidikan 2005: aplikasi pembelajaran secara
konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.

Chadha, A. (2009). A guide to educating children with learningdisabilities, 1E. Jangpura: Vikas
Publishing House Pvt Ltd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011).Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.

George W. Cathcart. (2006). Learning mathematics in elementary and middle schools: A Learner-
Centered Approach. Amerika Syarikat: Pearson Merrill Prentice Hall.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Henry, M. K. (2009). Multisensory structured language teaching. Retrieved Februari 16. 2014, from
The International Dyslexia Association:
http://www.interdys.org/EWEBEDITPRO5/UPLOAD/MULTISENSORY_STRUCTURED_L
ANGUAGE_TEACHING_FACT_SHEET_11-0308.PDF

Jerome Brunner, ( 1996 ). The Culture of Education.United States of America. Library of Congress
Cataloging in Publication Data

Kementerian Pelajaran Malaysian.(2012). Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas.


Kuala Lumpur.

Kennedy, L.M., Tipps, S., & Johnson, A. (2010). Guiding Childrens Learning of Mathematics.
(12th ed.). Belmont, California:Wadsworth Publishing Company.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
UNITEM Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Noraini Idris. (2005). Teaching and Learning of Mathematics Making Sense and Developing
Cognitive Abilities. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar.
Shah Alam:Oxford Fajah Sdn. Bhd.

8
Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton.

Poon Cheng Yong, Yeo Kee Jiar & Noor Azlan Ahmad Zanzali (2013), Mathematics Remedial
Intervention for indigenious pupils with learning difficulties : Does It Work?, Akademika
82(2) 2012: 127-136.

Robiah Kulop Hamzah. (1992). Guru khas pemulihan: fungsi dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Saayah Abu. (2007). Menjadi guru tadika. Wangsa Melawati: PTS Professional.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi
bagi pendidikan prasekolah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.1( 2): 1-15

Shaw, J. M. (2002). Essential characteristics of effective Mathematics instruction. Manipulative


enhance the learning of Mathematics. University of Mississippi: Houghton Mifflin.

Suydam, Marilyn N., & Higgins, Jon L. (1977). Activity-Based Learning In Elementary School
Mathematics: RecommendatIons From Research. Columbus, Ohio: ERIC Clearinghouse

Teuku Iskandar. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like