Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NAMA : NUR ATIRAH BINTI ROSLI

KUMPULAN :
TAJUK : REFLEKSI KEM PEMANTAPAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

JUMAAT, 21 APRIL 2017

Kem pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah bermula pada 21 April 2017
iaitu bersamaan dengan hari Jumaat. Seramai 73 ahli PRS telah terlibat manakala lagi 2 orang
ahli tidak dapat melibatkan diri kerana mempunyai sebab sebab tertentu. Kem ini telah
berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki.
Sebelum kem ini dimulakan, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Raizol dan Faiz
(Pengarah Program). Taklimat ini bertujuan agar semua ahli mengetahui semua maklumat yang
perlu diketahui dan dibolehkan untuk bertanyakan apa-apa jenis soalan.

Oleh kerana hanya di buat di dalam kawan kolej kediaman, semua pelajar telah datang ke
tapak perkhemahan dengan menaiki kenderaan sendiri. Ahliahli PRS dikehendaki untuk
berkumpul di tapak perkhemahan tepat jam 3.00 petang. Tetapi, malangnya, pada jam 3.00
petang, ramai ahli ahli PRS belum lagi tiba di tapak perkhemahan. Pelajar-pelajar tiba di tapak
perkhemahan lebih kurang pada pukul 4.15 petang. Aktiviti petang itu dimulakan dengan sesi
pembahagian kumpulan (kumpulan 4). Pembahagian kumpulan telah ditetapkan oleh Majlis
Tertinggi (MT) dan juga Ahli Jawatankuasa (AJK) sebelum kem bermula lagi.

Selepas pembahagian kumpulan, kami diarahkan untuk beriadah. Tetapi aktiviti kami
lebih kepada memasang khemah masing-masing. 1 khemah boleh menempatkan seramai 7 orang
ahli di dalam khemah tersebut. Syukur, Alhamdulillah kerana, saiz khemah yang diberikan
kepada kami agak lebar dan besar. Selepas khemah siap dipasang, kami dibenarkan untuk
membuat persiapan diri dan solat asar. Kami diarahkan untuk berada di tapak kem semula pada
jam 6.30 petang untuk menikmati makan malam. Pada jam 7.15, kami di arahkan pula untuk
solat dan bacaan Yassin bersama-sama bagi yang beragama Islam.

Manakala, bagi yang bukan beragama islam, mereka diwajibkan untuk berada di sekitar
tapak perkhemahan sahaja. Setelah selesai, pada jam 9.00 malam, kami berkumpul untuk
melaksanakan aktiviti yang seterusnya pula iaitu aktiviti Night Walk. Aktiviti ini, setiap ahli akan
menutup mata kecuali ketua. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 buah belum yang perlu
diisikan air (mengikut kreativiti masing-masing). Ketua pula perlu menjaga telur yang diberikan
kerana, telur tersebut telah diishtiharkan sebagai barang amanah sepanjang perkhemahan ini
berlangsung.

Aktiviti bermula apabila mata semua ahli kumpulan ditutup. Dan kami dikehendaki
mendengar arahan daripada ketua sahaja untuk pergi ke destinasi. Kami perlu pergi ke 3
destinasi. Sepanjang aktiviti tersebut, banyak halangan yang telah dilakukan oleh AJK.
Antaranya, kami dibaling dengan belon, terdapat arahan lain selain daripada ketua kumpulan dan
lain-lain. Kami juga perlu mengingat nama-nama yang sangat panjang. Walaupun nama-nama
tersebut sangat panjang, kami sesama ahli kumpulan bersepakat untuk menghafal nama-nama
tersebut secara bekerjasama. Setiap ahli akan mengingat dua nama. Jadi bila digabungkan akan
menjadi 1.

Kami juga perlu melindungi belun ditengah-tengah kertas mahjong. Walaupun kertas
mahjong yang kami dapat itu akhirnya telah terkoyak, namun kami masih lagi boleh menjaga
belon kami dek kerana kerjasama berpasukan yang tinggi di dalam ahli kumpulan kami. Banyak
rintangan yang ditempuhi, namun kami masih berjaya bersama-sama. Walaupun kami tidak
mendapat no. 1 namun, kami masih lagi gembira dengan kerjasama yang kami dapat hasil
daripada aktiviti ini. Aktiviti Night Walk ini telah habis sekitar jam 12.00 tengah malam.
Setelah aktiviti ini selesai, AJK ada menyediakan minum malam sebelum kami dilepaskan untuk
berehat.

SABTU, 22 APRIL 2017

Pada hari kedua, kami dikehendaki berkumpul pada jam 7.00 pagi untuk aktiviti
senamrobik. Pendapat saya mengenai aktiviti ini, saya sangat menyukainya kerana ianya
merupakan aktiviti yang sihat dan dapat membuatkan minda saya bergerak dengan cergas.
Selepas selesai, kami dibenarkan untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti yang
seterusnya. Pada jam 9.00 pagi, kami telah membuat aktiviti yang sangat menarik iaitu aktiviti
yang diberi nama sebagai Baa Baa Boom. Aktiviti ini mempunyai 5 aktiviti yang kecik seperti
mencari gula-gula di dalam tepung, permainan baling selipar, baling belon, pijak belon dan
masukkan air ke dalam 3 buah botol dengan hanya menggunakan tangan.

Aktiviti-aktiviti ini sebenarnya telah merapatkan silaturahim antara ahli-ahli PRS yang
lain. Kami dikehendaki bekerjasama dan berusaha untuk memenangi semua aktiviti tersebut.
Selain itu, kami juga sangat bergembira dengan aktiviti tersebut kerana, sekelip mata, segala
masalah yang berlegar-legar di kepala selelip mata lenyap. Secara tidak langsung, membantu
menghilangkan stress belajar saya. Pada hari itu, saya hanya bermain bersama ahli-ahli yang lain.

Selepas aktiviti Baa Baa Boom selesai, kami dibenarkan rehat, solat dan makan tengah
hari. Hal ini kerana, aktiviti seterunya juga merupakan aktiviti yang melibatkan fizikal. Selepas
semua telah selesai, kami berkumpul semula di tapak kem tepat jam 2.30 petang. Aktiviti
seterusnya adalah Kembara Rentas Halangan. Aktiviti ini memerlukan kami mengetahui dan
mengenali semua AJK kerana mereka adalah klu untuk mendapatkan klu-klu yang lain. Kami
secara berkumpulan perlu bersama-sama untuk mencari 8 klu.

Untuk mendapatkan klu-klu tersebut, kami diperlukan untuk menjawab mengenai isu
semasa dan juga isu terkini daripada UPSI sendiri. Selepas selesai mendapatkan 8 klu, hanya 3
kumpulan yang terawal akan diberikan klu istimewa untuk mendapatkan harta karun yang
tersembunyi. Kumpulan kami adalah kumpulan yang ketiga mendapatkan klu istimewa tersebut.
Kumpulan kami jugalah, kumpulan yang pertama mendapatkan harta karun yang diagung-
agungkan tersebut. Kami JUARA!!

Aktiviti tersebut telah tamat jam 4.30 petang dan ternyata ianya adalah lebih awal
daripada yang dijangkakan. Tetapi, AJK program ini telah berfikiran pantas untuk menggunakan
barang yang mereka ada untuk membuat aktiviti. Aktiviti yang diceritakan adalah aktiviti
permainan Galah Panjang. Uniknya permainan ini, permainan ini ternyata adalah permainan
tradisonal. Saya juga pernah bermain permainan ini. Tetapi, cara permainan negeri Perak ternyata
adalah berlainan dengan negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan. Secara tidak langsung,
saya daoat belajar sesuatu yang baharu bersama rakan-rakan yang baharu.

Setelah permainan tersebut tamat, kami dibenarkan untuk berehat dan membuat persiapan
terakhir untuk malam kebudayaan. Sejujurnya, masa yang diberikan oleh AJK adalah amat
singkat untuk mendapatkan sesuatu yang sempurna. Namun, ianya telah kami jadikan sebagai
cabaran buat kami untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Kumpulan kami telah mendapat untuk
membuat persembahan berdasarkan cerita zaman dahulu kala iaitu P Ramlee. Jadi, kami
sepasukan telah bersepakat untuk melakonkan semula sketsa Bujang Lapok.

Jam 9.00 malam kami berkumpul seperti biasa. Namun, sementara menunggu ketibaan
para juri, AJK telah mencipta satu lagi permainan sepantas kilat mereka. AJK program ini
sememangnya kreatif kerana mereka mampu menyediakan pelbagai aktiviti walaupun tidak ada
di dalam tentatif program. Permainan tersebut adalah bola beracun. Bola akan dipaskan
sementara lagu dimainkan. Sekiranya lagu diberhentikan, maka, orang yang memegang bola
perlu berdiri dan membuat tugasan yang diberikan. Setelah ketibaan juri, permainan dihentikan.

Persembahan dimulakan sekitar jam 10.15 malam. Kumpulan kami adalah kumpulan
yang pertama untuk membentangkan persembahan. Syukur semuanya berjalan dengan hamper
sempurna. Walaupun tidak berjaya menjadi sempurna, namun kami satu kumpulan berasa bangga
dengan pencapaian yang kami lakukan bersama-sama. Hal ini kerana, walaupun dengan masa
yang singkat kami mampu menjadikan ianya sebagai salah satu persembahan yang menarik
perhatian. Bukannya mudah untuk mendapat kata sepakat daripada ahli. Namun, didalam aktiviti
ini, itulah yang berjaya kami tunjukkan. Iaitu pencapaian kata sepakat diantara kumpulan kami.

Sekitar jam 12.00 tengah malam, kesemua ahli dibenarkan untuk minum malam,
membuat persiapan tidur dan berehat di dalam khemah masing-masing. Walaupun selepas
persembahan tersebut terjadinya aktiviti dendaan daripada instruktor kami, namun kami jadikan
ianya sebagai iktibar dan akan dielakkan sekiranya saya menyertai lagi aktiviti-aktiviti seperti
ini.

AHAD, 23 APRIL 2017

Hari yang terakhir, adalah hari dimana AJK telah bertukar. AJK menjadi peserta. Peserta
yang dikenakan denda telah menjadi AJK. Oleh kerana itu, aktiviti pertama telah bermula dengan
sangat lambat. Hal ini turut berlaku kerana kelewatan daripada para peserta. Aktiviti pertama
iaitu aktiviti senampagi telah dimulakan. Walaupun AJK baharu ini tidak mempunyai persiapan,
namun mereka mampu mengetuai senampagi pagi dengan jayanya.
Seterusnya, aktivi dimulakan jam 10.30 pagi selepas minum pagi. Aktiviti tersebut adalah
aktiviti bola beracun versi di dalam court. Setiap kumpulan akan berlawan dengan kumpulan
yang lain. Pembahagian kumpulan telah disusun oleh AJK yang baru. Aktiviti ini telah berjalan
selama 1 jam 30 minit. Setelah mengetahui pemenang tempat 1,2 dan 3 para peserta diminta
untuk berkumpul di perkarangan kem untuk Majlis Perasmian. Sementara menunggu persiapan
daripada AJK, kami dibenarkan untuk berehat dan diminta untuk mengemaskan semula khemah-
khemah. Disini, kerjasama daripada semua amat diperlukan. Kerana apabila semua orang
membantu meringan kerja orang lain semua kerja akan menjadi mudah. Kerja juga menjadi cepat
siap.

Setelah semuanya selesai, acara Majlis Perasmian berlangsung dan pembahagian hadiah
kepada pemenang-pemenang telah berlangsung. Acara Majlis Perasmian ini juga telah dijalankan
oleh AJK yang baru. Bagi pandangan saya, mereka sangat berkebolehan daripada semua aspek.
Mereka menyahut tugasan yang diberikan dengan baik. AJK lama juga memainkan peranan
mereka untuk mengajar AJK baru tentang segalanya. Mereka menurunkan segala ilmu yang patut
mereka berikan kepada AJK baru sehinggakan AJK baru mampu untuk menyelesaikan tugasan
baru mereka.

Setelah semuanya selesai, kami melakarkan potret kami dengan bergambar. Kami
diberikan makan tengahari dan mengemas kawasan perkhemahan. Seterusnya pulang ke rumah
masing-masing.

PENUTUP

Kesimpulannya, banyak pengalaman yang telah saya peroleh semasa menyertai program
ini. Antara pengalaman tersebut adalah mendapat kenangan baru, kawan baru, mengenali insan
yang benar-benar ikhlas berkawan dengan kita, membina keyakinan diri, membina semangat dan
jati diri. Sebenarnya, 3 hari 2 malam ini terlalu singkat untuk memcipta kenangan. Namun,
syukur, kami berjaya mengharunginya. Semoga aktiviti seperti ini akan terus dijalankan kerana
aktiviti ini telah memberi banyak positif daripada negatif kepada semua ahli PRS yang
menyertainya.
LAMPIRAN

You might also like