Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kemusnahan habitat,ekosistem dan

biodiversiti : pelbagai spesies fauna dan


flora diancam kepupusan dan kemusnahan
akibat daripada pembalakan yang
melampau. Apabila hutan
dimusnahkan,fungsi pokok sebagai
pengeluar utama akan turut mengalami
kemusnahan. Hidupan yang bergantung
kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor
akan kehilangan sumber-sumber makanan.
Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-lain.
Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan
rantaian makanan, kitar tenaga komponen
biotik dan abiotik yang kelak menganggu
keseimbangan ekologi setempat. Gangguan
ekologi secara menyeluruh akan berlaku
apabila hutan-hutan dimusnahkan

Memusnahkan edaran nutrien tanah : selain


itu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga
akan memusnahkan edaran nutrien dalam
tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran
nutrien akan berlaku dengan lengkap dan
sempurna di bawah pokok hutan. Namun
begitu, jika berlaku penebangan hutan,
rantaian dan nutrien tanah akan hilang
dengan cepat kerana larian air permukaan
bertambah dengan mendadak di kawasan
hutan gondol. Proses fotosintesis juga akan
turut terganggu yang sekaligus
memusnahkan edaran nutrien.

Mengubah cuaca dunia atau pemanasan


setempat:peningkatan suhu sekitar
disebabkan ketiadaan pelindung yang
menghalang pancaran matahari, dan
lebihan gas karbon dioksida dalam
atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan
hujan atau mengubah corak hujan yang
lazimnya berlaku sehingga mewujudkan
fenomena kemarau. Pengurangan
kelembapan udara ekoran daripada
fungsinya untuk membebaskan wap-wap air
ke udara melalui proses transpirasi sudah
hilang atau berkurangan. Udara sekitar
menjadi kering dan cuaca menjadi panas.
Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk
menyederhanakan suhu dengan cara
memerangkap bahangan matahari dan
membebaskan wap-wap air menerusi proses
perpeluhan.
Meningkatkan kadar hakisan: kesan
pembalakan turut menyumbang kepada
berlakunya hakisan tanah. Apabila hutan
ditebang, akar-akar pokok tidak lagi
mencengkam tanah di bawah permukaan
bumi. Apabila tiada akar untuk
mencengkam tanah, menyebabkan struktur
tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun,
aliran air hujan akan menyebabkan struktur
tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah
yang lembut dan lincin akan bergerak
menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah
tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan
sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi
turut membahayakan nyawa manusia
seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa.
Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan
juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi
tidak stabil. Pembalakan juga
mengurangkan kadar susupan air ke dalam
tanah dan seterusnya menurunkan paras air
dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan
kawasan tadahan air dan bekalan air kepada
sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan
juga menyumbang kepada kadar larian air
permukaan yang membawa banyak kelodak
dan lumpur ke dalam sungai yang
seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

You might also like