Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Kelab Keselamatan Jalan Raya


Hari ini Hafiz dan rakan-rakan sekelasnya menjalankan
aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya. Kelab ini bertujuan untuk
memberikan maklumat tentang peraturan dan keselamatan di jalan
raya.
Anggota kelab diajar tentang maksud papan tanda di jalan raya.
Mereka perlu peka dengan papan tanda ini supaya dapat digunakan
ketika menunggang basikal, turun dari bas dan melintas jalan raya.
Selain itu, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lampu
isyarat. Lampu isyarat mempunyai tiga warnayang mempunyai
maksud. Warna kuning bermaksud sedia untuk berhenti. Warna
merah untuk berhenti dan warna hijau untuk meneruskan perjalanan.
Hafiz dan rakan-rakannya berpendapat bahawa kecuaian
merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu,
mereka sentiasa berwaspada dan
mengutamakan keselamatan diri.

1. Tujuan Kelab Keselamatan Jalan Raya ialah______________


A Memberi nasihat supaya memandu dengan selamat
B Memberikan maklumat tentang peraturan dan keselamatan jalan raya.
C Memberikan pendedahan tentang tiga jenis lampu isyarat.
D Memaklumkan jalan raya bukan tempat berlumba.

2. Apakah kepentingan mengetahui maksud papan tanda di jalan raya?


A. Supaya dapat berjalan-jalan dengan selamat.
B. Supaya dapat digunakan ketika menunggang basikal, turun dari
bas dan melintas jalan raya.
C. Agar pemandu jalan raya mengikut had laju yang diperlukan.
D. Untuk berlumba ditempat yang disediakan.

3. Maksud lampu isyarat berwarna kuning ialah____________________


A. berhenti dan terus jalan
B. jalan dan pecut dengan laju
C. bersedia untuk berhenti
D. bersedia untuk jalan

4. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Kecuaian merupakan punca berlakunya kemalangan.
B Lampu isyarat mempunyai empat warna iaitu merah,kuning, hijau dan
biru.
C Kemalangan adalah disebabkan pengguna terlalu
berwaspada di jalan raya.
D Papan tanda tidak penting untuk kita tahu maksudnya.

You might also like