Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Deria Penglihatan

Mata manusia
1. Struktur mata manusia:
a) Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu:
Sklera (lapisan paling luar)
- Bewarna putih & teguh
- Fungsi: melindungi & menetapkan bentuk bola mata

Koroid (lapisan tengah)


- Berwarna hitam
- Fungsi: Kapilari darah membekalkan nutrien & oksigen
kepada mata

Retina (lapisan paling dalam)


- Mengandungi fotoreseptor yang dikenali sebagai kon
& rod
- Fungsi: mengesan cahaya & menghasilkan impuls
saraf
Bahagian Struktur Fungsi
Lapisan lut sinar sklera Permukaan
yang melengkung di melengkung
hadapan mata membantu
Kornea membiaskan &
memfokuskan
cahaya jatuh ke
atas retina
Konjunktiva Lapisan nipis lut sinar Melindungi kornea
di hadapan kornea
Bahagian berwarna Mengawal saiz
di hadapan mata anak mata serta
Iris yang merupakan kuantiti cahaya
unjuran koroid & yang memasuki
mengandungi otot mata
Anak mata Bukaan di tengah2 iris Mengawal kuantiti
cahaya yang
memasuki mata
Cakera dwicembung Membias &
yang lut sinar & kenyal memfokus cahaya
Kanta mata untuk membentuk
imej yang tajam
pada retina
Otot yang Mengecut &
bersambung pada mengendur untuk
Otot silium kanta mata mengubah
ketebalan kanta
mata
Gentian kuat yang Menetapkan
Ligamen menghubungkan otot kedudukan mata
penggan- silium dengan kanta
tung mata
Cecair lut sinar di Membantu
Gelemair antara kornea memfokuskan imej
dengan kanta mata pada retina
Mekanisme penglihatan
1. Apabila kita melihat sesuatu objek, sinar cahaya dari objek
itu akan memasuki setiap mata melalui anak mata.
2. Keamatan cahaya mempengaruhi saiz anak mata,
a) Apabila cahaya terlampau terang, anak mata
mengecil untuk mengurangkan cahaya yang masuk
b) Apabila cahaya terlalu malap, anak mata membesar
untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk
3. Semasa menembusi kornea, gelemair, kanta mata &
gelemaca, sinar cahaya dibiaskan untuk membentuk suatu
imej pada retina.
4. Imej yang terbentuk adalah tertonggeng & lebih kecil
daripada objek sebenar.
5. Imej tersebut akan merangsang fotoreseptor dalam retina
untuk menghasilkan impuls saraf. Impuls ini dihantar ke otak
melalui saraf optik.

Cahaya & Penglihatan


Pantulan Cahaya
1. Kuantiti & arah cahaya bergantung pada sifat permukaan
objek:
a) Objek dengan permukaan licin - pantulan sekata
b) Objek yang kasar - pantulan tidak sekata

2. Cermin satah memantulkan cahaya secara sekata.


Imej pada cermin satah adalah:
a) Dalam keadaan tegak
b) Songsang sisi (bahagian kiri objek kelihatan sebagai
bahagian kanan imej)
c) Maya, iaitu tidak boleh ditayangkan pada skrin
d) Sama saiz dengan objek
e) Sama jarak dengan jarak objek dari cermin

3. Contoh:
a) Cermin
- Cermin satah, cermin cembung & cermin cekung
b) Periskop
c) Kaleidoskop

Pembiasan Cahaya
1. Cahaya boleh menembusi medium lut sinar seperti air,
udara, kaca & beberapa jenis plastik.
2. Cahaya bergerak pada kelajuan yang berbeza di dalam
medium yang berbeza.
3. Pembengkokan cahaya apabila bergerak dari satu medium
lut sinar ke medium lut sinar lain yang berbeza ketumpatan
dikenali sebagai pembiasan cahaya.
4. Cahaya bergerak lebih perlahan apabila bergerak dari satu
medium kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat.
Cahaya dibiaskan mendekati garis normal.

5. Pembiasan cahaya menyebabkan:


a) Kolam air & kolam renang kelihatan lebih cetek
daripada yang sebenar
- Cahaya dari dasar kolam dibiaskan apabila bergerak
keluar dari air ke udara
- Kita akan melihat imej dasar di atas dasar sebenar
kolam

b) Penyedut minuman dalam segelas air kelihatan


bengkok
- Cahaya dari penyedut minuman dibiaskan apabila
bergerak dari air ke udara
- Bila cahaya yang dibiaskan memasuki mata,
pemerhati melihat imej penyedut minuman berada di
atas dasar gelas
- Ini menyebabkan penyedut minuman kelihatan
bengkok

Kecacatan penglihatan & cara membetulkannya


Rabun jauh (miopia)
1. Keadaan penglihatan - objek dekat dilihat dengan jelas
tetapi objek jauh kelihatan kabur
2. Punca - kanta mata terlalu tebal@bola mata terlalu panjang
3. Cahaya dari objek jauh difokuskan di hadapan retina

4. Pembetulan - memakai cermin mata kanta cekung untuk


mencapah cahaya sebelum memasuki mata.

Rabun dekat (hipermetropia)


1. Keadaan penglihatan - objek jauh dilihat dengan jelas
tetapi objek dekat kelihatan kabur
2. Punca - kanta mata terlalu nipis@bola mata terlalu pendek
3. Cahaya dari objek dekat difokuskan di belakang retina

4. Pembetulan - memakai cermin mata kanta cembung untuk


menumpu cahaya sebelum memasuki mata.
Astigmatisme
1. Punca - permukaan kornea@kanta yang tidak sekata@
kedua-duanya sekali
2. Penghidap tidak dapat melihat objek dekat mahupun objek
jauh dengan jelas
3. Pembetulan:
- memakai cermin mata berkanta silinder
- Memakai kanta lekap
- Melalui pembedahan

Rabun warna
1. Penghidap tidak boleh melihat sebahagian@semua warna.
2. Tidak dapat membezakan antara warna merah dengan
hijau
3. Kebanyakan penghidap ialah lelaki
4. Punca - kekurangan bilangan sel kon pada retina@
kecacatan pada sel2 kon
5. Diwarisi daripada ibu yang merupakan seorang pembawa &
kecacatan ini tidak boleh dibetulkan

Presbiopia@rabun tua
1. Apabila usia meningkat,
a) Kanta mata menjadi kurang elastik
b) Otot silum juga hilang keupayaan untuk mengecut &
mengendur
2. Akibatnya, imej bagi objek dekat& jauh menjadi kabur
3. Pembetulan - memakai cermin mata berkanta dwifokus

Had deria penglihatan


1. Ilusi optik
a) Ilusi optik berlaku apabila kita lihat sesuatu yang
berbeza daripada keadaan yang sebenar
b) Ini kerana sesuatu yang kita lihat itu bukan hanya
bergantung pada mata kita tetapi juga bagaimana
otak kita mentafsirkan sesuatu yang dilihat
c) Imej yang terbentuk di dalam mata adalah tepat tetapi
otak kadangkala tidak mentafsirkan maklumat ini
dengan tepat

2. Bintik buta
a) Mengesan bintik buta dalam mata:

- Tutup mata kanan & lihat tanda titik dengan mata kiri
- Gerakkan muka mendekati rajah perlahan-lahan.
Pada satu jarak, mata kiri tidak akan dapat melihat
tanda palang itu
- Ini kerana imej tanda palang telah jatuh di atas bintik
buta mata kiri
- Imej tidak dapat dikesan langsung kerana bintik buta
tidak mempunyai fotoreseptor

Penglihatan stereoskopik & monokular


Penglihatan stereoskopik
a) Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah
mata pada masa yang sama
b) Kedua-dua mata berada di hadapan kepala
- Medan penglihatan mata bertindih dengan banyak
& kawasan ini dipanggil medan penglihatan
stereoskopik
- Imej bagi setiap mata adalah sedikit berbeza
- Otak menggabungkan kedua-dua imej dari setiap
mata untuk memberikan persepsi kedalaman
menjadikan imej dalam kawasan ini adalah dalam
tiga dimensi
c) Contoh:
- harimau, burung hantu & anjing
Penglihatan monokular
a) Penglihatan yang menggunakan kedua-dua mata
tetapi secara berasingan
b) Satu mata berada di setiap sisi kepala
c) Medan penglihatan mata tidak bertindih@bertindih
sedikit sahaja & kebanyakan imej adalah dalam dua
dimensi
d) Contoh:
- Arnab, ayam & ikan

Alat untuk mengatasi had penglihatan


1. Periskop
2. Kanta pembesar
3. Mikroskop
4. Binokular
a) Binokular sebenarnya merupakan sepasang teleskop
yang pendek
b) Digunakan untuk melihat objek yang jauh seperti
burung di atas pokok semasa aktiviti mengkaji burung

5. Teleskop
a) Alat ini merupakan alat utama yang digunakan untuk
melihat objek yang jauh seperti bintang & planet]

6. Alat pengesan bunyi ultra


a) Alat ini menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi
tinggi yang disebut sebagai bunyi ultra untuk mengesan
organ dalaman manusia
b) Alat ini selamat & digunakan untuk mengimbas fetus di
dalam perut wanita mengandung
c) Alat ini menghantar denyutan bunyi ultra ke kawasan
yang diimbas
d) Gelombang bunyi dipantulkan pada kadar yang
berbeza apabila terkena tisu yang berbeza
ketumpatan & kekenyalan
6. Mesin sinar-X
a) Alat ini digunakan secara meluas untuk mengesan
keadaan bahagian2 tertentu organ dalam badan
manusia
b) Contohnya:
- Untuk mengesan kedudukan tulang yang retak

7. Mesin pengimejan resonans magnetik (MRI)


a) MRI ialah satu teknik baharu yang menghasilkan imej
badan menggunakan medan magnet yang kuat
b) Alat ini boleh menghasilkan imej sebarang keratan
rentas badan manusia, dari mana2 sudut@arah
c) Alat ini membolehkan diagnosis awal pelbagai penyakit

Gerak balas tumbuhan


1. Terdapat dua jenis gerak balas:
Tropisme
Gerakan nasti - Contoh: seismonasti

Tropisme
1. Fototropisme - cahaya
a) Pucuk tumbuh ke arah cahaya - fototropisme positif
b) Akar menjauhi cahaya - fototropisme negatif
c) Memastikan daun menerima cahaya matahari yang
cukup untuk fotosintesis

2. Geotropisme - graviti
a) Akar tumbuh ke bawah - geotropisme positif
b) Pucuk tumbuh ke atas - geotropisme negatif
c) Akar menembusi jauh ke dalam tanah bagi
mendapatkan cengkaman untuk menyokong
tumbuhan

3. Hidrotropisme - air
a) Akar tumbuh ke arah air - hidrotropisme positif
b) Pucuk tumbuh menjauhi air - hidrotropisme negatif
c) Memastikan tumbuhan mendapat air yang mencukupi
untuk bermandiri

4. Tigmotropisme - sentuhan
a) Berlaku apabila tumbuhan memanjat bersentuhan
dengan sebarang struktur sokongan
b) Batang tumbuhan (pokok seri pagi)@sulur paut (pokok
timun) akan melilit struktur sokongan itu
c) Membolehkan tumbuhan memanjat untuk
mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi untuk
fotosintesis

Gerakan nasti
1. Gerakan nasti - merupakan gerakan tidak berarah
bahagian tumbuhan apabila bergerak balas terhadap
rangsangan luaran
2. Gerakan nasti paling lazim ialah seismonasti, iaitu gerak
balas terhadap sentuhan. Contoh:
Pokok semalu
- Akan menguncupkan daunnya apabila disentuh
- Arah penguncupan daun tidak bergantung pada
arah sentuhan

Pokok perangkap lalat Venus


- Daun tumbuhan ini akan tertutup & memerangkap
serangga yang hinggap padanya
- Serangga ini kemudiannya dilarut & dicerna secara
perlahan-lahan

3. Fotonasti - iaitu gerakan nasti sebagai gerak balas terhadap


cahaya . Contoh:
Bunga seri pagi
- Bunga tidak bergerak ke arah cahaya sebagaimana
dalam fototropisme, tetapi hanya berkembang
dengan kehadiran cahaya

You might also like