Minit Curai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT CURAI

Kepada: Pn. Hjh. Afidah Bt. A. Bakar (Guru Besar SK Jorak)

Daripada: 1. Pn. Noraini Bt. Nasir

Perkara: Taklimat Pendedahan Perkhidmatan Kaunseling Untuk

Sekolah Kurang Murid (SKM)

Taklimat Pendedahan Perkhidmatan Kaunseling Untuk Sekolah Kurang Murid 2014.

Tarikh : 2 April 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Perdana PPD Muar

1. LATAR BELAKANG MESYUARAT

1.1 Taklimat yang diberikan pada hari ini merupakan taklimat berupa pendedahan tentang
perkhidmatan kaunseling bagi sekolah yang tidak mempunyai Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa atau Sekolah Kurang Murid(SKM).
1.2 Taklimat diadakan adalah hasil saranan Guru-guru Besar.
1.3 Guru-guru yang hadir adalah terdiri dari Guru-guru bimbingan lantikan sekolah atau
lantikan dalaman dari seluruh daerah Muar dan Ledang.
1.4 Taklimat telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Hazni B. Ali (PPD Bimbingan Dan
Kaunseling dan Kerjaya Murid PPD Muar).
1.5 Turut hadir adalah Tuan Haji Halim (Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling)

2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

2.1 Isu penting taklimat diadakan pada hari ini adalah tentang bidang tugas serta

tanggungjawab Guru Bimbingan di sekolah.

2.2 Antara isi dan maklumat yang diberi penekanan adalah:

2.2.1 Perkhidmatan Kaunseling akan mengalami banyak perubahan dalam


tahun 2014 ini.
2.2.2 Berkemungkinan pada masa akan datang semua sekolah mempunyai
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
2.2.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah
berkelayakan disebut sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Sepenuh Masa. Manakala di Sekolah Kurang Murid, perkhidmatan yang
disediakan oleh guru lantikan sekolah disebut sebagai Guru Bimbingan.
2.2.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa bertugas mengikut
sesi persekolahan biasa dan bukannya mengikut waktu pejabat.
2.2.5 Program Mento Mentee adalah program yang wajib dilaksanakan.
2.2.6 Program Penyayang adalah program KPM yang perlu dilaksanakan.
2.2.7 Senarai semak Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling awal tahun
bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa:
-Taklimat perkhidmatan
-Pelaksanaan Program Mento Mentee
-Warga Emas ( Umur 60 tahun ke atas)
-Buat outreach edar pamphlet untuk semua murid.
-Program Suai Kenal
-Pelaksanaan Sekolah Penyayang
2.2.8 Perkara yang perlu ada dalam perancangan:
-Kaunseling berfokus
-Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
-Mento Mentee
-Pembangunan Sahsiah Diri
-Pembangunan Disiplin
-Pendidikan Kerjaya
-Pendidikan psikososial dan kesejahteraan
-Keibubapaan
-Pendidikan Pencegahan Dadah
-Warga Emas
-Kaunseling Kelompok
-Kaunseling Individu

Taklimat berakhir pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh

(NORAINI BT. NASIR)

Guru Bimbingan SK Jorak

You might also like