Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk


eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang
sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Kajian
tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu
ratusan atau ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel
dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat
populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh
memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru
itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual
secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah
alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual
dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun
soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui
proses pengesahan dan diuji keboleh percayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya
penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil
perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan
responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen
disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen
digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik,temu bual juga boleh digunakan dalam kajian
tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu
bual semi struktur, dan temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual
tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya
digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu
(Gay & Airasian, 2000).

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan


maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah
menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan
susunan soalan temubual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual,
penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di
atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk
menghasilkan satu sistem yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan
kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual
tidak bersemuka dantemu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi
penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang
tujuan temu bual,soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan
jelas dan tepat,berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai,
tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual
dilaksanakan dan menghargai responden.

2.0 JENIS TINJAUAN

Tinjauan deskriptif

Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap
ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi. Penyelidik akan menjelaskan
bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji. Kebanyakan kajian kualitatif juga
menggunakan pendekatan penjelasan, umpamanya kajian etnografi.

Daripada tinjauan deskriptif kepada analitikal

Saiz sampel yang menentukan sama ada tinjauan itu adalah analitikal atau
deskriptif.Sekiranya saiz sample terlalu kecil dan penyelidikan melibatkan pelbagai pemboleh
ubah selalunya kajian ini adalah secara statistik. Dalam keadaan ini tinjauan secara analitik
akan memberi nilai yang kecil. Dengan itu deskriptifnya lebih banyak.

Tinjauan Analitikal

Seperti yang telah ditekankan, tinjauan analitik lebih menekankan teori.


Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah.
Oppenheim telah membuktikan tinjauan analitik mengambil kira ciri-ciri tipikal dalam kajian
eksperimen apabila ia menghubungkan pelbagai pembolehubah. Setiap penyelidikan
harus boleh dibezakan antara pembolehubah bersandar, tak bersandar dan pembolehubah
tidak terkawal.Pembolehubah bersandar ialah tumpuan utama dalam penyelidikan. Ia
merupakan hasil yang diterima kesan daripada penyelidikan. Pembolehubah tak
bersandar penyebab kepada perubahan terhadap pembolehubah bersandar yang akan
dimanipulasi atau diperhatikan.Kemudian diukur dengan menggunakan tinjauan
analitik. Pembolehubah tak terkawal mengandungi pembolehubah yang ralat yang boleh
mempengaruhi keputusan dalam kajian. Diharapkan pembolehubah seperti ini yang
mempunyai taburan secara rawak dapat menghadkan kesan yang mempengaruhi
keputusan. Dengan merancang tinjauan secara teliti ia dapat membantu dalam mengawal
pembolehubah yang lain.

3.0 PERINGKAT TINJAUAN

Langkah dalam proses tinjauan

Sebelum tinjauan dilakukan, anda perlu memahami fasa dan langkah yang
terlibat.Tinjauan lebih banyak hanya proses rekabentuk penyoalan dan pengumpulan data.
Peringkat 1: Meninjau rekabentuk dan persiapan rancangan

Dalam strategi penyelidikan, langkah pertama yang terlibat ialah spesifikasi soalan
penyelidikan utama tinjauan yang perlukan butir-butir. Satu soalan penyelidikan mungkin
berfokuskan kepada pendapat atau tingkahlaku seseorang, kumpulan organisasi, rangkaian
dan perniagaan. Menulis persoalan penyelidikan untuk tinjauan penting bagi membuktikan
rangka penyelidikan sebagai rujukan.

Peringkat 2 : Ujian awalan(pra-ujian)

Melibatkan aktiviti ujian dan memplot elemen seperti kerangka sampel,


(sasaranpopulasi), soalan tinjauan dan koleksi data. Beberapa maklumat perlu diuji terlebih
dahulusebelum menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Jika kaedah temubual
digunakan,pengkaji perlu melalui latihan dan taklimat untuk memastikan latihan itu berjaya
atau tidak.Hanya apabila instrumen kajian siap disediakan ia akan di pra-uji dalam satu
kumpulan.

Peringkat 3 : Reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan

Hasil daripada ujian awalan tadi akan memberikan maklumat kepada kita
tentangperubahan yang perlu dilakukan berdasarkan kepada pelbagai bentuk elemen.
Mengenalpastimasalah dengan sampel yang mewakili kerangka kajian. Pengkaji perlu
mempertimbangkankesan terhadap kebolehpercayaan hasil kajian

.Peringkat 4 : Pengumpulan data

Peringkat ini merangkumi sebahagian daripada proses pengumpulan data dan


perusespengekodan, pada peringkat ini aktiviti yang terpenting ialah mengawal jumlah temu
bualyang lengkap serta bilangan responden yang tidak memberikan respon. Kemudinnya, ia
akandiletakkan di dalam kategori yang lebih spesifik. Setiap satu kategori mepunyai
implikasiyang berbeza kepada penyelidikan :

Bukan kenalan (cuba hubungi semula)


Menolak (cuba mencari sebab menolak)
Tidak layak

Jika temubual menjadi kaedah utama dalam penyelidikan, pencapaian penemubual


perludiperiksa agar kadar kejayaan dalam mendapatkan kerjasama dan kualiti makumat
dalamtemuramah.

Peringkat 5 : Pengekodan data, analisis dan laporan.

Pada peringkat mengekod nombor-nombor akan mewakili setiap respons


yangdiperoleh daripada soal selidik. Setiap satu maklumat responden akan dimasukkan ke
dalamrekod maklumat termasuklah kesemua responden yang menjawab soalan soal selidik.
Setiapresponden akan diberikan jumlah dan nombor identiti yang unik. Sebelum
data bolehdianalisis data-data tersebut perlu dibersihkan dahulu. Bermakna setiap proses
pengiraanmarkah perlu dilakukan dengan hati-hati dan perlu diperiksa dengan tepat dan teliti.

4.0 MATLAMAT KEGUNAAN PENYELIDIKAN TINJAUAN

Penyelidikan tinjauan digunakan dalam merencana tiga matlamat yang paling penting
iaitudeskriptif, penjelasan dan penerokaan.

a. Deskriptif

Penyelidikan tinjauan kerap digunakan bagi memperolehi maklumat deskriptif


berkenaansesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pembolehubah yang diminati.
Sebagai contoh,bergantung kepada soalan kajian, sekiranya populasi yang diminati adalah
guru sekolah,maklumat deskriptif yang boleh dipungut termasuk kelulusan akedemik,
jantina, pengalamanmengajar, tempat bertugas (bandar atau luar bandar, jenis sekolah), mata
pelajaran yangdiajar, tahap yang diajar (rendah atau menengah), jawatan yang dijawat,
agama, bangsa,kepuasan kerja mereka dan sebagainya. Sekiranya penyelidikan tinjauan
digunakan untuktujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan deskriptif atau penyelidikan
deskriptif (Gay &Airasian, 2003 ; Krathwohl, 1998 ; Rosier, 1997).

b. Penjelasan (Explanatory)

Penjelasan adalah bergantung kepada persoalan kajian. Sebagai contoh,


populasi yangdiminati adalah guru sekolah dan hubungan yang ingin disiasat adalah antara
pembolehubahpengalaman mengajar dan juga kepuasan guru bekerja. Jika terdapat hubungan
yang kuat,pengalaman mengajar dapat digunakan bagi membuat ramalan berkenaan
kepuasan kerjaseseorang guru. Dalam erti kata lain, penyelidik boleh menggunakan
pengalaman mengajatbagi menjelaskan kepuasan kerja guru. Ini tidak bermaksud bilangan
tahun mengajar menjadipenyebab kepada kepuasan kerja guru. Sekiranya penyelidikan
tinjauan digunakan untuk tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan korelasi atau
penyelidikan korelasi (Rosier,1997; Shaughnessy, Zechmeister, & Zechmeister, 2003).
Creswell (2005) menjelaskanpenyelidikan korelasi bergantung kepada ciri-ciri seperti
penyelidik mengkorelasikan dua ataulebih pembolehubah; penyelidik memungut data
pada suatu masa tertentu; penyelidikmenganalisis semua peserta kajian sebagai satu
kumpulan tunggal; penyelidik memungutsekurang-kurangnya dua skor, setiap skor untuk
satu* pembolehubah, daripada setiap pesertakajian dalam kumpulan.

c. Penerokaan (Explotory)

Penyelidikan tinjauan boleh digunakan bagi mengenalpasti masalah yang


memerlukanpenyelidikan lanjut. Selepas dikenal pasti, masalah-masalah itu dapat
didefinasikan denganlebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat
dijalankan. Siasatan itu tidaksemestinya menggunakan penyelidikan tinjauan lagi.
Digunakan dalam konteks ini, matlamatpenyelidikan tinjauan adalah penerokaan.

5.0 PERBINCANGAN PENYELIDIKAN TINJAUAN

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah
penyelidikanbukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam
pelbagai bidangkhususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak
digunakan dalam bidangpendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada respondenyang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden
(Marican, 2006). Kajian tinjauandijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi.
Sampel yang terpilih mestilah mempunyaiciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji
supaya maklumat yang diperoleh melaluikajian berkenaan boleh memberi kenyataan
dan gambaran umum tentang keseluruhanpopulasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu
tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untukmembuat kenyataan umum (generalization)
tentang sesuatu populasi.

Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian menyeluruh mengenai


sesuatuisu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar,
maklumatdipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat
kenyataanumum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara
pemilihan sampeldalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple
random sampling),pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik
(systematic sampling)dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau
bagaimanapun pemilihan sampeldalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada
sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay& Airasian, 2000).

Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie, 1990, Jackson,


2002)dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan,
sosiologi danjuga pendidikan. Contohnya, seorang ahli politik mungkin mengupah orang lain
menjalankantinjauan bagi menilai peluangnya memenangi pilihan raya atau sebuah
firma mungkinmenjalankan tinjauan bagi menaksir penerimaan produknya di kalangan
pengguna. Kerajaandi seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk
pelbagai tujuan sepertimenggubal dasar, menaksir impak dasar, menaksir reaksi rakyat pada
sesuatu projek dansebagainya. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos
menjalankannya adalahrendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut
daripada ramai individudengan agak pantas.

Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk


kuantitiberkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid
dibenarkanmembawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan
memperoleh maklumatsebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif
berbentuk bukan eksperimen danpopular di kalangan penyelidik. Ini bermakna
tiada pembolehubah dimanipulasikan.Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah
yang sedia ada dalam persekitaran semulajadi.

Penyelidikan tinjauan melibatkan pungutan data secara sistematik, sama ada


melaluisoal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan, soal selidik yang
diposkankepada responden, atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden
secaraterus atau melalui telefon. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi,
ramaiorang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama.
Oleh itu,standardization penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang
diminati bolehberbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan, ciri, tingkah laku
lampau dan terkini,persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat yang
diberitahu respondenadalah pembolehubah. Penyelidikan tinjauan mengukur
(mengkuantitikan) semuapembolehubah ini. Berbilang pembolehubah boleh diukur dan
berbilang hipotesis boleh diujimelalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan bergantung pada
responden membuat laporan kendiriberkenaan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan,
sikap, pandangan dan tingkah lakumereka. Dengan itu, kesahan dapatan penyelidikan
tinjauan antara lain bergantung padakejujuran mereka.

Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu
bualsecara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik
ialah alatukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual
dijalankan untukmenyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian inibiasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal
selidik yang sedia ada dansoal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses
pengesahan dan diujikebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik
perlu menyediakaninstrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri
instrumen soalselidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden,
format instrumen yangsistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan
bersama instrumen kajian sertaujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan
(Chua, 2006).

Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan.
Beberapabentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi
struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang
digunakandalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan
maklumatmendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan
membentukitem-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan
responden,elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
elakkansoalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur,
elakkanmendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan
item yangnegatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam
bentukskala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay &
Airasian,2000).
Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk
mendapatkanmaklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual
ialah menentukanjenis temu bual dalam kajian iaitu rancangan temu bual, stail, kandungan
dan susunan soalantemu bual, ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu
bual, penyusunansoalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek
di atas perludiambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk
menghasilkansatu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab
persoalan kajian.Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka,
temu bual tidakbersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk
menjadi penemubual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar
tentang tujuantemu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal
dengan jelasdan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang
sesuai,tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual
dilaksanakandan menghargai responden.

Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang


seringdigunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada
beberapateknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan
motivasi dapatdigunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah
yang efisienbagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam
tempoh yangsingkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik.

Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih


sesuaisekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui
sampleatau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul
perlumempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar
maklumat yangdikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan
gambaran umumtentang populasi secara keseluruhan.

Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi


tajukpenyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa mengumpul data, kawalan
tidakdapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik.

Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan


gambarandeskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka.
Ini sesuaiuntuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman.

Namun, strategi penyelidikan tinjauan didapati lemah daripada segi kriteria


kawalandan sifat semula jadi, walaupun sesuai bagi penyelidikan bersifat deskriptif,
penerokaan dansebab-akibat.

Penyelidikan tinjauan mempunyai beberapa had yang harus disedari oleh


penyelidikyang menggunakannya. Antara had-had itu adalah penyelidikan tinjauan dapat
menentukansama ada terdapat hubungan antara dua pembolehubah tetapi tidak dapat
menentukan sebab-akibat. Contohnya, katakan suatu tinjauan mendapati terdapat korelasi
yang signifikan antarakekerapan pelajar berkelahi dengan tempoh masa mereka bermain
permainan video (videogames). Namun bukti ini tidak semestinya bermakna bermain
permainan video menyebabkantingkah laku agresif di kalangan pelajar kerana penjelasan
berikut juga munasabah, iaitupelajar yang agresif lebih berkemungkinan menggunakan masa
lapang mereka untuk bermainpermainan video.

Selain itu, penyelidikan tinjauan bergantung pada data laporan kendiri (self-
report),iaitu penyelidikan tinjauan bergantung pada kejujuran dan ketepatan responden
melaporkansikap, pandangan, kepercayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka
yang diminatipenyelidik. Hal ini tidak semestinya berlaku kerana responden boleh
memberikan jawapanyang tidak tepat, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja
(contohnya, mereka lupa,keliru dan sebagainya).

Penyelidikan tinjauan juga terdedahkan kepada bias. Contohnya, oleh


keranaresponden tahu sebab mereka dikaji ataupun mempunyai sedikit idea mengenainya,
merekamungkin mengubah jawapan mereka, sama ada disedari ataupun tidak disedari, bagi
membuatpenyelidik mendapat gambaran yang baik dan positif berkenaan mereka.
Contohnya, merekamungkin memberikan jawapan yang mencerminkan mereka
sebagai individu yang adil,munasabah, bertimbang rasa, penyayang, rajin, berdedikasi
dan sebagainya. Fenomena inidinamakan social desirability.

Apabila dilaksanakan dengan baik, penyelidikan tinjauan berupaya mewakili


dengantepat sesuatu pandangan populasi individu yang dikaji. Namun ini tidak bermakna
pandanganitu betul. Oleh itu, walaupun data penyelidikan tinjauan dapat membantu dalam
membuatkeputusan dan menggubal dasar awam, pertimbangan dan penganalisisan
pakar masihdiperlukan. Ringkasnya data itu tidak boleh mengambil alih tempat
pertimbangan danpenganalisisan pakar.

Di samping itu, menjalankan penyelidikan tinjauan yang baik adalah tugas besar.
Iamemerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa berbulan-bulan bagi merancang
danmelaksanakannya. Contohnya, menggubal soal selidik yang baik memakan masa dan
usaha.Begitu juga dengan menganalisis dan menginterpretasikan data.

6.0 KELEBIHAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINJAUAN

Saunders et. Al. (2000) memberi komen berkaitan reka bentuk soalan soal selidik
akan bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Sama ada ia akan menjadi self-
administered atau temuduga-administered. Berdasarkan kategori ini, mereka menetapkan
bahawa terdapat 6 kaedah atau jenis soalan yang berbeza. Daripada semua (bersemuka)
temuramah dan jenisini, jenis soalan yang biasanya digunakan ialah postal, soalan struktur
telefon., di samping itu, soalan secara online juga semakin meluas penggunaannya. Langkah
pertama bagi membuat pilihan jenis soalan yang hendak digunakan bagi sebarang
penyelidikan ialah bergantung kepada tinjauan dan jenis penyelidikan serta jenis soalan yang
diperlukan untuk disoal bagikajian itu.
Pengumpulan data melalui soal selidik
a ) Soal selidik melaui pos
Kelebihan soalan berbentuk soal selidik melalui pos sesuai diaplikasikan bagi situasi di
mana soalan yang tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar dan hanya jawapan secara
terus menjawab soalan. Responden juga diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik.
Responden akan memberikan jawapan yang lebih jujur berbanding teknik lain lebih-lebih lagi
jika ia melibatkan isu-isu sensitif. Soalan soal selidik melalui pos dikatakan kosnya agak
murah jika dibandingkan dengan saiz sampel yang serupa dengan lain-lain teknik
pengumpulan. Penghantaran dan pengumpulan borang soal selidik melalui pos adalah lebih
mudah dilakukan berbanding menggunakan tangan kepada setiap responden dan
mengutipnya kemudian. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana penyelidik mempunyai
hubungan secara terus dengan responden maka responden mempunyai ruang masa untuk
melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan.Seperti kaedah penyelidikan yang lain,
kaedah ini akan menentukan sejauhmana responden tertarik hati terhadap tinjauan tersebut.

b) Soal selidik melalui elektronik (online)


Kelebihan tinjauan soal selidik melalui online adalah merupakan kaedah yang baru
tetapi semakin popular bagi kaedah tinjauan. Terdapat dua cara kaedah soal selidik melaui
online boleh dihantar sebagai dokumen dalam bentuk perisian word yang dilampirkan ke
dalam emel atau melalui laman web. Melalui laman web jika laman tersebut tidak dilindungi
dengan kata laluan maka tiada kawalan dan kuasa terhadap mana-mana responden yang
melayari laman web itu dan mengisi borang soal selidik. Ini bermakna penyelidik akan
mendapat responden secara sukarela menjawab soal selidik. Masalah keselamatan boleh
diselesaikan jika pengkaji memfokuskan kepada satu-satu organisasi sahaja yang terlibat
dalam jaringan internet dengan firewall akan menyekat kepada pelawat-pelawat luar.

c) Temu bual kumpulan berfokus


Kelebihan tinjauan kumpulan berfokus ini ialah membolehkan satu sampel responden
ditemunbual dan diulang temu bual maka sikap dan tindakan boleh dikaji sepanjang masa
temu bual tersebut. Satu kajian longitudinal kelebihan fokus berkumpulan ini ialah ia
membenarkan untuk mengeluarkan pelbagai pandangan, sementara ahli-ahi kumpulan
yang lain boleh menggalakkan pandangan dari perspektif yang lain. Tambahan pula,
kadangkala pandangan dari perspektif yang baru ini boleh memberikan idea-idea asas dalam
sebarang tinjauan.

d) Tinjauan telefon
Tinjauan menggunakan telefon digunakan secara meluasnya berbanding kaedah yang lain.
Salah satu sebab perkembangannya ialah apabila bilangan penggunaan telefon bagi isi rumah
meningkat, peningkatan ini bertambah sehingga 90 peratus dalam beberapa negara. Malahan,
dengan penularan penggunaan telefon bimbit ramai isi-isi rumah sekarang
menggunakan pelbagai jenis telefon. Kebanyakkan tinjauan dilakukan melalui telefon di
rumah, tetapi dengan penularan penggunaan telefon bimbit dikalangan remaja, telefon bimbit
juga menjadi medium perhubungan bagi tinjauan melalui telefon dalam usaha menarik minat
golongan muda. Telefon bimbit kini sudah menjadi satu aksesori sosial.

Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie, 1990, Jackson, 2002)
dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan, sosiologi dan
juga pendidikan. Kerajaan di seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk
pelbagai tujuan seperti menggubal dasar, menaksir impak dasar, menaksir reaksi rakyat pada
sesuatu projek dan sebagainya. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos
menjalankannya adalah rendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut
daripada ramai individu dengan agak pantas.
Kelebihan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara bagi
memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa teknik yang ada
bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat digunakan ke
atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien bagi mengutip
data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat. Tinjauan
ini berstruktur dan bersesuaian dengan analisis statistik.

Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai


sekiranya kajian itu digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi
melalui sampel atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang
dikumpul perlu mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar
maklumat yang dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan
gambaran umum tentang populasi secara keseluruhan. Strategi tinjauan menekankan data
yang lengkap dan meliput tajuk penyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa
mengumpul data, kawalan tidak dapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui
strategi statistik. Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan
gambaran deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk
meneroka. Ini sesuai untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria
keumuman.
PENUTUP

Kesimpulannya, kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang
palingpopular digunakan dalam kalangan penyelidik. Instrumen yang digunakan adalah soal
selidikdan temu bual. Kelebihannya adalah mudah, cepat dan menyeluruh tetapi ia
mempunyaikelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan pandangan atau
pendapatsahaja.

Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum(generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan
menggunakan soalselidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil,
melalui SMS, e-mailserta telefon.

Selain itu, terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu
tidakmulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan
ditanyasecara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak
sebagaipendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa,
menghormatiresponden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai
responden.

Terdapat dua jenis tinjauan iaitu tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal.
Tinjauandeskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap
ciri-ciriyang terdapat dalam sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan
teori.Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah.

Selain itu juga, terdapat lima peringkat tinjauan iaitu meninjau reka bentuk
danpersiapan rancangan, ujian awalan, reka bentuk tinjauan terakhir dan
perancangan,pengumpulan data dan pengekodan. Bagi kegunaan penyelidikan tinjauan pula
mempunyaitiga kegunaan iaitu deskriptif, penjelasan dan penerokaan.
BIBLIOGRAFI

Arabi Idid (1993), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.

Aziz Yahya & et.al (2006), Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lim Chong Hin, 2007. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN: Pendekatan Kuantitatif dan


Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Nadirah & et.al. Tinjaun Deskriptif dan Analitikal [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010 dari
World Wide Web: http://webcache.googleusercontent.com/search?

Penyelidikan Tindakan: Proses Penyelidikan Tindakan [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010


dari World Wide Web: http://www.teachersrock.net/AR3.htm

Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal &
Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like