Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

CURRENT

AWARENESS
SERVICE

january 2016
Issue No. 1 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Dato suriani dato ahmad


pembicara utama breakfast talk
CONTENTS / KANDUNGAN

04 05 06 07 09 15

whats in the news / BERITA TERKINI news / berita

03 INTEGRITI cadang dasar perlindungan penguatkuasa semasa 07 INTEGRITI - KKMM jalin kerjasama promosi integriti
bertugas
08 The JKNMPP: The Peoples Committee
breakfast talk / Syarahan
09 INTEGRITI dan SKM jalin kerjasama pintar
10 INTEGRITI sediakan perunding MIP terlatih
04 Keselamatan dan kebajikan penguatkuasa perlu diutamakan
11 Sarjan Mejar (B) Apot kongsi pahit manis VAT69
ROUND TABLE DISCUSSION / perbincangan meja bulat
FEATURES / Rencana
05 Terapkan nilai integriti melalui pendidikan
12 Tun Razak peneraju integriti perkhidmatan awam
14 Aspects of political funding
INTEGRITY ART NIGHT / malam seni integriti

06 Mayhem, dua dalam satu


gallery / galeri

15 Berita bergambar tentang aktiviti di INTEGRITI

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

Advisor Editor Staff Writers Photographer Contributors


Dr. Anis Yusal Yusoff Zubayry Abady Sofian Norsheeda Din Rosalizawati Arshad Harisham Ibrahim
Aimi Farhana Mohd Amin Fison Hamdi Ahmad
Assistant Editor Cover Amerul Muner Mohammad
Nor Azni Ahmad Husairi Aryzam Rahim Mohd Ismail Abdul Jalil
Rajasegari a/p Krishnan

Published monthly by
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

2
whats in the news / berita terkini

INTEGRITI cadang dasar


perlindungan penguatkuasa
semasa bertugas

K
UALA LUMPUR: Institut Kebajikan Pegawai Penguatkuasa
Integriti Malaysia (INTEGRITI) Semasa Menjalankan Tugas, di
akan mengemukakan kertas INTEGRITI di sini hari ini.
cadangan dasar mengenai keselamatan
dan kebajikan penguatkuasa ketika Dengan usaha mewujudkan dasar
bertugas kepada pihak kerajaan dalam itu katanya, pegawai penguatkuasa
tempoh dua atau tiga bulan akan dan penyiasat akan diberi
datang. perlindungan keselamatan supaya
mereka berani untuk menjalankan
Presiden dan Ketua Pegawai tugas tanpa rasa takut.
Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal Yusoff
berkata, dasar itu merupakan Ini penting untuk semua
antara pendekatan julung kali masyarakat bersama membantu
dilakukan institut itu untuk memberi negara dan kalau ada orang yang
perlindungan kepada penguatkuasa buat ancaman, kita boleh perangi
yang melaksanakan tugas dengan bersama.
penuh integriti.
Saya rasa kajian ini tidak lama,
Kita tidak ada satu dasar yang hanya ini perlu dilakukan segera
nak jaga orang-orang yang mahu sebab kita tidak mahu lagi nyawa
Dr. Anis Yusal Yusoff
menegakkan integriti dalam negara, terkorban selepas ini. Kalau tidak
apa yang kita beri. Memang mereka mampu selesaikan, mungkin boleh Kita ada menteri yang
boleh mengambil tindakan sendiri, kurangkan, ujar beliau. bertanggungjawab dan beliau akan
namun dalam masa sama dari segi bentang di Kabinet nanti. Ini perkara
kerajaan apa yang boleh dilakukan. Kertas cadangan dasar itu adalah baru sebab sambil budayakan
hasil perbincangan dan kajian integriti, kita kena faham bukan sahaja
Ini permulaan, selepas ini yang diadakan bersama semua kita bercakap sahaja, tetapi benda
perbincangan mendalam dan agensi kerajaan terutama bahagian lain pun perlu ditangani, tambahnya.
mungkin ada kajian. Kertas dasar itu penguatkuasaan dan keselamatan.
kita akan kemuka kepada kerajaan, Beliau juga yakin sistem melalui
bagaimana supaya orang yang Ada 21 agensi penguatkuasaan. dasar berkenaan mampu diwujudkan
berintegriti tidak menjadi mangsa Mungkin semua yang laksanakan dalam memastikan penguatkuasa
kepada orang yang buat benda tidak tugas, terutama yang berisiko nyawa melakukan tugas dengan lebih
baik, katanya dalam sidang media terancam perlu diambil kira, sebab itu integriti dan masyarakat akan akur
selepas Program Breakfast Talk dasar itu perlu datang daripada orang dengan pelaksanakan peraturan yang
bertajuk Dasar Keselamatan dan atasan. ditetapkan.

Sumber: Astro Awani, 21 Januari 2016

3
breakfast talk / Syarahan

keselamatan dan kebajikan


penguatkuasa perlu diutamakan
Oleh Harisham Ibrahim dan Azni Husairi

K
eselamatan dan kebajikan ketika Penguatkuasaan) Kementerian Dalam maklumat dan kerjasama khususnya
menjalankan tugas merupakan Negeri, Dato Suriani Dato Ahmad, melibatkan kementerian dan agensi perlu
elemen yang amat penting dalam sebagai pembicara utama, sementara disubur, dilaksana dan diperkukuhkan.
memastikan integriti para penguatkuasa panel-panel lain ialah mantan Ketua Polis Ini penting bagi memastikan maklumat
sentiasa berada pada tahap tertinggi. Negara, Tan Sri Musa Tan Sri Hj. Hassan yang diterima tepat, sekali gus melicinkan
Menyedari akan hakikat ini, Institut Integriti dan Pengarah Bahagian Keselamatan, pelaksanaan penguatkuasaan.
Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
satu sesi diskusi bertajuk Dasar (SPRM), KPKPj Alias Salim. Selain itu, Sementara itu, Tan Sri Musa
Keselamatan dan Kebajikan Pegawai ia turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi memberitahu bahawa penyaluran
Penguatkuasa Semasa Menjalankan penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia maklumat secara berintegriti amat penting.
Tugas pada 21 Januari 2016 bertempat di (PDRM), Kastam, Imigresen, Jabatan Alam Ini bagi membolehkan para penguatkuasa
Dewan Murni, Menara Integriti. Sekitar dan pihak berkuasa tempatan. melaksanakan tugas masing-masing
dengan efisien, selamat dan berintegriti.
Program ini menampilkan Timbalan Ketika berucap, Dato Suriani
Ketua Setiausaha (Kawalan dan menegaskan bahawa perkongsian Selain kerjasama dan perkongsian
maklumat, KPKPj Alias menekankan
keperluan mewujudkan insurans
berkelompok. Hal ini penting agar
penguatkuasa rasa terbela daripada aspek
kebajikan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai


Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal
Yusoff, hasil perbincangan berkenaan
bakal diterjemahkan dalam bentuk
kertas cadangan dasar. Malahan, beliau
turut menyuarakan hasrat mengadakan
penyelidikan berkaitan isu berkenaan
pada masa akan datang supaya hasil
daripadanya dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak.

4
ROUND TABLE DISCUSSION / perbincangan meja bulat

terapkan nilai integriti


melalui pendidikan
Oleh Harisham Ibrahim

P
elaksanaan transformasi sistem pendidikan negara Prestasi Pendidikan (PADU) KPM, Puan Khadijah Abdullah
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pengarah Eksekutifnya, Dr. Noorliza Hj. Zakuan sebagai
merupakan dimensi baru ke arah mewujudkan pembentang utama, sementara ahli-ahli panel yang lain terdiri
pendidikan yang lebih berkualiti. Namun, selain kecemerlangan daripada Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, Prof. Emeritus
akademik, pembentukan nilai integriti dan jati diri juga perlu Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Felo Utama INTEGRITI, Prof.
dititikberatkan. Emeritus Dato Dr. Abdul Rahman Embong, mantan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato Dr. Asiah Abu
Menyedari akan hal itu, satu sesi diskusi bertajuk Pengukuhan Samah dan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Integriti Dari Perspektif Pelan Pembangunan Pendidikan Dato Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom.
Malaysia (2013 2015) telah dianjurkan oleh Institut Integriti
Malaysia (INTEGRITI) pada 28 Januari lalu bagi meningkatkan Dalam sesi tersebut, sebanyak 11 anjakan utama proses
pemahaman masyarakat tentang usaha pembentukan nilai, etika transformasi sistem pendidikan negara diketengahkan dengan
dan integriti dalam kalangan pelajar sekolah. Malahan, menerusi tumpuan lebih diberikan kepada anjakan ketiga iaitu melahirkan
program ini, INTEGRITI turut memperoleh ruang dan peluang rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini dilihat selari dengan
intervensi untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia matlamat penubuhan INTEGRITI dan pelancaran Pelan Integriti
(KPM) menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Nasional yang secara tidak langsung menggalakkan kepada
kerjasama yang baik antara INTEGRITI dengan KPM bagi
Dialog yang berlangsung selama separuh hari ini membolehkan hasrat murni berkenaan direalisasikan dengan
menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan jaya.

5
INTEGRITY ART NIGHT / malam seni integriti

MAYHEM, DUA DALAM SATU


Oleh Fison Hamdi Ahmad

I
nstitut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sesi diskusi ringkas bersama pengarah
dengan kerjasama Persatuan Sutradara Mayhem dan juga naib Presiden FDAM,
Malaysia (FDAM) memberikan sentuhan Syed Zulkifli Syed Masir bagi mengupas
berbeza apabila membawa masyarakat elemen-elemen integriti yang tersirat dalam
melihat integriti dari kaca mata lensa sebuah filem berkenaan. Di samping itu, sesi tersebut
filem pendek tempatan berjudul Mayhem. turut membincangkan peranan filem dalam
mendidik dan menyebarluaskan mesej
Bertemakan Gobok Wayang Integriti: integriti kepada masyarakat.
Mayhem Persepsi Atau Integriti, Integrity
Art Night yang berlangsung pada 29 Januari Menurut Presiden dan Ketua Pegawai
lalu di Auditorium Integriti mengetengahkan Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff,
konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil selain mempromosikan integriti secara
berhibur agar masyarakat menjadi lebih konvensional, adalah penting bagi INTEGRITI
matang dalam menilai serta melihat sesuatu untuk sesekali memancing tumpuan
isu tanpa mudah membuat kesimpulan awal. masyarakat dengan memberikan sedikit
kelainan dalam pendekatan yang digunakan.
Menerusi watak seorang gadis dan dua Ini kerana filem bukan sahaja medium yang
lelaki, filem pendek yang ditayangkan selama rapat dengan masyarakat, tetapi juga mampu
10 minit ini memaparkan tentang tersilap memberikan impak yang luar biasa.
langkah yang berlaku akibat tafsiran awal
yang dibuat hanya berlandaskan persepsi Justeru, penganjuran program ini yang
sendiri tanpa menyelidik isu sebenar terlebih dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu daripada
dahulu. pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat
dilihat sebagai langkah terbaik INTEGRITI
Selain dihidangkan dengan tayangan untuk menjalinkan kerjasama berpanjangan penggiat filem bagi menyebarluaskan mesej
filem, tetamu turut berpeluang menyertai dengan para aktivis seni tanah air khususnya integriti melalui seni, budaya dan warisan.

6
news / berita

INTEGRITI-KKMM jalin kerjasama


promosi integriti
Oleh Norsheeda Din

G
aya hidup masyarakat yang
digarap kemas dengan budaya
ketimuran dan nilai-nilai murni
suatu masa dahulu bakal lenyap
seandainya rakyat Malaysia hari ini terus
alpa dan lalai. Justeru, bagi menggilap
nilai-nilai sedia ada, Institut Integriti
Malaysia (INTEGRITI) giat menjalinkan
kerjasama dengan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia Perbincangan awal antara Dr. Anis Yusal Yusoff dengan Dato Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad
(KKMM), sekali gus meneroka
peluang dan pendekatan baharu
mempromosikan integriti.

Kerjasama yang menerima


sokongan penuh Ketua Setiausaha
KKMM dan Ahli Lembaga Pengarah
INTEGRITI, Dato Sri Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad bermula menerusi
pertemuan ringkas antara beliau dengan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff
pada 5 Januari lalu di Putrajaya bagi
membincangkan rangka usaha sama
yang boleh dicapai menerusi KKMM dan
Puan Roselindawati Abdul Rahman mempengerusikan mesyuarat kedua kerjasama INTEGRITI
agensi bawahnya; Jabatan Penyiaran dan KKMM
Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan
Malaysia (JAPEN), Pertubuhan Berita Integriti tahun lalu dan Public Service beberapa program anjuran INTEGRITI
Nasional Malaysia (Bernama), Institut Announcement (PSA) INTEGRITI. menerusi siaran rerayap dan siri
Penyiaran dan Penerangan Tun temu bual pendek. Di samping itu,
Abdul Razak (IPPTAR), Suruhanjaya Susulan daripada perbincangan INTEGRITI turut dipelawa menyertai
Komunikasi dan Multimedia (SKMM), itu, berlangsung satu lagi pertemuan sesi bual bicara Selamat Pagi
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan antara INTEGRITI dengan Setiausaha Malaysia.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Bahagian Komunikasi Strategik KKMM,
Malaysia (Finas). Puan Roselindawati Abdul Rahman Bagi meningkatkan lagi promosi
pada 11 Januari di Putrajaya untuk integriti, KKMM menerusi IPPTAR
Hasil daripada pertemuan itu, membincangkan lebih lanjut bentuk dan JASA juga bakal menerapkan
beberapa persefahaman berjaya kerjasama yang bakal diadakan. Sesi mesej integriti melalui penyampai-
dicapai. Antaranya ialah dengan tersebut turut disertai oleh wakil-wakil penyampai radio dan televisyen.
menjadikan RTM sebagai rakan jabatan dan agensi bawah KKMM. Malahan, INTEGRITI dijangka akan
promosi program INTEGRITI. Selain turun padang dalam Jelajah Program
itu, RTM turut bersedia menyiarkan Rentetan daripada kerjasama itu, MINDA 2016 anjuran KKMM tidak
vlog pemenang Pertandingan Vlog RTM telah membantu mempromosikan lama lagi.

7
NEWS / BERITA

The JKNMPP: The Peoples Committee


By Amerul Muner Mohammad

T
he National Consultative
Committee on Political Funding
has commenced its activities to
enable Malaysians to put forward their
suggestions on how political funding
should be regulated in the country.

Over the last few months, the


Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI)
which acts as the secretariat to the
Committee, has been meeting local
stakeholders such as Majlis Belia
Malaysia, Members of Youth Parliament,
political parties and civil societies to
obtain their input, said the committees of private and public funding for at the Malaysian Institute of Integrity in
Secretary, Dr Anis Yusal Yusoff, who is political purpose, legal and institutional Kuala Lumpur on 15th January 2016,
also the President and Chief Executive frameworks, and political cultures and emphasized the important role the
Officer of INTEGRITI. practices. committee plays in the country.

Dr. Anis is pleased with the outcomes The committee had also agreed that Low said that the committee was to
of the meetings which have been very the move would ultimately benefit the function as a platform for civil societies
encouraging thus far. All parties that public in exercising their democratic and the public to identify and make
the secretariat has engaged to date have rights as citizens. As part of its terms suggestions on methods to enhance
been very receptive to the plans and have of reference, the committee is required to transparency, accountability and integrity
contributed practical ideas on political examine the best practices, mechanism, in relation to political funding in Malaysia.
funding management. The committee legislations, rules and procedures as This committee shall be Peoples
would also be having consultative practiced in different jurisdictions. Committee that reflect the general
sessions with relevant stakeholders in opinion of the public relating to the political
Sabah and Sarawak in the near future. Malaysia is looking at a more funding in this country.
established and matured political
Dr Anis, said that the committee management systems as a model, Dr All interested parties are welcome
had identified some of the major issues Anis said. to provide their views directly to the
that were in need for more in-depth secretariat at the Malaysian Institute
study based on previous engagements Minister in the Prime Ministers of Integrity, or through the dedicated
with stakeholders. The issues include: Department Datuk Paul Low, who Facebook page (https://www.facebook.
Regulation of political funding, sources chaired the third committee meeting com/pembiayaanpolitik).

8
NEWS / BERITA

Integriti dan skm jalin


kerjasama pintar
Oleh Mohd Ismail Abdul Jalil

H
ubungan kerjasama antara mewujudkan kerjasama pintar bagi untuk mengguna pakai instrumen
Suruhanjaya Koperasi Malaysia melaksanakan program secara bersama, penilaian integriti, Malaysian Integrity
(SKM) dengan Institut Integriti khususnya yang melibatkan koperasi- Profiling (MIP) dalam kursus-kursus
Malaysia (INTEGRITI) sudah terjalin koperasi berdaftar di seluruh negara. wajib yang perlu disertai oleh ahli-ahli
sejak kedua-dua pihak menandatangani Ia merupakan sebagai sebahagian Lembaga Pengarah SKM. Selain itu,
memorandum persefahaman (MoU) di daripada usaha untuk memastikan SKM turut menyatakan sokongannya
Kundasang, Sabah pada September penyampaian perkhidmatan dilakukan terhadap pembentukan jawatankuasa
2013. dengan lebih berintegriti dan beretika. teknikal untuk membincangkan
pelbagai cadangan berkaitan
Rentetan daripada itu, satu Berdasarkan daripada MoU 2013, penganjuran program dan aktiviti
pertemuan telah diadakan antara kerjasama antara INTEGRITI dan SKM integriti yang boleh dilaksanakan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif meliputi pelbagai aspek. Antaranya secara kolaborasi oleh kedua-dua
INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff ialah perkongsian kepakaran dalam pihak.
dengan Pengerusi Eksekutif SKM, bidang latihan, program advokasi, kajian
Datuk Lamien Sawiyo pada 8 Januari dan penerbitan bagi membolehkan Meskipun ringkas, perbincangan
lalu di Bilik Perbincangan Pengerusi etika perniagaan dan integriti dapat antara kedua-dua pihak ini akan
Eksekutif SKM, Kuala Lumpur bagi dipromosikan, sekali gus kukuh dalam membuka lebih banyak ruang dan
membincangkan kerjasama berkenaan kalangan koperasi dan anggota- peluang kerjasama antara SKM dan
dengan lebih lanjut. anggotanya di seluruh negara. INTEGRITI ke arah mempertingkatkan
serta merakyatkan agenda integriti
Sepanjang pertemuan, sesi Daripada perbincangan tersebut, dalam kalangan anggota-anggota
perbincangan lebih menjurus kepada SKM menyuarakan persetujuannya koperasi di seluruh negara.

9
NEWS / BERITA

INTEGRITI sediakan
perunding MIP terlatih
Oleh Mohd Rais Ramli

B
agi memantapkan pelaksanaan Malaysian Integrity Profiling (MIP),
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Kluster
Psikometrik MIMOS Berhad (MIMOS) telah menganjurkan satu
sesi Product Training dalam kalangan kakitangannya yang berlangsung
di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 22 Januari yang lalu.

Latihan berkenaan yang diadakan selama separuh hari dikendalikan


oleh kumpulan Kluster Psikometrik MIMOS yang diketuai oleh
Pengarahnya, Dr. Haniza Yon. Ia adalah sebahagian daripada
usaha INTEGRITI untuk menyediakan pegawai-pegawainya ke arah
menjadi perunding produk MIP yang profesional dan terlatih, sekali
gus mempromosikan instrumen tersebut dalam setiap projek serta
program anjuran INTEGRITI selaras dengan hasrat untuk menjadi
sebuah organisasi integriti yang berkemahiran, berkebolehan dan
berpengetahuan.

MIP yang sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Integrity Test (MIT)
adalah instrumen penilaian integriti individu yang dibangunkan oleh
MIMOS dengan mengambil kira nilai serta budaya masyarakat Malaysia
dan telah melalui proses pembangunan yang panjang sejak tahun 2009.
Selain disifatkan sebagai instrumen istimewa yang berorientasikan
pengalaman antarabangsa, ia juga merupakan satu kaedah saintifik
bagi menerangkan kebolehpercayaan, kejujuran dan kecenderungan
seseorang untuk menegakkan integriti secara konsisten.

Justeru, MIP dilihat berpotensi tinggi untuk menjadi instrumen utama


dalam menilai integriti individu selain memudahkan organisasi membuat
keputusan berkaitan penglibatan serta proses pembangunan pekerja.

10
NEWS / BERITA

Sarjan Mejar (B) apot


kongsi pahit manis vat69
Oleh Rajasegari a/p Krishnan @ Rajesh

M
enghargai pengorbanan serta pengalaman pahit getir Menurut Sarjan Mejar (B) Apot, integriti dan kesabaran
wira negara dalam memelihara kedaulatan tanah air, merupakan antara elemen penting yang perlu ada ketika sedang
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) bersama-sama berhadapan dengan musuh. Malahan, itulah antara kunci
Muzium Polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Arkib Negara kemenangan sesebuah pasukan.
sedang bekerjasama melaksanakan projek Sejarah Lisan mengenai
pesara 69 Komando (VAT 69). Hasil daripada temu bual tersebut Sarjan Mejar Apot memulakan perkhidmatannya dalam
bukan sekadar untuk direkodkan, bahkan bakal diterjemahkan Pasukan Polis Hutan pada Ogos 1968 sebagai anggota Senoi
dalam bentuk buku. Praaq yang bererti pejuang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai
Sarjan Mejar mulai 13 Januari 2004 sebelum bersara pada Julai
Selain mendokumentasikan kisah hidup anggota VAT 69, tahun yang sama.
program usaha sama ini dilihat penting bagi mengetengahkan nilai
sejarah selain elemen integriti, semangat setia kawan serta jati diri
yang ada dalam kalangan anggota VAT 69 agar diketahui serta
diwarisi oleh generasi hari ini mahupun akan datang.

Untuk itu, satu sesi temu bual dengan pesara VAT 69, Sarjan
Mejar (B) Apot a/k Saad, 67 telah diadakan di Arkib Negara pada
20 Januari lalu oleh Pengarah Kanan Pusat Ilmu dan Runding
Cara INTERITI, Mohd Nizam Mohd Ali. Antara yang dikongsikan
oleh beliau ialah tentang pengalaman, kejayaan dan kemahirannya
menjejaki serta memerangi musuh negara, khususnya pengganas
komunis. Selain pengalaman berkhidmat sebagai VAT 69, temu
bual tersebut turut merakamkan kisah dan latar belakang Sarjan
Mejar (B) Apot.

11
FEATURES / Rencana

tun razak peneraju integriti


perkhidmatan awam
Oleh Loganathan Veerasamy
Disiarkan dalam Berita Harian, 29 Januari 2016

P
erdana Menteri kedua, Allahyarham
Tun Abdul Razak Hussein pernah
menyebut, pentadbiran awam
mempunyai tujuh penyakit besar yang
menghalang dan menjejaskan jentera
pentadbiran kerajaan.

Tujuh penyakit besar dimaksudkan


ialah cemburu antara jabatan, kurang
koordinasi antara jabatan, kurang
koordinasi antara pegawai pada
peringkat bawah dalam operasi harian,
setiap jabatan memikirkan tugas
mereka adalah paling penting, kurang
perancangan yang selari dengan pelan
induk, kurangnya pelan induk di setiap
peringkat dan kurangnya kawalan
daripada pihak atasan.

Tun Razak yang mempunyai


Sumber: http://koleksioldskool.blogspot.my

pengalaman memegang jawatan dalam


jentera perkhidmatan awam negeri
sebagai Penolong Pegawai Daerah Raub
dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,
percaya bahawa jentera perkhidmatan
awam yang diwarisi daripada penjajah
British mempunyai kemampuan untuk
menguruskan pembangunan negara.

Bagaimanapun, apa yang perlu


dan penting ialah menyuntik semangat
dan menerapkan integriti kakitangan
serta penjawat awam supaya mereka
dapat memahami hasrat kerajaan
dan menyesuaikan diri seiring dengan
proses perubahan yang berlaku dalam mesej berkaitan budaya berintegriti yang memegang jawatan Setiausaha Kerajaan
peranan perkhidmatan awam daripada ditekankan oleh Bapa Pembangunan ini Negeri Pahang.
menjalankan tugas-tugas regulatori masih bernilai dan amat penting untuk
dinilai sebagai komponen mewujudkan Setiap kakitangan dan pegawai
dan mengutip cukai ketika zaman
perkhidmatan yang berintegriti. kerajaan negeri diwajibkan
penjajah kepada pemangkin proses
memakainya. Pemakaian lencana ini
pembangunan.
Komitmen untuk meningkatkan adalah untuk meningkatkan kesedaran
Perkenal pemakaian lencana Sedia semangat dan integriti kakitangan dan semangat serta integriti dalam
Berbakti kerajaan menyerlah apabila Tun Razak kalangan penjawat awam negeri untuk
memperkenalkan pemakaian lencana menjalankan tugas dan tanggungjawab
Sudah empat dekad Tun Razak Sedia Berbakti oleh kakitangan dengan penuh komitmen bagi
meninggalkan kita. Bagaimanapun, perkhidmatan awam Pahang ketika kepentingan rakyat.

12
FEATURES / Rencana

Beliau juga menunjukkan contoh Jawatankuasa Rancangan Pembangunan menjalankan tugas dengan penuh
terbaik dengan mengamalkan dasar turun Luar Bandar pada peringkat kebangsaan, bertanggungjawab.
padang berjumpa dan berdialog bersama negeri dan daerah. Perbincangan dan sesi
penduduk setempat. Pengalaman perkongsian ilmu yang diadakan dalam Buku Merah yang mengandungi
mentadbir dan melaksanakan program mesyuarat meningkatkan kemampuan pelan rancangan teratur menjadi
pembangunan pada peringkat negeri pegawai pelaksana untuk merancang panduan dan melatih pegawai
menjadi asas kekuatan Tun Razak dan melaksana projek pembangunan untuk mengesan kemajuan dan
untuk menerajui portfolio Timbalan sesuai dengan lebih yakin yang memberi kelewatan pelaksanaan sesuatu
Perdana Menteri merangkap Menteri pulangan baik kepada penduduk di rancangan pembangunan. Sistem
Pembangunan Luar Bandar dalam daerah masing-masing. ini melatih pegawai pelaksana yang
Kabinet Tunku Abdul Rahman. bertanggungjawab dan berakauntabiliti.
Dalam hal ini, kerajaan sedar jika Mereka terpaksa turun padang bagi
Dalam ucapan perasmian Seminar sesuatu rancangan pembangunan mendapatkan maklumat terperinci
Memperbaiki Kecekapan Perkhidmatan hanya dirancang oleh kementerian kemajuan projek pembangunan dan
Kerajaan dan Perhubungan Dengan tanpa mengadakan perbincangan keperluan penduduk sebelum mengisi
Orang Ramai pada September 1970 di ibu dengan pegawai pelaksana, projek Buku Merah.
negara, Tun Razak menggariskan nilai-nilai itu akan menemui kegagalan. Maka,
yang perlu diterapkan bagi meningkatkan melalui Jawatankuasa Rancangan Amalan dasar turun padang
kecekapan dan imej perkhidmatan awam. Pembangunan Luar Bandar, satu
Antaranya pemantapan kepimpinan, Tun Razak sendiri menjadi contoh dan
susunan pentadbiran awam yang teratur
pengamalan sikap positif dalam kalangan inspirasi kepada semua pegawai dengan
dan sistematik berjaya dibentuk.
pegawai, mengamanahkan kuasa cara mengamalkan dasar turun padang
kepada pegawai rendah yang cekap Penyusunan ini mengurangkan untuk berjumpa, berdialog bersama
dan berkebolehan serta pemantauan kerenah birokrasi, masalah pertindihan penduduk setempat. Penerapan integriti
rapi supaya rancangan yang dirancang dan pergeseran dalam melaksanakan yang diterajui Tun Razak dalam jentera
dilaksanakan dengan baik. tanggungjawab dengan sempurna. perkhidmatan awam memungkinkan
rancangan pembangunan luar bandar
Sebagai Menteri Pembangunan Luar Penubuhan Bilik Gerakan dan berjaya dilaksanakan dengan lebih
Bandar, Tun Razak berjaya menyatukan pelancaran Buku Merah (Rural Economic cepat daripada jadual ditetapkan.
tenaga pegawai jabatan kerajaan yang Development @ RED Book) pada 1961,
berkaitan dengan kemajuan luar bandar menunjukkan kepintaran Tun Razak Ini terbukti apabila jentera
dari peringkat kementerian hingga untuk meningkatkan mutu jentera perkhidmatan awam berjaya
daerah sebagai satu pasukan berwibawa perkhidmatan awam pada peringkat menyiapkan beberapa projek bagi
dan mempunyai satu tujuan iaitu untuk daerah, negeri dan negara. kepentingan penduduk luar bandar
memajukan kawasan luar bandar. Dengan sehingga pertengahan tahun 1961.
wujudnya penyatuan dan aturan kerja Dengan itu, jelas Tun Razak berjaya Pendek kata, penerapan integriti yang
bersistematik, isu berkaitan dengan tujuh memperkenalkan satu lagi pendekatan diterajui Tun Razak dalam perkhidmatan
penyakit besar seperti tiada persefahaman bagi menerapkan integriti dalam awam berjaya membasmi kemiskinan
dan pertindihan kerja antara jabatan serta kalangan pegawai perkhidmatan awam. dan meningkatkan kualiti hidup
pembuangan masa yang berlebihan masyarakat luar bandar.
Segala maklumat berhubung status
dalam perancangan dan pelaksanaan
kemajuan rancangan pembangunan Ketika negara bergerak pantas
program pembangunan dikurangkan.
yang dipaparkan dalam Bilik Gerakan dalam menggerakkan pembangunan
Bentuk Jawatankuasa Rancangan dan perjumpaan serta perbincangan dan pertumbuhan, pendekatan Tun
Pembangunan Luar Bandar yang diadakan di bilik itu, antara Razak dalam memperkukuhkan budaya
pegawai pelaksana, ketua jabatan berintegriti dalam perkhidmatan awam,
Satu lagi usaha pemupukan integriti serta menteri berkaitan telah memberi malah dalam kalangan rakyat jelata
dalam jentera perkhidmatan awam rangsangan kepada pegawai pelaksana masih relevan untuk diamalkan dalam
dapat dilihat melalui pembentukan untuk memahami dan mengkaji serta kehidupan pada hari ini.

* Loganathan Veerasamy ialah Penyelaras


Institusi Agama, Institut Integriti Malaysia

13
FEATURES / Rencana

aspects of political funding


By Ahmad A Talib
Published in the New Straits Times 24 January 2016

A
merul and his colleagues are lives of other people affected by his They felt that many of their peers
making their grey matter work hard business. and competitors were subscribing to a
these past few weeks. They have different set of practices and routines.
been going to many places, meeting He had benefited from government
people and picking their brains. policies that facilitated business Some actions that were considered
development, especially for Bumiputera corrupt 40 years ago had become
They have been tasked with drawing businesses. acceptable.
up guidelines on political funding, which is
an important issue. Amerul is with Institut Haji Mazlan is well known in the In fact, it would be a mistake if they
Integriti Malaysia (INTEGRITI). business community as a strong believer did not apply these tactics.
in integrity, strict in religious principles and
His team hopes to come up with never tolerates corruption. It was unfortunate that the good
guidelines on a subject that has caught values in doing business that transcended
everyones attention. He is generous in helping people religious beliefs had been eroded by
regardless of their ethnic and religious peoples greed in chasing after material
He knows this is not an easy backgrounds. success.
assignment, which explained why he
has to draw on the thoughts and input of His business associates became his Integrity should be a major
many people. friends, and despite their close friendship, component in all aspects of life and not
he ran his business based on merits. just in business.
There are many aspects of political
funding that the team has to look into. After spending more than 40 years Everyone should subscribe to it as
building his business empire, he decided the return is humongous, not only in
They can be outright donations to a to take it easy and let the younger this world but, more importantly, in the
party, or other forms of contributions that generation run the show. afterlife.
require scrutiny and definition.
However, the younger generation Being a person who has gone through
INTEGRITI is aware that drawing up had different ideas and principles. good and bad times, Haji Mazlan made
the guidelines is one thing. Enforcing a pledge that he would not stop urging
them will be a bigger challenge. They did not mind spending lavishly to the new generation of businessmen to
lobby for business. Investing in potential make integrity the backbone of their
But the right move has been made, leaders became a norm and donating to businesses.
which is to initiate a study of the issue and political parties and sponsoring activities
formulate a practical solution. became a standard practice. Ameruls narration is a small part of the
big overall picture in political funding.
Amerul gives an example of a situation Because of this aggressive lobbying
where such funding may have a direct that used up a huge amount of money, the In this regard, the government
result on business and industry. cost of doing business escalated, making deserves a pat on the back for taking the
the companys products and services less bull by the horns and seeking ways to
He gives an example of this: Haji competitive. address it.
Mazlan is a successful businessman.
Success didnt come easy to him as he Even if they secured more business, I suppose we can compare notes with
started from scratch. the profit margin had been reduced. other countries that have their own rules
and regulations.
He worked hard and ran his business The old man tried to get his protgs
based on integrity, that is, doing the right to return to the old way of doing business, Some can be adopted to suit local
thing in the right manner for the right which was based on integrity. conditions.
reason, which gives value to life.
But some of them thought that Its an evolution, mind you. Work in
Not only to his life but also to the integrity was a liability. progress, as they say.

* The writer is chairman of Yayasan Salam Malaysia

14
GALLERY / GALERI

lawatan
Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis
Yusal Yusoff menerima kunjungan
hormat Setiausaha Politik kepada
YB Dato Mah Siew Keong,
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Encik Ivanpal S. Grewal
pada 6 Januari 2016 bagi
membincangkan pelbagai isu
politik semasa dan kerjasama
pintar antara INTEGRITI dan Parti
Gerakan.

Mesyuarat
Pada 18 Januari lalu, telah berlangsung satu mesyuarat kerjasama antara INTEGRITI dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyediakan Pelan Integriti
Organisasi PDRM.

AKTIVITI
Bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran integriti alam sekitar dalam kalangan masyarakat, kumpulan satu Program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA)
siri pertama telah meletakkan signage INTEGRITI di Santuari Ikan Sg. Chiling pada 22 dan 23 Januari 2016.

15
ww w.inte griti.my

integriti.my @integritidotmy integriti.my

You might also like