Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Dunia Matematik

Blog ini dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SME 6044 : Isu-
isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik di bawah bimbingan Pn. Raja Lailatul
Zuraida Raja Ma'mor Shah, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).

Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan
dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor
yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui
perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu
mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses
pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan.

Monday, 9 November 2015

JURANG PENCAPAIAN MURID DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


DI MALAYSIA
PENGENALAN

Pendidikan adalah salah satu suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang
seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sahsiah. Proses pendidikan
berkembang dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pencapaian pendidikan secara
meluas. Jurang perbezaan daripada segi peluang dan kemudahan yang dapat diberikan
perlulah seimbang dan adil. Tanpa mengira di mana pelajar tersebut bersekolah sama ada
di bandar atau di luar bandar. Mereka berhak mendapat perkhidmatan dan peluang yang
sama. Sektor pendidikan berdepan cabaran merapatkan jurang pencapaian antara pelajar
bandar dan luar bandar. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk
Fatimah Abdullah (2013) berkata banyak usaha perlu dilakukan semua pihak dan bukan
hanya digalas oleh pihak guru.

1. Jurang Pencapaian : Lokaliti

Jurang pendidikan dalam Malaysia menjadi salah satu isu yang hangat
diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Jurang pendidikan ini wujud dalam lokaliti atau
penempatan yang melibatkan bandar, luar bandar dan juga pedalaman.Selain daripada
itu, jurang dalam pendidikan juga melibatkan sosial, budaya, kemudahan fizikal, jenis
sekolah, jantina, kaum dan sebagainya.Usaha dalam menangani jurang ini terus
mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Tiga aspek utama yang menjadi jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah
kebangsaan dari segi lokaliti adalah kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan
bahan rujukan yang berbeza di bandar dan di luar bandar bagi setiap sekolah rendah.

Gred Mathematik Sains Jumlah

A
2 0 2
(85-100%)

B
8 4 12
(70-84%)

C
6 24 30
(55-69%)

D
18 12 30
(40-54%)

F
16 10 26
(< 40%)

JUMLAH
50 50 100

GRED Matematik Sains Jumlah

A dan B 10 orang 4 orang 14 (14%)

C dan D 24 orang 36 orang 60 (60%)

Gagal (F) 16 orang 10 orang 26 (26%)

JUMLAH 50 orang 50 orang 100 (100%)

Kumpulan Pekerjaan Bapa Ibu

No. % No. %

1 Profesional, Teknikal & Berkaitan 26 52% 10 20%

2 Pentadbiran dan Pengurusan 04 08% 00 00%

3 Pekeranian 00 00% 12 24%

4 Pekerjaan Berkaitan Perniagaan 04 08% 06 12%

5 Kerja dalam Perhubungan dan 04 08% 00 00%


Komunikasi

6 Perkhidmatan Awam (termasuk askar) 12 24% 02 04%

Skor
Matematik Sains
Pekerjaan
Average
High Averag Low High Low
e

Profesional
18% 18% 65% 12% 53% 35%

Pekerja
Perkhidmatan

17% 00% 83% 00% 67% 33%


Pekerja dalam
Perniagaan

15% 15% 70% 00% 50% 50%

Jumlah Pendapatan
Bapa Ibu

Bil. % Bil. %

04%
1 Tinggi (B$ 3001-16,000) 10 20% 02

52%
2 Sederhana (B$ 751-3000) 40 80% 26

04%
3 Rendah (B$ 100 750) 00 00% 02

Skor
Matematik Sains

Renda
Ting Sederhana Tinggi Sederhana Rendah
Pendapatan h
gi

Rendah
0% 0% 0% 0% 0% 0%

Sederhana
16% 11% 74% 05% 53% 42%

Tinggi
33% 17% 50% 27% 33% 40%

Kemudahan Infrastruktur

Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah rendah di luar bandar
sekolah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta
kemudahan pendidikan. Terdapat 5,951 sekolah rendah yang berusia melebihi 30
tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. Di kalangan sekolah tersebut,
terdapat 767 buah sekolah rendah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik
24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi
untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi
kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di
pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa
tinggi menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan
diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya.
Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah
rendah . Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan
42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang
beroperasi dalam dua sesi iaitu 858 di sekolah rendah . Kemudahan ini penting
bagi menjamin keselesaan kepada murid dan guru.

Sumber manusia

Dari aspek sumber manusia pula didapati keadaan yang sama juga berlaku. Pengagihan
guru-guru berkelayakan masih lagi tidak sekata. Petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) menyatakan bahawa seramai 190,336 orang
guru di sekolah rendah di Malaysia. Daripada jumlah ini, 15 444 guru di sekolah rendah
ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau
sementara. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menghadapi kesukaran dalam menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman,
terutamanya bagi mata pelajaran yang kritikal seperti Sains dan Matematik di kawasan
luar bandar dan pedalaman. Selain itu juga, bilangan pelajar dan guru yang sedikit
menyebabkan pencantuman kelas atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas
yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan dilaksanakan. Hal ini menyebabkan
para pelajar sukar dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan teknik
pengajaran guru yang berbeza-beza mengikut keperluan mereka.

Bahan rujukan

Begitu juga dalam aspek bahan rujukan dan peralatan. Kemudahan alat
percetakan, fax, bahan pengajaran, audio video masih lagi ditahap sederhana.
Kemudahan bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama. Kelengkapan yang
baik dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar. Peruntukan yang
rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian buku-buku dan lain-lain
kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan. Perkongsian buku-buku dan bahan-
bahan rujukan justeru dapat mengurangkan kekangan kekurangan bahan rujukan dan
buku-buku pada sekolah-sekolah yang terlibat.

Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid mereka


membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya menyuruh murid-
muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut pemerhatian Prof Datuk Dr Ishak
Haron, guru di SK terpaksa membuat lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Banyak
masa telah dibazirkan untuk membuat lembaran kerja tersebut. Oleh itu, guru-guru SK
dicadangkan mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan kemahiran matematik
murid.

CARA MENGATASI PERMASALAHAN

Terdapat beberapa alternatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi
faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang pencapaian subjek matematik
murid sekolah rendah di sekolah luar bandar dengan bandar. Dalam RMK-8, KPM
telah menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan
seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan membangunkan perisian
khusus dan program TV Pendidikan, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi
mengintegrasikan ICT dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam
pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM
telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur
dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian


dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar
yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program
pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal
komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga
akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di
luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM
akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis
penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan bahan-bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

Selain itu, melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat , Suruhanjaya


Komunikasi dan Multimedia Malaysia talah melaksanakan program Kampung Tanpa
Wayar 1Malaysia (KTW). Ianya adalah penyediaan perkhidmatan capaian internet
tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di lokasi terpilih
terutamanya penerima netbook Komputer 1Malaysia di lokasi terpilih di kawasan
kurang liputan. Tumpuannya adalah bagi kawasan luar bandar terpilih yang kurang
mendapat liputan. Setakat ini sebanyak 5687 KTW1M telah disiapkan.

Disamping itu , pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan


Sarawak juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini.
Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus
pembangunan Negara. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah akses kepada
air bersih, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari, kemudahan bilik air,
bilik darjah, meja, kerusi yang mencukupi untuk murid dan ruang kerja selesa untuk
pendidik.

Berdasarkan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK KE-10) bab ke-5, bagi


mengatasi masalah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar subjek
matematik di sekolah luar bandar ini adalah dengan menambahbaik insentif khusus
kepada guru untuk berkhidmat di sekolah luar bandar terutamanya sekolah di
pendalaman. Pemberian insentif ini dapat dijadikan faktor peneguhan kepada guru-
guru muda untuk berkhidmat di sana. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
percantuman kelas di sekolah luar bandar yang disebabkan oleh masalah kekurangan
guru untuk berkhidmat di sekolah kawasan pendalaman. Selain daripada itu, sebanyak
841 buah rumah telah di bina dalam Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar
Sabah dan Sarawak untuk menarik minat guru-guru opsyen matematik berkhidmat di
sekolah luar bandar. Di samping itu, untuk mengatasi masalah tahap pencapaian
subjek matematik di sekolah luar bandar lebih rendah berbanding sekolah bandar
disebabkan oleh kekurangan guru matematik, pihak KPM perlu menyediakan lebih
banyak guru matematik yang terlatih mengikut opsyen yang diperlukan di sekolah
dewasa ini.

Jurang pencapaian matematik turut terjadi dari segi lokaliti iaitu dalam kawasan
penempatan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman.Jurang ini terjadi
disebabkan beberapa faktor iaitu guru, murid, infrastruktor dan faktor-faktor lain.
Pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam
memberikan kemudahan yang seimbang kepada murid-murid, guru dan juga
masyarakat supaya jurang pencapaian murid dalam proses pembelajaran
terutamanya dari segi pencapaian matematik dapat di elakkan.

2. Jurang Pencapaian : Latar Belakang Sosial Keluarga


Keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan
perbezaan pencapaian dalam kalangan murid-murid walaupun mereka diajar oleh guru
yang sama dan dalam kelas yang sama . Oleh itu,apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam matapelajaran Matematik di sesebuah
sekolah?Selain daripada faktor minat dan kebolehan individu murid, faktor latar belakang
sosial keluarga turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian
murid-murid sekolah. Latar belakang sosial keluarga yang dimaksudkan ialah taraf sosio-
ekonomi keluarga iaitu pendapatan keluarga, tahap pelajaran ibubapa, dan pekerjaan
ibubapa dalam sesebuah keluarga.
Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah
rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari dan menguasai Matematik adalah
penting kerana Matematik kini tidak lagi dipelajari semata-mata sebagai satu subjek yang
hanya melibatkan pengiraan atau untuk tujuan melanjutkan pelajaran pada peringkat yang
lebih tinggi tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputi
pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan
komunikasi. Maka penguasaan Matematik dengan baik memberi keuntungan yang
banyak kepada seseorang. Memandangkan kepentingannya, haruslah keluarga
memberikan sokongan penuh dan mengamalkan sikap yang positif terhadap
pembelajaran Matematik pelajar. Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa
terdapatnya kemerosotan mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar kita.
Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat atau
dengan mengatakan Matematik itu susah. Sebenarnya, faktor keluarga juga memainkan
peranan yang sangat penting berkaitan dengan kemerosotan tersebut. Bagaimana sikap,
bimbingan, ekonomi, latar belakang pendidikan dan minat keluarga terhadap
pembelajaran pelajar juga amat mempengaruhi pencapaian pelajar.

Peranan ibubapa atau keluarga dalam mencorakkan pendidikan anak-anakmereka


adalah penting. Pencapaian pelajaran dan pendidikan secara umum berkait rapat dengan
keluarga dan pengaruhnya terhadap anak-anak mereka. Banyak kajian yang telah dibuat
menunjukkan terdapat hubungan dan pertalian yang rapat di antara pencapaian akademik
dan bukan akademik murid-murid dengan latar belakang dan bimbingan di rumah. Tahap
ekonomi keluarga seperti tahap kekayaan atau kemiskinan memberi kesan terhadap
pencapaian anak-anak di sekolah.Di Malaysia, Kajian Keciciran (Kementerian Pelajaran,
Malaysia 1973) menunjukkan kedudukan sosial yang berbeza dan pengalaman hidup
yang berbeza memberi peluang-peluang persekolahan yang berbeza. Kemiskinan
membuat kanak-kanak tercicir daripada sekolah. Kajian Haron (1977) menunjukkan
pengaruh status sosio-ekonomi terhadap pencapaian pendidikan dan akademik dikalangan
kumpulan-kumpulan etnik di lokasi yang berbeza di Malaysia. Dengan ini keadaan
keluarga yang berlainan latar belakang sosial boleh menyumbang kepada perbezaan
pencapaian dikalangan murid-murid sekolah.
Berdasarkan satu kajian oleh Abdullah Mohd Noor dalam aktikelnya yang
bertajuk Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains dan
Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah menunjukkan secara keseluruhannya,
pencapaian murid-murid dalam matapelajaran sains dan matematik tidaklah tinggi. Ada
yang mendapat pencapaian tinggi dan ada yang mendapat pencapaian rendah. Peratus
yang mendapat pencapaian tinggi adalah sangat rendah.
Jadual 1: Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Murid Tahun 6 (2004)

Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Murid-murid Tahun Enam dalam Matematik dan


Sains
Jadual di atas, memperlihatkan persoalan apakah pencapaian murid-murid dalam
matapelajaran sains dan matematik? Sejauh manakahlatar belakang sosial murid-murid
yang mempengaruhi pencapaian mereka?

Jadual 4: Jenis Pekerjaan Ibu-bapa

Jadual 5: Status Pekerjaan Keluarga (Ibubapa) dan Pencapaian (%)

Jadual 4 menunjukkan jenis-jenis pekerjaan ibu bapa pelajar sekolah ini dan
Jadual 5 menunjukkan kaitan antara pekerjaan keluarga dengan status pencapaian
akademik murid-murid sekolah. Murid-murid daripada kumpulan professional mencapai
skor pencapaian yang lebih baik berbanding dengan murid-murid daripada kumpulan
pekerjaan yang lain. Dalam kalangan murid-murid yang mendapat skor pencapaian tinggi
dalam matematik terdapat anak-anak professional (18%), anak pekerja perkhidmatan
(17%) dan anak-anak pekerja dalam perniagaan (15%). Dalam matapelajaran sains pula
dikalangan murid-murid yang mendapat skor tinggi terdiri daripada anak-anak golongan
professional (12%), anak-anak pekerja perkhidmatan (0%) dan anak pekerja dalam
perniagaan (0%).

Jadual 6: Analisis Pendapatan Keluarga

Jadual 7: Pendapatan dan Pencapaian Akademik (%)


Jadual 6 menunjukkan pendapatan ibu-bapa mengikut kategori tinggi, sederhana
dan rendah manakala Jadual 7 menunjukkan tahap pendapatan keluarga dan pencapaian
akademik anak-anak. Dalam keadaan murid yang normal, tahap pendapatan keluarga
sedikit sebanyak dapat meramal taraf pencapaian akademik murid-murid tersebut.
Kebarangkalian terdapat keluarga yang berpendapatan rendah, kurang berupaya
membelanja dalam membeli bahan-bahan pendidikan seperti buku dan permainan yang
mempunyai ciri-ciri dan nilai pendidikan. Sebaliknya keluarga yang berpendapatan tinggi
berkemugkinan besar dapat mengadakan bahan-bahan pendidikan yang lebih jika mereka
berminat.Daripada Jadual 7 ini didapati sebanyak 33% murid daripada keluarga
berpendapatan tinggi mendapat skor tinggi dalam matapelajaran matematik dan sebanyak
27% daripada mereka mendapat skor tinggi dalam matapelajaran sains. Walau
bagaimanapun murid-murid daripada keluarga berpendapatan tinggi tidak terkecuali
daripada mendapat skor rendah dalam kedua-dua matapelajaran.
Perbezaan pencapaian dikalangan murid-murid disebabkan ciri-ciri latarbelakang
seperti status sosio-ekonomi keluarga, jenis keluarga, saiz keluarga dinyatakan oleh
Jencks et. al. (1972) Boocock (1972), Alvarezs (1989), Haron (1977) dan Hess dan
Holloway (1984. Kajian kes ini pada umumnya ada kesamaan dengan dapatan kajian
Jencks et. al. (1972) iaitu terdapat keadaan ketidaksamaan dalam pendidikan murid-murid
kerana beberapa kesan daripada faktor keluarga. Boocock (1972) menyatakan pengaruh-
pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang bergantung kepada jenis keluarga, taraf
pendidikan keluarga, jenis pekerjaan ibubapa, pendapatan keluarga dan faktor keupayaan
individu dalam keluarga tersebut. Kajian Alvarezs (1989) mendapati kesamaan dalam
aspek-aspek seperti perbezaan pencapaian disebabkan terdapatnya perbezaan latar
belakang sosial keluarga dan kelainan ciri-ciri individu seseorang murid. Murid-murid
daripada keluarga berpendidikan tinggi dan pendapatan tinggi atau sederhana tinggi
mempunyai kecenderungan untuk mencapai skor pencapaian akademik agak tinggi.
Walau bagaimanapun kajian kes ini tidak menunjukkan bahawa semua murid-murid
daripada keluarga berpendidikan tinggi, anak professional dan berpendapatan tinggi
memperolehi skor pencapaian tinggi dalam matapelajaran sains dan matematik. Ada
dikalangan mereka yang berpencapaian sederhana dan rendah.
Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang
positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Modal ekonomi
iaitu pendapatan tinggi dan sederhana membantu ibubapa membeli bahan/sumber-sumber
pendidikan seperti buku, komputer, sekolah swasta, tutor dan lain-lain. Kajian Haron
(1977) menunjukkan pengaruh status sosio-ekonomi terhadap pencapaian pendidikan dan
akademik. Implikasinya ialah jika seseoarang itu mahu berjaya dalam pelajaran faktor-
faktor di atas perlu diambil kira dalam kehidupan seorang murid sebagai pelajar. Kepada
guru, latarbelakang sosial murid adalah penting dalam pengajaran dan kejayaan
pengajaran di sekolah. Perkara ini harus diberi perhatian yang penting kerana pengajaran
di sekolah sahaja tidak mencukupi bagi kejayaan seseorang murid sekolah.

3. Jurang Pencapaian : Budaya

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, banyak menunjukkan


terdapatnya jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah sama ada di sekolah
kebangsaan (SK) atau sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC). Analisis keputusan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2002 antara SK dan SJK(C) menunjukkan
perbezaan yang ketara dimana sebanyak 52.7% murid SJK(C) mendapat A manakala
sebanyak 24.2% murid SK mendapat A. Namun, hakikatnya bukan sahaja subjek
Matematik malah subjek-subjek lain turut mempunyai jurang pencapaian. Ini dibuktikan
apabila Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Khir Dr Khair Mohamad Yusof
menyatakan pencapaian calon UPSR pada tahun 2014 menurun sebanyak 0.02 mata Gred
Purata Nasional (GPN). Jurang pencapaian murid terutamanya dalam subjek matematik
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor-faktornya adalah pengaruh dari segi
lokaliti, sosial dan budaya.

Menurut kajian yang dijalankan Ong (2001), pencapaian pelajar yang belajar di
sekolah luar bandar adalah rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar di
sekolah bandar. Secara amnya, banyak kajian membuktikan bahawa prestasi murid
sekolah rendah dipengaruhi oleh kewujudan prasarana yang berkaitan dengan lokaliti
sekolah sama ada di bandar atau pedalaman. Kedudukan kawasan sekolah dianggap
sebagai faktor utama yang mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan (Amir,
2006).

Selain daripada itu, sosial juga mempengaruhi prestasi murid di sekolah.


Antaranya seperti latar belakang sosioekonomi keluarga, persekitaran sosial keluarga dan
sekolah, dan latar belakang personal murid seperti minat, sikap dan jantina. Ada tiga
kemungkinan murid-murid datang ke sekolah sama ada kerana kawan, sukan atau
pelajaran. Murid yang datang ke sekolah kerana minat pada pelajaran menunjukkan
prestasi yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang datang ke sekolah kerana
kawan dan sukan (Abdullah, 2008).
Namun, apa yang ingin ditekankan disini ialah isu jurang pencapaian
matematik murid sekolah rendah dari segi budaya. Melalui Yaakob (2007), sekolah-
sekolah di Malaysia mempunyai persamaan dari segi, kurikulum, bentuk bangunan,
kelayakkan guru, dan infrastruktur. Apa yang membezakan sekolah ialah unsur
budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah
(Bolman & Deal, 1991: Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Menurut Amir
(2006), budaya formal sekolah merupakan satu faktor yang mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran murid.

2.0 PPENGARUH DARI SEGI BUDAYA

Definisi budaya menerusi Kamus Dewan edisi keempat ialah tamadun,


peradaban, cara berfikir dan berkelakuan. Melalui Yaakob (2007), Deal (1990)
berpendapat budaya ialah konsep pembelajaran corak pemikiran secara tidak sedar,
gambaran, dan diperkuatkan oleh tingkak laku yang akan membentuk pengalaman
manusia. Budaya sekolah juga ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi
segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah, yang mencerminkan
nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama warganya. Amalan-amalan ini
ada yang diwarisi dan ada yang dibentuk sendiri (Yaakob, 2007). Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi budaya sekolah. Antaranya ialah faktor kepimpinan guru
besar, faktor guru dan faktor murid.

2.1 FAKTOR KEPIMPINAN GURU BESAR

Memandangkan budaya sekolah dibentuk oleh warganya maka budaya boleh


berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan
budaya sekolah ialah kepemimpinan guru besar sekolah (Sergiovanni, 2000).
Menerusi Yaakob (2007), pengurusan sekolah atau pun guru besar mempunyai
pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah, dan budaya sekolah yang
positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovanni, 2000; Sharifah Md
Nor, 2000; Deal & Peterson, 1999). Guru besar adalah seperti penggerak sekolah. Bak
kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Bagaimana guru besar memimpin
sekolah, begitulah yang diserap oleh warganya.

Guru besar perlu mempunyai ilmu dan latihan mencukupi dalam


melaksanakan tanggungjawab khususnya untuk mempengaruhi, memimpin, dan
menggerakkan seluruh organisasi sekolah ke arah objektif sekolah. Ini memerlukan
guru besar yang bertanggungjawab, berketrampilan dan mempunyai sikap dan sahsiah
terpuji. Namun, lantikan jawatan guru besar di Malaysia menjadi amalan biasa untuk
diberikan kepada guru kanan yang berada pada akhir perkhidmatan tanpa mengambil
kira sama ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah
atau sebaliknya. Hal ini kerana guru yang diakhir perkhidmatan diberi peluang untuk
merasai jawatan guru besar sebelum bersara. Ini mampu menjejaskan budaya sekolah
kerana sekiranya guru tersebut kurang pengetahuan terhadap perkara berkaitan,
menjadi sukar bagi guru besar tersebut perlu berhadapan dengan rakan sejawat, pihak
atasan dan masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Tambahan pula,
guru besar pada zaman ini dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat
menyurat yang datang dari semua peringkat dan kebanyakkannya memerlukan
tindakan segera. Kadang-kala guru besar ini terperangkap dalam satu keadaan iaitu di
antara tuntutan pihak atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada kakitangan
sekolah, ibu-bapa dan masyarakat tempatan.

Melalui Yaakob (2007), kepemimpinanlah yang menggerakkan sekolah maju


ke hadapan atau sebaliknya (Shahril Marzuki, 2000). Oleh itu, guru besar harus
menunjukkan contoh yang terbaik kepada guru dan murid. Salah satu tugas guru besar
ialah menyelia guru lain agar dapat melihat cara pengajaran guru tersebut bertepatan
dengan objektif pelajaran atau tidak. Jika tidak, penambahbaikan harus dicadangkan.
Namun demikian, terdapat sesetengah pemimpin sekolah ini tidak menjalankan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir
sekolah. Ada juga yang menjalankan penyeliaan tetapi, tanpa garis panduan atau tidak
memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan.
Terdapat juga pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok
bangunan bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada dalam kelas sebagai
sebahagian daripada penyeliaan.

2.2 FAKTOR GURU

Melalui Yaakob (2007), komitmen guru dianggap penting dalam


mempengaruhi keberkesanan sekolah dan dalam menjayakan wawasan dan
kecemerlangan pendidikan (Wan Mohd. Zahid, 1993). Bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendaklah berupaya mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Kenyataan ini disokong oleh
Ainon dan Abdullah (2005). Keberkesanan sesuatu pengajaran amat bergantung
kepada kualiti seseorang guru. Guru yang komited dan beriltizam akan menjamin
kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Namun, kebanyakkan guru mengambil jalan pantas bagi menjimatkan masa


untuk mencapai objektif dan menghabiskan silibus. Contohnya, dalam Matematik,
guru banyak memberi terus rumus dan meminta murid menghafal tanpa memahami
konsep. Hasilnya, murid berkemungkinan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR
namun, cara tersebut menyebabkan pelajar hanya dapat menjawab satu bentuk jalan
penyelesaian dan sekiranya soalan sama diubah bentuk, para pelajar gagal menjawab
soalan dengan baik. Inilah budaya yang terhasil di

kebanyakkan sekolah. Ia amat berbeza jika dilihat di sekolah jenis kebangsaan cina
(SJKC). Guru-guru di sekolah ini walaupun meminta murid menghafal rumus, namun
mereka tetap menunjukkan konsep dari mana datangnya rumus tersebut. Ini akan
memberikan pemahaman yang lebih kepada murid.

Tambahan pula, guru di SJKC lebih menekankan disiplin yang tinggi dan
memberikan latihan yang banyak kepada murid. Berbanding di SK, guru lebih
memilih untuk memberi latihan sedikit asalkan murid buat daripada memberi latihan
banyak tetapi tidak dibuat. Denda yang dikenakan tidak menggerakkan murid untuk
lebih berdisiplin.

Selain itu, jika dilihat apa yang berlaku terhadap guru di sekolah pada masa
ini, kebanyakkan guru menghadapi tekanan kerana banyak tanggungjawab yang perlu
digalas dalam satu-satu masa. Masa yang diperuntukkan untuk merancang pengajaran
yang mampu menarik minat murid terpaksa dibahagikan dengan masa untuk kerja-
kerja lain. Ada satu kenyataan dalam akhbar menyatakan guru bukan sahaja
menggalas tugas mengajar malah tugas kerani juga digalas guru. Guru di SJKC
mempunyai bilangan guru yang lebih kurang guru di SK namun, mereka mempunyai
bilangan murid yang sedikit. Ini membantu guru dalam meringankan beban sesama
sendiri dan memudahkan guru mengawal kelas.

Tambahan pula, apabila dalam kelas tersebut terdapat murid yang lemah.
Murid lemah memerlukan masa untuk menyerap ilmu yang diajar dan guru perlu lebih
banyak bersabar. Ada diantara guru-guru ini yang mudah sangat berputus asa dengan
murid lemah. Ini mengakibatkan murid tersebut turut berputus asa dalam pelajaran.

Sikap guru pada idea penyeliaan itu sendiri adalah salah satu cabaran utama
pemimpin di sekolah. Para guru lebih suka soal-soal yang berkaitan dengan
pengajaran dijadikan hak mereka, tanpa gangguan atau campur tangan dari guru besar.
Akibatnya, guru besar hanya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas pentadbiran
sekolah sahaja. Guru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering
berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya.
Ada juga guru yang kurang berfikiran terbuka yang sentiasa mempunyai sangkaan
buruk dan beranggapan pemimpin menyelia dan menilai pengajaran mereka untuk
mencari kesalahan. Sebagai guru, mereka perlu faham tujuan penyeliaan adalah untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara
berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal
insan.

2.3 FAKTOR MURID

Coleman (1966) dalam Yaakob (2007) melaporkan bahawa pengaruh sekolah


adalah berkaitan dengan murid itu sendiri, perwatakan guru, dan aspirasi murid.
Murid banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Jika dilihat dalam kelas, kebanyakkan
murid lebih mudah untuk bertanya rakan berkenaan sesuatu perkara seperti soalan
latihan berbanding guru. Oleh itu, apabila murid ini membawa budaya yang tidak elok
dari rumah mereka ke sekolah dan budaya ini akan merebak kepada rakan sebaya
mereka. Maka, terhasillah budaya sekolah yang kurang memberangsangkan dan tidak
kondusif.

3.0 CARA MENGATASI

Matlamat pendidiakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara ialah usaha


berterusan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
dan intelek. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggugjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Untuk mencapai matlamat tersebut,
langkah penambahbaikan perlulah dilaksanakan.
Guru besar yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah memupuk
semangat kekitaan dan kepunyaan dalam kalangan warga sekolah dan melibatkan
guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan. Bakal guru besar perlu
mengikuti kursus asas yang meliputi asas-asas pengurusan sekolah. Para peserta akan
didedahkan kepada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teknik-teknik asas pengurusan
yang berkaitan secara langsung dengan tugas utama mereka. Diharap kursus ini akan
dapat membantu pengurus sekolah menguruskan sekolah secara lebih berkesan dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat
juga kursus-kursus di universiti-universiti tempatan yang menawarkan program
sarjana pengurusan pendidikan. Pemimpin juga perlu memberi sokongan kepada
guru-guru yang melaksanakan tugas mereka mengikut perancangan yang telah
ditetapkan.

Selain itu, guru besar perlu memastikan matlamat sekolah mampu


diterjemahkan oleh guru-guru dalam pengajaran bilik darjah serta selari dengan
matlamat sekolah. Budaya sekolah boleh dijadikan sebagai alat penting untuk
menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah, dan
meningkatkan pencapaian pelajar. Program guru penyayang dan sekolah selamat
banyak membantu mengurangkan isu-isu guru seperti yang disiarkan media sosial.
Program ini mampu memupuk rasa sayang guru dengan murid ibarat hubungan
seperti ibu bapa dengan anak. Guru dan murid akan rasa lebih dihargai.

Guru juga perlu lebih peka dengan keadaan murid dan lebih berdisiplin. Guru
perlu membimbing dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Guru tidak patut
mudah berputus asa kerana ini memberi contoh yang tidak baik terhadap murid.

Posted by Rozasima Binti Razali at 05:44


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest

No comments:

Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

M20141000969

Rozasima Binti Razali


View my complete profile

Blog Archive
2015 (14)

o November (11)

MBMMBI Perkasakan Bahasa MelayuAgenda BahasaOlehA...

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUHKAN P...

KPM KOMITED TERHADAP MBMMBIMUHYIDDIN


YASSINKEMENT...

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN


BAHASA...

BAHASA PENGANTAR

PPSMI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)Latar Bel...

ISU 1: MASALAHPENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK


BERA...

JURANG PENDIDIKAN DI MALAYSIAAntara jurang utama ...

JURANG PENCAPAIAN MURID DALAM PENDIDIKAN


MATEMATIK...

o October (3)

Sekolahku Duniaku
Video Bar

Follow by Email

Picture Window theme. Powered by Blogger.

You might also like