Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Penduduk kampung di tempat tinggal kamu telah mengadakan gotong-royong untuk

membersihkan kawasan kampung.Ceritakan pengalaman semasa kamu menyertai aktiviti


tersebut.

Pada hujung minggu lepas,saya dan ibu bapa serta para penduduk
kampung telah menyertai aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong tersebut telah
dirancang oleh ketua kampung bersama-sama dengan penduduk kampung.Tujuan utama
gotong-royong itu adalah untuk memastikan kampung kami sentiasa bersih,cantik dan
ceria.
Tepat pada pukul 8:00 pagi,saya bersama-sama penduduk kampung telah
berkumpul dihadapan balai raya.Sebahagian penduduk membawa peralatan sendiri
walaupun telah disediakan oleh pihak ketua kampung.Selepas itu,ketua kampung telah
memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Saya dan penduduk kampung telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil agar lebih mudah untuk membersihkan kawasan kampung.Ketua
kumpulan mengambil peralatan yang disediakan di dalam balai raya.Setiap mengambil
peralatan yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang hendak dijalankan.
Pada pukul 8:30 pagi,kerja gotong-royong itu pun bermula.Antara kawasan
yang dibersihkan seperti pekarangan balai raya,taman permainan,surau dan lain-
lain.Suasana semasa aktiviti gotong-royong dijalankan sungguh meriah.Penduduk
kampung berasa lebih mesra apabila bekerjasama.Suasana muhibah terjalin antara
penduduk kampung yang terlibat.
Kaum wanita pula sibuk menyediakan pelbagai juadah dihalaman belakang
balai raya.Antara juadah yang disediakan ialah mi goreng,nasi,kari ayam dan lain-
lain.Setelah penat bergotong-royong,kami makan bersama-sama.Kawasan kampung kami
kelihatan semankin bersih dan ceria.
Tepat jam dua belas tengah hari,aktiviti gotong-royong itu pun
tamat.Walaupun kepenatan,kami tetap berasa amat gembira dan berpuas hati.Semoga
semua penduduk kampung dapat hidup dengan lebih meriah dan sihat sejahtera.

You might also like