Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 17


peraturan yang berkaitan dengan pendidikan. 16 bahagian yang terkandung dalam
Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 1 yang mengandungi tajuk ringkas dengan
nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996,tarikh mula kuat kuasa yang telah ditentukan
oleh Menteri serta tafsiran atau definisi. Seterusnya bahagian 2 iaitu pentadbiran
dengan melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sistem
pendidikan di semua peringkat. Manakala bahagian 3 menubuhkan Majlis
Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri dalam hal pendidikan
dan boleh mengawal selia prosedur sendiri. Seterusnya bahagian 4 iaitu Sistem
Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada Pendidikan pra sekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan tidak termasuk sekolah
expatriat. Selain itu, terdapat juga kategori pendidikan kerajaan iaitu institut
pendidikan kerajaan, institut pendidikan bantuan kerajaan dan institut pendidikan
swasta. Selain itu, di dalam bahagian 4 juga menyebut Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis
kebangsaan dan mana-mana institusi yang dikecualikan oleh Menteri, sekolah
menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan dan kurikulum kebangsaan
digunakan di semua sekolah.

Bahagian-bahagian lain yang terdapat Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian


5 iaitu penilaian dan peperiksaan, bahagian 6 iaitu pendidikan tinggi, bahagian 7
iaitu Institusi Pendidikan Swasta, bahagian 8 iaitu Pendaftaran Institusi Pendidikan,
bahagian 9 iaitu pendaftaran Guru, bahagian 10 iaitu jemaah Nazir sekolah,
bahagian 11 iaitu kewangan, bahagian 12 iaitu rayuan, bahagian 13 peraturan-
peraturan, bahagian 14 kesalahan dan penalti, bahagian 15 iaitu kepelbagaian dan
akhir sekali bahagian 16 iaitu peralihan dan pemansuhan. Kesemua bahagian-
bahagian tersebut mempunyai peranan yang cukup besar bagi memantapkan
sistem pendidikan kebangsaan.

Terdapat 17 peraturan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.


Peraturan 1 ialah peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997
yang mengandungi bahan kurikulum, masa dan penilai ditentukan oleh ketua
pendaftar dan penilaian dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Seterusnya,
peraturan ke 2 ialah peraturan-peraturan Pendidikan ( Peperiksaan dan
Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997 bertindak dalam penubuhan
Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan sijil satu diploma politeknik,
menentukan dasar, mengesahkan dan mengumumkan keputusan peperiksaan,
tindakan tatatertib, menimbang rayuan serta menentukan penganugerahan sijil dan
diploma. Di samping itu, peraturan 3 ialah peraturan-peraturan pendidikan
(peperiksaan, penilaian dan pensijilan/ Maktab Pendidikan Guru) 1997 ialah sebagai
rujukan dalam penubuhan Lembaga Peperiksan Guru, dasar, strategi dan garis
panduan peperiksaan dan memberhentikan kursus. Di samping itu, peraturan-
peraturan pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan Maktab Pendidikan
Guru) 1997 yang dijadikan rujukan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk
mengendalikan kursus. Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum
Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik yang mana Lembaga Kurikulum
dan Program Latihan Politeknik ditubuhkan untuk menentukan dasar dan
menghasilkan dan mengawasi pelaksanaan kurikulum. Di samping itu, peraturan-
peraturan pendidikan ( Kurikulum) 1997 yang menggariskan mata pelajaran teras,
wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan enam. Seterusnya, peraturan-
peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 yang menumpukan kepada pelajar
kecacatan pendengaran atau kecacatan penglihatan atau masalah pembelajaran.

Seterusnya, peraturan-peraturan pendidikan (penilaian dan peperiksaan)


1997 untuk menunjukkan fungsi Lembaga peperiksaan dalam membuat pemantau
tentang penilaian berasaskan sekolah. Selain itu, peraturan-peraturan pendidikan
( pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 yang dijadikan rujukan mengenai
pendaftaran dan pemberhentian operasi institusi pendidikan. Peraturan-peraturan
lain yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah Peraturan-peraturan
pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998, Peraturan-peraturan
pendidikan (Majalah sekolah dan Bahan Multi Media) 1998, Peraturan-peraturan
pendidikan ( Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan
(persatuan Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan ( Penggal, Hari dan Cuti
Sekolah) 1998, Peraturan-peraturan pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta
(Piawaian) 1998, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta)
(Iklan) 1998 dan akhir sekali Peraturan-peraturan ( Penerimaan Masuk Muri ke
Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998.

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pengenalan Akta Pendidikan 1996 telah menumpukan ke arah menyelaras sistem


pendidikan di semua peringkat. Buat pertama kali dalam sistem pendidikan, Akta
Pendidikan 1996 memperjelaskan komponen-komponen sistem pendidikan
kebangsaan dalam bahagian 5 yang terdiri daripada pendidikan prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan selepas menengah dan
pendidikan tinggi. Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga mempunyai tiga kategori
iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan
institusi pendidikan swasta. Menurut Mohd. Ismail Othman, 2004, pendidikan swasta
perlu diorientasikan bagi mencerminkan beberapa ciri asas keperibadian
kebangsaan dengan menggunakan kurikulum kebangsaan dan menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di samping menyediakan pelajar-
pelajar mengambil peperiksaan awan seperti yang termaktub dalam bab 4 Akta
Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk mengelak sekolah swasta menyediakan
sistem pendidikan yang tidak sehaluan dengan sistem pendidikan kebangsaan.

BAHASA KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Akta Pendidikan 1996 telah meletakkan bahasa kebangsaan sebagai


bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah
jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi
yang dikecualikan. Sehubungan itu, bahasa kebangsaan telah dijadikan mata
pelajaran wajib di semua sekolah dan institusi pendidikan. Langkah ini sangat
penting ke arah penyatuan kaum di negara ini.

KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum kebangsaan hendaklah wajib digunakan bagi semua sekolah
termasuk sekolah swasta. Dalam hal ini,Menteri hendaklah menetapkan suatu
kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum kebangsaan yang tertakluk kepada
subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan
diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing.
Sukatan dalam Kurikulum Kebangsaan telah diselaraskan bagi semua sekolah di
negara ini. Walaupun sudah terdapat cadangan dalam Penyata Razak (1956) dan
laporan Rahman Talib (1960) bagi mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi
semua sekolah, tetapi penekanan kepada kurikulum kebangsaan hanya
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pada zaman globalisasi sekarang, pendidikan sejak dari kanak-kanak amat


penting supaya kanak-kanak tersebut dapat menerima pembelajaran dan dapat
membiasakan diri dengan suasana persekitaran sekarang. Oleh itu, Akta Pendidikan
1996 memperuntukkan bahagian 4 dalam sistem pendidikan kebangsaan suatu
komponen penting iaitu pendidikan prasekolah. Dalam bahagian tersebut telah
menegaskan tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diruskan melainkan
jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. Hal ini demikian kerana untuk
menyelaraskan sistem pendidikan di peringkat prasekolah. Di samping itu, Menteri
Pendidikan juga telah diberi kuasa untuk menubuhkan tadika tertakluk kepada
peruntukkan akta. Menurut Mohd. Ismail Othman, 2004, oleh sebab kesedaran di
kalangan ibu bapa sudah terasa mengenai pentingnya pendidikan pada peringkat
ini, maka sejumlah 399,980 kanak-kanak, iaitu mewakili 63.7 peratus kanak-kanak
dalam kumpulan umur 5-6 tahun mendaftar di pusat prasekolah pada tahun 2000.
Di samping itu, program dan kegiatan di setiap tadika hendaklah berasaskan garis
panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri supaya dapat
menyelaraskan dan memberi kesan kepada pelajar.

PENDIDIKAN RENDAH

Pendidikan rendah diadakan dalam tempoh 5 tahun bagi yang pintar


sehingga 7 tahun bagi yang bermasalah. Mengikut peruntukan ini juga, pendidikan
rendah wajib, tetapi penguatkuasaan undang-undang ini ditangguhkan kerana
terdapat masalah yang dihadapi oleh ibu bapa khasnya di luar bandar. Timbalan
Menteri pendidikan telah berkata, tahun lalu (2002) kerajaan bersetuju meminda
Akta Pendidikan melalui seksyen 29 A(2) Yang mewajibkan ibu bapa menghantar
anak-anak mereka mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun. seksyen A (4)
pula menyebut ibu bapa yang gagal mematuhi peruntukan 29 a (2) boleh didenda
tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.
Namun, terdapat masalah yang dihadapi oleh ibu bapa di luar banyak, Timbalan
Menteri pendidikan telah menjelaskan Kita tidak akan menguatkuasakan undang-
undang jika ibu bapa tidak faham dan kita tidak mahu meletakkan kesalahan ke
atas bahu mereka tanpa memahaminya.
PENDIDIKAN MENENGAH

Pendidikan menengah hendaklah menjadi kewajipan menteri untuk


mengadakan pendidikan menengah di sekolah menegah kebangsaan seperti
sekolah menengah akademik, sekolah menegah teknik dan sekolah menegah
daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh menteri dari semasa ke semasa.
Selain itu, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan
pendidikan menengah atas di mana sekolah menengah kebangsaan.

PENDIDIKAN SELEPAS MENENGAH

Pada peringkat ini amat penting untuk diberi pendidikan sempurna kepada
pelajar. Namun pada Akta pelajaran 1961, tidak terdapat peruntukkan pendidikan
selepas menengah yang terkandung di dalamnya. Apabila timbul kesedaran
mengenai pentingnya pendidikan pada peringkat ini, maka peruntukan peruntukkan
telah dibuat dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberi kuasa kepada Menteri
Pendidikan bagi mengadakan pendidikan selepas menengah. Pendidikan ini telah
diadakan di sekolah menengah, kolej-kolej atau institusi pendidikan yang sesuai.

PENDIDIKAN TINGGI

Pendidikan tinggi adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Ia


memainkan peranan yang amat penting bagi memenuhi keperluan tenaga mahir
dan golongan profesianal negara. Justeru dalam bahagian 4 Akta Pendidikan 1996
iaitu pendidikan Tinggi, Menteri Pendidikan diberi tanggungjawab ke atas
pendidikan tinggi daripada sudut perundangan penubuhan, pengendalian,
pengurusan dan pelanggaran undang-undang yang berkaitan dengannya. Penyata
dasar pendidikan tinggi bertujuan mempertingkatkan penyertaan penduduk bagi
kumpulan umur antara 19 sehingga 24 tahun mendapat pendidikan tinggi dengan
menambah bilangan Institusi Pendidikan Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan
Swasta (IPTS)

PENDIDIKAN ISLAM

Dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan Islam telah diperluas untuk murid-murid
Islam di semua kategori sekolah, termasuk sekolah swasta. Undang-undang baru ini
menegaskan Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid Islam di semua jenis
sekolah. Justeru, dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu seksyen 50 memperuntukkan
supaya semua sekolah, termasuk sekolah swasta, wajib mengadakan kemudahan
bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, apabila terdapat lima orang
murid Islam atau lebih di sebuah sekolah. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran
Pendidikan Islam juga telah dijadikan salah satu mata pelajaran teras di peringkat
sekolah menengah.

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas juga diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan
yang cukup bagi pendidikan tersebut di dalam Akta Pendidikan 1996. Sehubungan
itu, Menteri Pendidikan wajib hendaklah mengadakan di sekolah khas yang
ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau
menegah yang difikirkan oleh Menteri bersesuaian. Tempoh pendidikan rendah dan
menengah juga hendak bersesuaian dengan keperluan murid yang menerima
pendidikan kita dan kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan
pendidikan khas yang tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) dalam Akta
Pendidikan 1996.

PENDIDIKAN TEKNIK DAN POLITEKNIK

Dalam usaha untuk membudayakan sains dan teknologi, peruntukan Akta


Pendidikan 1996 telah mempertingkatkan pendidikan teknik di semua sekolah
teknik dan politeknik. Sehubungan itu, Akta Pendidikan 1996 telah memudahkan
sekolah-sekolah vokasional di naik taraf ke sekolah-sekolah teknik. Selain itu,
politeknik juga boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau
vokasional atau program latihan dan program pertukaran. Peruntukan yang
terdapat dalam Akta pendidikan 1996 adalah selaras dengan hasrat untuk
menjadikan masyarakat negara ini menguasai ilmu serta kemahiran-kemahiran
untuk bersaing di peringkat global.

JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Salah satu bahagian yang penting dalam Akta Pendidikan 1996 ialah Jemaah
Nazir Sekolah yang terkandung dalam bahagian x Akta Pendidikan 1996 iaitu bab 1
dan bab 2. Menurut Akta Pendidikan 1996, ketua Nazir hendaklah
bertanggungjawab iaitu dengan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang
dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan
diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Selain itu, Ketua Nazir juga
hendaklah memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan
diperiksa oleh Nazir sekolah pada satu tempoh yang difikirkan sesuai. Di samping
itu, apabila ketua Nazir diarahkan supaya berbuat sesuatu institusi pendidikan atau
menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa dan menjalankan institusi
pendidikan sebagaimana yang telah ditetapkan.

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Dalam Akta Pendidikan 1996 juga ditekan mengenai penilaian dan peperiksaan
terhadap murid untuk memastikan tahap keberkesanan sesuatu sistem. Seksyen 19
telah memperuntukkan supaya semua sekolah menyediakan muri-murid bagi
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Kerajaan
telah menyedari penilaian bagi mengukur pencapaian dan kemahiran murid adalah
penting bagi mendapat maklumat berkenaan tahap pencapaian mereka. Oleh itu,
penilaian dan peperiksaan diperuntukkan dalam akta pendidikan ini pada bahagian
V.

PERATURAN PENDIDIKAN
Satu lagi perkara yang penting yang terdapat dalam Pendidikan 1996 ialah
Peraturan Pendidikan. Peraturan pendidikan ini berkait rapat dengan sistem sekolah
dan institusi pendidikan yang lain. Satu bahagian iaitu bahagian XIII dimasukkan
untuk peraturan-peraturan tentang pendidikan. Bahagian ini merangkumi
peraturan-peraturan yang berhubung dengan had umur dan pendaftaran murid,
disiplin di institusi pendidikan, kurikulum, kokurikulum, yuran, penyimpanan akaun
sekolah dan sebagainya. Melalui peraturan, sistem pentadbiran pendidikan dilihat
lebih teratur serta dapat memudahkan pihak pengurusan institusi pendidikan
membuat rujukan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Mohd. Ismail Othman.(2004). Undang-undang untuk pengetua dan guru besar.


Bentong: PTS

P Publilication & Distributors Sdn.Bhd.

Tie Fatt Hee. (2002). Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit
Fajar

Bakti Sdn.Bhd.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2007) Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya :

International Law Book Services

.Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Mohd Subki. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Akta Pendidikan 1996 di ambil daripada : id.slideshare.net/kokilavanni/akta-


pendidikan-1996

Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan semasa di ambil daripada:

www.amaljaya.com/.../BAB%202_GURU%20DAN%20PERUNDANGA

Perkembangan Pendidikan di Malaysia di ambil daripada:

kpf3012.wikispaces.com/file/view/KPF3012.pdf

Ahmad Fauzi bin Mohamed, Perbandingan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta
Pendidikan

1996 di ambil daripada www.sahc.kedah.edu.my/.../Microsoft%20Word%20-


%20Perbandingan

You might also like