Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KESAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN KAD MANUAL DALAM

PENGAJARAN PEMASANGAN KIT MODEL KERETA MURID


TAHUN LIMA

Arpia Lastri
Sekolah Tinggi Agama Islam Auliaurrasyidin

Email : Arpia.mubrak2401@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau kesan


kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual untuk
membantu murid Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Di samping itu,
kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran
saya. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid Tahun 5
Hukma. Teknik mengumpul data yang digunakan ialah borang
maklum balas, borang senarai semak, pemerhatian, temu bual
dan gambar. Data yang dikumpul dianalisis kandungan dan
pola. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan
triangulasi antara kaedah dan triangulasi sumber. Hasil kajian
mendapati kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual
dapat membantu tiga orang murid Tahun Lima memasang kit
model kereta dengan betul dan tepat dalam masa yang telah
ditetapkan di samping menambah baik amalan pengajaran
saya.

Kata kunci: Kaedah demonstrasi, kad manual, kit model


kereta, murid Tahun Lima

ABSTRACT

This This action research was carried out to explore the effect
of demonstration method and the of manual card in helping
Year 5 Hukma pupils assemble model car kit in Living Skills
subject. Besides that, this research was also conducted to
improve my teaching practices. The research participants
involved three pupils from Year 5 Hukma. The data collecting
methods used in this study involved checklist and feedback
forms, observation, interviews and photographs. The data
gathered were analysed for content and pattern. Data
checking was carried out using between methods and sources
triangulation. The result showed that demonstration method
and the use of manual card helped the Year Five pupils
assemble correctly and accurately the model car kit within
the time given and at the same time improved my teaching
practices.

Keywords: Demonstration method, manual card, model car


kit, Year Five pupils
PENGENALAN

Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran


Saya merupakan seorang pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah (PGSR) ambilan November 2008 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang (IPG KBL). Saya mengikuti kursus PGSR dengan
Reka Bentuk dan Teknologi sebagai major. Untuk melengkapkan kursus
semester 8, kami dikehendaki membuat penyelidikan tindakan (PT). PT
adalah sesuatu yang baharu dan mencabar kepada saya.

Saya telah mengajar selama lebih kurang 17 tahun di beberapa buah sekolah
rendah. Pelbagai pengalaman yang saya peroleh sebagai seorang guru dalam
tempoh masa tersebut. Sekolah pertama tempat saya mula berkhidmat
sebagai seorang guru ialah di daerah Belaga. Selepas itu, saya telah
berpindah ke sebuah sekolah di daerah Kapit. Sekarang, saya mengajar di
Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SKBB) (nama samaran) di daerah
Betong. Saya mengajar Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama dan
Kemahiran Hidup (KH) sebagai mata pelajaran sampingan. Sepanjang
tempoh mengajar, saya telah mendapat banyak pengalaman mengajar tetapi
lebih kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.

Semasa mengajar tajuk memasang kit model kereta KH Tahun 5 Hukma,


saya telah membuat persediaan yang sesuai untuk mengajar tajuk ini. Saya
mengajar berpandukan buku teks dan Buku Panduan Guru. Pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran (p&p), saya rasa kecewa kerana murid-murid
gagal menyiapkan kit model tersebut dengan betul. Tidak ada satu kumpulan
pun yang dapat siap memasang kit model tersebut dan dengan betul.

Isu Keperihatinan
Saya telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa proses p&p tersebut. Saya juga mengesan kelemahan saya sendiri
dalam proses p&p tersebut. Teknik dan kaedah yang saya gunakan untuk
proses pengajaran tajuk tersebut tidak sesuai menyebabkan murid tidak dapat
memasang kit model kereta yang nampak agak mudah untuk disiapkan.
Antara kelamahan yang terdapat dalam proses p&p tersebut ialah:

kesilapan murid-murid memasang komponen kit model kereta,


murid tidak dapat siap memasang kit model kereta dan dengan betul, dan
kelemahan saya sendiri menyampaikan isi pelajaran.

Saya perlu mendedahkan murid-murid tentang komponen-kompenen kit


model kereta. Selain itu, murid-murid perlu memahami maklumat dalam
manual pemasangan kit model kereta tersebut. Seterusnya kelemahan saya
dalam menyampaikan isi pelajaran perlu diatasi dengan menggunakan
kaedah dan teknik yang lebih sesuai supaya murid-murid dapat memahami
dan mengetahui bagaimana memasang kit model tersebut dengan betul.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
membantu murid-murid Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta
dengan betul menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, dan
menambah baik amalan pengajaran kendiri memasang kit model kereta
melalui kaedah demonstrasi dan kad manual dalam mata pelajaran KH
Tahun Lima.

Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Apakahkah kesan kaedah demonstrasi dan kad manual terhadap tiga
orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit model kereta?
Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual dapat
meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran pemasangan kit
model kereta Tahun Lima?

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Saya menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual (bahan bantu


mengajar) untuk tindakan PT ini. Koh Boh Boon (1985) dalam buku
Pedagogi Asas Pendidikan menjelaskan bahawa pengajaran adalah satu
proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti
pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah
dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu, untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid, pelbagai strategi dan kaedah boleh
digunakan. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah demonstrasi. Che
Hafizie Che Hassan (2006) menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap
kandungan pembelajaran. Saya telah menyediakan ancangan tindakan dan
menjalankan tindakan.

Saya membuat rancangan persediaan mengajar untuk sesi p&p menggunakan


kaedah demonstrasi dan kad manual sebagai tindakan dalam PT ini. Untuk
itu saya telah menyediakan alat dan bahan yang berkaitan. Saya juga turut
menyediakan borang senarai semak sebagai instrument pemerhatian.

METODOLOGI

Peserta Kajian
Tujuan PT ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran saya.
Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan PT ialah inkuiri yang berbentuk
refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi
sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan
mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan
tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.

McNiff (1988) menjelaskan PT merupakan satu pendedahan untuk


memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah
amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan
secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Justeru,
saya adalah merupakan peserta dalam kajian ini untuk menambah baik
amalan kendiri saya sebagai seorang guru.

Melalui data awal yang saya peroleh, saya telah memilih tiga orang murid
Tahun 5 Hukma yang terdiri daripada Johan, Zizan dan Nabil (nama
samaran) sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan komponen yang
tidak dapat dipasang oleh Johan, Zizan dan Nabil dalam tinjauan awal yang
saya laksanakan dalam mengenal pasti peserta kajian ini.

Jadwal 1

Masalah Komponen yang Tidak Dapat Dipasang (X)


Peserta
Kajian
Bil Komponen/ Perkara
Jum
Johan Zizan Nabil X
1. Roda
2. Gandar
3. Suis X X X 3
4. Gear X X X 3
5. Motor X X X 3
6. Pemegang bateri
7. Badan kereta
8. Bateri
9. Kit model kereta siap dipasang X X X 3
Kereta model kereta bergerak
10. dengan betul X X X 3
Etika Penyelidikan
Sebelum saya menjalankan penyelidikan ini saya telah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar SKBB. Saya telah mengemukakan surat
kebenaran kepada Guru Besar untuk menjalankan kajian ini. Saya juga telah
memaklumkan Guru Besar tentang surat yang dikeluarkan oleh IPG KBL
bagi memohon kebenaran menjalankan PT. Selain itu, saya juga telah
memaklumkan kepada Guru Besar siapa yang terlibat dalam kajian ini. Saya
juga telah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada murid-murid
yang terlibat dalam penyelidikan ini. Untuk itu, saya telah menyediakan surat
persetujuan pernyertaan dalam PT. Saya juga telah menjelaskan tentang
penyertaan mereka dan tujuan penyelidikan ini dijalankan.
Cara Mengumpul Data
Saya menggunakan empat cara mengumpul data dalam kajian ini. Empat
cara tersebut ialah borang maklum balas dan borang senarai semak,
pemerhatian, temu bual dan gambar.

Borang maklum balas


Saya menggunakan borang maklum balas mengumpul data. Saya
menggunakan borang tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang
masalah yang mereka hadapi semasa memasang kit model kereta. Saya telah
mengedar borang maklum balas kepada tiga orang peserta kajian saya.
Melalui borang maklum balas ini juga, saya dapat mengetahui komponen
mana yang sukar dipasang oleh murid-murid. Berpandukan kit model kereta
yang dipasang oleh murid saya dapat membuat analisis kelemahan dan
pencapaian murid-murid. Rajah 1 menunjukkan borang maklum balas yang
saya gunakan untuk mengumpul maklumat.

BORANG MAKLUM BALAS


PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
Tandakan jika komponen dapat dipasang dengan betul dan
X jika tidak atau salah pasang.
Nama:...
/
BilKomponen/ Perkara X
1. Roda
2. Gandar
3. Suis
4. Gear
5. Motor
6. Pemegang bateri
7. Badan kereta
8. Bateri
9. Kit model kereta siap dipasang
10. Kereta model kereta bergerak dengan betul
Catatan:

Rajah 1. Contoh borang maklum balas.


Pemerhatian
Pemerhatian juga merupakan cara pengumpulan data kajian ini selain soal
selidik dan temu bual. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku sepanjang peroses p&p dalam
bilik darjah. Pemerhatian ini melibatkan kemahiran murid, kelemahan murid,
proses kerja, dan hasil kerja mereka. Saya telah membuat catatan hasil
daripada pemerhatian saya itu dalam borang catatan pemerhatian dan borang
senarai semak.

Temu bual
Saya juga menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul data bagi PT
yang saya jalankan. Temu bual adalah satu teknik yang amat berkesan untuk
meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan
pendapatnya. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan guru dan
peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan
penyelidikan ini. Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan
satu kaedah yang membolehkan sesorang penyelidik mendapat maklumat
kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara
berlangsung face-to-face dengan peserta kajian.

Gambar
Saya juga talah mengambil gambar untuk mengumpul data kajian ini. Saya
telah mengambil gambar sepanjang proses kajian dijalankan. Rajah 2
menunjukkan gambar peserta kajian sedang memasang kit model kereta pada
17 Julai 2012.

Kad Manual

Rajah 2. Peserta kajian sedang memasang kit model kereta


berpandukan kad manual pada 17 Julai 2012.

Cara Menganalisis Data


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat cara untuk mendapatkan
data. Saya telah meneliti dan membuat analisis kandungan terhadap borang
catatan pemerhatian, hasil temu bual, borang maklum balas dan gambar bagi
mendapatkan maklumat untuk kajian saya. Saya menganalisis data untuk
mengenal pasti masalah serta kesan tindakan terhadap murid-murid. Selain
itu, saya menggunakan analisis pola persamaan dan perbezaan untuk
mengenal pasti kekerapan kelemahan memasang komponen tertentu.
Berdasarkan analisis ini, saya telah mengetahui komponen manakah yang
dikuasai dan tidak dikuasai oleh murid-murid.
Cara Menyemak Data
Dalam PT ini saya menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi antara
kaedah dan sumber bagi menyemak data yang saya peroleh. Bagi triangulasi
antara kaedah, saya telah mengumpul maklumat yang diperoleh daripada
pemerhatian. analisis maklum balas dan temu bual. Maklumat tersebut
membolehkan saya membuat perbandingan kesan tindakan terhadap tiga
orang murid sebelum dan selepas menggunakan kaedah demonstrasi dan kad
manual diperkenalkan.
Saya memilih triangulasi sumber kerana bimbang data yang saya semak
tidak tepat dan kesahannya dipertikaikan kerana berasaskan pandangan saya
sahaja. Justeru, triangulasi sumber saya gunakan untuk mendapatkan
pandangan daripada guru panitia KH yang berpengalaman dan yang memang
pengkhususan dalam mata pelajaran ini bagi memastikan kesahan data yang
saya telah kumpul.

DAPATAN

Apakah kesan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual


terhadap tiga orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit
model kereta?

Pada 17 Julai 2012, saya telah melaksanakan rancangan tindakan saya.


Dalam sesi p&p pada hari tersebut, saya telah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual. Saya memulakan proses p&p dengan set
induksi tayangan video tentang kereta mainan. Ternyata tayangan tersebut
mendapat perhatian murid-murid. Langkah kedua pengajaran ialah saya
meminta perhatian murid ketika saya membuka dan memasang kit model
kereta. Semasa membuka kit model tersebut, saya menerangkan satu persatu
tentang komponen kit model kereta tersebut. Dalam langkah ketiga pula,
saya mendemonstrasikan pemasangan kit model kereta tersebut. Langkah
seterusnya, saya meminta murid-murid memasang semula kit model kereta
berdasarkan demonstrasi tersebut dan kad manual yang saya sediakan.
Sebelum itu, saya menerangkan cara-cara menggunakan kad manual.

Saya mendapati murid-murid seronok memasang semula kit model. Walau


pun sebelum ini mereka gagal untuk memasang dan menyiapkan kit kereta
model tetapi hari ini mereka begitu yakin. Saya juga dapat melihat mereka
merujuk kepada kad manual setiap kali hendak memasang komponen-
komponen kit model kereta. Di samping kaedah demonstrasi yang
dijalankan, kad manual turut sangat membantu mereka dalam memasang kit
model kereta. Kad manual menjadi panduan bagi mereka terutamanya
memasang bahagian yang agak sukar iaitu bahagian motor dan gear.
Berpandukan kad manual, mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana
komponen-komponen tersebut dicantum dan dipasangkan.

Peserta kajian dapat memasang kit model kereta dengan betul dalam masa
yang telah ditetapkan. Kit model kereta yang siap dipasang telah diuji dan kit
model kereta yang dipasang itu dapat bergerak. Ketiga-tiga peserta kajian
saya telah berjaya memasang kit model kereta tersebut. Berdasarkan borang
senarai semak dan pemerhatian seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2,
didapati murid-murid telah berjaya memasang kit model kereta dengan betul
dan apabila diuji kit model kereta berkenaan, model kereta tersebut dapat
bergerak.
Jadwal 2

Analisis Senarai Semak Pemasangan Kit Model Kereta


Kekerapan
Bil Komponen/ Perkara
Johan Zizan Nabil Jum
1. Roda 3
2. Gandar 3
3. Suis 3
4. Gear 3
5. Motor 3
6. Pemegang bateri 3
7. Badan kereta 3
8. Bateri 3
9. Kit model kereta siap dipasang 3
Kereta model kereta bergerak dengan
10. betul 3

Saya telah menemu bual peserta kajian untuk mendapat maklumat tentang
penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual. Rajah 3 hingga Rajah 5
menunjukkan transkrip temu bual antara saya dengan para peserta kajian
pada 17 Julai 2012.

: Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta


Saya sebentar tadi?
Joha
n : Seronok , cikgu.
: Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta
Saya ini?
Joha
n : Tidak pandai cikgu.
Saya : Kenapa hari ini awak pandai?
Joha
n : Cikgu tunjuk cara pasang, cikgu.
Saya : Kalau cikgu tunjuk cara mesti dapatlah?
Joha
n : Tidak juga, cikgu. Tadi cikgu bagi kad manual. Senang sikit cikgu.

Rajah 3. Transkrip temu bual antara saya dengan Johan(17 Julai 2012).

: Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta


Saya sebentar tadi?
Zizan : Sangat seronok , cikgu.
Saya : Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model
kereta ini?
Zizan : Susah cikgu.
Saya : Apa yang susah? Kenapa hari ini awak pandai?
: Hari tu guna buku teks saja cikgu tapi hari ini cikgu tunjuk cara
Zizan pasang.
Saya : Kalau tak guna kad manual boleh kah?
Zizan : Boleh, tapi susah cikgu.

Rajah 4. Transkrip temu bual antara saya dengan Zizan (17 Julai 2012).

Saya : Apa perasaan awak selepas Berjaya memasang kit model kereta
sebentar tadi ?
Nabil : Gembira, cikgu
Saya : Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta
ini
Rajah 5. Transkrip temu bual antara saya dengan Nabil (17 Julai 2012).
Daripada temu bual tersebut, peserta kajian didapati telah berjaya memasang
kit model kereta kerana kaedah demonstrasi dan bantuan kad manual.
Ketiga-tiga peserta kajian mengatakan demonstrasi atau pun tunjuk cara
yang dilakukan oleh guru memudahkan mereka memahami dan memasang
kit model kereta. Tugas mereka menjadi lebih mudah dengan menggunakan
kad manual.

Hasil kerja, analisis senarai semak dan temu bual menunjukkan bahawa
Johan, Zizan dan Nabil telah berjaya memasang kit model kereta dengan
betul dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka kelihatan lebih yakin
semasa memasang kit model kereta berbanding sebelum ini. Secara
keseluruhannya, kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat
membantu peserta kajian ini memasang kit model kereta.

Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual


dapat meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima?

Sebagai seorang guru, saya mengetahuai beberapa kaedah dan teknik p&p
secara teori dan pengalaman. Saya pernah mengaplikasikan kaedah-kaedah
ini dalam proses p&p seharian tetapi kadang-kadang saya mengambil mudah
pelajaran yang saya ajar. Semasa mengajar muird-murid tajuk memasang kit
model kereta, saya beranggapan tajuk ini adalah mudah dan murid akan
dapat memasang kit model kereta tersebut tanpa masalah. Tetapi apabila
masa tamat, semua murid didapati tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut.
Oleh itu, saya memperkenalkan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad
manual dalam kajian ke atas murid-muird saya supaya mereka dapat
memasang kit model kereta dengan betul, di samping menambah baik
amalan pengajaran saya saya sebagai seorang guru KH. Menurut Chuah Kim
Hwa (2010), penyelidikan tindakan membolehkan seseorang penyelidik itu
pada dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk tujuan menambah baik atau
membaiki amalan kendiri (ms 93).
Saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual untuk
membantu murid-murid memasang semula kit model kereta. Saya telah
membuat rujukan tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan alat bantu
mengajar melalui tinjauan literatur. Berdasarkan tinjauan ini, saya telah
merancang dan melaksanakan kajian ini. Kaedah demonstrasi ini bukan
sesuatu yang baharu bagi murid-murid saya. Kaedah ini juga sering
digunakan untuk pengajaran tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran KH.
Bezanya dalam kajian ini, saya menggunakan kad manual untuk membantu
murid-murid memasang semula kit model kereta selepas demonstrasi yang
saya buat.
Sebelum ini saya sering mengajar tajuk ini dengan berpandukan buku teks
dan Buku Panduan Guru sahaja. Andaian yang saya buat menyebabkan saya
mengambil mudah pengajaran tajuk ini. Setelah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual, saya lebih yakin dan aktiviti pengajaran
dilaksanakan secara lebih sistematik. Murid-murid juga menunjukkan
keseronokan dan kesungguhan mereka semasa memasang kit model. Jika
terdapat masalah memasang komponen tertentu, mereka akan merujuk kad
manual. Jadual 3 menunjukkan analisis borang maklum balas peserta kajian
tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual.

Jadwal 3

Analisis Maklum Balas Penggunaan Kaedah Demonstrasi dan Kad Manual


Nama Johan Zizan Nabil
Soalan/Respon Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1
2
3
4
5
6
7
8
Jumlah 8 8 8
Peratus 100% 100% 100%

Berdasarkan analisis borang maklum balas dan temu bual yang dijalankan,
penggunaan kaedah demonstrasi dan pengenalan kad manual ini telah
berjaya membantu murid-murid memasang kit model kereta dengan betul.
Data tersebut telah menunjukkan saya telah menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru KH dalam mengajar tajuk memasang kit model kereta.
Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian, mereka
sangat bersetuju dengan kaedah demonstrasi dan kad manual yang saya
gunakan semasa mengajar mereka memasang kit model kereta.
Pemilihan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat membantu
peserta kajian saya memasang kit model kereta dan menambah baik amalan
saya semasa mengajar memasang kit model kereta dalam mata pelajaran KH.
Daripada kajian ini, saya mendapat pengajaran bahawa sebagai seorang guru,
saya perlu lebih prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh murid-
murid. Di samping itu, saya perlu menggunakan kaedah dan bahan bantu
yang sesuai untuk memastikan anak didik saya dapat mencapai objektif yang
digariskan serta disasarkan.
REFLEKSI, PEMBELAJARAN KENDIRI DAN CADANGAN
KAJIAN LANJUTAN KITARAN SELANJUTNYA

Refleksi
Refleksi adalah suatu proses berfikir secara penuh sedar dalam membuat
pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri,
meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam
tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat
dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam amalan
seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang mendalam
mengenai amalan itu bagi tujuan mengambil tindakan untuk memperbaiki
dan meningkatkan kualiti kendiri. Refleksi sering digunakan secara intensif
di dalam proses p&p. Refleksi dianggap sebagai kompenen penting dalam
meningkatkan profesionalisme seorang guru dan refleksi dibuat dari segi
kesan ke atas peserta kajian, amalan kendiri dan kesan ke atas kurikulum
sekolah.

Kesan ke atas peserta kajian


Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad
manual adalah berkesan dalam membantu murid-murid memasang kit model
kereta. Hasil analisis senarai semak dan pemerhatian menunjukkan murid-
murid memahami dengan lebih jelas apa yang diajar oleh saya selaku guru
berbanding dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan
buku teks, kapur dan papan tulis. Murid-murid lebih teruja mengikuti
perkembangan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh saya. Dengan
menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, murid-murid dapat
memasang kit model kereta dengan betul dalam masa yang telah ditetapkan.

Kesan ke atas amalan kendiri


Sebagai seorang guru, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu
diaplikasikan mengikut kesesuaian supaya murid-murid mendapat impak
yang sewajarnya dalam sesuatu proses p&p. Saya selaku guru juga perlu
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran bagi meningkatkan amalan
kendiri sebagai seorang guru. Saya telah berjaya meningkatkan amalan
kendiri dalam menjalankan PT di SKKB. Penyelidikan ini telah memberi
implikasi yang positif kepada amalan pengajaran saya. Sebelum ini, saya
tidak mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid-
murid saya. Kesan daripada PT ini ialah menjadi lebih prihatin terhadap
murid-murid dan lebih bertanggungjawab. Penyelidikan yang telah
dijalankan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya
sebagai seorang guru.

Kesan ke atas kurikulum sekolah


Penyelidikan ini telah mendatangkan kesan positif kepada kurikulum sekolah
dari segi menghasilkan idea baharu untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran berkaitan dengan pemasangan kit model kereta.
Kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran memasang kit model kereta dengan lebih cepat,
betul dan menarik. Melalui PT, saya selaku seorang guru dapat
mempelbagaikan kaedah p&p di samping mewujudkan suasana bilik darjah
dan proses p&p yang kondusif. Kaedah demonstrasi perlu diperluaskan
penggunaannya bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran dan
menambah baik amalan kendiri selaku seorang guru.

Pembelajaran Kendiri
Penyelidikan ini telah membantu saya dalam meningkatkan amalan saya
sebagai seorang guru dari pelbagai aspek. Terdapat tiga aspek pembelajaran
kendiri iaitu amalan profesional sebagai seorang guru, amalan profesional
sebagai guru KH dan amalan profesional sebagai penyelidik.

Amalan profesional guru


Melalui PT yang telah dilaksanakan, saya mendapati murid lebih mudah
memahami dan menguasai kemahiran apabila saya menggunakan pendekatan
dan kaedah yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Bagi tajuk yang melibatkan
aktiviti amali seperti memasang kit model kereta, kaedah demonstrasi dan
penggunaan kad manual adalah sangat sesuai.

Amalan profesional sebagai guru Kemahiran Hidup


Secara tidak langsung, PT yang dijalankan telah membantu saya dalam
menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru KH. Saya juga telah
mempelajari kaedah baharu dalam p&p KH bagi tajuk memasang kit model
kereta dengan menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual. Kaedah
ini menunjukkan kesan yang positif berbanding hanya dengan menggunakan
buku teks sebagai panduan. Oleh itu, saya akan mengaplikasikan kaedah ini
mengikut kesesuaian tajuk yang akan diajar.

Amalan profesional sebagai seorang penyelidik


Ini adalah merupakan julung kalinya saya melakukan PT. Walau pun saya
mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi saya tidak mahir
menjalankan PT. Berpandukan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
pada Semester 7, saya telah menjalankan PT dengan jayanya. Sebelum
menjalankan penyelidikan ini, saya telah memperoleh kebenaran dan
persetujuan dari pihak yang terlibat. Saya juga memastikan diri saya
menguasai kemahiran sebagai seorang penyelidik bagi memastikan
kelancaran pelaksanaan PT ini. Walau pun dibebani pelbagai tugasan sebagai
seorang guru di sekolah, saya sedaya upaya melaksanakan PT ini tanpa
menjejaskan tugas saya sebagai seorang guru di SKBB.
Cadangan tindakan susulan untuk kitaran seterusnya
Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, saya bercadang
kajian ini diteruskan dengan kajian ke atas tajuk yang lain menggunakan
kaedah demonstrasi dan kad manual dalam p&p yang bersesuaian. Terdapat
banyak tajuk lain yang boleh menggunakan kaedah ini semasa mengajar
mata KH seperti tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek, Jahitan dan
Menyediakan Barang Jualan. Selain itu, kaedah demonstrasi ini juga boleh
digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni
Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Sains. Untuk
penambahbaikan PT seterusnya, saya akan menggunakan kaedah
demonstrasi dengan menggabungkan penggunaan tayangan video atau
Power Point dan kad manual.

RUJUKAN

Che Hafizie Che Hassan. (2006). Keberkesanan penggunaan ABM dan BBM
sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Tanjung Malim, Perak: Fakulti Seni dan Muzik, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Chuah Kim Hwa. (2007). Teknik pengumpulan data kualitatif penyelidikan


tindakan. Bahan Kursus/ Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat
Asas (Fasa II) Tahun 2007 di bawah Kursus Pendek Kelolaan Institut,
Institut Perguruan Batu Lintang, 9 11 Mei 2007 di Pusat Kegiatan
Guru, Sri Aman.

Chuah Kim Hwa. (2010). Satu, empat atau 42?: Menyingkap isu peserta
kajian dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan. Jurnal
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, 85-108.
Kamsul Rosli. (2012). Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam
pengajaran pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima. Tesis
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum
diterbitkan. Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria,
Australia: Deakin University Press.

You might also like