Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PROGRAM MENTOR MENTEE

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

44300 BATANG KALI,

SELANGOR DARUL EHSAN

1.0 PENGENALAN

Program mentor mentee ini merupakan salah satu daripada elemen penjagaan
yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk parent
subtittute kepada pelajar-pelajar. Tujuan program ini ialah untuk mewujudkan
beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara pelajar yang
dikenali sebagai mentee manakala guru pula dikenali sebagai mentor. Antara
hubungan mentor mentee ialah:

1.1 Hubungan mentor mentee sebagai ibu bapa angkat dengan anak
angkat

1.2 Hubungan pelajar dengan pelajar dalam kumpulan mentor

1.3 Hubungan ibu bapa angkat dengan ibu bapa pelajar

1.4 Hubungan ibu bapa angkat denmgan kaunselor

1.5 Hubungan ibu bapa angkat dengan guru tingkatan dan guru mata
pelajaran.

2.0 ORGANISASI

Melalui program ini, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan pelajar yang
terdiri daripada lima belas hingga tujuh belas orang. Kumpulan pelajar ini terdiri
daripada tingkatan yang sama, dibimbing oleh seorang mentor. Guru inilah yang
menjadi ibu bapa angkat kepada kumpulan pelajar tersebut sepanjang
persekolahan di sini. Tegasnya, mentor ini mengambil alih tugas ibu/bapa pelajar
berkenaan semasa mereka berada di sekolah ini. Pertemuan dirancangkan
dengan tarikh-tarikh ditetapkan sebagai panduan perbincangan semasa
pertemuan rasmi itu.
3.0 OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:

3.1 Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar,


demi kemajuan dalam bidang akademik.

3.2 Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya menjadi pelajar yang
bermotivasi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.

3.3 Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.

3.4 Merapatkan hubungan pelajar dengan pelajar.

3.5 Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa pelajar.

3.6 Membantu menyelesaikan masalah pelajar seperti masalah pelajaran


dan sahsiah pelajar.

3.7 Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin,


mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.

3.8 Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang belajar


mengikut bidang-bidang tertentu sesuai dengan potensi pelajar-pelajar.

4.0 BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

4.1 menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada
mentee-menteenya.

4.2 Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian


maklumat semasa perjumpaan.

4.3 Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.

4.4 Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran dan kumpulan


belajar.
4.5 Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam merancang, mengadakan
dan mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani,
jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.

4.6 Mengadakan perjumpaan rasmi sekali untuk setiap bulan dan laporan
hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Pen.Kanan.

4.7 Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan


sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya.

4.8 Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka


sesuai dan wajar.

4.9 Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir


mengenai maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin
akan membahayakan diri mentee dan orang lain.

5.0 TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah


jagaannya semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah :

5.1 susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya


disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan
perjumpaan kelompok itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok,
kedudukan mentee berbentuk bulatan face to face.

5.2 Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-


tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman
semasa sesi berlangsung.

5.3 Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan


mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini
penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.

5.4 Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan,


kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung
mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam
kemahiran berkomunikasi.

5.5 Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh


dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan,
berkemahiran dan tepat masa.
5.6 Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan
dibincangkan.

5.7 Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan,


mengaitkan teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.

5.8 Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee


supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan
dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.

5.9 Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan


mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.

5.10 Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan


mendapat manafaat daripada program yang dijalankan.

5.11 Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee


berinteraksi secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi
taklimat.

5.12 Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan


dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak
diri.

6.0 PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan sesi
kelompok ialah :

6.1 membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan
merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.

6.2 Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali
mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara satu sama
lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan
harapan kelompok dapat diterokai, sebarang permasalahan dapat dibincang
dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee.

6.3 Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan


rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-masing.

6.4 Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal


mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam kelompok.
6.5 Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok
yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza.

6.6 Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya


dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap
kejadian dalam kelompok.

6.7 Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai


sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.

6.8 Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan


kepada apa yang berlaku here and now.

6.9 Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa


bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.

6.10 Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

7.0 PROSES PERJALANAN KELOMPOK

Berikut adalah etika kelompok yang menjadi panduan mentor dalam menjamin
keberkesanan sesi:

7.1 memulakan sesi denagn bacaan ummul kitab/salam sejahtera.

7.2 Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.

7.3 Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;

- tujuan sesi

- perjumpaan untuk kepentingan ahli

- perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu


peribadi.

- Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.

- Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.

- Sumbangan idea sangat digalakkan

- Ketepatan masa sangat dititikberatkan

- Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

- Beri peluang kepada semua ahli.


7.4 Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.

7.5 Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat


rumusan dan pandangan.

7.6 Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan


bersama.

7.7 Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.

7.8 Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan


di luar kelompok.

7.9 Rumuskan idea yang dibincangkan.

7.10 Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

7.11 Sesi ditangguhkan dengan surah Al-asr dan tasbih kifarah.

8.0 ETIKA KELOMPOK

8.1 penerimaan tanpa syarat

8.2 kerahsiaan

8.3 bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung

8.4 ketepatan masa

8.5 tidak menghukum

8.6 kepercayaan

8.7 kejelasan komunikasi

8.8 membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee

8.9 sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan


kepada kaunselor untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.

8.10 Sebagai model setiap aspek.

9.0 ISU-ISU PERBINCANGAN

9.1 Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh


menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa
yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu
terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.

9.2 Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai


fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan
perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee
agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak
tergantung.

9.3 Laporan bagi setiap perjumpaan perlulah diserahkan kepada


penyelaras tingkatan program mentor mentee untuk tindakan susulan.

9.4 Senarai nama penyelaras program mentor mentee adalah seperti


berikut:

- Tingkatan 1 : Puan Sharifah binti Osman

- Tingkatan 2 : Puan Faizaton binti Shafie

- Tingkatan 4 : Puan Nor Akmar binti Manap

(sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila berhubung dengan kaunselor pelajar


untuk maklumat lanjut)

Semoga program mentor mentee ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada


semua pihak.
1.0 PENGENALAN

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai


dengan usaha mereka yang

bersungguh-sungguh untuk terus kekal cemerlang. Kecemerlangan tidak akan


datang bergolek, ia hanya dapat

dimiliki dengan usaha dan susah payah. Antara cabaran pelajar masa kini ialah
bukan sahaja mempunyai

kecemerlangan akademik yang baik, malah perlu memperlengkapkan diri ke


arah kecemerlangan kerjaya yang

seharusnya bermula pada awal tahun pengajian lagi dan bukannya semasa di
akhir pengajian. Isu ini sering

diperkatakan dan terdapat segelintir pelajar yang cemerlang dalam akademik


kurang keyakinan diri untuk

berhadapan dengan alam pekerjaan.

Pelbagai program pembangunan pelajar telah diatur dan dirancang di semua


peringkat sama ada di kolej-kolej

kediaman, fakulti dan universiti bertujuan untuk melahirkan pelajar yang


cemerlang dalam akademik dan kemahiran

generik. Di Fakulti Kejuruteraan Awam, program kecemerlangan akademik telah


diadakan sejak penubuhannya lagi

dan usaha ke arah melahirkan lebih ramai pelajar bumiputra cemerlang begitu
tersusun kebelakangan ini. Walau pun

begitu, pelajar yang lemah juga turut diberi perhatian melalui satu program khas
yang dirangka untuk pelajar yang

memperolehi GPA dan CPA kurang dari 2.0 supaya mereka boleh terus berjaya
seperti rakan-rakan yang lain.

2.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR CEMERLANG

Program Penasihatan Akademik telah lama diadakan di peringkat fakulti di mana


setiap pelajar mempunyai

penasihat akademik masing-masing. Namun begitu ianya agak kurang berkesan


di dalam memantau prestasi pelajar

cemerlang. Selaras dengan tujuan ini, Fakulti Kejuruteraan Awam telah


mengambil inisiatif dengan menubuhkan

sebuah jawatankuasa khas untuk pelajar cemerlang yang dinamakan Program


Pembangunan Pelajar Cemerlang.
Program ini adalah khusus untuk pelajar yang mempunyai nilai CPA melebihi 3.5.
Ia mula dilaksanakan sepenuhnya

pada 2003 dan di antara objektif yang disasarkan adalah untuk;

(i) Menyediakan platform perbincangan dan aktiviti sihat sesama pelajar ke arah
kecemerlangan diri.

(ii) Meningkatkan motivasi diri pelajar supaya menggandakan lagi usaha untuk
menjadi lebih cemerlang.

(iii) Memantapkan jati diri dan daya saing pelajar dalam persekitaran yang
kompetitif.

(iv) Membangunkan sahsiah, kemahiran komunikasi dan kepimpinan pelajar agar


menepati matlamat fakulti dan

universiti khususnya dan kehendak masyarakat dan negara amnya.

Program ini lebih berkonsep Mentor-mantee agar objektif di atas dapat dicapai
dengan berkesan. Menerusi

aktiviti yang dilaksanakan ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama


pelajar dan pelajar dengan mentor

(penasihat) sebagai tempat rujukan dan berkongsi masalah yang berkaitan


dengan isu akademik atau seumpamanya.

Di antara program yang telah dijalankan ialah ;

(i) Majlis Hi-Tea Bersama Dekan (pada minggu pertama kuliah)

(ii) Forum/Diskusi Akademik (bersama mentor atau gabungan)

(iii) Bengkel-bengkel kecemerlangan

(iv) Kem Kecemerlangan Sahsiah dan Kepimpinan

(v) Lawatan Akademik

(vi) Majlis Solat Hajat dan Kecemerlangan Diri

You might also like