RPH Makro 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KPD 3026- PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

MAKROPENGAJARAN 1

NAMA: SHARIFAH AWANIS BINTI SYED MOHD ASWAD

NO MATRIK: D20141067053

PENSYARAH: DR. SHAMSIAH BINTI SANI


Rancangan Pengajaran Harian

Hari: Selasa

Tarikh: 21 Mac 2017

Kelas: 4 Sains 1

Masa: 09:30 10:00, ( 30 minit)

Tema: TENAGA DALAM KEHIDUPAN

Bidang Pembelajaran:

5. Tenaga dan Perubahan Kimia

Objektif Pembelajaran:

5.1 Perubahan Fizik dan Perubahan Kimia

Strategi

Perbincangan
Pembelajaran kooperatif

Pengetahuan sedia ada pelajar:

Murid mempunyai pengetahuan bahawa haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut.
Murid mempunyai pengetahuan tentang perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal.

Bahan pengajaran dan pembelajaran:


Hasil pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Kognitif:

mendefinisikan maksud perubahan fizik dan perubahan kimia menggunakan ayat sendiri dengan betul.
menyenaraikan empat daripada enam contoh perubahan fizik dalam kehidupan seharian dengan betul.
menyenaraikan empat daripada enam contoh perubahan kimia dalam kehidupan seharian dengan betul.

Psikomotor:

membina peta buih berganda bagi membanding beza di antara perubahan fizik dan kimia.

Afektif:

bekerjasama dalam perbincangan di dalam kumpulan ketika memenuhi tugasan yang diberikan.
Isi pengajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan
Memulakan Tayangan gambar rajah situasi atau 1. Guru memberi 1. Murid diberi masa Teknik: think- pair-
kelas dan objek tentang contoh perubahan salam dan untuk memikirkan share
mencungkil kimia dan fizik. memanggil seorang gambar yang
idea (5 minit) pelajar untuk ditayangkan.
2. Murid berbincang
membacakan doa.
2. Guru menayangkan secara
gambar dan berpasangan
memberi masa tentang pendapat
kepada murid untuk mereka.
3. Beberapa orang
memikirkan
murid dipanggil
jawapan.
3. Guru memanggil bagi menjawab
dua orang murid soalan mengenai
untuk menjawab gambar tersebut
soalan yang
diberikan.
Contohnya:
I. Pada
pendapat
kamu, mana
satukah
contoh
perubahan
fizik?
II. Mengapaka
h kamu
menjawab
sedemikian
?
Pengstruktur Perubahan Fizik 1. Guru memberi 1. Murid diberikan Teknik:
an idea (10 Maksud: Perubahan yang tidak penerangan lembaran kerja pembelajaran
minit) menghasilkan bahan baru. Hanya mengenai untuk berpusatkan pelajar
sifat fizik bahan berubah. perubahan fizik dan dilengkapkan
Contoh perubahan fizik dalam kimia. secara Rujuk lampiran 1
2. Guru mengedarkan
kehidupan seharian: berpasangan
lembaran kerja
Peleburan= berdasarkan
kepada murid untuk
Ais air penerangan guru.
dilengkapkan. 2. Murid diberi masa
Pendidihan=
3. Guru memberi
untuk
Air stim
masa kepada murid
melengkapkan
Pemejalwapan= untuk
jadual yang
Hablur iodin wap iodin
melengkapkan
diberikan oleh
Keterlarutan= Gula + air larutan jadual yang
guru.
gula diberikan. 3. Beberapa orang
5. Penghabluran Larutan tepu 4. Guru berbincang
murid dipanggil
kuprum sulfat hablur kuprum jawapan yang betul
untuk menjawab
sulfat dengan murid.
soalan.
5. Guru memanggil
4. Perbincangan
beberapa orang
Perubahan Kimia tentang jawapan
1. Maksud: Perubahan yang murid untuk yang betul di
menghasilkan bahan baru. Bahan memberi jawapan dalam kelas.
baru mempunyai mereka.
6. Guru
sifat dan komposisi kimia yang
membincangkan
berlainan daripada bahan asal.
jawapan yang betul
Pembakaran pita magnesium=
dengan murid-
Magnesium + oksigen
murid.
magnesium oksida
2. Pengaratan besi= besi + oksigen
besi oksida
3. Peneutralan= Asid sulfurik +
natrium hidroksida natrium sulfat
+ air
4. Penguraian= Kuprum karbonat
kuprum oksida + karbon dioksida.
Aplikasi idea Contoh perubahan fizik dalam 1. Guru 1. Murid di dalam Teknik: Gallery walk
( 15 minit) kehidupan seharian: membahagikan kelas dibahagikan
1. Pendidihan air kepada stim murid kepada tiga kepada tiga Rujuk lampiran 2
2. Mambancuh air kopi/minuman kumpulan. kumpulan.
2. Guru mengedarkan 2. Murid berbincang
3. Kejadian awan dan hujan
soalan yang bersama ahli
4. Minyak wangi meruap
berlainan kepada kumpulan mereka
5. Mencuci pakaian dengan sabun
setiap kumpulan. tentang tugasan
7. Peleburan lilin
3. Guru memberi
yang diberikan
Contoh perubahan kimia dalam masa kepada dan
kehidupan seharian: setiap kumpulan melengkapkan
1. Memasak untuk tugasan di atas
2. Pereputan bangkai haiwan melengkapkan sehelai kertas
4. Kilat soalan mereka di mah-jong.
3. Murid melawat
5. Pengaratan besi sehelai kertas mah-
setiap hasil kerja
6. Respirasi sel dalam badan jong.
4. Guru dan murid kumpulan yang
7. Nyalaan lilin
dari kumpulan lain lain.
4. Murid
akan melawat
menerangkan
setiap ahli
hasil kerja mereka
kumpulan bagi
kepada kumpulan
menilai tugasan
yang lain.
yang diberikan.
Refleksi dan 1. Guru meminta 1. Murid dikehendaki
penutup (5 murid menulis untuk menulis
minit) pendapat mereka pendapat mereka
di dalam sehelai untuk sesi
kertas. pembelajaran
2. Guru membuat
pada hari ini.
kesimpulan 2. Dua orang murid
pembelajaran pada dipanggil untuk
hari ini. berkongsi
pendapat.
Lampiran

1. Lengkapkan jadual mengenai perubahan fizik dan perubahan kimia dengan jawapan yang betul.

Ciri Perubahan fizik Perubahan kimia


1 Pembentukan bahan
baru
2 Komposisi bahan asal
dan hasil
3 Perubahan berbalik
4 Penggunaan tenaga
5 Jisim bahas asal dan
hasil

2. soalan yang ditanya kepada kumpulan yang telah dibahagikan untuk aktiviti Gallery walk.

a) Bentuk satu peta buih berganda bagi membandingbeza ciri- ciri perubahan fizik dan kimia.
b) Bina satu peta minda mengenai contoh perubahan fizik.
c) Bina satu peta minda mengenai contoh perubahan kimia.

Refleksi makro pengajaran 1

Sebelum pengajaran

1. Saya menyediakan bahan bantu mengajar yang saya rasakan bersesuaian bagi membantu saya semasa proses PdP berlansung.

Semasa pengajaran
1. Pelajar sangat aktif dalam sesi soal jawab dan sesi perbincangan. Akan tetapi, saya yang kurang mahir dalam mengawal bilik darjah

sehingga murid- murid menjadi bising. Dalam suasana yang bising, saya terpaksa melantangkan suara dalam memberi arahan kepada

pelajar.
2. Saya sering terdiam dalam sesuatu jangka masa. Hal ini disebabkan saya sedang menyusun ayat- ayat untuk disampaikan di dalam

bilik darjah. Oleh itu, saya akan kembali merujuk skrip yang telah saya bina sebelum sesi pengajaran berlansung.
3. Saya sering gagap dan tersasul menyebut sesuatu perkataan. Jadi, saya akan diam sebentar dan menarik nafas untuk menenangkan

diri saya daripada perasaan gementar dan seterusnya kembali mengulangi arahan saya agar jelas kepada pelajar.
4. Saya tidak dapat menumpukan satu per satu pelajar untuk menjawab soalan. Jadi, terdapat segelintir pelajar yang tidak memberi

sepenuh perhatian semasa sesi soal jawab berlansung.


5. Saya mendapati teknik penyoalan yang saya gunakan adalah tidak betul. Hal ini kerana, saya memanggil nama pelajar tersebut dahulu,

selepas itu barulah saya bertanya soalan.


6. Saya juga tidak memberikan masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan kepada soalan yang saya ajukan. Jadi, para pelajar lebih

cenderung untuk memberikan jawapan yang kurang berkualiti.


7. Saya dapati, para pelajar lebih suka menjawab soalan beramai- ramai tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Hal ini menyebabkan,

saya sukar mengawal para pelajar disebabkan oleh keadaan kelas yang bising.

Selepas pengajaran

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang topik haba dalam tindak balas kimia pada hari ini. Saya kurang memberi

penekanan dalam penerangan saya pada topik ini. Jadi, apa yang perlu disampaikan kepada pelajar tidak jelas dan tidak sistematik.
2. Ada isi yang saya tertinggal untuk disampaikan kepada pelajar. Saya kurang persediaan mengenai tajuk haba dan tindak balas

kimia.
3. Objektif yang saya ingin pelajar capai dapat dilaksanakan di mana pelajar dapat mendifinisikan perubahan fizik dan kimia. Pelajar

juga dapat menyenaraikan contoh- contoh perubahan fizik dan kimia dalam kehidupan seharian.
4. Pada fasa aplikasi idea, aktiviti yang dijalankan tidak sesuai kerana saya memberi tugasan kepada pelajar tanpa memberi sebarang

nota. Jadi, para pelajar tidak dapat merujuk nota untuk melengkapkan tugasan yang saya berikan.
5. Murid prlu diberikan lebih masa untuk melengkapkan peta buih berganda bagi membezakan antara perubahan fizik dan perubahan

kimia agar murid dapat menguasai konsep tersebut.


6. Saya perlu memberikan lebih banyak contoh mengenai perubahan fizik dan kimia agar pemahaman pelajar dapat diperkukuhkan.
7. Saya perlu menggunakan teknik penyoalan yang betul bagi mencungkil idea- idea murid.
8. Saya perlu memikirkan kaedah yang berkesan untuk mengawal kelas dalam sesi pengajaran yang seterusnya.

You might also like