Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan
Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pelajaran Inggeris, terpaksalah
menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris di Pulau
Pinang seperti Penang Free School. Dan pada ketika itu, juga ada dua tiga orang
murid yang telah dihantar belajar denganbiasiswa kerajaan negeri Perlis ke Kolej
Melayu Kuala Kangsar yang ketika itu disebut "Babuddarajat", selepas itu dikenali
pula sebagaiMCKK (Malay College Kuala Kangsar Perak). Penuntut-penuntut yang
tersebut itulah yang kembali menjawat jawatan-jawatan Pentadbir Negeri Perlis ini.
Dengan keadaan itu, hanya segelintir ibu bapa sahaja yang mampu menghantar anak-
anak mereka ke luar negeri. Mereka itu tergolong daripada pegawai-pegawai tinggi
Kerajaan Negeri Perlis, manakala anak-anak orang miskin tidak dapat peluang yang
tersebut itu.