PTL Group

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Murid dengan masalah tingkah laku gemar mengganggu rakan-rakan ketika guru

mengajar. Hal ini menyebabkan murid tersebut tidak dapat menumpukan perhatian pada
proses pengajaran dan pembelajaran dan disisihkan oleh rakan-rakan lain. Selain itu,
murid menjadi lebih agresif ketika permintaan atau kata-katanya tidak diendahkan. Bagi
5 mengatasi masalah ini, guru boleh merujuk kepada intervensi berasaskan Model
Persekitaran. Model Persekitaran merupakan kesan persekitaran ke atas tingkah laku
individu. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran
yang dilakukan oleh manusia. Model Persekitaran turut menyatakan bahawa pengaruh
persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori
10 ini menyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah
boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi
tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran
atau berpusatkan murid dan persekitaran. Pendekatan yang diambil ialah menggunakan
persekitaran sebagai langkah intervensi. Antara teknik yang boleh digunakan dari Model
15 Persekitaran ialah intervensi berpusatkan murid. Intervensi berpusatkan murid bertujuan
untuk mengubah suai hubungan timbal balik antara kanak-kanak dengan persekitaran
yang melibatkan kanak-kanak dalam persekitaran tersebut. Justeru, kanak-kanak diberi
peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.

Intervensi berpusatkan murid terbahagi kepada lima kategori. Antaranya ialah


20 remedial program (program pemulihan), natural community intervention, school
community intervention, artificial community intervention, dan artificial group
intervention. Remedial program atau dikenali sebagai program pemulihan merupakan
program intervensi yang melibatkan motor kasar dan motor halus. Intervensi program
pemulihan ini berfokus kepada psikomotor, kognitif, dan pembelajaran yang berkesan. Ia
25 boleh dijalankan di bilik pendidikan khas oleh guru sekolah rendah. Natural community
intervention pula merupakan intervensi yang melibatkan persekitaran masyarakat.
Matlamat intervensi ini ialah memberikan penempatan terhadap seseorang individu
dalam suasana asyarakat semula jadi di mana tingkah laku berubah mengikut proses
semula jadi dalam masyarakat. Selain itu, school community intervention melibakan
30 manipulasi persekitaran sekolah untuk faedah terapeutik kanak-kanak. Artificial
community intervention pula melibatkan pembangunan dan manipulasi sistematik
masyarakat seni untuk mengubah suai tingkah laku kanak-kanak. Akhir sekali, artificial
group intervention melibatkan usaha untuk mengubah suai tingkah laku kanak-kanak.
Artificial group intervention kerap dilakukan dalam program pemulihan. Intervensi ini
5 juga merupakan program pemulihan delinkuensi. Matlamat artificial group intervention
ialah mengekalkan dan mengubah seseorang individu dalam masyarakat.

Menurut Graham, Harris, dan Reid (1993), intervensi berpusatkan murid lebih
sesuai bagi murid yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri. Apabila murid
yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti, barulah intervensi berpusatkan
10 murid dilaksanakan. Istilah berpusatkan murid membawa imej tentang murid yang
berdikari, bergantung pada diri sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses
pemulihan dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan murid, murid memainkan
peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru
kelas. Murid akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang
15 realistik, menangani kekecewaan, dan cara mengatasi masalah. Intervensi berpusatkan
murid melatih murid supaya dapat berdiri di atas kaki sendiri. Antara intervensi
berpusatkan murid ialah kontrak. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak
atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan
terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan
20 tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.
Selain itu, token ekonomi juga merupakan intervensi berpusatkan murid. Token
ekonomi pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau
sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh
ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah
25 menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani
oleh murid.

Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan(extinction)


iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku
negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang
30 positif. Cara time-out pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada
kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti
kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan murid melakukan tingkah laku itu
hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri. Hukuman/dendaan dengan contoh
tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil balik token/hak. Selain itu,
5 disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa
gugup atau takut yang berlebihan(takut bercakap di depan kelas, fobia). Overcorrection
pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang
dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan
tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lanati yang ditumpahi
10 makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah
response cost iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran secara sistematik
terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Selama lebih dua dekad, social story telah digunakan sebagai strategi intervensi untuk
15 membantu kanak-kanak autisme memahami dunia sosial dengan lebih baik (Vandermee
et.al, 2015). Intervensi ini dibangunkan oleh Carol Gray. Cerita-cerita yang digunakan ini
adalah berkaitan kisah peribadi individu dari perspektif orang lain. Penceritaan dalam
social story juga mempunyai kiu yang berkaitan dengan konteks keadaan sosial yang
baru dan mencabar. Intervensi social story biasanya digunakan untuk membacakan rutin
20 sukar, mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dan meningkatkan tingkah laku
sosial. Intervensi social story dijadikan sebagai cerita. Justeru itu, cerita tersebut boleh
dibaca secara bebas oleh kanak-kanak, dibacakan orang dewasa, atau dibaca kepada
kanak-kanak melalui teknologi seperti komputer. Intervensi social story boleh dijalankan
berkali-kali sama ada di rumah atau di sekolah.

25

You might also like