Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Lampiran DPP B2(b)-1

Institut Kemahiran MARA


Sungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR


SESSION : JUL - DIS 2013 SEMESTER : 3A & 3B
KCS 3052- BASIC PROJECT
CODE/COURSE : SHEET NO : IS 8
MANAGEMENT
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK : 10

TOPIC : 6.0 INTRODUCTION TO PROJECT PLANNING

6.1 Introduction to Gantt Chart.


6.2 Gantt Chart
SUB-TOPIC :
6.2.1 Principle of gantt chart
6.2.2 Advantages and disadvantages of gantt chart

After completing the unit, students should be able to :


LEARNING a) Describe the introduction to project planning.
OUTCOME : b) Explain the priciple of gantt chart.
c) Describe the advantages & disadvantages of gantt chart.

6.1 PENGENALAN KEPADA CARTA GANTT (INTRODUCTION TO GANTT CHART)

Carta Gantt atau carta bar telah diperkenalkan oleh Henry L. Gantt pada sekitar
tahun 1900 dan dipercayai merupakan teknik yang terawal sama ada untuk
merancang atau mengawal sesuatu projek binaan. Carta ini amat popular dan lazim
digunakan kerana mudah disediakan serta mudah pula difahami.

Secara am, carta Gantt tipikal terdiri daripada senarai aktiviti di sebelah kiri, tempoh
masa pembinaan (tarikh mula dan siap/siap) di sebelah atas yang dikira dari arah
kiri ke kanan dan nama projek serta petunjuk di sebelah bawah.

Secara logiknya, melalui bar yang mewakili setiap aktiviti, seorang individu dapat
memahami dan mengetahui bila aktiviti tersebut perlu dimulakan, masa yang telah
diperuntukkan untuk menyiapkan aktiviti tersebut dan bila projek itu harus
disiapkan.

Page 1 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

Kebanyakan pengurus projek menggunakan kaedah carta Gantt sahaja sebagai


alat penjadualan kerana melalui bar yang diwakilkan, mereka dapat mengubah
maklumat sedia ada seperti tarikh mula, tempoh dan tarikh siap setiap aktiviti
seterusnya akan mempengaruhi masa siap keseluruhan projek.

Berbanding dengan rajah rangkaian logik atau laluan kritikal, pengubahsuaian


maklumat sedia ada akan menjadi lebih rumit sekiranya hubungan logikal antara
satu aktiviti dengan aktiviti yang lain terlalu banyak dan mengambil masa untuk
mengubahnya.

Sebahagian pengurus projek hanya menggunakan kaedah carta Gantt sebagai


format untuk menjadi rujukan kepada kaedah lain yang lebih sofistikated dan
mudah digunakan untuk mengemaskini maklumat projek yang dijalankan.

6.2 CARTA GANTT (GANTT CHART)

6.2.1 Prinsip-Prinsip Carta Gantt (Principles Of Gantt Chart)

Penyediaan carta Gantt perlulah mengikut prosedur yang teratur dan


lengkap. Penyediaan carta ini boleh dilakukan sama ada dengan
menggunakan Microsoft Project, Microsoft Visio atau Microsoft Excel
dan ianya meliputi langkah-langkah seperti berikut :

a) Mengenalpasti Aktiviti.
b) Penentuan masa setiap aktiviti.
c) Penentuan Turutan Aktiviti
d) Penyediaan Carta Bar/Gantt
e) Maklumat Tambahan

6.2.1.1 Mengenal Pasti Aktiviti

Langkah pertama dalam menyediakan carta Gantt adalah dengan mengenal


pasti aktiviti-aktiviti yang terlibat bagi menyiapkan sesuatu projek. Setiap
aktiviti perlu disenaraikan sama ada aktiviti penting atau sebaliknya tanpa
tertinggal. Perincian terhadap aktiviti-aktiviti bergantung kepada keperluan
carta.

Bagi carta program utama pecahan aktiviti dan perincian adalah lebih besar.
Sebagai contoh program utama untuk pembinaan bangunan perlu
menyenaraikan aktiviti seperti cerucuk, asas, tiang, rasuk, lantai, bumbung
dan lainnya.

Manakala program jangka masa pendek memerlukan pecahan yang lebih


terperinci seperti program penyediaan asas boleh dipecahkan kepada
aktiviti pengorekan, acuan, tetulang, konkrit dan lainnya.

Page 2 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

6.2.1.2 Penentuan Masa Setiap Aktiviti

Apabila aktiviti-aktiviti telah dikenal pasti maka langkah seterusnya adalah


yang lebih rumit iaitu menyediakan dan membuat pengiraan tentang masa
bagi setiap aktiviti. Ketentuan masa banyak bergantung kepada sumber-
sumber yang ada dan yang akan digunakan dalam projek tersebut.

Kemahiran dalam pengiraan yang tepat, pengalaman dalam penyediaan


carta dan kefahaman tentang penggunaan sumber dan turutan kerja banyak
membantu dalam kerja ini. Kegagalan dan kurang kemahiran akan
menyebabkan masa yang diperuntukan pada setiap aktiviti menjadi kurang
tepat dan akan mempengaruhi keberkesanan penggunaan dan fungsi carta.

6.2.1.3 Penentuan Turutan Aktiviti

Apabila aktiviti-aktiviti dan jangka masa telah ditentukan, maka langkah


yang seterusnya adalah menentukan turutan kerja bagi menyiapkan projek.
Setiap turutan perlulah mengambil kira hubungan dan kebergantungan
aktiviti dengan aktiviti yang lain.

Ini meliputi tiga aspek yang penting yang perlu dikenalpasti iaitu :
a) Apakah aktiviti sesudahnya?
b) Apakah aktiviti sebelumnya?
c) Apakah aktiviti yang boleh dijalankan secara serentak?

Penentuan turutan aktiviti ini juga memerlukan kemahiran dan pengalaman


yang luas terutamanya kerja-kerja di tapak bina. Dalam penentuan turutan
aktiviti ini hubungan dan pergantungan antara aktiviti juga perlu diberi
perhatian iaitu :

a) Hubungan Fizikal

Hubungan yang dapat menggambarkan bagaimana aktiviti yang


berhubungkait akan dijalankan. Adakah aktiviti ini hanya boleh
dijalankan apabila aktiviti yang satu lagi sudah siap atau sebaliknya.

Sebagai contoh, dalam penyediaan asas; aktiviti acuan dan tetulang


tidak dapat dijalankan sehingga kerja penggalian selesai. Ini
menunjukkan dengan jelas hubungan fizikal antara aktiviti.

b) Hubungan Keselamatan

Hubungan yang perlu diberi perhatian terutama pekerja yang sedang


menjalankan pekerjaan. Keselamatan perlu diutamakan kerana ia
melibatkan nyawa dan kecederaan setiap individu yang bekerja di
tapakbinaan, khususnya bangunan tinggi dan bertingkat-tingkat.

Page 3 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

Sebagai contoh, membina bangunan tinggi, apabila satu kumpulan


pekerja sedang menjalankan aktiviti di bahagian atas bangunan,
pekerja di bawah akan terdedah kepada bahaya jatuhan bahan
binaan, peralatan mahupun debu. Oleh itu penentuan turutan kerja
mengambil kira faktor ini.

c) Hubungan Sumber

Hubungan sumber dalam industri binaan meliputi pekerja, bahan


binaan dan peralatan. Keupayaan dan penggunaan sumber pada
satu-satu masa adalah terhad. Untuk mendapat semua sumber pada
setiap masa adalah sesuatu yang mustahil. Oleh itu penentuan
turutan aktiviti perlu memberi perhatian yang serius pada bahagian
ini.

Sebagai contoh, penggunaan simen; keperluan bahan binaan


terutama simen adalah besar pada setiap binaan. Kerapkali berlaku
kekurangan bekalan dan keadaan ini akan menyebabkan hanya
sebahagian aktiviti sahaja dapat dilakukan. Begitu juga keupayaan
dan penggunaan pekerja dan peralatan dalam setiap masa.

d) Hubungan Keseluruhan Aktiviti

Hubungan ini dapat memberi gambaran bagaimana kontraktor akan


menjalankan keseluruhan aktiviti. Terdapat pelbagai kaedah yang
boleh dipilih bagi menentukannya.

Sebagai contoh, dalam binaan sebuah rumah;bagi binaan asas,


aktiviti acuan dan tetulang hanya boleh dilaksanakan apabila
penggalian selesai.

Oleh itu aktiviti penggalian perlu ditentukan sama ada dibuat


keseluruhan ataupun secara berperingkat. Kaedah yang akan dipilih
akan menentukan turutan kerja dan akan mempengaruhi
keberkesanan carta yang disediakan.

Page 4 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

6.2.1.4 Penyediaan Carta Bar/Gantt

Binaan carta Gantt terbahagi kepada dua paksi utama iaitu paksi Y (garisan
menegak) dan paksi X (garisan mendatar). Paksi Y yang dimulai pada
sebelah kiri carta menyenaraikan aktiviti-aktiviti. Paksi X menunjukkan skala
bagi jangkamasa penyiapan projek.

Bar yang dilukis mendatar mewakili aktiviti dan jangkamasa setiap aktiviti
iaitu masa mula sehingga masa siap. Terdapat dua bahagian bar iaitu bar
bahagian atas dan bar bahagian bawah.

Bar bahagian atas adalah merupakan bar yang dirancang mengikut aktiviti
dan tempoh yang ditetapkan. Manakala bar bahagian bawah biasanya
dibiarkan kosong bagi membolehkan kemajuan kerja sebenar dilakarkan
(biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus).

Dalam penyediaan carta ini perlu mengambilkira beberapa faktor tentang


keperluannya. Antara faktor yang penting adalah seperti berikut:
a) Bentuk Carta Gantt
b) Ketentuan Penggunaan Masa.
c) Penggunaan Masa Harian atau Kalender

a) Bentuk Carta Gantt

Bentuk carta Gantt yang akan disediakan banyak bergantung


kepada keperluan dan penggunaannya. Bagi program utama ianya
yang penting adalah gambaran keseluruhan projek, jangkamasa
mula dan siap.

Bagi kegunaan tapakbinaan perlu menunjukkan lebih terperinci


merangkumi penggunaan setiap sumber dan peratus projek siap.
Bagi Juru Ukur Bahan perlu memasukkan kos yang terlibat bagi
tujuan pengawalan kewangan.

b) Ketentuan Penggunaan Masa.

Carta Gantt akan menunjukkan penggunaan masa bagi setiap


aktiviti. Masa merupakan aspek yang penting dan pemilihan
penggunaannya bergantung kepada keperluannya.

Pengguna akan menentukan masa yang paling sesuai. Biasanya


bagi program jangkamasa pendek yang digunakan pada tapakbina
menggunakan masa dalam bentuk hari. Program jangkamasa
panjang memerlukan masa dalam bentuk minggu, bulan atau pun
tahun.

Kesilapan dalam menentukan penggunaan masa akan


menyebabkan penggunaannya menjadi tidak efektif.

Page 5 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

c) Penggunaan Masa Harian atau Kalender

Penentuan penggunaan masa dalam carta Gantt adalah amat


penting. Selain daripada pemilihan penggunaan masa dalam bentuk
hari, minggu, bulan atau pun tahun, penyediaan masa sama ada
mengikut harian atau pun kalender kerja juga perlu.

Masa harian adalah masa keseluruhan tanpa melibatkan masa cuti


dan hari minggu. Manakala masa kalender adalah masa yang
mengasingkan hari cuti, hari minggu dan hari kerja dalam program.

Bagi program utama biasanya penggunaan masa mengikut harian


diberi keutamaan kerana program ini tidak melibatkan kerja sebenar.
Bagi program jangkamasa pendek ataupun untuk tapak binaan
kalender kerja adalah lebih utama. Ini bagi membolehkan
penyediaan masa kerja sebenar dengan memberi perhatian pada
hari cuti dan hari minggu.

Page 6 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

6.2.1.5 Maklumat Tambahan

Penyediaan carta Gantt boleh disediakan dengan menambah maklumat


tambahan bagi mempertingkatkan penggunaan, keberkesanan dan
kesesuaiannya. Maklumat yang biasa ditambah adalah seperti berikut

a) Nilai Aktiviti

Nilai aktiviti merupakan nilai bagi setiap aktiviti yang perlu


dijalankan bagi menyiapkan projek. Nilai ini boleh didapati daripada
dokumen kontrak yang disediakan oleh kontraktor semasa
memasuki tender.

Nilai ini biasanya diletakkan selepas senarai setiap perincian aktiviti


dalam carta Gantt. Nilai aktiviti akan menjadi asas dalam penyediaan
aliran tunai dan pengawalan kewangan projek. Ini akan membantu
kontraktor dan klien dalam menentukan perbelanjaan dan
kedudukan kewangan projek bagi setiap masa.

b) Kos Aktiviti

Kos aktiviti merupakan kos yang terpaksa dibelanjakan bagi setiap


aktiviti sehingga projek selesai. Ianya adalah sama seperti nilai
aktiviti bagi tujuan aliran tunai dan pengawalan kewangan projek.

Kos aktiviti ini penting bagi kontraktor menentukan perbelanjaan


sepanjang perjalanan projek. Dalam aliran tunai dapat ditunjukkan
bagaimana kedudukan kos yang melebihi nilai dan kontraktor perlu
mendapatkan sumber-sumber kewangan dalam penyiapan projek.

c) Sumber Aktiviti

Bagi menyiapkan projek pembinaan, kontraktor memerlukan


pelbagai sumber seperti bahan binaan, pekerja, jentera/loji dan sub-
kontraktor. Penggunaan sumber-sumber ini perlukan perancangan
yang teratur dan teliti selaras dengan penyediaan carta Gantt bagi
program kerja.

Dalam carta Gantt boleh dimasukkan masa dan jumlah sumber-


sumber yang diperlukan bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan.
Penggunaan sumber-sumber ini boleh dimasukkan ke dalam carta
Gantt secara berasingan ataupun kelompok bagi menentukan
keberkesanannya terutama kepada kontraktor dan pekerja tapak
binaan.

Page 7 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

6.2.2 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN CARTA GANTT (ADVANTAGES AND


DISADVANTAGES OF GANTT CHART)

Penggunaan carta Gantt sebagai satu kaedah dalam perancangan,


perlaksanaan dan pengawalan projek pembinaan terdapat pro dan
kontranya,

a) Kelebihan

i. Sesuai untuk projek kecil dan sederhana.


ii. Mudah disediakan dan mudah untuk difahami terutama oleh
pekerja di tapakbina.
iii. Dapat menunjukkan keseluruhan projek dari mula hingga
akhir dalam satu program sama ada program utama atau pun
jangkamasa pendek.
iv. Perlaksanaan dan kemajuan projek boleh ditunjukkan pada
bahagian bawah bar perancangan dan sebarang kelewatan
boleh diambil tindakan segera.
v. Menjadi asas dalam penyediaan aliran tunai dan pengawalan
kewangan.

b) Kelemahan

i. Tidak sesuai untuk projek besar dan rumit.


ii. Pergantungan dan hubungkait antara satu aktiviti dengan
aktiviti yang lain tidak dapat ditunjukkan dengan jelas.
iii. Kesan kelewatan pada satu-satu aktiviti tidak dapat
menunjukkan kesannya kepada aktiviti yang lain terutama
yang melibatkan aktiviti kritikal.
iv. Perubahan akan dilakukan pada satu-satu aktiviti tidak dapat
menunjukkan kesannya pada aktiviti yang lain.

Page 8 of 9
Lampiran DPP B2(b)-1

EXERCISE :

1. Namakan pengasas carta bar/Gantt untuk projek binaan?

2. Nyatakan maklumat-maklumat yang boleh diisi dalam ruang sebelah kiri, atas dan
bawah?

3. Nyatakan kaedah yang boleh dilakukan untuk penyediaan carta Gantt?

4. Senaraikan lima (5) langkah perancangan yang perlu diambil kira semasa
penyediaan carta?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan mengenal pasti aktiviti?

6. Kenapakah penentuan masa setiap aktiviti amat penting dalam penyediaan carta?

7. Nyatakan empat (4) hubungan yang terlibat secara langsung dalam penentuan
turutan aktiviti?

8. Jelaskan maksud yang diwakili oleh bar bahagian atas dan bar bahagian bawah
dalam binaan carta Gantt?

9. Berikan dua (2) kelebihan dan kelemahan carta Gantt?

REFERENCE :

1. Teachers handout
2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul
Aziz Abu Bakar (DBP)
3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)
4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS)
5. Nota JKR (IKRAM)

Page 9 of 9

You might also like