Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

MASYARAKAT LUN BAWANG

Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). Lun
bermaksud orang manakala Bawang membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun
Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di
Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4%
daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah
sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996).
Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang
berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan
masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka
untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan
pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan
musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana
mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air.

Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah
berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil
kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala
musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada
masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir
keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian.

1
2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK LUN BAWANG

2.1 Bangsa

Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik
ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim
dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah,
Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver).
Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan;
Kalimantan, Indonesia; dan Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman
Borneo.

2.2 Struktur Masyarakat

a) Sejarah Kedatangan

Kajian Crain J.B (1978) mendapati bahawa Lun Dayeh atau Lun Bawang ditemui di
Kepulauan Borneo: 25,000 di Kalimanatan, 2,000 di Sabah, 300 atau lebih di Brunei;
dan 10,000 di Sarawak (Department of Statistics, Malaysian Population Report,1980).

Di Kalimantan Timur, suku kaum ini ditemui di sekitar Bahau dan Mentarang, Kemaloh,
Paya dan Sungai Sesayap; di Sabah tertumpu di kawasan Ulu Padas dan Mengalong; di
Brunei iaitu di kawasan Temburong dan Pandaruan (Balang and Harrisson,1949;
Harrisson 1959; Le Bar 1972). Manakala di Sarawak terdapat di Lawas dan Limbang
dalam Bahagian Kelima.

Seorang sejarawan barat bernama T.R. William (dlm. Mat Zin Mat Kib, 2003:25)
berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun yang lalu telah berlaku penghijrahan
penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia Tenggara dan kawasan
pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang berpindah dari benua
Asia ini sejak 1,500 hingga 1,000 SM terdiri daripada kumpulan etnik yang pada hari ini
disebut Dusun dan Murut.

2
b) Ekonomi

Masyarakat Lun Bawang terkenal dengan kegiatan penanaman padi. Di samping itu,
mereka berburu dan menangkap ikan sebagai sumber makanan dan ekonomi atas
faktor-faktor petempatan mereka yang terletak di dalam hutan.Petikan daripada Kosmo
Online yang bertajuk Tradisi masyarakat Lun Bawang oleh Ahmad Syukran Zainuddin,
Tidak jauh dari situ, terbentang sawah padi yang menjadi sumber pendapatan utama
majoriti penduduk di sana. Anak-anak padi itu masih kecil, mungkin baru sahaja ditanam
selepas tamatnya musim menuai.

Menurut Yuden Meru, Ketua Kampung Bakelalan, salah sebuah kampung yang dihuni
lebih 60 buah keluarga yang terdiri daripada masyarakat Lun Bawang di Sarawak,
"Biasanya, padi akan akan dituai setahun sekali, sekitar bulan Januari. Jumlah beras
yang diperoleh bergantung pada keluasan sawah. Sekali tuai, sawah yang mempunyai
4,000 batang padi sehingga 4,000 gantang.

"Bagusnya beras ini, ia ditanam secara organik. Langsung tidak gunakan racun
serangga. Rasanya pun sedap.

"Padi ini banyak dijual di bandar Lawas dan Miri. Harganya juga berbeza. Kalau di
kampung, segantang beras dijual RM15 segantang. Sedangkan di Lawas harganya
boleh mencecah antara RM18 hingga RM20 di Miri," jelas seorang warga emas yang
bekerja sebagai petani, Padan Mutang, 62, sambil tersenyum, menampakkan giginya
yang sudah rongak.

Selain daripada padi, petempatan masyarakat Lun Bawang juga menjadi salah satu
pusat pelancongan seperti di Kampung Bakelalan itu tadi. Kosmo Online juga ada
menulis, Ba'kelalan cukup popular di kalangan pelancong luar kerana kewujudan
sebuah ladang menanam epal, serta festival atau musim menuai epal pada bulan Jun
dan Disember setiap tahun.

Malah, tarikh sambutan musim menuai epal itu telah disenaraikan oleh pihak Tourism
Malaysia di dalam laman web mereka.

Bertitik tolak daripada itu, sumber ekonomi masyarakat Lun Bawang telah bertambah
dengan mengerjakan homestay, kraftangan kepada pelancong dan festival-festival yang
dianjurkan.

3
Walaubagaimanapun, bagi kawasan petempatan Lun Bawang yang masih belum
membangun, mereka masih mengerjakan padi sebagai sumber ekonomi utama.

c) Cara Hidup

Cara hidup suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat
juga dalam cara mereka semasa menanam padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati
ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang
atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta
disimpan didalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu' serta rasanya akan menjadi
masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan
salai (narar) Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih
dikenali sebagai lubang main. Di kawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu
menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak
pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

2.3 Kepercayaan

a) Agama / Kepercayaan

Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh
mubaligh kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti
mereka dari aliran Gereja Sidang Injil Borneo(SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah
Presiden pertama SIB. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh
dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri
muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 juga adalah dari suku
Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Sebelum mereka menganut agama Kristian, kegiatan pertanian mereka dipengaruhi


oleh kuasa ghaib yang diwakili burung mengei dan ular yang merupakan pantang larang
yang harus dipatuhi. Mereka harus memanggil burung mengei untuk mendapatkan
persetujuan sebelum memulakan sesuatu kerja tersebut. Namun setelah mendapat
persetujuan burung mengei tetapi kemudian seekor ular melintasi kawasan tersebut
maka kerja tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan.

Namun setelah kemerdekaan Malaysia, masyarakat Lun Bawang tidak lagi


mengamalkan kepercayaan animisme tersebut, kegiatan ekonomi mereka telah
dipelbagaikan.

4
b) Pantang Larang

Masyarakat Lun Bawang sebelum menganut agama Kristian mengamalkan


kepercayaan animisme iaitu percaya kepada alam sekitar. Pantang larang cukup
menjadi persoalan yang amat berat dalam tradisi Lun Bawang. Pantang larang yang
dilanggar akan mengakibatkan satu malapetaka atau bencana terjadi. Mengingkari
pantang larang adalah sama seperti mencerobohi kawasan alam ghaib. Pantang larang
mereka banyak menyentuh tentang makanan, perkahwinan, kematian dan kegiatan-
kegiatan harian seperti ke hutan untuk berburu atau bercucuk tanam. Antara pantang
larang masyarakat Lun Bawang ialah seperti yang berikut:

i. Sesiapa yang hendak pergi ke sungai sama ada untuk mandi, menangkap ikan adalah
dilarang menyebut apa-apa tentang makanan. Contohnya untuk menyatakan kita kan
makan selepas mandi adalah berbahaya. Hal ini kerana makhluk halus yang
mendengar akan bertukar menjadi makhluk jahat (luk mo) dan akan memakan pesalah
ketika dia mandi.

ii. Jangan membuang sampah makanan atau sisa-sisa makanan sesuka hati kerana
tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan membazir. Ini akan mengakibatkan
kemarahan roh padi yang berkemungkinan akan meninggalkan keluarga itu dan
secara tidak langsung hasil tanaman mereka terjejas.

iii. Pantang larang menunjuk pelangi dengan tangan. Ini akan mengakibatkan semua jari
pesalah akan putus atau menjadi pendek.

Semasa sesuatu rundingan untuk pertunangan sedang berjalan, jika mereka terdengar
pohon kayu tumbang atau dahannya jatuh dengan sendirinya maka rundingan tersebut
haruslah di hentikan kerana ia tidak dipersetujui. Di samping itu, perbuatan
mentertawakan orang-orang tua atau menghina mereka boleh mendatangkan
kecelakaan (tulah) ke atas orang tersebut. Kebiasaannya orang tua yang dipermainkan
atau dihina tersebut boleh menggunakan kuasa ghaib untuk membantunya menghukum
pesalah-pesalah tersebut. Dia mungkin akan membuat orang-orang itu mentertawakan
binatang seperti kucing dan katak dan sekiranya ia berlaku mereka yang terlibat akan
ditimpa malapetaka di mana hujan batu akan turun dan menukarkan mereka menjadi
batu.

5
2.4 Bahasa

Seperti cara hidup, bahasa masyarakat Lun Bawang juga tidak banyak beza dengan
Kelabit. Contoh bahasa Lun Bawang:

makan kuman tidur rudap


minum ngirup lari upun
duduk tudo jalan nalan
berdiri tuped

2.5 Adat Resam

Adat Kematian

Kematian seseorang itu dianggap sebagai perpindahan dari alam dunia kepada dunia
yang baru. Kepercayaan ini menyebabkan masyarakat Lun Bawang membekalkan si
mati dengan hartanya seperti pakaian, manik, tempayan dan sebagainya. Mereka juga
menganggap ruang antara dunia dan alam baru itu gelap. Justeru, Betik atau reka
bentuk hitam yang menghiasi lengan dan tangan perempuan yang akan memancar
dalam perjalanannya ke akhirat dan menerangi jalannya semasa menuju ke alam dunia
baru. Apabila seseorang itu mati, kumpulan tido (dirge experts) akan terlibat di dalam
upacara kematian. Kumpulan ini akan memperkatakan segala budi baik si mati melalui
tangisan dan kesedihan. Mereka juga berhubung dengan kuasa ghaib agar mereka
menemani roh si mati kelak. Semasa berkabung seseorang itu ditegah daripada
menghiburkan dirinya dengan memainkan alat-alat muzik tertentu.

Adat Perkahwinan

Sebelum menganut agama Kristian, pengaruh ibu bapa di dalam menentukan


perkahwinan anak-anak adalah amat penting. Ibu bapalah yang memainkan peranan
penting dalam hal perkahwinan anak mereka. Apabila meningkat remaja, delei
baruh (remaja lelaki) dan decur baruh (remaja perempuan) hendaklah menunjukkan
kerajinan masing-masing sebagai anak lelaki dan perempuan. Contohnya anak lelaki
perlulah menjalankan tugas mengambil kayu api, berburu, membuat pondok dan
sebagainya. Manakala anak perempuan perlulah pandai memasak, mengambil daun

6
untuk memasak nasi, membawa air untuk memasak, menganyam, mencari irin (pucuk
tumbuhan yang dibuat lauk).

Walaupundelei baruh bebas memilih bakal isterinya, tapi ia perlu mengambil kata putus
daripada ibu bapanya dalam perkara itu. Kebiasaannya pada masa dahulu kedua-dua
pihak ibu bapa mengadakan rancangan awal untuk iaitu ketika anak-anak masih di
bawah lingkungan umur di bawah sepuluh tahun untuk dijodohkan ketika mereka
dewasa kelak. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa pengaruh ibu bapa sangatlah
penting di dalam hal perkahwinan.

Setelah menganut agama Kristian, kaum Lun Bawang telah membuat banyak
perubahan dalam adat perkahwinan masyarakatnya. Kesemua upacara animisme yang
diwarisi sejak turun-temurun telah diganti dengan upacara Kristian. Minuman seperti
kopi atau susu menggantikan burak . Di bandar, minuman seperti minuman tin atau
paket dihidangkan kepada para jemputan. Pertandingan meminum arak digantikan
dengan pertandingan minuman yang tidak memabukkan. Adat penutup perkahwinan
pula dijalankan oleh ketua agama di tempat masing-masing mengikut ajaran Kristian.
Semua upacara di dahului dengan doa dan pernikahan berlangsung di gereja.

2.6 Jantina
Di dalam adat perkahwinan, rundingan mengenai mas kahwin atau purut (barangan
seperti tawak, baw, rubih dan kerbau dijadikan mas kahwin) adalah amat penting.
Perkara-perkara seperti mudeng (suami tinggal bersama keluarga si isteri) juga turut
diperkatakan. Apabila purut telah selesai dipersetujui maka upacara perkahwinan akan
berlangsung tidak kurang daripada dua minggu. Purut amat penting supaya masalah
cerai tidak berlaku. Jika si suami meninggalkan si isteri, si isteri tidak akan membayar
ganti rugi kepada suami sebaliknya si suami perlu membayar ganti rugi pihak
perempuan yang telah membiayai kos kenduri atau irau aweh . Tetapi jika si isteri
menceraikan si suami maka dia perlu menyerahkan sebahagian daripada purut yang
diberikan oleh si suami.

Jika si suami mengambil keputusan untuk mudeng maka dia tidak akan
diminta purut kerana dia akan tinggal bersama keluarga pihak perempuan. Tetapi si
suami tidak akan terlepas daripada membayar kos kenduri tersebut.

7
2.7 Kebudayaan dan Kesenian

a) Tarian

Tarian tradisional kaum Lun Bawang yang dikenali sebagai Warrior Dance ialah Busak
Akui dan Alai Ngerang. Terciptanya lagu patriotik, Ba Kelalan My Home Sweet Home
membuktikan masyarakat di sini amat berbangga dengan kampung halaman tinggalan
nenek moyang mereka.

Antara alat muzik tradisional mereka ialah gong, uni, tapi, telingut, pek bu, ruding,
dan bass dansuling. Gong merupakan alat muzik yang paling berharga dan ia dimainkan
semasa pesta keramaian, perayaan dan perkahwinan.

Gong terdiri daripada tiga jenis iaitu tawak,agung, dan kelinang. Tawak dimainkan
semasa dalam kecemasan. Contohnya apabila seseorang itu meninggal,tawak akan
dipalu mengikut rentak ngokor ( paluan yang tidak terputus-putus). Uni pula dibuat
daripada buluh dan ditiup pada waktu sunyi iaitu pada waktu malam atau ada awal pagi
semasa kaum wanita bangun untuk memasak. Ia ditiup menggunakan mulut. Suling dan
bas merupakan pancaragam buluh yang paling popular di kalangan masyarakat Lun
Bawang, Kelabit dan Saban.
b) Pakaian

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki
diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula
dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang
diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita
pula, mereka mengenakan patadikepala, beret di pinggang,bane dileher dan gileng atau
pakel di tangan serta lengan.

c) Permainan

Berdasarkan petikan daripada Utusan Online bertarikh 5 Mei 2008, Pameran Kraftangan
Eksotika, "Selain itu, pihak muzium turut menyediakan permainan tradisional
masyarakat Lun Bawang, Dusun Poring dan Murut Nabai," katanya.

8
Beliau berkata, antara permainan-permainan itu ialah seperti memancing, melastik,
gasing, menyumpit, menumbuk padi, mengupas biji padi, sepak manggis dan gasing.

Kini, masyarakat Lun Bawang telah mengikut peredaran zaman. Semasa Pesta Irau
Aco, aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar dan sebagainya turut
disertai oleh belia-belia kaum Lun Bawang.

d) Makanan

Makanan tradisional masyarakat Lun Bawang telah pun disebutkan dalam sub tajuk
sebelum ini iaitu, Nuba Laya iaitu nasi yang dibungkus dengan daun pisang atau itip.
Manakala Telu ialah daging atau ikan yang diperam dengan garam dan disimpan di
dalam buluh selama lebih sebulan. Rasanya agak masam dan masin tetapi sangat
digemari oleh masyarakat di sini. Selain itu, narar (daging salai), biter ( bubur sayur),
serta kuih-muih yang berasaskan beras seperti ruti benak, kerupuk bera, tinape,
pelupis dan nune merupakan antara makanan tradisi yang sering menjadi sajian di
kalangan masyarakat Lun Bawang.

Kini, masyarakat Lun Bawang telah mempelbagaikan masakan dan makanan mereka.
Petikan daripada Kosmo Online, Biarpun lauk yang dihidangkan sepanjang berada di
Kampung Buduk Nur cukup ringkas iaitu ikan, ayam dan sayur goreng, saya rasa ia
begitu menyelerakan. Apatah lagi apabila dicecah dengan sambal home made yang
pedas dan berperisa.

"Kami memasak makanan menggunakan garam khas. Sangat berbaloi dengan pakej
yang dibayar kerana tetamu juga boleh melihat sendiri gaya hidup masyarakat Lun
Bawang," jelas pengusaha Apple Lodge, Sandra Munga Tagal.

9
3.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Etnik di dalam Sebuah Bilik Darjah

3.1 Guru

Kepelbagaian etnik di dalam sesebuah bilik darjah tidak dapat dielakkan. Kebanyakan
bilik darjah pasti mempunyai lebih dari satu etnik. Namun begitu, sebagai guru, sudah
menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing murid tanpa mengira etnik, jantina
dan sikap. Malah, dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid akan berbeza dari aspek
taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam
dan bahasa.

Bagi masyarakat Lun Bawang, sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku
kaum Lun Bawang. Namun begitu, masyarakat ini tetap berjaya mendapat pendidikan
yang setaraf dengan etnik lain. Pemahaman tentang sosiobudaya murid dapat
membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan latar belakang murid. Sebagai guru, penerimaan dan layanan yang adil terhadap
pelajar amat penting bagi memastikan kelas dalam keadaan yang kondusif dan
terkawal. Sikap prejudis terhadap latar belakang murid perlu dikikis oleh guru.
Sebaiknya, guru perlu memahami tingkah laku murid dan mendengar luahan hati
mereka.

Dalam aspek pembelajaran, tidak semua murid mampu menerima satu kaedah yang
sama. Pendidikan yang saksama bukan bermakna system penyampaian juga sama
untuk semua murid. Kesaksamaan pendidikan bergantung kepada kefahaman guru
terhadap sosiobudaya murid sekaligus mampu menyediakan strategi pembelajaran yang
berkesan terhadap semua murid. Pembelajaran koperatif amat sesuai dijalankan dalam
bilik darjah kerana murid dapat bekerjasama dan memupuk nilai murni antara mereka
tanpa membeza-bezakan sesama mereka.

Guru perlu mampu mengawal komunikasi dan hubungan yang terjalin dalam bilik darjah.
Bagi mengenalpasti dan mengurus hubungan tersebut, guru boleh menggunakan
kaedah sosiometri iaitu mencari pelajar bintang, pasangan saling, klik, rantaian,
singkiran dan pengasing. Setelah mengenalpasti kategori-kategori ini, guru perlu
mencari jalan bagi membantu murid singkiran dan pengasing.

10
Aspirasi guru merupakan jangkaan dan harapan seorang guru terhadap prestasi murid.
Dalam mendidik murid pelbagai etnik, guru mesti mengkaji kemampuan muridnya
dahulu sebelum meletakkan jangkaan dan harapan kepada murid.

Bertitik tolak daripada itu, pemilihan bahan sumber yang sesuai dengan murid adalah
perlu. Bagi masyarakat Lun Bawang yang mempunyai bahasa yang agak berlainan,
pemilihan sumber amat penting agar murid dapat memahami isi-isi di dalam bahan
sember dengan lebih jelas.

3.2 Murid

Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak, juga pandangan, perasaan dan
pembawaan. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab murid untuk belajar agar berjaya di
masa hadapan. Usaha guru semata-mata tidak mampu mengubah diri pelajar menjadi
lebih positif jika pelajar itu sendiri tidak mahu berubah. Masyarakat Lun Bawang berjaya
atas usaha yang berterusan. Ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli
profesional. Setakat ini ada lebih dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang.

Ini membuktikan bahawa perbezaan dari segi komunikasi, sikap, pendekatan dan gaya
penyelesaian masalah, pendedahan pandangan dan pendekatan untuk mengetahui
sesuatu bukan halangan bagi murid-murid masyarakat Lun Bawang.
Walaubagaimanapun, masyarakat Lun Bawang perlu menyesuaikan kemahiran dan
penguasaan bahasa dengan kelas sosial bilik darjah dan guru. Ini berikutan guru-guru
yang mengajar bukanlah dari etnik yang sama. Malah, telo atau dialek yang dituturkan
guru juga berlainan.

Kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah menyumbang kepada pengetahuan dan


pembelajaran adat resam dan budaya yang pelbagai. Malah, kelas sosial dan
petempatan murid yang berlainan juga perlu diambil kira agar tidak berlaku perkara-
perkara yang tidak diingini. Murid bandar dan pinggir Bandar berbeza dari segi
sosioekonomi dan kepelbagaian budaya etnik. Begitu juga murid luar Bandar dan
pedalaman.

11
Bukan itu sahaja, amalan sosiobudaya etnik juga dapat mempengaruhi pelajar dalam
gaya berfikir dan gaya pembelajaran. Jantina pula berjaya membezakan layanan antara
lelaki dan perempuan.

3.3 Sekolah

Kepelbagaian jenis sekolah menjadikan setiap sekolah mempunyai fokus yang berbeza
dan mengamalkan budaya yang berbeza. Rata-rata warga sekolah jenis kebangsaan
mempunyai etnik majority. Namun begitu, bagi masyarakat Lun Bawang, majoriti banyak
terdapat di kawasan petempatan sesebuah etnik sahaja. Disebabkan masyarakat Lun
Bawang tinggal di pedalaman, sekolah juga terletak di pedalaman.

Namun begitu, aspek penting di sekolah adalah kurikulum. Kurikulum tersirat merujuk
kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses P&P dan organisasi
sekolah. Kurikulum tersirat merangkumi segala bentuk pembelajaran yang berlaku hasil
pelaksanaan kurikulum dan cara guru menguruskan P&P. Tiga unsur kurikulum tersirat
adalah kelompok, pujian dan kuasa. Kurikulum yang terancang mampu membantu murid
belajar dengan lebih berkesan.

12
4.0 Cadangan Kaedah P&P untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra
Budaya

Kaedah pembelajaran interaktif

Perkataan interaktif adalah berasaskan kepada perkataan interaksi dan aktif. Menurut Teuku
Iskandar (1993) Interaksi membawa makna tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama
lain. Manakala aktif pula membawa maksud cergas atau giat ( bekerja dan berusaha).

Oleh itu pembelajaran interaktif mrupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa
membina hubungan antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Mereka
saling berusaha dengan cergas dalam bilik darjah berasaskan bahan pengajaran yang
disediakan oleh guru.

Menurut Isma Ismail (2003), satu lagi aspek penting dalam pendidikan kognitif ialah berhujah.
Iaitu pelajar tahu fakta, faham fakta berkenaan, berupaya mensahihkan fakta itu dan kemudian
berupaya menyampai pemikirannya seperti mempertahankan fakta dengan bahasa yang kemas
atau tidak kasar.

Objektif pembelajaran interaktif adalah untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
yang mengutamakan kepada proses komunikasi dan pembentukan personaliti pelajar, agar
mereka rasa yakin terhadap potensi diri dan mampu untuk berhujah didepan kelas berasaskan
pemikiran yang kritis dan kreatif. Menurut Browns dan Keller (1979) kualiti perhubungan
merupakan faktor penting kepada kejayaan atau keburukan sesuatu interaksi.

Oleh itu, bagi pendidikan masyarakat Lun Bawang dan kepelbagaian etnik lain, kaedah ini
mampu membentuk satu persekitaran yang harmoni dan mesra budaya.

Kaedah Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid
menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.
kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Murid menjalankan eksperimen menggunakan
kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti
berikut:

13
1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat hipothesis

3. Merancang eksperimen:

- mengawal pemboleh ubah.

- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen

- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Melakukan eksperimen

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data

8. Membuat kesimpulan

9. Membuat laporan

Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang
dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang
merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan
bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Berdasarkan kaedah ini, guru dapat mengajar sambil mengekalkan persekitaran yang harmoni
antara etnik.

14
Kaedah Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan
yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima
pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Oleh yang demikian, murid pelbagai etnik akan belajar untuk menerima pendapat daripada
murid lain. Perbezaan pendapat mampu mengundang salah faham dan perasaan tidak puas
hati. Di sinilah guru harus bijak mengendalikan perbincangan kelas supaya tidak menimbulkan
pergaduhan.

Kaedah Projek

Kaedah ini dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan
dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak
atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

Ini dapat memupuk sikap bekerjasama murid semasa di luar waktu P&P. Mereka boleh
berkomunikasi, berbincang dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Murid berbilang etnik
dan kaum akan menolak sikap pentingkan diri sendiri demi mencapai matlamat kumpulan.

Kaedah Lawatan

Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran melalui lawatan ke
tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, perpustakaan dan kilang boleh menjadikan
pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Murid pelbagai etnik juga boleh
melihat keadaan luar kawasan mereka sekali gus mempelajari budaya masyarakat lain. Kaedah
ini boleh membantu membina bilik darjah yang mesra budaya.

Oleh itu, untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi. Para
pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan
selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi
merupakan salah satu contoh keadaan ini.

15
Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan
murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam
sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Maka, akan wujud persekitaran bilik darjah yang harmoni dan mesra budaya hasil perkongsian
ramalan mereka.

Masyarakat Lun Bawang juga boleh meramal keadaan masyarakat mereka pada masa
hadapan yang mana kini sedang membangun.

Kaedah Penyelesaian masalah

Kaeda penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk
membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian
masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara
umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah

2. Jelaskan masalah

3. Cari alternatif penyelesaian masalah.

4. Lakukan operasi penyelesaian.

5. Nilaikan penyelesaian

Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Walaubagaimanapun,


perbincangan adalah digalakkan bagi membantu perkembangan idea murid-murid dan
membantu membina hubungan antara murid.

Maka dengan ini, bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.

16
5.0 Kesimpulan

Konklusinya, masyarakat Lun Bawang mempunyai adat dan tradisi mereka yang tersendiri.
Setelah mereka menganut agama Kristian, semua perkara yang melibatkan kepercayaan
animisme telah dihapuskan dan di ganti dengan ajaran Kristian.

Walaupun masyarakat Lun Bawang tinggal di kawasan pedalaman mereka turut tidak
ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembangunan yang di jalankan oleh kerajaan.
Buktinya dapat dilihat dengan pembinaan lapangan terbang di Hulu Trusan iaitu Long
Semandoh. Banyak sekolah telah dibina agar masyarakat Lun Bawang didedahkan dengan
pendidikan.

Kawasan tempat tinggal Lun Bawang juga telah dijadikan kawasan untuk pelancongan.Suku
kaum Lun Bawang kini dimana mana di seluruh dunia. Perubahan secara drastik terjadi dalam
komuniti Lun Bawang akibat pembangunan rohani yang terjadi apabila amalan ajaran Kristian
diamalkan dan menjadi pedoman dalam kehidupan. Hari ini, ramai orang Lun Bawang yang
telah masuk ke universiti, menjadi usahawan yang berjaya, dan juga menjadi YB seperti YB
Nelson Balang Rining dan Datuk Henry Sum Agong.

Kejayaan mereka ini membuktikan bahawa masyarakat Lun Bawang juga berpotensi untuk
bersaing dalam mendepani dunia tanpa sempadan.

Pendidikan yang teratur, kaedah pengajaran guru yang sesuai, sikap dan penerimaan
sosiobudaya amat penting dalam membina bilik darjah yang mesra budaya demi melahirkan
generasi yang berminda kelas pertama.

17

You might also like