HMT 313

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Terengganu Darul Iman terkenal sebagai Negeri Cantik Budaya Menarik yang
dibentuk dari tujuh daerah yang meliputi Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang,
Dungun, Kemaman, Setiu dan Besut. Dialek Terengganu biasanya akan dituturkan oleh
masyarakat negeri Terengganu yang menetap di negeri itu mahupun di mana-mana sahaja
mereka berada. Keunikan dan keistimewaan dialek Melayu Terengganu telah mendapat
sambutan yang baik dalam kalangan orang ramai. Oleh itu, dialek Melayu Terengganu telah
dipilih dan dijadikan bahan kajian dalam penulisan ini.

Secara umumnya, dialek diertikan sebagai bahasa pertuturan yang dituturkan oleh
masyarakat di sesebuah kawasan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010: 348), dialek
bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas
sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah dan lain-lain. Sebagai contoh,
dialek Kelantan, Kedah dan Terengganu. Menurut Asmah Haji Omar (1991), beliau telah
membahagikan dialek Melayu di Semenanjung Melaysia kepada lima kelompok, iaitu
kelompok barat daya yang terdiri daripada Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Manakala
kelompok timur laut diwakili negeri Kelantan. Seterusnya, kelompok timur yang meliputi
Terengganu, selanjutnya kelompok selatan meliputi dialek di negeri Johor, Melaka, Pahang,
Selangor, Negeri Sembilan, dan Perak.

Dialek dipengaruhi oleh isoglos. Faktor-faktor yang menyebabkan dialek wujud ialah
faktor yang terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Dialek Melayu
Terengganu telah diakui mempunyai ciri dan nilai yang unik. Dialek ini berbeza dengan
dialek Melayu standard pada semua tahap linguistik terutamanya dari segi sebutan fonem dan
perkataannya. Secara khususnya, dialek Melayu Terengganu dituturkan oleh penutur-penutur
negeri Terengganu yang berada di lokasi geografi pantai timur semenanjung Malaysia yang
disempadani dengan negeri Kelantan di sebelah utara dan barat laut serta negeri Pahang
Darul Makmur di sebelah barat daya. Dialek ini bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat
berbangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut menuturkan dialek ini tanpa kedengaran
bunyi pelat. Oleh itu, mereka menggunakan dialek ini sebagai alat komunikasi dalam
pergaulan seharian untuk mewujudkan hubungan yang harmoni. Secara tuntasnya, dialek
Melayu Terengganu disambut baik dalam kalangan seluruh masyarakat sebagai
penghormatan atas keunikan bahasa yang digunakan bagi perlambangan negeri itu sendiri.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

(a) Mengenal pasti sistem vokal dan konsonon yang terlibat dalam dialek Terengganu.
(b) Mengenal pasti bidang linguistik dalam dialek Terengganu dari segi fonetik dan
fonologi , morfologi, semantik serta sintaksis.
(c) Membandingkan dialek Terengganu dengan bahasa Melayu standard

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk:

(a) Menunjukkan perbezaan antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu standard.
(b) Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pembaca tentang keunikan dialek
Melayu Terengganu.
(c) Memberi rujukan kepada pelajar serta guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya berfokus kepada sistem vokal dan konsonan, fonetik dan fonologi,
aspek leksikal, sintaksis serta perbandingan antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu
standard. Kajian ini hanya dijalankan di sekitar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi
mendapatkan maklumat kajian.

5.0 BATASAN KAJIAN

Dialek Terengganu telah dipilih sebagai kajian dialek. Atas sebab kekurangan modal
dan masa, pengkaji tidak dapat melawat ke negeri Terengganu untuk bertemu dengan
penduduk asal di sana yang menggunakan dialek Terengganu. Hal ini menyebabkan pengkaji
tidak dapat mengkaji dengan lebih dalam sambil merasai suasana riuh rendah pertuturan
seharian dalam kalangan pengguna dialek Terengganu. Selain itu, dalam pencarian responden
untuk ditemu bual, pengkaji mendapati kebanyakan responden menghadapi kekangan masa
dan masalah ini menyebabkan pengkaji terpaksa menyelaraskan masa lapang bagi kedua-dua
pihak.

6.0 KAEDAH KAJIAN

2
Bahagian ini akan menjelaskan cara pengkaji mendapatkan data sebagai bahan kajian.
Kaedah pemprosesan data dan cara persembahan data kajian juga turut disertakan.

6.1 Mendapatkan data

6.1.1 Kajian Perpustakaan

Kaedah ini digunakan dengan merujuk kepada buku-buku yang berkaitan dengan
dialek Terengganu. Buku-buku ini telah dijadikan bahan rujukan yang penting bagi
memudahkan pengkaji supaya lebih memahami perbezaan bahasa Melayu dialek
Terengganu dengan bahasa Melayu standard.

6.1.2 Rakaman

Kaedah rakaman telah dilakukan untuk merakam perkara-perkara yang dilakukan oleh
responden semasa sesi temubual. Alat yang digunakan dalam melakukan kaedah ini
ialah telefon pintar yang dilengkapi dengan perakam video.

6.2 Mengumpulkan data

Bagi memudahkan pengkaji memperolehi data, pengkaji telah menyediakan satu tajuk
perbincangan tentang makanan segera kepada para responden semasa sesi temubual
dijalankan. Selain itu, soal selidik juga diedarkan kepada 10 responden yang berasal daripada
negeri Terengganu untuk dijawab.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Data yang telah diperolehi oleh pengkaji telah dianalisis dan dipersembahkan dalam
bentuk jadual untuk menunjukkan perbezaan antara dialek Terengganu dengan bahasa
Melayu standard.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam maklumat demografi, seramai 10 orang responden yang berasal dari Terengganu telah

diberikan borang soal selidik untuk diisikan. Pengkaji turut mendapati bahawa responden-

responden akan bertutur dalam dialek Terengganu pada situasi yang tertentu sahaja seperti

yang telah ditunjukkan dalam jadual:

3
Jadual : Situasi Yang Akan Bertutur Dalam Dialek Terengganu

Situasi f %

Kampung 4 40 Sumber:
Kajian Universiti 1 10 Lapangan
2016 Majlis Perkahwinan 2 20

Rajah 2 : Bertutur dengan kawan 3 30 Situasi


Yang Jumlah 10 100 Akan
Bertutur Dalam
Dialek Terengganu

Situasi
Kampung Universiti
Majlis Perkahwinan Bertutur dengan
Kawan

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Dalam bahagian situasi yang akan bertutur dalam dialek Terengganu, situasi terbahagi kepada
di kampung, university, majlis perkahwinan dan semasa bertutur dengan kawan. Terdapat 4
orang bersamaan 40% dari keseluruhan responden akan bertutur dalam dialek Terengganu
ketika berada di kampong. Selain itu, 3 orang bersamaan 30% dari keseluruhan responden
pula akan bertutur dengan kawan dalam dialek Terengganu manakala 2 orang bersamaan 20%
daripada keseluruhan responden hanya akan bertutur dialek Terengganu dalam majlis
perkahwinan saudara-mara. Seterusnya, diikuti dengan 1 orang responden sahaja yang akan
bertutur dalam dialek Terengganu ketika berada di universiti.

7.1 SISTEM VOKAL

DEPAN TENGAH BELAKANG

4
[ i] [u]

[e] [] [o]

[a]

Rajah 3: Sistem Vokal Bahasa Melayu Standard

Arbak Othman dalam bukunya Permulaan Ilmu Linguistik (1986:54) telah memetik

Daniel Jones dalam bukunya Outline Of English Phonetics menyatakan bahawa vokal adalah

bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa

mengalami sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran.

Menurut Farid Onn (1980), vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada enam iaitu [a], [e],

[i], [o], [u] dan []. Pengkelasan vokal Bahasa Melayu adalah berdasarkan kepada sistem

kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones. [i], [e] dan [a] merupakan vokal depan

dalam Bahasa Melayu dan diikuti dua vokal belakang iaitu [u] dan [o] manakala []

merupakan vokal tengah.

DEPAN TENGAH BELAKANG

[i] [u]

[e] [o]
[]

[] []

[a]

Rajah 4: Sistem Vokal Dalam Dialek Terengganu

Berdasarkan Asmah Haji Omar dalam karyanya Susur Galur Bahasa Melayu, beliau

menyatakan bahawa dialek Terengganu mempunyai tujuh fonem vokal yang terdiri daripada

[a], [e], [i], [o], [u], [], dan []. Selain daripada vokal [], semua vokal di atas boleh

5
menempati lingkungan awal, tengah, dan akhir kata. Hal ini dikatakan demikian kerana vokal

[] tidak menempati lingkungan akhir kata, iaitu sebelum kesenyapan. Dalam dialek

Terengganu, aspek pengguguran dan penggantian bagi perkataan yang mempunyai huruf-

huruf vokal, konsonon dan diftong sering berlaku. Keadaan inilah yang membawakan

wujudnya perbezaan antara dialek Terengganu dengan bahasa Melayu Standard. Dalam

bahagian ini, pengkaji akan menumpukan kajian kepada aspek pengguguran dan penggantian

bagi vokal yang terlibat dalam dialek Terengganu.

i) Pengguguran vokal depan luas [a] dalam bahasa Melayu standard dan
digantikan dengan vokal tengah [] dalam dialek Terengganu

Bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan vokal [a] akan digugurkan dan
digantikan dengan vokal [] iaitu huruf e di mana vokal itu berada di akhir kata. Proses
ini juga dikenali sebagai penengahan vokal dalam proses-proses fonologi bahasa Melayu
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

BAHASA MELAYU DIALEK TERENGGANU TRANSKRIPSI


STANDARD FONETIK
Mana Mane [Man]
Perkara Perkare [Perkar]
Halia Halie [Haliy]
Benda Bende [Bnd]
Lima Lime [Lim]

Bunyi vokal [] terhasil dengan tengah lidah dinaikkan separuh tinggi mengarah ke lelangit
keras dan bibir dihamparkan. Seterusnya, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.
Udara keluar dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
sebarang gangguan atau sekatan dan pita suara bergetar. Oleh itu, penutur dialek Terengganu
akan menuturkan perkataan seperti mane, perkare, halie, bende, lime. Perkataan-perkataan ini
sering digunakan dalam perbualan seharian mereka dalam keadaan seperti di pasar, kedai
runcit atau perbualan sesama rakan. Hal ini membuktikan bahawa sememangnya penggunaan
akhiran vokal [] yang menggantikan vokal [a] banyak digunakan dalam komunikasi
masyarakat Terengganu. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa

6
vokal depan luas [a] yang terdapat dalam suku kata akhir tutup ini mempunyai berbagai-bagai
perwujudan. Contohnya, vokal ini akan tetap sebagai [a] jika konsonon yang mengikutnya
terdiri daripada hentian glotis ataupun nasalnya [ng] seperti yang ditunjuk dalam jadual di
bawah:

BAHASA MELAYU DIALEK TERENGGANU TRANSKRIPSI


STANDARD FONETIK
Kakak Kakak [Kaka]
Tekak Tekak [Tka]
Makan Makang [Maka]
Badan Badang [Bada]

Dalam perkataan seperti kakak dan tekak yang diakhir dengan hentian glotis, huruf a tidak
mengalami sebarang perubahan dan perkara yang sama turut berlaku dalam perkataan seperti
makang dan badang dalam sebutan dialek Terengganu yang diakhiri dengan nasal [ng].
Namun begitu, terdapat juga beberapa kekecualian dalam aspek ini seperti perkataan bola dan
ceria yang vokal [a] dalam perkataan tersebut yang tidak mengalami sebarang perubahan.

ii) Pengguguran vokal depan luas [a] dalam bahasa Melayu standard dan
digantikan dengan vokal belakang separuh sempit [o]

Satu lagi perwujudan bagi vokal [a] yang terdapat dapat dalam suku kata akhir tertutup ialah
sebelum konsonon [h], vokal [a] akan digugurkan dan digantikan dengan vokal [o]. Bukan
itu sahaja, vokal [a] juga akan ditukar menjadi [o] apabila sesuatu perkataan dalam bahasa
Melayu Standard diakhiri dengan konsonon [r]. Contoh telah ditunjukkan melalui jadual di
bawah:

BAHASA MELAYU DIALEK TERENGGANU TRANSKRIPSI


STANDARD FONETIK
Ramah Ramoh [Ramoh]
Titah Titoh [Titoh]
Serah Seroh [ Sroh]
Liar Lio [ Liyo]
Siar Sio [Siyo]

Seperti yang ditunjukkan melalui jadual di atas, perkataan-perkataan seperti ramoh, titoh dan
seroh merupakan perkataan yang mengalami pengguguran [a] kepada vokal [o] sebelum
konsonon [h]. Manakala bagi perkataan seperti liar dan siar yang diakhiri dengan konsonon

7
[r] dalam bahasa Melayu standard pula akan bertukar menjadi lio, dan sio dalam dialek
Terengganu. Hal ini disebabkan mengikut dialek Terengganu, konsonon [r] akhir kata akan
digantikan dengan kesenyapan. Pengguguran konsonon [r] tersebut secara tidak langsung
telah mempengaruhi nilai vokal yang didahuluinya, terutamanya vokal [a] yang berubah
menjadi [o]. Penghasilan vokal [o] berlaku dengan belakang lidah dinaikkan tinggi mengarah
ke lelangit lembut, dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, di
samping glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara akan ditekan keluar dari
paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan dan pita
suara bergetar.

iii) Pengguguran vokal belakang sempit [o] bagi suku kata pertama dan
digantikan dengan vokal belakang sempit [u]

Dalam dialek Terengganu, pengguguran vokal [o] sentiasa berlaku. Pengguguran ini biasanya
berlaku dengan penggantian oleh vokal [u]. Hal ini dapat diperhatikan menerusi jadual di
bawah:

BAHASA MELAYU DIALEK TERENGGANU TRANSKRIPSI


STANDARD FONETIK
Toleh Tuleh [ Tulh]
Sotong Sutong [Suto]
Boleh Buleh [Buleh]
Tolong Tulung [Tulo]
Fobia Fubie [Fubey]

Contoh yang jelas dapat dilihat melalui perkataan-perkataan seperti tuleh, sutung, buleh,
tulung dan fubie yang ditutur dalam dialek Terengganu. Penghasilan bunyi vokal [u] akan
terjadi apabila belakang lidah dinaikkan dengan setinggi-tinggi yang mungkin, tetapi tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. Seterusnya, bibir dibundarkan bulat, glotis akan
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan dan seterusnya pita suara bergetar.

7.1.1 ASPEK DIFTONG

Berdasarkan kajian Kamaruddin Hussin (1997) dalam karyanya yang bertajuk Ilmu
Bahasa Dan Kecekapan Bahasa, diftong merupakan satu suku kata dan dilambangkan oleh
dua vokal. Menurut kamus dewan (2007) pula, diftong didefinisikan sebagai urutan vokal

8
yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan berlaku geluncuran. Penghasilan urutan
vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan dua lambang vokal iaitu [ai], [ou]
dan [au]. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa unsur diftong
tidak dapat dikesani dalam dialek Terengganu. Hal ini dikatakan demikian kerana diftong-
diftong dalam bahasa Melayu standard seperti yang telah dinyatakan di atas adalah
bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam dialek Terengganu seperti yang ditunjukkan
melalui jadual di bawah:

i. Diftong [ai]

DIFTONG BAHASA MELAYU DIALEK TRANSKRIPSI


STANDARD TERENGGANU FONETIK

ai Cerai Cera [ ra]


Pantai Pata [ Pata]
Kedai Keda [Kda]
Semai Seme [Sme]
Misai Mise [Mise]

Diftong [ai] dalam bahasa Melayu standard mempunyai kesejajaran dengan vokal [a]
Contohnya seperti perkataan cera, pnta, dan keda dalam dialek Terengganu. Namun, diftong
[ai] pada masa yang masa juga sejajar dengan vokal [e]. Contohnya seperti seme dan mise
dalam dialek Terengganu.

ii. Diftong [au]

DIFTONG BAHASA MELAYU DIALEK TRANSKRIPSI


STANDARD TERENGGANU FONETIK
au Pulau Pulo [ Pulo]
Kalau Kalo [Kalo ]
Pisau Piso [ Piso ]
Kacau Kaco [Kao]
Halau Halo [Halo]

Diftong [au] dalam bahasa Melayu Standard mempunyai kesejajaran dengan vokal [o].
Contohnya seperti pulo, kalo, piso, kaco, halo dalam dialek Terengganu

iii. Diftong [oi]

9
DIFTONG BAHASA MELAYU DIALEK TRANSKRIPSI
STANDARD TERENGGANU FONETIK
oi Amboi Ambo [Ambo]
Sepoi Sepo [Spo ]
Boroi Boro [ Boro ]

Diftong [oi] dalam bahasa Melayu Standard turut mempunyai kesejajaran dengan vokal [o].
Contohnya seperti ambo, sepo dan boro dalam dialek Terengganu. Berdasarkan jadual-jadual
yang dipaparkan, telah menunjukkan dengan jelas bahawa dalam dialek Terengganu,
biasanya penutur tidak menggunakan bunyi diftong seperti [ai], [au], dan [oi]. Penutur dalam
dialek Terengganu akan menggantikannya dengan vokal [a] dan vokal [o]. Perkara ini telah
membezakan dialek Terengganu dengan bahasa Melayu standard yang menggunakan bunyi
diftong.

7.2 SISTEM KONSONON

Menurut Tajul (2011), konsonan bahasa Melayu asli terdapat 16 konsonan iaitu /p, t,
k, b, d, g, , , s, l, r, m, n, , , h/. Kesemua konsonan ini hadir pada struktur dalaman dan
tiga konsonan lain seperti hentian glotis [], geluncuran [w] dan [y] yang hadir pada struktur
luaran atau permukaan sahaja. Terdapat dua jenis konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu
konsonan oral dan konsonan nasal. Dalam bahasa Melayu, terdapat juga dua jenis bunyi
konsonan iaitu konsonan bersuara dan konsonan tak bersuara. Konsonan bersuara ialah /b, d,
g, , l, r, w, y, m, n, , /. Manakala konsonan tak bersuara termasuklah /p, t, k, , s, h/. Selain
itu, terdapat enam konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu iaitu konsonan pinjaman bahasa
Arab dan konsonan pinjaman bahasa Inggeris seperti /f, v, , , , z, x, /. Bunyi konsonan
pinjaman bahasa Melayu juga dibahagikan kepada dua, iaitu konsonan pinjaman bersuara
seperti /v, x, / dan tidak bersuara ialah /f, z, /.

Daerah sebutan atau titik artikulasi bagi penghasilan konsonan bahasa Melayu
termasuklah dua bibir, gusi, gusi lelangit keras, lelangit keras, lelangit lembut, dan glotis.
Manakala cara sebutan atau jenis bunyi yang akan dihasilkan melalui titik artikulasi
termasuklah plosif, afrikat, nasal, frikatif, tril, likuida dan separuh vokal. Sebagai contohnya,
penghasilan bagi konsonan [p] ialah letupan dua bibir tidak bersuara.

Secara umumnya, konsonan-konsonan yang wujud dalam dialek Terengganu adalah


seperti konsonan plosif /p, b, t, d, k, g, /; konsonan letusan /, /, konsonon sengauan /m, n,

10
, /; konsonan geseran /s, h/; konsonan sisian iaitu /l/ dan konsonan getaran /r/ dan juga
konsonon separuh vokal / y/.

Daerah sebutan Bibir Gig-gusi Gusi Lelangit Lelangit Glotis


Lelangit Keras Lembut
Cara sebutan Keras
Hentian/Plosif p b t d k g
Letusan/Afrikat
Sengauan/Nasal m n
Geseran/Frikatif f v s z x h
Getaran/Tril r
Sisian/Likuida l
Separuh vokal w y
Jadual : Jadual konsonan bahasa Melayu standard

Daerah sebutan Bibir Gig-gusi Gusi Lelangit Lelangit Glotis


Cara sebutan Lelangit Keras Lembut
Keras
Hentian/Plosif p b t d k g
Letusan/Afrikat
Sengauan/Nasal m n
Geseran/Frikatif s h
Getaran/Tril r
Sisian/Likuida l
Separuh vokal y
Jadual : Jadual konsonan dialek Terengganu

i) Pengguguran konsonan sengau gusi bersuara [n] dalam bahasa Melayu standard
dan digantikan dengan konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dalam
dialek Terengganu:

Bunyi konsonan bagi perkataan yang berakhiri dengan konsonan nasal [n] akan digugurkan
dan digantikan dengan konsonan nasal [], iaitu huruf ng seperti yang ditunjukkan dalam
jadual berikut:

11
Bahasa Melayu Standard Dialek Terengganu Transkripsi Fonetik
Badan Badang [bada]
Makan Makang [maka]
Sopan Sopang [sopa]
Akaun Akaung [akau]

Konsonan nasal [] adalah satu-satu konsonan yang dapat menempati kesemua lingkungan
yang diperkatakan. Cara ia dibunyikan adalah dengan merapatkan belakang lidah untuk
menyekatkan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula diturunkan untuk memberikan
laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. Pita suara kemudian
dirapatkan dan digetarkan. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
akan dilepaskan perlahan-perlahan.

Terdapat juga konsonan-konsonan nasal yang lain yang hanya dapat menempati lingkungan
pravokal dan antara vokal. Maka, konsonan nasal [] dalam bahasa Melayu standard yang
terletak dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan konsonan nasal []
dalam dialek ini. Contohnya, gunu [guno].

ii) Pengguguran konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dalam bahasa Melayu
standard standard dan digantikan dengan konsonan geseran glotis tidak
bersuara [h] dalam dialek Terengganu:

Manakala perkataan yang berakhiri dengan konsonan [s] akan digugurkan dan digantikan
pula dengan konsonan [h] dalam dialek Terengganu, iaitu huruf h seperti jadual berikut:

Bahasa Melayu Standard Dialek Terengganu Transkripsi Fonetik


Ratus Ratuh [rath]
Telus Teluh [tlh]
Bas Bah [bah]
Panas Panah [panah]

Penghasilan konsonan geseran [s] berlaku dengan hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk
membuat sempitan pada arus udara. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita
suara kemudian direnggangkan. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara dan udara tersebut keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi.

12
Disebabkan konsonan [h] telah menggantikan konsonan [s]. Maka, konsonan [h] terhasil
apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut sama seperti ketika
membunyikan vokal. Kedua-dua vokal hadapan luas [a] dan vokal belakang sempit [u] yang
berada di hadapan konsonan [s] tidak mengalami apa-apa perubahan.

iii) Pengguguran konsonan getaran gusi bersuara [r]

Dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan yang berakhir dengan konsonan getaran [r] seperti
perkataan ular, liur, tidur, dan tukar. Namun, apabila perkataan-perkataan tersebut disebutkan
dalam dialek Terengganu, maka proses pengguguran fonem [r] telah berlaku di akhir kata
seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Bahasa Melayu Standard Dialek Terengganu Transkripsi Fonetik


Ular Ula [ula]
Liur Lio [liy]
Tidur Tido [tido]
Tukar Tuko [tuk]

Penghasilan konsonan [r] berlaku dengan hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. Pita suara akan dirapatkan. Kemudian, arus udara yang keluar
dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara. Manakala arus udara melalui
rongga mulut menggetarkan hujung lidah. Akan tetapi, penutur dialek Terengganu telah
menggugurkan fonem [r] semasa menyebutkan perkataan perkataan yang berkaitan.

iv) Pengguguran konsonan sisian gusi bersuara [l]

Sama seperti konsonan [r], perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu standard yang
berakhiri dengan konsonan [l] telah pun mengalami proses pengguguran, dan konsonan [l]
tidak akan disebut dalam dialek Terengganu.

Bahasa Melayu Standard Dialek Terengganu Transkripsi Fonetik


Gagal Gaga [gaga]
Kapal Kapa [kapa]
Tebal Teba [tba]
Bakul Bako [bak]

Konsonan [l] dihasilkan dengan hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru

13
ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara. Arus suara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Namun, fonem [l] telah digugurkan dalam dialek ini semasa dituturkan

v) Pengguguran konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan digantikan
dengan hentian glotis []

Dalam dialek Terengganu, fonem /p/ yang berada di akhir kata tidak akan dituturkan oleh
penuturnya. Sebaliknya, mereka akan menggantikannya dengan hentian glotis [].

Bahasa Melayu Standard Dialek Terengganu Transkripsi Fonetik


Kejap Kejaq [ka]
Silap Silaq [Sila]
Gelap Gelaq [gla]
Cakap Cakaq [aka]

Konsonan [p] dihasilkan melalui dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita
suara direnggangkan. Manakala udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara. Kemudian, sekatan pada dua bibir dilepaskan serta merta.

Disebabkan proses pengguguran konsonan [p] dalam pertuturan dialek Terengganu, maka,
untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke
rongga hidung. Pita suara dirapatkan sepenuhnya. Arus udara yang keluar dari paru-paru
dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara. Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa
menggetarkan pita suara.

7.3 ASPEK LEKSIKAL DARI SEGI SEMANTIK DALAM DIALEK TERENGGANU

Semantik ialah bidang yang mengkaji makna sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.
Perkaitan makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks sesuatu perkataan
digunakan. Makna leksikal merujuk kepada gambaran nyata mengenai sesuatu konsep yang
dilambangkan oleh perkataan dan sesuai dengan pemerhatiannya. Melalui kajian yang telah
dibuat, pengkaji mendapati bahawa dialek Terengganu kaya dengan kosa kata tempatan yang
membawa maksud yang sama dengan kosa kata bahasa Melayu Standard seperti yang telah
ditunjukkan melalui jadual di bawah:

14
BAHASA MELAYU DIALEK TRANSKRIPSI
STANDARD TERENGGANU FONETIK
Duit Pitih [ Piteh ]
Selalu Sokmo [ Somo ]
Harimau Ghima [ im ]
Keluar Tubek [ Tube ]
Kerbau Kuba [ Kub ]
Curi Ketik [ Kte ]
Cepat Derah [ Drah ]

Sebagai contoh, duit dalam bahasa Melayu Standard yang merujuk sesuatu objek atau
barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium
pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain dipanggil sebagai pitih dalam dialek
Terengganu. Seterusnya, ghima yang bermaksud spesies binatang yang terbesar yang dimiliki
empat kaki dan warna kulitnya bercorak oren hitam dalam dialek Terengganu dikenali
sebagai harimau dalam bahasa Melayu Standard. Di samping itu, perkataan curi dalam
bahasa Melayu standard dan ketik dalam dielek Terengganu, walaupun kedua-duanya
berlainan dari segi perkataan dan ejaan, namun merujuk kepada makna yang sama iaitu
mengambil milik orang lain tanpa kebenaran atau tidak sah dan salah dari segi undang-
undang. Jadi, dapat disimpulkan bahawa unsur leksikal dikesani dalam dialek Terengganu
kerana walaupun kosa katanya berlainan dengan bahasa Melayu Standard, namun merujuk
kepada sesuatu maksud dan juga benda yang sama.

7.4 KATA GANTI NAMA DIRI ORANG DALAM DIALEK TERENGGANU

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama turut mengandungi perkataan
yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua, dan diri orang
ketiga. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati penggunaan kata nama
ganti diri dalam dialek Terengganu turut berbeza dengan kata ganti nama diri yang terdapat
dalam bahasa Melayu standard. Perbezaan tersebut boleh dilihat menerusi jadual di bawah:

BAHASA MELAYU KATA NAMA GANTI DIALEK TERENGGANU


STANDARD DIRI
Aku/Saya/Kami/Kita Pertama Ambe/Saye/Kaming/Kite
Engkau/Awak//Kamu Kedua Mung/Awok/Dimey
Dia/Mereka Ketiga Die/Ye/Deme

7.4.1 Kata Ganti Nama Diri Pertama

15
Kata ganti nama diri pertama dalam bahasa Melayu.adalah seperti saya, aku, kami,
dan kita. Namun, penutur dialek Terengganu menggunakan kata ganti nama diri
pertama yang agak berlainan dengan bahasa Melayu standard seperti ambe, kite, saye
dan kaming yang ditunjukkan melalui jadual di bawah.

BAHASA MELAYU STANDARD DIALEK TERENGGANU


Aduh, sakit hati saya/aku Adoh, sakit hati ambe!
Kami sudah makan Kaming makang doh.
Kita mahu pergi sekolah Kite nok gi koloh

7.4.2 Kata Ganti Nama Diri Kedua

Bagi kata ganti nama diri kedua dalam bahasa Melayu Standard pula terdiri daripada
anda, engkau, kamu dan awak. Manakala penutur dialek Terengganu banyak
menggunakan mung, awok, dimey dalam pertuturan seharian mereka.

BAHASA MELAYU STANDARD DIALEK TERENGGANU


Kamu janganlah sedih Dimey jangang sebek
Awak sembahyang di mana? Awok semayang di mane?
Mengapa kamu mengoyakkan kertas itu? Bakpe mung koyok ketas tu?

7.4.3 Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata ganti nama diri ketiga dalam bahasa Melayu standard ialah dia, ia dan mereka.
Dalam dialek Terengganu, perkataan-perkataan seperti die, ye dan juga deme
digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga.

BAHASA MELAYU STANDARD DIALEK TERENGGANU


Anak dia nakal sangat di sekolah Anok ye naka ngoh di koloh
Dia senyum selalu Die senyum sokmo
Mereka mandi di sungai Deme mandi di sunga

7.5 CONTOH PERBUALAN DIALEK TERENGGANU

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menemu ramah dua orang responden yang berasal

daripada negeri Terengganu, iaitu saudara Mohd Asri bin Razali dan Zul Zairil Idzan bin A

Radzak yang berumur 21 tahun dan merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia. Dalam

perbualan ini, kedua-dua responden telah menyuarakan pandangan masing-masing dalam


16
membincangkan isu makanan segara dalam kalangan pelajar. Melalui perbualan yang

ditunjukkan di bawah, perbezaan antara dialek Terengganu dilihat mempunyai perbezaan

yang amat ketara dengan Bahasa Melayu Standard.

Zairil : Ape yang hok saye faha makanang segere makanang ringang yang dok
berkhasiak.
Apa yang saya faham makanan ringan ialah makanan ringan yang tidak berkhasiat.

Asri : Makanang ringang ni makanang dok molek, die buleh buok rosok tuboh badang.
Makanan ringan ni makanan yang tak baik, ianya boleh membuatkan tubuh badan
rosak.

Zairil : Kalu saye sendiri memangg ade jugok making maggi.


Kalau saya sendri memang ada juga makan maggi.

Asri : Kalu saye bergantung kepade situasi, maca zul ghoyak tadi.
Kalau saya bergantung kepada situasi, macam zul cakap tadi.

Zairil : Kalu jenih hok datang dari keluarge yang dok berkemampuang
tak kang hari-hari nak makang sedak.
Kalau jenis yang datang dari keluarga yang tak berkemampuan,
tak kan hari-hari nak makan sedap.

Zairil : Kalu makang cekelak tu gigi mudoh ghosok, pendapak asri gane?
Kalau kita makan coklat, gigi mudah rosak, pendapat Asri macam mana?

Asri : Daripade kite makang maggi parok lagi dok?


Daripada kita makan maggi, lagi bertambah teruk?

Zairil : Kalu makang cekelak tu kalu kite haghi-haghi makang, parok lah
Kalau kita makan coklat itu, kalau hari-hari makan bahaya.

Asri : Kalu gitu makang cekelak haghi-haghi memang dok molek la!
Kalau begitu makan coklat hari-hari memang tidak baiklah!

Zairil : Kalu dok Terengganu, pagi-pagi dok bahang makang nasik.


Kalau duduk di Terengganu pagi-pagi mesti makan nasi.

17
8.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa dialek Terengganu agak berbeza
dan unik daripada dialek-dialek lain terutamanya dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis
dan semantik. Contohnya, pertuturan dialek Terengganu yang melibatkan proses pengguguran
seperti pengguguran vokal depan luas [a] ke vokal belakang separuh sempit [o] dan vokal
belakang sempit [u] serta pengguguran vokal belakang separuh sempit [o] ke vokal belakang
sempit [u]. Dari segi diftong pula, diftong [ai] dalam bahasa Melayu standard adalah sejajar
dengan vokal [a] dan [] dalam dialek Terengganu. Diftong [au] dan [oi] pula sejajar dengan
vokal [o] dalam dialek Terengganu. Pelbagai jenis proses pengguguran konsonan dalam
dialek Terengganu turut menyebabkan pertuturan dialek Terengganu menjadi unik. Sebagai
contoh, pengguguran konsonan [n] dan digantikan konsonan [] dalam perkataan yang
berakhiri dengan konsonan [n] semasa bertutur dalam dialek Terengganu.

Selain itu, pengkaji turut menjumpai unsur leksikal dalam pertuturan dialek
Terengganu. Walaupun terdapat sesetengah kosa kata dialek Terengganu yang sememangnya
jauh berbeza dengan bahasa Melayu standard, akan tetapi mereka tetap merujuk kepada
benda yang sama. Selain itu, aspek kata ganti nama diri orang dalam dialek Terengganu juga
menunjukkan banyak perbezaan daripada bahasa Melayu standard seperti perkataan dimey
dalam dialek Terengganu merujuk kepada perkataa kamu sebagai kata ganti nama diri kedua
dalam bahasa Melayu standard.

Melalui perbualan dengan responden yang menggunakan dialek Terengganu pula,


pengkaji telah membuktikan bahawa perbualan dalam dialek Terengganu memang selaras
dengan ciri-ciri dialek Terengganu yang dikaji, contohnya vokal [a] sebagai akhir kata dalam
perkataan diucapkan sebagai vokal [] dalam dislek Terengganu. Contoh daripada perbualan
ialah: Ape yang hok saye faha makanang seger makanang ringang yang dok berkhasiak,
maksudnya: Apa yang saya faham makanan segara ialah makanan ringan yang tidak
berkhasiat. Dalam ayat ini, vokal [a] sebagai akhir kata dalam perkataan seperti apa, saya,
dan segera semuanya diucapkan dalam vokal []. Jelaslah bahawa keunikan dialek
Terengganu tidak dapat dibandingkan dengan dialek-dialek lain.

18
9.0 PENUTUP

Hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa dialek Negeri Terengganu merupakan
satu variasi bahasa yang unik dan menarik. Setiap negeri juga mempunyai dialeknya yang
tersendiri seperti dialek negeri Kedah, Kelantan, Perak dan lain-lain. Pengkaji mendapati
bahawa kajian yang dilaksanakan ini merupakan satu tugasan yang menarik dan mancabar
kerana secara keseluruhannya, dialek Terengganu jelas menunjukkan kelainan dan
keunikannya tersendiri berbanding dengan bahasa Melayu standard khususnya dalam hal-hal
yang menyentuh aspek sebutan bagi bunyi-bunyi vokal, konsonon, diftong, yang mempunyai
cirri-ciri penggantian dan pengguguran. Jadi, pengkaji berharap kajian ini dapat dijadikan
rujukan kepada generasi akan datang dan memberi pendedahan pengetahuan kepada pembaca
tentang keunikan dialek Negeri Terengganu.

19

You might also like