You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Sebelum kedatangan British ke Borneo, Empayar Brunei merupakan sebuah kuasa

yang besar di kepulauan Borneo suatu ketika dahulu. Namun, pada kurun ke-19

menyaksikan satu tempoh yang penuh kacau-bilau dilalui oleh negara-negara Asia

Tenggara dengan berlakunya campur tangan daripada pihak Barat di wilayah tersebut.

Negara Brunei Darussalam turut tidak terkecuali daripada keadaan ini apabila wilayah

Brunei yang pada masa itu mencakupi negeri Sabah, Sarawak dan negara Brunei itu

sendiri didatangi oleh campur tangan daripada British. Pada mulanya penglibatan atau

campur tangan ini adalah melalui individu, syarikat kemudiannya melibatkan kerajaan

Inggeris. Penglibatan individu tersebut dapat dilihat melalui James Brooke itu sendiri di

Sarawak dan syarikat pula melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (dikenali

Sabah sekarang) yang sangat mengancam kedaulatan wilayah-wilayah Brunei yang

akhirnya telah mengecilkan Brunei yang sedia ada sekarang.

Kerakusan dan ketamakan oleh James Brooke bersama anak saudaranya Charles

Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Sabah telah

menyebabkan kedaulatan Brunei semakin mengecil akibat daripada rasa tidak hormat

kepada Sultan Brunei. Perluasan wilayah ini pula direstui oleh Kerajaan British. Melihat

kepada keadaan ini Sultan Hashim Jalilul Alam telah menandatangani Perjanjian

Perlindungan dalam tahun 1888 dengan kerajaan Great Britain. Perjanjian ini adalah

kerana mengharapkan survival politik Kerajaan Brunei dan mengelak daripada

pengambilan wilayah-wilayah oleh kuasa asing.

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Oleh itu, dalam meneliti arus perkembangan sejarah campurtangan dan perluasan

kuasa British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah mempengaruhi

survival politik Brunei harus dilihat dan dikaji bagaimana termaktubnya perjanjian 1888

sehingga membawa kepada perjanjian tambahan 1905/06 yang memperlihatkan

kekecewaan dan harapan Sultan Brunei khususnya Sultan Hashim Jalilul Alam

Aqamaddin yang berusaha untuk menyelamatkan Kesultanan Brunei daripada terus

lenyap sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat di Borneo. Akhirnya Perjanjian baru ini

telah meletakkan Negara Brunei Darussalam di bawah pentadbiran Sistem Residen.

2.0 SEJARAH PERMULAAN CAMPUR TANGAN BRITISH DI BRUNEI

Sekiranya dilihat hubungan rasmi antara kerajaan Brunei dengan British bermula

dalam tahun 1847 apabila berlaku Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan. Namun,

perjanjian ini tidak menjanjikan hubungan mesra dan kedaulatan Brunei. Sungguhpun

perjanjian ini dinamakan sebagai Perjanjian Perlindungan Kerajaan British terhadap

Brunei tetapi pada prinsipnya dalam perjanjian tersebut tidak dinyatakan secara jelas

tentang sebarang bentuk bantuan yang dijanjikan oleh Kerajaan British kepada Brunei

bila berlakunya pencerobohan kuasa-kuasa asing ke atas wilayah Brunei (Hj Abd

Karim, 2006: 2).

Namun setelah termeterainya ikatan perjanjian pada tahun 1847 banyak wilayah-

wilayah Brunei telah diambil oleh James Brooke contohnya daerah-daerah Semarahan,

Sadong, Lingga, Skrang, Krian, Saribas dan Rejang yang permasalahannya timbul

dalam tahun 1851 semasa Sultan Omar Ali Saifuddin II memerintah, diserahkan kepada

James Brooke dalam tahun 1853 semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin dengan

Copyright @ 2017 Rd Davidson


bayaran $1500 setahun dan separuh daripada hasilnya kepada Sultan Abdul Momin

(D.S Ranjit Singh, 1991: 59-60). Kemudian daerah Mukah dan Bintulu diserahkan

kepada James Brooke dalam tahun 1863 dengan bayaran $4500 setahun kepada

Sultan Abdul Momin.

Harapan Sultan Omar Ali Saifuddien II dan Pengiran Bendahara Pengiran Anak

Momin untuk menyelamatkan wilayah-wilayah Brunei dari terus diambil oleh rejim

James Brooke dan kemudian anak saudaranya Rajah Charles Brooke boleh dikatakan

sangat tinggi. Untuk meminta bantuan dari kerajaan Great Britain bagi menghalang

perluasan wilayah Sarawak tidak berhasil, malah kerajaan Great Britain memihak

kepada rejim Brookes di Sarawak. Melihat kepada keadaan ini Sultan Omar Ali

Saifuddien II dan Pengiran Bendahara Anak Abdul Momin membuat perjanjian

persahabatan dengan Amerika Syarikat dalam tahun 1850. Tujuannya adalah untuk

mengimbangi kekuasaan James Brooke di Sarawak dan juga kerajaan Great Britain.

Melihat kepada sejarah awal penglibatan Kerajaan British dalam hal ehwal politik

Brunei pula sudah bermula pada tahun 1888 apabila Brunei mengikat hubungan secara

rasmi dengan Great Britain melalui satu Perjanjian Perlindungan yang ditandatangani

pada 17 September 1888. Disinilah punca segala permulaaan perluasan kuasa dan

campurtangan pihak British. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan Sir Hugh Low, Residen Inggeris

di Perak selaku wakil Kerajaan British. Dalam perjanjian tersebut pihak British telah

berjanji untuk melindungi Brunei daripada sebarang pencerobohan ke atas wilayah-

wilayahnya oleh kuasa-kuasa asing, khususnya rejim Brooke di Sarawak dan Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Perkara III dalam perjanjian tersebut

Copyright @ 2017 Rd Davidson


menegaskan bahawa Perhubungan di antara Brunei dengan semua negeri asing,

termasuk Negeri Sarawak dan Borneo Utara hendaklah dikendalikan oleh Kerajaan

Baginda Queen (Hj Abdul Karim, Ibid: 2).

Oleh itu melihat kepada isi kandungan perjanjian ini Kerajaan British telah diberi hak

untuk campurtangan dalam hal ehwal Brunei, dan secara rasminya mengiktiraf

kewujudan regim Brooke di Sarawak dan Syarikat Inggeris Borneo Utara di Borneo

utara (Sabah) sebagai sebuah negeri yang diletakkan sama taraf dengan Brunei.

Melalui perjanjian itu jelas bahawa Sultan telah memberi beberapa keistimewaan

kepada pihak Inggeris semata-mata untuk menjamin survival kerajaan dan wilayah

jajahannya. Hak-hak istimewa tersebut termasuklah hak terhadap menentukan bakal

Sultan apabila timbulnya masalah mencari penganti. Begitu juga mengenai

penempatan Konsul British di wilayah Brunei, layanan istimewa kepada rakyat dan hak-

hak British, dan bidang kuasa kewilayahan ke atas rakyat British.

Walau bagaimanapun, sebelum campurtangan dan sistem pentadbiran Residen

diperkenalkan, Kesultanan Brunei memang sudah memiliki gaya pentadbiran dan

perundangannya tersendiri (Sidhu,1995: 3-4). Salah satu daripada undang-undang

tersebut membabitkan hal-hal wilayah atau pun tanah-tanah di bawah kuasa

pentadbiran kesultanan ini. Oleh kerana wilayah Brunei sebelum kedatangan kuasa

British ini begitu luas, maka undang-undang tanah ini lebih menjurus kepada undang-

undang wilayah sebagaimana yang pernah dititahkan oleh Sultan Abdul Momin (1852-

1885) yang menyatakan bahawa pembahagian wilayah Brunei ini dikenali sebagai

Sungai Tulin atau Pesaka, Sungai Kerajaan dan Sungai Kuripan.

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Dari segi kedaulatan Brunei pada keseluruhannya, jajahan kesultanan ini adalah

milik Sultan selaku kuasa tertinggi. Dengan yang demikian, Sultan Brunei mempunyai

kuasa dan hak untuk membentuk satu undang-undang wilayah yang membolehkan

Baginda mengagih-agihkan kawasan-kawasan ini kepada putera dan puteri serta kaum

keluarga Baginda sebagai pemiliknya. Pengurniaan ini adalah sebagai tanda kasih

sayang Sultan kepada kaum kerabat Baginda, di samping untuk mempastikan wilayah

Brunei berada dalam keadaan kukuh dan bersatu padu, justeru pemiliknya terdiri dari

satu jurai keturunan yang sama. Dengan pembahagian ini juga kuasa pentadbiran

wilayah Brunei tidak hanya dimonopoli oleh Sultan seorang diri, bahkan ia telah

diagihkan kepada pemilik wilayah. Langkah ini sekurang-kurangnya boleh meringankan

beban tugas Sultan dalam mentadbir kawasan Brunei yang begitu luas. Dengan

pembahagian ini, maka semua wilayah dalam empayar Kesultanan Brunei telah

menjadi milik Sultan dan kaum kerabat Baginda yang dikenali sebagai sistem sungai

seperti yang dijelaskan di atas (Leys, 1968:119-121).

Kerajaan British pada masa itu belum bersedia untuk menempatkan seorang

Residen British di Brunei bagi membantu Sultan menjalankan pentadbiran kerajaan,

kerana ianya dianggap sebagai mencampuri pentadbiran Brunei. Namun begitu pada

masa yang sama Sultan begitu memerlukan kehadiran seorang Residen British di

Brunei, iaitu syarat penting bagi melindungi Brunei daripada pencerobohan kuasa

asing. Ketiadaan seorang pegawai tetap Inggeris di Brunei merupakan punca

kegagalan perjanjian tersebut, kerana Sultan sebenarnya memerlukan seorang

penasihat yang bukan saja cekap dalam pentadbiran tetapi juga dihormati oleh kuasa-

kuasa Inggeris yang lain di Sarawak dan Borneo Utara.

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Oleh itu, perjanjian tahun 1888 itu jelas tidak membawa makna kepada keselamatan

Brunei kerana persoalan utama dalam birokrasi pentadbiran Kesultanan Brunei masih

kekal dengan corak lama dan dikuasai oleh mereka yang pro Brooke. Misalnya Datu

Temenggung Kim Swee, seorang pedagang yang begitu rapat dengan Sultan adalah

juga seorang ejen Kerajaan Sarawak yang pro Brooke. Beliau juga diberi

tanggungjawab oleh Sultan Hashim menjadi orang tengah dalam menguruskan

perjanjian tahun 1888 itu dengan pihak Inggeris, dan seterusnya menjadi saksi dalam

perjanjian tersebut. Ini bermakna bahawa Sultan dikelilingi oleh orang-orang yang tidak

menyokong sepenuhnya usaha baginda untuk mempertahankan survival Brunei pada

waktu itu.

Kelemahan-kelemahan tersebut telah membawa perlunya Brunei kepada satu lagi

perjanjian perlindungan dari pihak British, iaitu sebagai tambahan kepada perjanjian

tahun 1888 itu. Oleh itu termeterainya satu lagi perjanjian di antara Brunei dengan

Kerajaan British yang telah ditandatangani lebih awal oleh Sultan Hashim Jalilul Alam

Aqamaddin bersama-sama dengan Pengiran Bendahara dan Pengiran Pemancha pada

3 Disember 1905. Sebulan kemudian barulah John Anderson selaku wakil Kerajaan

British datang ke Brunei untuk menandatangani perjanjian tersebut pada 2 Januari

1906. Ini menunjukkan bahawa baginda Sultan begitu mengharapkan perlindungan

yang lebih terjamin daripada Kerajaan British.

Di dalam perjanjian tersebut seorang Residen British telah ditempatkan di Brunei

selaku penasihat Sultan. Baginda dikehendaki menerima nasihat Residen berkenaan di

dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Dengan kata lain

pihak Inggeris telah mengambilalih semua urusan pentadbiran kerajaan kecuali

Copyright @ 2017 Rd Davidson


mengenai agama Islam. Bidang kuasa Residen juga meliputi di dalam soal adat-istiadat

Melayu yang menjadi teras kepada pentadbiran tradisional Brunei, kerana adat-istiadat

Melayu itu merangkumi halhal yang berkaitan dengan hak milik peribadi dan percukaian

yang menjadi perancangan Inggeris untuk menghapuskannya. Dengan bidang kuasa

yang dimiliki oleh Residen itu bermakna hak-hak istimewa Sultan dan Wazir-Wazir

baginda ke atas pemilikan hamba, wilayah, dan cukai telah terhapus. Sultan terpaksa

menerima hakikat kehilangan hak istimewa tersebut bagi memudahkan Residen

menyusun semula pentadbiran dan ekonomi Brunei yang sudah lumpuh, kerana hak-

hak istimewa itu telah terbukti membawa kepada kejatuhan empayar Brunei.

3.0 PERLUASAN KUASA SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH

Hubungan Negara Brunei Darussalam dengan Amerika Syarikat tidak dapat

mengimbangi kedudukan politik antara Brunei, Sarawak dan Great Britain. Akan tetapi

akibat selanjutnya, hubungan ini memberikan kesan yang buruk kepada Brunei. Apabila

konsul Amerika Syarikat yang pertama iaitu C.L. Moses sampai ke Brunei dalam tahun

1865. Melihat persetiaan dengan pihak British amat tidak menguntungkan Brunei,

akhirnya Sultan Omar Ali Saifuddin II telah mengambil langkah drastik dengan membuat

perjanjian persahabatan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1850 bagi mengimbangi

hubungan antara Brunei dan British. Disini dapat dilihat bagaimana terdesaknya pihak

Brunei dalam menjamin survival politik mereka. Malangnya, perjanjian ini juga telah

memakan pihak Brunei sendiri apabila kawasan Sabah pula sedikit demi sedikit telah

jatuh ke tangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Sekarang, Brunei

telah tersepit antara dua kuasa yang cuba meluaskan wilayah masing-masing

menyebabkan wilayah Brunei mengecil. Antara punca Brunei kehilangan wilayah di

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Sabah adalah akibat daripada sistem pajakan kepada individu-individu asing seperti

C.L. Moses, Alfred Dent, J.W. Torrey dan Baron de Overbeck. Penganugerahan Piagam

Diraja kepada SBBU oleh kerajaan British pada 29 Ogos 1881 memberikan implikasi

yang semakin buruk kepada Brunei. Sejak itu banyak lagi wilayah-wilayah Brunei sama

ada dipajakkan, diserahkan dan diambil secara pajakan, paksaan atau ugutan oleh

SBBU dan Rajah Sarawak.

Sultan Abdul Momin telah memberikan konsesi wilayah Borneo Utara kepada Moses

dengan bayaran $4200 dan $4000 setahun masing-masing kepada Sultan Abdul Momin

dan Pengiran Temenggong (L.R Wright, 1970: 16-49). Dalam tahun 5 tersebut juga

(1865), C.L. Moses telah menjual hak pajakannya kepada J.W. Torrey, seorang ahli

perniagaan di Hongkong, yang mana bersama dengan rakan kongsinya telah

membentuk Syarikat Perdagangan Amerika di Borneo. Dalam tahun 1875, J.W Torrey

menjual pula pajakan tersebut kepada Baron de Overbeck (konsul Austria di Hongkong)

dan Alfred Dent (ahli perniagaan Dent bersaudara London) iaitu rakan kongsi Baron de

Overbeck (L.R Wright, 1970: 107).

Kebanyakkan wilayah-wilayah Brunei di Sabah dipajakkan kepada orang-orang

asing tersebut dengan bayaran wang kepada pemiliknya. Umpamanya dalam tahun

1877, Sultan Abdul Momin telah memajakkan wilayah Brunei dari Tanjung Gaya hingga

Tanjung Lutut. Termasuk Pulau Gaya, Pulau Sepanggar hingga ke Papar dan Benoni

dengan bayaran $4000 setahun kepada Sultan Abdul Momin. Begitu juga dengan

pengiran-pengiran yang mempunyai tulin telah memajakkan kepada Baron de

Overbeck dan Alfred Dent, umpamanya Pengiran Temenggong Sahibul Bahar

memajakkan wilayah-wilayah Kimanis dan Benoni dengan bayaran $3000 setahun (lihat

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Hj. Abdul Karim, Jurnal Darussalam 1995: 13). Selain daripada memberi pajakan,

Sultan Abdul Momin berkenan melantik Alfred Dent sebagai Maharaja Sabah dan Raja

Gaya dan Sandakan (Hj. Abdul Karim, Jurnal Darussalam 1995, Ibid: 131). Perlantikan

ini berkemungkinan untuk melebih-lebihkan kedudukan Alfred Dent daripada Rajah

James Brooke kerana Sultan Abdul Momin sendiri kurang percaya kepada James

Brooke yang ingin mengambil kesemua wilayah-wilayah Brunei, tidak kira ianya

kuripan, tulin dan juga kerajaan Brunei.

Penganugerahan Piagam Diraja kepada Syarikat Borneo Utara Inggeris oleh

kerajaan Great Britain pada 29 Ogos 1881 memberikan implikasi yang buruk kepada

Negara Brunei Darussalam. Sejak itu banyak lagi wilayah-wilayah Brunei samaada

dipajakkan, diserahkan dan diambil secara pajakan, paksa atau ugutan oleh Syarikat

Inggeris Borneo Utara dan Sarawak. Tekanan kedua-dua kuasa baru ini serta takut

kepada campur tangan kuasa-kuasa asing telah menimbulkan suatu pemikiran

dikalangan pegawai-pegawai Inggeris khususnya di pejabat tanah jajahan dan pejabat

luar negeri di London untuk mewujudkan negara perlindungan di ketiga-tiga buah negeri

tersebut iaitu Syarikat Borneo Utara Inggeris, Sarawak dan Brunei Darussalam. Tetapi

idea ini pada awalnya tidak diambil perhatian secara serius oleh kerajaan Great Britain.

Perkembangan yang berlaku selepas tahun 1881 menguatkan lagi cadangan untuk

menubuhkan negara-negara perlindungan tersebut. Raja Charles Brooke meminta hak

haknya untuk meluaskan wilayah Sarawak terhadap wilayah-wilayah Brunei, kepada

kerajaan Great Britain. Umpamanya mengesahkan penyerahan daerah Baram kepada

Sarawak yang di Pejabat Hal Ehwal Luar British pada bulan November 1881 (L.R.

Wright, 1970: 170-171).

Copyright @ 2017 Rd Davidson


Kemunculan Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris yang sentiasa mendapat

perhatian dan sokongan daripada Kerajaan Great Britain dan juga penarikan balik dasar

perluasan wilayah Sarawak telah memperhebatkan lagi perlumbaan untuk

memperluaskan wilayah oleh kedua-dua negeri tersebut terhadap wilayah Brunei

kerana kedua-duanya mempunyai agenda dan matlamat yang sama iaitu untuk

mengambil wilayah-wilayah Brunei. Akibatnya wilayah-wilayah Syarikat Berpiagam

Borneo Utara Inggeris dan Sarawak bertambah luas manakala wilayah Brunei semakin

kecil. Dasar Inggeris pula membenarkan setiap wilayah yang diambil oleh kedua-dua

negeri tersebut tanpa menghormati perjanjian tahun 1847. Malah kerajaan Great Britain

di ibaratkan sebagai pengadil bagi persaingan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

Inggeris dan Rajah Brooke, Sarawak dalam memperluaskan wilayah-wilayah mereka ke

atas Brunei Darussalam.

Pengambilan daerah Baram oleh Sarawak telah diperkenankan dalam tahun 1882

(S. Baring-Gold dan C.A. Bampfylde, 1970: 340). Peter Leys, Konsul-Agung baru di

Labuan berjaya mendapatkan wilayah dari Tanjung Kidorong hingga ke Baram dengan

bayaran tahunan $3000 kepada Sultan Abdul Momin dan $2000 kepada Pengiran

Temanggong Anak Hashim, untuk Sarawak. Manakala daerah Padas dipajakkan

kepada Syarikat Borneo Utara Inggeris dalam tahun 1884 sungguhpun Pengiran

Temanggong Anak Hashim yang empunya tulin ini enggan membenarkannya. Dalam

tahun itu juga (1884) Pengiran Temanggong Anak Hashim telah menyerahkan daerah

Trusan dan Limbang kepada Sarawak tetapi tidak mendapat kebenaran daripada Sultan

Abdul Momin. Maka, menyerahan daerah-daerah tersebut tidak sah. Walaupun Sultan

Abdul Momin (1852-1885), beberapa dekad sebelum mangkat, dalam keadaan tua dari

Copyright @ 2017 Rd Davidson


segi umur, baginda memiliki pemikiran yang melihat kedepan. Menyedari tentang

kehilangan wilayah-wilayah Brunei kepada Syarikat Borneo Utara Inggeris dan Sarawak

telah menyedarkan Baginda.

..if the Brunei Town and river were left to them, while the rivers Limbang and
Tutong were attached to Sarawak, the existence of the Brunei sultanate would
in a very short space of time become harmless

(D.S.Ranjit Singh,
1991:71).
Cadangan untuk memberikan perlindungan kepada Brunei Darussalam bermula

sejak tahun 1885, tetapi oleh kerana perselisihan pendapat di kalangan pegawai-

pegawai Inggeris samada Syarikat Berpiagan Borneo Utara Inggeris, Sarawak, Pejabat

Tanah Jajahan dan Hal Ehwal Luar, malah juga di parlimen Great Britain, maka

rancangan tersebut dibekukan buat beberapa tahun, sehinggalah Sir Frederick Weld,

Govenor Negeri-Negeri Selat dilantik oleh kerajaan Great Britain untuk mengetuai misi

ke Brunei dalam tahun 1887 untuk melihat keadaan dan diarah untuk menghadapkan

rancangan penyelasaian kepada Sultan Brunei. Dalam keadaan ini, Rajah Charles

Brooke sempat menulis surat kepada Lord Brassey untuk melemahkan kesultanan

Brunei (D.S.Ranjit Singh, 1991:71).

Harapan Baginda tidak mahu lagi melihat akan kehilangan wilayah-wilayah Brunei

yang masih tinggal sama ada dipajakkan, dijual atau diserahkan kepada Syarikat

Berpiagam Borneo Utara Inggeris dan Rajah Brooke, Sarawak. Harapan ini tergambar

dalam amanat Baginda yang dibuat pada 20 Februari 1885 yang mana pembesar-

pembesar Brunei yang memiliki kuripan dan tulin telah bersumpah setia, sebulat hati

untuk tidak memajakkan atau menyerahkan wilayah kepunyaan mereka kepada

Copyright @ 2017 Rd Davidson


negara-negara asing. Amanat baginda ini dikenali sebagai Amanat Sultan Abdul

Momin (lihat D.E. Brown,1974: 168).

4.0 KESIMPULAN

Campurtangan dan perluasan kuasa British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British telah mempengaruhi survival politik Brunei apabila Perjanjian 1888 tidak mampu

memberikan taraf perlindungan yang sepenuhnya kepada Negara Brunei Darussalam.

Ini adalah kerana dasar Great Britain pada masa itu lebih mengutamakan kepentingan

Inggeris, khususnya rejim Rajah Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo

Utara British (SBBUB). Perjanjian 1888 yang sepatutnya memberikan harapan kepada

Brunei dari segi keselamatan dan pengekalan wilayah-wilayah Brunei tidak banyak

meyakinkan Brunei khususnya Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin. Kisah

perampasan Limbang yang merupakan nadi orang-orang Brunei sangat-sangat

mengecewakan Sultan Hashim dan rakyat Brunei.

Walaubagaimanapun, harapan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan rakyat

Negara Brunei Darussalam, untuk menjaga dan mengekalkan kelangsungan dan

kesurvivalan kesultanan Brunei, akhirnya dapat dicapai dengan adanya Perjanjian

Tambahan 1905/06, iaitu tambahan kepada Perjanjian Perlindungan 1888 yang

meletakkan Negara Brunei Darussalam, di bawah pentadbiran Sistem Residen,

Inggeris. Ini adalah merupakan satu penyelamat kepada Kerajaan Brunei kerana

berjaya mengekalkan Kesultanan Brunei daripada terus lenyap sebagai sebuah

kerajaan yang berdaulat di Borneo

Copyright @ 2017 Rd Davidson

You might also like