Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AMERICK SINGH SIDHU V THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BHD

Fakta:

Plaintif memfailkan writ saman ini disebabkan pada atau lebih kurang
13.3.2016, Defendan telah menyebabkan penerbitan di dalam akhbar The
New Sunday Times, satu artikel di muka surat 5 yang bertajuk PIs widow
issues public apology to Najib, Rosmah, di mana kandungannya memfitnah
Plaintif. Plaintif sebelum ini telah menyerahkan interogatori bertarikh
30.5.2016 kepada Defendan tetapi Defendan telah gagal menjawab kesemua
soalan yang dikemukakan. Terdapat 3 soalan yang tidak dijawab oleh
Defendan iaitu:

i) Pada masa penerbitan artikel, editorial akhbar anda The New Straits
Times dan The New Sunday Times di reka:-

a) untuk menghasilkan artikel yang memihak kepada Presiden UMNO,


iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor
(PM dan isterinya).

b) tidak menerbitkan sebarang artikel yang menggambarkan PM


dan/atau isterinya dalam pandangan yang buruk samada dalam arena politik
atau lain-lain berita?

ii) Pada masa penerbitan artikel yang di adukan oleh Plaintif, adakah saham
syarikat yang memiliki atau mengawal The New Straits Times dan The
New Sunday Times di miliki oleh orang-orang yang samada:-

(a) pemegang jawatan UMNO atau mana-mana cawangan atau


bahagian itu?

(b) ahli-ahli UMNO?

(c) penama/calon UMNO?

(d) syarikat-syarikat lain yang dikawal oleh UMNO?

iii) Adakah kenyataan samada Defendan secara langsung atau tidak


langsung di miliki atau di kawal oleh parti politik yang di kenali sebagai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO yang diplidkan dalam
perenggan 9 jawapan Plaintif kepada pembelaan bertarikh 1 Jun 2016 tepat?

Isu:
Adakah defendan berkewajipan untuk menjawab kesemua soalan yang
dikemukakan oleh Plaintif dalam proses interogatori?

Keputusan Mahkamah dan Alasan Penghakiman:

Mahkamah menolak permohonan Plaintif dan kos diberi kepada Defendan.

Alasan:

Soalan 1:

i) adalah frivolous kerana ianya tiada kaitan kepada samada artikel


berkenaan adalah satu fitnah terhadap Plaintif atau pun tidak. Dan ianya
juga bukan isu untuk dibicarakan.

ii) Soalan ini juga adalah di dapati bukan suatu keperluan atau sesuatu
yang diperlukan bagi penyelesaian kes yang adil dan ianya lebih merupakan
suatu fishing interrogatory yang mana Plaintif mengharapkan akan
berlaku sesuatu yang boleh membantu kesnya.

Soalan 2:

i) adalah frivolous, tidak relevant, bukan suatu keperluan atau


sesuatu yang diperlukan dalam perbicaraan adil dan bersifat
menindas. Soalan ini tiada kaitan dengan isu yang akan dibicarakan dan
memerlukan masa dan kos yang tinggi bagi menyemak dan mendapatkan
data seperti yang diperlukan kerana ahli-ahli UMNO adalah ramai.

Soalan 3:

i) juga adalah frivolous dan berbentuk fishing expedition. Soalan ini


menunjukan seolah-olah Plaintif tidak pasti kepada plidingnya dan meminta
butiran-butiran lanjut bagi memastikan bahawa plidingnya tepat. Beban
adalah pada Plaintif bagi membuktikannya. Mahkamah berpendapat ini
adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

You might also like