Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assamualaikum Wbht....

Pada 7 9 Mei yang lalu pasukan Bahas Bahasa Inggeris sekolah kita telah menyertai
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen Piala Datuk Wira Dr. Abdul Rahman Arshad
Peringkat Wilayah Sentul bertempat di SMK Jinjang Kuala Lumpur. Buat pertama kali dalam sejarah
SMK Dato Ibrahim Yaacob, pasukan bahas sekolah kita di bawah bimbingan En. Muhammad Adam
Dharma b Paker Seelan telah memenangi Tempat Ke-3 daripada 20 sekolah yang bertanding.
Pasukan bahas sekolah telah menewaskan SMK Taman Bukit Maluri pada pusingan pertama,
seterusnya menewaskan jaguh pertandingan iaitu SMK St. Mary pada pusingan kedua dan
seterusnya menewaskan SMP Jln. Ipoh di peringkat suku akhir. Pencapaian terbaik dalam
pertandingan tersebut ialah apabila pembahas kedua pasukan kita, Edel a/p Siva Sanker dinobatkan
sebagai pembahas terbaik bagi ketiga tiga pusingan tersebut.

Walau bagaimana pun nasib tidak berpihak pada kita, pasukan kita tewas apabila bertemu
SMK Manjalara di peringkat separuh akhir. Sejarah tercipta sekali lagi apabila pasukan bahas sekolah
kita dipilih untuk mewakili Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Sentul ke pertandingan Bahas Bahasa
Inggeris Ala Parlimen Piala Datuk Wira Dr. Abdul Rahman Arshad Peringkat Negeri 2014 yang telah
diadakan pada 26 & 27 Mei bertempat di SMK Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Asmah bt Kailani Pengetua
SMK DIY, diiringi oleh Pn. Hayati Hassan PK Tadbir & Kurikulum SMKK DIY untuk menyampaikan piala
& sijil kepada peserta pasukan bahas Bahasa Inggeris sekolah.

Dijemput:

NAME CATATAN
1. LEA HANIS BT MUHAMAD NADZRI Pembahas Pertama
2. EDEL A/P SIVA SANKER Pembahas Kedua (Pembahas Terbaik)
3. YAP JIA JUN Pembahas Ketiga
4. ARUNAN A/L NACHIMUTHU Pembahas Simpanan
5. RAJINDERJIT SINGH Pembahas Simpanan
Seterusnya, pada 19 Jun 2014 yang lalu, telah diakan pertandingan Public Speaking Sekolah-
Sekolah Menengah Wilayah Sentul di SMK Kiaramas, Kuala Lumpur. Di bawah bimbingan Cik Rabiah
Bibi, wakil SMK DIY telah menunjukkan satu prestasi yang amat baik di dalam pertandingan tersebut.
Di jemput sekali lagi YAP JIA JUN untuk tampil ke atas pentas bagi menerima sijil penyertaan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Asmah bt Kailani dan Pn. Norhayati
Hassan atas kesudian untuk menyampaikan hadiah.

Syabas dan tahniah kepada para pembahas dan wakil Public Speaking. Di harap pasukan
SMK DIY pada tahun hadapan dapat mempertingkatkan pencapaian dalam pertandingan tersebut.

SMK DIY BOLEH!!!!!

SEKIAN TERIMA KASIH....

You might also like