Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR:

1. Ain Zuraidah Binti Dzulkifli

2. Aini Diyana Binti Ahmad Fakhruradzi

3. Nini Karlina Binti Md Yusof

4. Saidatul Najihah Binti Jaafar

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,


42700 Banting, Selangor
NAMA PROJEK : Projek Sudut Bahasa Arab Di Bilik J-Qaf, Sk Permatang Pasir
1437h/2016
TEMPOH PELAKSANAAN: Dua Minggu

OBJEKTIF

Projek sudut Bahasa Arab di bilik j-QAF SK Permatang Pasir dijalankan berdasarkan
objektif berikut:

1. Membuat penambahbaikan keceriaan di bilik j-QAF.


2. Memudahkan pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
3. Menyuburkan semangat cintakan Bahasa Arab dalam kalangan murid melalui
sudut Bahasa Arab yang diwujudkan.

STRATEGI PELAKSANAAN
Minggu Pertama Menulis kertas kerja

Minggu Kedua Menghantar Kertas Kerja

Minggu Ketiga Membahagikan sudut di dalam bilik j-Qaf mengikut beberapa


bahagian yang telah dibincangkan seperti sudut buah-
buahan, sudut nombor, sudut keluarga, sudut warna dan
sudut haiwan.

Mencari bahan-bahan untuk membuat sudut Bahasa Arab di


bilik j-Qaf seperti tikar, alatan untuk mengecat, kertas A4,
rumput plastik, kayu broti, kusyen dan dakwat printer.

Kami mula memilih design gambar yang ingin dilukis pada


dinding iaitu gambar pokok, gambar papan tanda dengan
animasi kartun upin ipin, dan pensel warna. Kemudian
melakar lukisan yang dipilih pada bahagian dinding yang
telah ditetapkan.

Minggu Keempat Mewarna lukisan mural pada dinding dan print bahan-bahan
berkaitan Bahasa Arab. Menambah info dan maklumat
REFLEKSI

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

Projek Sudut Bahasa Arab ini telah menambahkan suasana ceria di bilik j-Qaf Sekolah
Kebangsaan Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor. Maklumat atau lukisan mural
yang dibuat di bilik j-Qaf tersebut merupakan kandungan pelajaran yang terdapat di
dalam silibus subjek Bahasa Arab sekolah rendah. Sepanjang guru pelatih menceriakan
bilik j-Qaf ini, terdapat beberapa orang murid yang mula mengunjungi bilik j-Qaf dan
membaca info yang terdapat di sudut Bahasa Arab ini.

Selain itu, terdapat juga guru dan murid yang memuji keceriaan sudut Bahasa
Arab di bilik j-Qaf yang penuh dengan warna-warni dan pemilihan design yang sesuai
untuk meningkatkan suasana kondusif dan informatif untuk murid-murid Sekolah
Kebangsaan Permatang Pasir.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI

Projek Sudut Bahasa Arab di bilik j-Qaf tidak dapat dilakukan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan oleh guru pelatih. Hal ini kerana, guru pelatih tidak dapat bajet
kewangan untuk projek ini kerana mentor terlibat dengan aktiviti di luar sekolah. Selain
itu, akibat kekangan masa dengan aktiviti di sekolah, projek ini mula dilaksanakan pada
minggu ketiga internship. Pelaksanaan yang tidak selari dengan perancangan yang
telah dibuat ini telah menyebabkan projek ini lambat disiapkan.

Kelemahan kedua ialah terdapat bahagian sudut Bahasa Arab yang kelihatan
kosong kerana sumber kewangan yang terhad dan kekangan masa yang kian suntuk.
Walaubagaimanapun, sudut Bahasa Arab ini kelihatan cantik dan kemas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru Pelatih mencadangkan agar satu papan tulis khas diletakkan di sudut Bahasa
Arab supaya info Bahasa Arab atau perbendaharaan Arab baharu dapat ditulis setiap
hari oleh guru dan murid-murid. Selain itu, menjadikan papan tersebut sebagai tempat
menampal hasil kerja murid yang terbaik.
Di samping itu, bagi cadangan untuk masa hadapan, guru sekolah boleh
menjadikan sudut Bahasa Arab tersebut sebagai satu tempat tumpuan dengan
mengadakan pertandingan kuiz yang memerlukan murid membaca info bahasa Arab di
sudut tersebut ataupun menjadikannya tempat yang kondusif untuk murid-murid belajar
di bilik j-Qaf tersebut.

KESIMPULAN

Pelaksanaan projek Sudut Bahasa Arab di bilik j-Qaf ini diharap dapat memberi manfaat
kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. Selain itu, pelaksanaan
projek ini diharapkan dapat menjana hasil yang positif dan bermanfaat untuk semua
yang terlibat. Selain itu, diharapkan segala nilai yang diperoleh daripada projek ini dapat
digunakan sebaik mungkin agar menjadi golongan intelektual yang lebih
berpengetahuan, dan berkemahiran khususnya dalam bidang Bahasa Arab.
LAPORAN PROJEK SUDUT BAHASA ARAB

Projek Sudut Bahasa Arab merupakan satu projek berkumpulan yang bertemakan
keceriaan dan input-input tentang perbendaharaan kata dalam bahasa arab. Para guru
pelatih telah memutuskan untuk mewujudkan sudut tersebut di dalam bilik j-Qaf
Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir.

Sebelum memulakan proses menghias Sudut Bahasa Arab ini, para guru pelatih
terlebih dahulu berbincang mengenai tema, design dan input-input yang akan
memenuhi ruangan sudut. Setelah mencapai kata sepakat, gerak kerja telah dimulakan.
Bidang kerja dibahagikan secara sama rata kepada setiap guru pelatih. Antara bidang
kerja yang dilaksanakan ialah mengenalpasti tema-tema dan perkataan-perkataan yang
ingin diletakkan di setiap bahagian, menyediakan kertas kerja, mencari bahan-bahan
yang diperlukan seperti tikar, alatan untuk mengecat, kertas A4, rumput plastik, kayu
broti, kusyen dan dakwat printer.

Sebelum memulakan sesi menghias sudut Bahasa Arab ini, guru pelatih telah
menanggalkan kad-kad dan perhiasan lama yang terdapat pada dinding-dinding di
kawasan sudut yang telah dirancang. Kad-kad yang masih elok dan boleh digunakan
lagi disimpan di tempat yang selamat. Setelah itu, proses mengecat dinding dengan cat
berwarwan putih dimulakan. Ia mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Dalam masa
itu, guru pelatih telah memilih design gambar yang ingin dilukis pada dinding iaitu
gambar pokok, gambar papan tanda dengan animasi kartun upin ipin, dan pensel
warna. Apabila cat mulai kering dan gambaran design sudah diperolehi, proses melukis
dimulakan dengan bantuan LCD. Proses ini hanya mengambil masa sehari untuk
disiapkan.

Apabila semua lukisan telah siap dilukis, aktiviti mengecat menggunakan warna-
warna yang telah dipilih pula dimulakan. Pemilihan warna adalah berdasarkan
kesesuaian kawasan sudut. Warna yang terang dan ceria digunakan supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif dan menarik. Setelah semua lukisan siap
diwarnakan, proses menghias, menampal input ilmu, dan membersihkan sudut ini
dilaksanakan.
Akhirnya, para guru pelatih telah pun berjaya mewujud, menceriakan serta
menambah info serta ilmu yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua
warga sekolah khususnya murid-murid yang akan menggunakan Sudut Bahasa Arab ini
kelak.

Di akhir projek ini, guru pelatih telah melakukan sesi refleksi untuk melihat
kekurangan dan penambahbaikan yang dapat dibuat pada masa tersebut dan juga
pada masa hadapan.

Gambar 1 dan Gambar 2 : Proses mengecat dan melukis mural


Gambar 3 : Papan tanda Sudut Bahasa Arab

Gambar 4 : Sudut Bahasa Arab


Gambar 5 : Para guru pelatih bergambar di Sudut Bahasa Arab yang telah disiapkan

PENUTUP

Diharapkan agar hasil sumbangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Sekolah
Kebangsaan Permatang Pasir. Semoga projek Sudut Bahasa Arab ini dapat
memberikan aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah untuk terus cemerlang
dalam setiap perkara yang dilakukan.

Disediakan oleh,

(AIN ZURAIDAH BINTI DZULKIFLI)

Setiausaha,

Projek Sudut Bahasa Arab.

You might also like