Konsep Momentum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KONSEP MOMENTUM

Nota Ringkas

Momentum ialah hasil darab jisim dengan halaju suatu objek yang bergerak.
Momentum = Jisim
x Halaju
-1
Unit SI bagi momentum = kg m s
Semua objek bergerak mempunyai momentum.
Objek yang pegun tidak mempunyai momentum kerana halajunya adalah sifar.
Suatu objek yang mempunyai jisim yang besar dan bergerak dengan
pantas mempunyai momentum yang lebih besar.

Hubungan antara momentum, jisim dan halaju :


a) Momentum suatu objek bergantung kepada jisim dan halajunya.
b) Objek dengan jisim yang lebih besar memiliki momentum yang lebih
besar berbanding dengan objek berjisim lebih kecil.
c) Objek yang bergerak dengan halaju yang lebih tinggi mempunyai
momentum yang lebih besar berbanding dengan objek yang bergerak
dengan perlahan.

Prinsip Keabadian Momentum

Jumlah momentum = Jumlah momentum


sebelum
Aplikasi momentum perlanggaran
dalam kehidupan harian selepas
a) Ciri-ciri keselamatan kenderaan
- Sistem brek mengurangkan halaju kenderaan supaya
momentumnya berkurang.
- Bahagian hadapan dan belakang direka untuk memanjangkan
masa perlanggaran bagi mengurangkan hentaman semasa
perlanggaran.
- Bampar menyerap hentaman yang disebabkan oleh perlanggaran.
- Ruang penumpang mempunyai binaan banda kereta yang kuat
untuk melindungi penumpang.

b) Pelantak cerucuk
- Pelantak cerucuk yang berat dinaikkan sehingga ketinggian yang
tertentu sebelum dijatuhkan.
- Momentum menyebabkan cerucuk dipacakkan ke dalam tanah.

c) Had kelajuan dan berat kenderaan berat


- Kenderaan mempunyai had ke atas kelajuannya dan berat bebannya
yang diangkut.
- Ini dapat mengurangkan momentum dan memastikan keselamatan
semua pengguna jalan raya.
Soalan Objektif

1. Kereta direka dengan bampar yang senang kemik apabila dilanggar. Apakah
tujuan mempraktikkan rekaan ini?
A Untuk mengurangkan momentum
kereta B Untuk menambahkan momentum
kereta C Untuk memanjangkan masa
perlanggaran
D Untuk menyahpecutkan kereta dalam tempoh masa yang singkat
-1
2. Suatu objek yang berjisim 10kg bergerak dengan halaju 20m s .
Berapakah momentum objek yang bergerak itu?
-1
A 0.2 kg m s
-1
B 2 kg m s
-1
C 20 kg m s
-1
D 200 kg m s
-1
3. Suatu objek yang berjisim 0.5kg telah bergerak dengan halaju 3.0m s .
Apakah momentunnya?
-1
A 1.5 kg m s
-1
B 9.0 kg m s
-1
C 12.0 kg m s
-1
D 15.0 kg m s

4. Antara penyataan-pernyataan berikut, yang manakah merupakan


aplikasi momentum yang tidak benar?
A Setiap kenderaan mempunyai had kelajuan yang tertentu.
B Setiap kenderaan boleh bebas membawa sebanyak mana beban.
C Bahagian belakang dan hadapan direka untuk memanjangkan
masa perlanggaran.
D Sistem brek direka untuk mengurangkan kelajuan kenderaan.

Soalan Subjektif
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
tinggi jisim halaju laju momentum

a) Momentum dapat ditakrif sebagai hasil darab dengan ..


sesuatu objek bergerak.
b) Semua objek bergerak mempunyai .. manakala objek yang pegun
tidak mempunyai
c) Momentum sesuatu objek bergantung kepada dan .nya.
d) Objek yang mempunyai halaju yang lebih . dan bergerak
mempunyai momentum yang lebih besar.

2. Tandakan () bagi ciri-ciri keselamatan dalam rekaan sebuah kereta yang


berkaitan dengan momentum.

Penyandar kepala (
Cermin hadapan yang Tali pinggang
tidak mudah pecah ( keledar ( )

1.Zon
Rajah 1 menunjukkan set eksperimen untuk mengkaji hubungan antara
mudah
momentum, jisim dan halaju.
remuk ()

Bampar (

Batang keluli
yang kuat ()
Beg udara automatik (

Sebuah troli dengan jisim m dilepaskanTurus sterengrehat dan menuruni


dari keadaan
yang mudah
cerun yang condong. Troli tersebut berlanggar dengan sebuah troli yang
sama di kaki cerun dan kedua-dua troli bergerak dengan bersama
selepas perlanggaran yang melalui jarak y sebelum berhenti.

Eksperimen ini diulangi beberapa kali dengan sudut condong yang semakin
bertambah dan menambahkan blok kayu yang sama untuk memperoleh nilai-nilai
y yang berlainan.

(a) Apakah momentum?


.
(b) Apakah yang digunakan untuk menunjukkan momentum troli itu?


.
[1 markah]
(c) Namakan pemboleh ubah yang bergerak balas.


.
[1 markah]
(d) Namakan pemboleh ubah yang dimalarkan.


.
[1 markah]
(e) Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi oleh seorang pelajar.
Bilangan blok 1 2 3 4

y (cm) 10.5 15.7 19.3 25.4

Jadual 1

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen ini?


.
[1 markah]

Soalan Esei
1. Kaji pernyataan berikut.

Untuk tujuan keselamatan, semua pemandu patut memperlahankan kelajuan


kereta mereka untuk mengurangkan momentum.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk mengkaji hubungan antara halaju


dan momentum.

(b) Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di (a)


berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
Tujuan eksperimen
Mengenal pasti pemboleh ubah
Senarai bahan dan radas
Prosedur
Penjadualan data

You might also like