Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN

(SARJANA PENDIDIKAN)
SEMESTER 2 SESI 2016/2017

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tugasan Kumpulan:
MOOC (MASSIVE OPEN ONLINE COURSES)

Disediakan oleh:
LIZA BINTI MOHD ALIAS (P84883)
NOOR AZMAH BINTI MAT ADENAN (P84581)
FAIRUZ BINTI KAMARUZAMAN (P84549)

Pensyarah:
DR. MOHD RADZANI BIN ABD. RAZAK
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 ABSTRAK 1

2.0 PENGENALAN MOOC 2

3.0 LATAR BELAKANG MOOC 4

4.0 MOOC: KAEDAH PEMBELAJARAN BARU

5.0 PLATFORM UTAMA MOOC

6.0 PENILAIAN TERHADAP MOOC


Penilaian terhadap kursus yang ditawarkan

7.0 ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Peranan pendidik
Peranan pentadbir institusi pendidikan
Peranan pelajar
Peranan ibu bapa / pelajar

8.0 KELEBIHAN / KEKURANGAN MOOC

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN MOOC

10.0 RUJUKAN
ABSTRAK
Pengaruh teknologi dan kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah
membuka peluang yang besar kepada dunia pendidikan pengajian tinggi. Pembelajaran
Jarak Jauh (PJJ) dan pembelajaran dalam talian jelas menunjukkan satu pilihan yang
berkesan berbanding pembelajaran bilik darjah secara tradisional. Disebabkan itu, telah
terhasil suatu evolusi baru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc),
diantaranya ialah Massive Open Online Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC.
MOOC yang bermaksud Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran adalah satu
platform dimana penyertaan interaktif secara besar-besaran dan akses terbuka dijalankan
melalui laman web. Sejak akhir-akhir ini, konsep pembelajaran secara jarak jauh atau atas
talian kian berkembang dengan pantas termasuklah platform MOOCs (Massive Open Online
Courses) yang kini sedang hangat di bincangkan. MOOCs merupakan trend terkini
pembelajaran jarak jauh yang menawarkan kursus-kursus di peringat pengajian tinggi secara
percuma kepada mana-mana pengguna internet. Malahan pengaplikasian platform MOOC
ini telah dilaksanakan di beberapa universiti terkemuka seperti Universiti Havard dan MIT
dan mereka turut menggalakkannya (Chen et al. 2014). Walaupun begitu, konsep
pembelajaran secara jarak jauh atau atas talian ini tetap memberikan kesangsian dan
keraguan terhadap kualiti pendidikan itu sendiri, maka kertas konsep ini ingin mengupas dan
membincangkan dengan lebih lanjut isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan pembelajaran melalui MOOC. Perbincangan ini juga akan mengemukakan
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Diharapkan kertas konsep ini
mampu membuka fikiran pembaca mahupun pengkaji untuk menilai dan membuat
pertimbangan yang sewajarnya bagaimana untuk meningkatkan kualiti MOOC sesuai dengan
keperluan semasa pendidikan.

Kata Kunci: Massive Open Online Courses; MOOC; Pendidikan pengajian tinggi;
Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)
2.0 Pengenalan
Jika dilihat dari aspek pendidikan, perkembangan terknologi telah banyak mengubah corak
pengajaran dan pembelajaran secara globalnya.
Salah satu fenomena dari perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang besar
kepada trend pedidikan dan pembelajaran pada abad ke 21 ini, antaranya apabila
pembelajaran atas talian (online learning) mula diperkenalkan, dan salah satu contohnya ialah
platform MOOCs.
Platform MOOCs ini telah merealisasikan sistem pembelajaran masa hadapan yang
diidamkan kerana ciri-cirinya, antaranya ialah semua orang mampu untuk melajutkan
pelajaran, ini kerana MOOCs terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mendaftar tanpa mengira
negara, umur, mahupun kelulusan. Ini menjurus kepada pembelajaran sepanjang hayat (Chen
2013).

3.0 Latar Belakang


Perkembangan MOOC bermula daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka (open
educational resources). Istilah MOOC mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 2008 oleh
Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National
Institute for Technology in Liberal Education. Ini adalah susulan kepada kursus Connectivism
and Connective Knowledge yang dipelopori oleh George Siemens dari Athabasca University
dan Stephen Downes dari National Research Council. (Chris 2013).
Kursus ini ialah mengenai perkembangan aplikasi aktiviti rangkaian dan teori Connectivism
yang diperkenalkan oleh George Siemens sebagai salah satu teori pembelajaran baru dalam
era digital hari ini. Keunikan kursus ini telah menemukan kepelbagaian kaedah penyampaian
dan penerimaan material P&P di kalangan pengguna yang ramai. Mereka berkongi
pengetahuan dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam suatu rangkaian pengetahuan
yang unik (Mackness, Mak dan Williams, 2010).
Kursus ini dijalankan di University of Manitoba mempunyai seramai 25 orang pelajar yang
berbayar dan selebihnya seramai 2200 orang pelajar di kalangan orang awam dari seluruh
dunia yang mengikutinya secara percuma. Bahan-bahan kursus boleh didapati melalui suapan
RSS. Para pelajar berinteraksi melalui aplikasi kolaborasi di atas talian, termasuklah
perbincangan di dalam platform Moodle dan Second Life, serta entri dari blog (Cormier,
2008).
4.0 Kaedah Pembelajaran Baru
Menurut Cormier (2010), ciri-ciri asas MOOC ialah capaian kepada kursus-kursus yang
ditawarkan adalah terbuka dan percuma, melibatkan penyertaan secara sukarela dari pihak
pelajar. Penyedia bahan kursus membangunkan bahan P&P dan diedarkan dengan meluas.
Hasil tugasan peserta dikongsi bersama peserta-peserta lain. MOOC menyokong pendidikan
sepanjang hayat. Pada kursus yang mengenakan bayaran, ia adalah sebagai yuran untuk
mendapatkan sijil kelulusan kursus yang diikuti.
Pappano (2012) telah menamakan tahun 2012 sebagai Tahun Untuk MOOC kerana material
P&P yang boleh didapati secara percuma di dalamnya telah membuka suatu pintu kepada
kelompok universiti-universiti elit untuk menerima lebih ramai bakal pelajar. Menurut
Catherine (2013), MOOC semakin popular pada awal tahun 2012, apabila Daphne Koller dan
Andrew Ng, mantan ahli akademik dari Standford University melancarkan platform
pembelajaran mereka di atas talian yang dikenali sebagi Coursera.
Capaian ke internet yang semakin pantas dan mudah, telah membuka suatu peluang baru
kepada para pengguna yang bermotivasi tinggi untuk meneruskan pengajian ke suatu tahap
yang mereka impikan. Terdapat banyak platform MOOC yang menawarkan berbagai-bagai
kursus dari universiti terkemuka dunia secara percuma. edX ialah salah satu daripada platform
yang dimaksudkan ini. Ia adalah kolaborasi antara Harvard University dengan Massachusetts
Institute of Technology (MIT) yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu,
Udacity, futurelearn.com, Open Yale Courses, Carnegie Mellon Free Courses, UCLA
Extension, Harvard Extension School dan UC Berkeley Free Courses (sekadar menamakan
beberapa platform sahaja) turut sama menawarkan kursus-kursus yang dijalankan melalui
MOOC.
5.0 Platform utama MOOC
Terdapat lebih 60 platform bagi MOOC (Li et al., 2015). Namun begitu kajian mereka pada
ketika itu turut menyatakan bahawa platform yang mempunyai bilangan kursus lebih daripada
100 atau dikenali secara meluas di kawasan mereka adalah sebanyak 23 platform seperti
dalam Jadual 3. Platform MOOC mula bertapak di Amerika Utara dan Eropah sejak sebelum
tahun 2010 kemudiannya berkembang ke Australia dan Asia pada tahun 2012 (Li et al., 2015).
Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat bahawa terdapat empat kawasan utama yang paling
dikenali dan banyak menggunakan platform MOOC. Kawasan-kawasan tersebut adalah
Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia. Berdasarkan dapatan di atas, terdapat dua
kategori dalam platform MOOC. Platform pertama adalah platform yang menawarkan lebih
daripada 100 kursus. Platform yang kedua pula ialah platform yang menawarkan kurang
daripada 100 kursus. Terdapat sebanyak 23 platform yang paling banyak digunakan di empat
kawasan yang dinyatakan seperti di atas. Terdapat sebanyak dua belas platform yang
menawarkan lebih daripada 100 kursus. Bagi Amerika Utara platform-platformnya adalah
Coursera, edX, Khan Academy, P2PU, Tareasplus dan Udemy. Negara-negara Eropah pula
menggunakan platform seperti ALISON, Miriada X dan OpenupEd. Australia menggunakan
Open2study sementara Asia pula menggunakan Schoo dan xuetangX.com. Di samping itu,
terdapat pula sebelas platform yang menawarkan kurang daripada 100 kursus. Bagi Amerika
Utara platform-platformnya adalah Canvas.net, Mongo DB, NovoEd dan Udacity. Negara-
negara Eropah menggunakan FutureLearn, Australia menggunakan OpenLearning manakala
Asia pula menggunakan ewant, icourse163.org, JMOOC, Shanghai Course Centre dan
ShareCourse. Namun kini bilangan kursus bagi setiap platform mungkin bertambah mengikut
peredaran masa. Bilangan kursus sebenar dan data bilangan pelajar yang mengikuti kursus
MOOC boleh diketahui dengan melayari setiap laman web bagi platform yang dikehendaki

6.0 PENILAIAN TERHADAP MOOC

Manalo (2014) menggunakan Evolusi Model Kirkpatrik sebagai salah satu prosedur dalam
penilaian MOOC.Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, Kirkpatrik (2006)
memperkenalkan empat tahap untuk menilai keberkesanan sesebuah kursus atas talian. Tahap
pertama adalah reaksi, tahap kedua adalah pembelajaran, tahap ketiga adalah evolusi perilaku
dan tahap keempat adalah keputusan (Manalo 2014). Evolusi Model Kirkpatrik sebagai salah
satu prosedur dalam penilaian MOOC. Model ini boleh diaplikasikan kepada pelaksanaan
MOOC oleh pengkaji Manalo (2014) di mana pada tahap pertama pengkaji mengetahui reaksi
peserta MOOC menentukan sama ada objektif kursus boleh dikatakan berkesan atau
sebaliknya. Tahap kedua merujuk sama ada objektif kursus tercapai dan berlaku pemindahan
pengetahuan. Tahap ketiga dan keempat adalah penilaian kepada hasil pembelajaran daripada
MOOC. Hasil kajian Manalo (2014) yang berkaitan penilaian tahap kepuasan Pembelajaran
Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi. Seramai 183 peserta berdasarkan MOOC mendapati
peserta berpuas hati dengan tahap pembelajaran namun isu yang dibangkitkan adalah masa
yang tidak mencukupi untuk menyiapkan semua kuiz, tugasan dan projek dalam waktu yang
ditetapkan.

Rajah 1

7.0 ISU DAN CABARAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Peranan pendidik
Peranan pentadbir institusi pendidikan
Peranan pelajar
Peranan ibu bapa / pelajar
8.0 KELEBIHAN / KEKURANGAN MOOC

MOOC memerlukan interaksi supaya sesebuah kursus itu dapat dilaksanakan sama
seperti kelas bersemuka. Interaksi adalah elemen yang paling penting dalam sesebuah
pembelajaran atas talian (Murray, 2014). MOOC memerlukan interaksi dan perhubungan
antara pelajar sesama mereka dan juga pelajar bersama pelatih kursus (Abeer & Miri, 2014;
Zheng et. Al, 2015; Chua et. Al., 2015; Cole & Timmerman, 2015; Alshehri, 2015; Khalil &
Ebner, 2015). Melalui MOOC, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza. Mereka boleh berkongsi
pandangan dan idea (Cole & Timmerman, 2015). Pelajar juga dapat berinteraksi secara
peribadi dengan pelatih kursus dan bertanyakan sendiri persoalan. MOOC menyediakan ruang
forum dan perbincangan untuk meluaskan interaksi dan rangkaian perhubungan serta
memberikan jalan untuk pembelajaran sokongan (Alshehri, 2015).

Antara kelebihan penggunaan MOOC adalah sifatnya yang dapat memenuh keperluan semasa
pelajar (Luo et. al., 2014; Li et al., 2014; Zheng et al., 2015; Bruff et al., 2012). Selain boleh
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran teradun (Bruff et al., 2012).
Ini dapat dilihat dalam situasi apabila MOOC dijadikan sebagai pembelajaran altenatif oleh
pensyarah apabila tidak dapat mengadakan kelas secara bersemuka. Proses pengajaran dan
pembelajaran masih berlaku walaupun di alam maya. Selain itu, MOOC membolehkan
pemindahan maklumat antara pensyarah kepada pelajarnya yang berlaku secara atas talian dan
boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. MOOC juga memberi peluang kepada pelajar
pengajian jarah jauh. Golongan ini boleh mendaftar kursus dan mengikutinya dalam talian.
Melalui MOOC pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama tanpa menghadirkan
diri ke kelas secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak maklumat berkaitan yang
dirasakan perlu (Abeer & Miri, 2014; Wang & Baker, 2014; Alshehri, 2015; Cole &
Timmerman, 2015). Kelebihan ini juga menjadikan MOOC sebagai satu langkah penyelesaian
bagi mereka yang ingin mencari maklumat serta kemahiran tambahan kepada subjek yang
dipelajari di dalam kelas. Berdasarkan kelebihan-kelebihan ini, MOOC diletakkan sebagai
media pembelajaran baru (Wang & Baker, 2015).

Batasan Penggunaan Massive Open Online Course (MOOC)


Dalam MOOC, tugasan kursus yang wujud adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan
tugasan di dalam kelas secara bersemuka (Li et.al.,2014). Ini kerana pelatih kursus ingin
melihat prestasi pelajarnya memahami sesebuah topik yang dikemukakan. Penilaian kendiri
dan tugasan untuk pelajar boleh dijadikan penggerak yang baik bagi melengkapkan kursus
(Wang & Baker, 2015). Kepelbagaian jenis tugasan juga mencetuskan kepelbagaian cara
pemarkahan untuk seimbangkan corak pembelajaran yang berbeza (Watted Abeer & Barak
Miri, 2014). Walau bagaimanapun, tugasan ini juga menjadi beban kepada pelajar disebabkan
masa yang diambil untuk menyiapkannya agak lama dari biasa. Manalo (2014), Li et al.
(2014), dan Abeer dan Miri (2014) menjelaskan tugasan yang banyak dalam MOOC
menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya dan memerlukan masa tambahan untuk
menghabiskan kursus tersebut. Terdapat juga segelintir pelajar yang berputus asa dan tidak
menghabiskan kursus tersebut ( Abeer & Miri, 2014).
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN MOOC

Populariti MOOC semakin meningkat dengan penglibatan pelbagai institusi dan ahli
akademik terutamanya daripada pakar-pakar bidang. Tambahan lagi, elemen yang
terkandung dalam MOOC seperti kursus atas talian, reka bentuk yang fleksibel dan
pembangunan interaktiviti turut menyumbang keterujaan penggunaan MOOC selain
ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar. Konsep pedagogi yang diterapkan
dalam MOOC berlainan daripada pembelajaran atas talian yang lain dan
menjadikannya satu kelebihan apabila ciri-ciri keterbukaan itu dapat menarik lebih
ramai mendaftarkan diri dan menggunakan MOOC sebagai satu medium
pembelajaran tambahan. Aspek utama yang ditekankan pada kursus atas talian ini
adalah kandungan bahan-bahan pembelajarannya yang sesuai mengikut keperluan
pelajarnya serta mengenai jangkaan tentang kursus.
Salah satu kunci untuk menjayakan kursus atas talian adalah interaksi. Dalam waktu
yang sama pelatih kursus juga perlu sentiasa melibatkan diri secara aktif untuk
membantu pelajar dalam kursus yang diceburi dan sentiasa peka akan kehendak
pelajarnya. Pelajar yang menggunakan MOOC boleh memperolehi satu kelebihan
iaitu dapat bertukar-tukar maklumat dan idea dengan kenalan di serata dunia serta
memperolehi pengetahuan yang tidak diajar di dalam kelas. Pembelajaran
menggunakan MOOC lebih mencabar dan fleksible. Ini kerana pelajar akan belajar
sendiri dan ini akan melatih kemahiran pemikiran kritis dan kritikal, cara
berkomunikasi, pengurusan masa dan disiplin seseorang pelajar tersebut. Walau
bagaimanapun, kajian lanjutan dari segi penerimaan dan penggunaan MOOC,
perlaksanaan MOOC oleh pusat pengajian mahupun pensyarah yang
mengendalikan kursus dan persepsi pembangun MOOC, pengguna dan juga pelatih
kursus masih perlu dikaji terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia.
Tambahan lagi kajian tersebut diperlukan untuk memahami sepenuhnya
persekitaran MOOC dan membolehkan penyampaikan MOOC membantu
meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran generik dalam kalangan pelaar
institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Rujukan

BPDA Detroit Chapter (n.d.). MOOCs: Top 10 Sites for Free Education With Elite
Universities. Retrieved February 12, 2014, from http://www.bdpa-
detroit.org/portal/index.php/comittees/high-school-computer-competition-hscc/29-
education/57-moocs-top-10-sites-for-free-education-with-elite-universities.html

Catherine, R. (2013). The Best MOOC Provider: A Review of Coursera, Udacity and Edx -
SkilledUp.com. Retrieved February 12, 2014, from http://www.skilledup.com/blog/the-best-
mooc-provider-a-review-of-coursera-udacity-and-edx/

Chris, P. (2013, October 17). Mooc creators criticise courses lack of creativity | News |
Times Higher Education. Retrieved February 12, 2014, from
http://www.timeshighereducation.co.uk/news/mooc-creators-criticise-courses-lack-of-
creativity/2008180.article

Connectivism and Connective Knowledge (CCK08) course network.png. (n.d.). Retrieved


from
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Connectivism_and_Connective_Knowl
edge_%28CCK08%29_course_network.png

Cormier, D. (2010, December 8). What is a MOOC? [Video file]. Retrieved from
http://www.youtube.com/watch?v=eW3gMGqcZQc [6] Cormire, D. (2008, October 2). The
CCK08 MOOC Connectivism course, 1/4 way | Dave's Educational Blog. Retrieved
February 12, 2014, from http://davecormier.com/edblog/2008/10/02/the-cck08-mooc-
connectivism-course-14-way/

Mackness, J., Mak, S., & Williams, R. (2010). The ideals and reality of participating in a
MOOC. In Networked Learing Conference (pp. 266-275). University of Lancaster.
[8] O'Connor, F. (2014, January 23). Edx Enrollment Data Shows Online Learners Are More
Browsers Than Finishers. Retrieved January 30, 2014, from
http://www.cio.com/article/print/746978 [9] Pappano, L. (2012). The Year of the MOOC. The
New York Times, 2(12), 2012.

RUJUKAN
Andrew W. Cole dan C. Erik Timmerman. (2015). What Do Current College Students
Think about MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching;
11(2):188-201.

Berita Harian Online. (2014). Malaysia mampu berperanan sebagai hab pendidikan
global. http://www.bharian.com.my/node/21405.
Chris, P. (2013). Mooc creators criticise courses lack of creativity | News | Times
Higher
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
186
Education.http://www.timeshighereducation.co.uk/news/mooc-creators-criticisecourses-lack-
ofcreativity/2008180.article
Darco Jansen, Jon Rosewell dan Karen Kear. (2016). Quality Frameworks for
MOOCs. Open Education: from OERs to MOOCs. Lecture Notes in
Educational Technology (LNET): 261-281.
Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0. Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian
Pendidikan Tinggi.
http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_DePAN_v2.pdf
Derek Bruff, Douglas Fisher, Katherine McEwen dan Blaine Smith. (2012). Journal of
Online Learning and Teaching.
Duratul Ain Yahya. (2013). MOOC : Suatu Inovasi PDP. Buletin Sokongan
Penyelidikan & Pendidikan PTM Bil 6 Mac 2013:1-7.
Farraj Alshehri. (2015).The Perceptions of MOOCs Learners. Journal of Emerging
Trends in Computing and Information Sciences; 6(10):550-552.
Fiona M. Hollands dan Devayani Tirthali. (2014). MOOCs: expectations and reality.
Full report. Center for Benefit- Cost Studies of Education, Teachers College,
Columbia University, NY. Diperolehi dari WWW pada Okt., 13 2014 di
http://cbcse.org/wordpress/wpcontent/uploads/2014/05/MOOCs_Expectations
_and_Reality.pdf
Hanan Khalil dan Martin Ebner. (2015). How Satisfied Are You With Your
MOOC?A Research Study About Interaction in Huge Online Courses.
Journalism and Mass Communication; 5(12):629-639.
Heng Luo, Anthony C. Robinson dan Jae-Young Park. (2014). Peer Grading in a
MOOC: Reliability,Validity, and Perceived Effects.
Javiera Atenas. (2015). Model for democratization of the contents hosted in MOOCs.
Universities and Knowledge Society Journal; 12(1): 3-14.
Jenny Mackness, Sui Fai John Mak, Roy Williams. (2010). The ideals and reality of
participating in a MOOC. In Networked Learing Conference. University of
Lancaster: 266-275.
Jo Anne Murray. (2014). Participants perceptions of massive open online courses.
Insights; 27(2): 154159. http://dx.doi.org/10.1629/2048-7754.154ons of
massive open
Joyce Mae A. Manalo. (2014). An Evaluation of Participants Levels of Satisfaction
and Perceived Learning Regarding the MOOC in @RAL Platform. Malaysian
Journal of Distance Education; 16(1):101121.
Juhazren Junaidi dan Madihah Jailan. (2010). Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, fakulti
pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun
Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia:1-8.
Muhstak Al-Atabi. (2013). Entrepreneurship- The First MOOC in Malaysia.
http://linc.mit.edu/linc2013/proceedings/Session3/Session3Al-Atabi.pdf
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). (2016). Garis
Panduan Pembangunan & Penyampaian MOOC Malaysia.
http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangun
an_MOOC_Malaysia_19052016.pdf
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
187
Robert McGuire. (2013). The Best MOOC Provider: A Review of Coursera, Udacity
and Edx SkilledUp.com.http://www.skilledup.com/blog/the-best-moocprovider-a-review-of-
courseraudacity-and-edx/
Saidatuna Miftahul Jannah Azizul dan Md Yusoff Daud. 2015. Platform-platform
Untuk Massif Open Online Course (MOOC). Pendidikan Abad ke-21:
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta Cabarannya: 140- 155.
Saijing Zheng, Mary Beth Rosson, Patrick C. Shih, dan John M. Carroll. (2015).
Understanding Student Motivation, Behaviours, and Perceptions in MOOCs.
CSCW '15 Proceedings of the 18th ACM Conference on Computer Supported
Cooperative Work & Social Computing. Vancouver, BC, Canada: 1882-1895.
Shihua Li, Koen Lombaerts, Chang Zhu, Tao He dan Renfeng Wang. (2014).
Building Blended Learning Experience Around MOOC: a pilot study.
Siemens, G.(2005). Connectivism: A learning theory for the digital age. International
Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2(1), 3-10.
Siemens, G. (2006). Connectivism: Learning theory or pastime of the
selfamused.http://www.elearnspace.org/Articles/connectivism_self-amused.htm
Song. L & Hill, J.R. (2007). A conceptual model for understanding self-directed
learning in online environments. Journal of Interactive Online Learning. 6(1).
www.ncolr.org/jiol.
Soon Hau Chua, Juho Kim, Toni-Jan Keith Monserrat dan Shengdong Zhao. (2015).
Understanding Learners General Perception Towards Learning with MOOC
Classmates: An Exploratory Study. L@S '15 Proceedings of the Second
(2015) ACM Conference on Learning @ Scale: 305-308.
Utusan Online. (2016). MOOC jadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
tinggi 20 Februari 2016.
https://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/mooc-jadikan-malaysiapusat-
kecemerlangan-pendidikan-tinggi-1.192298#sthash.m1s4gqJr.dpuf
Watted Abeera dan Barak Miri. (2014). Students' preferences and views about
learning in a MOOC. ScienceDirect .Procedia - Social and Behavioral
Sciences 152; 318 323.
Whitney Kilgore. dan Patrick R. Lowenthal. (2015). The Human Element MOOC: An
experiment in social presence. In R. D. Wright (Ed.), Establishing an
equitable and fair admissions system for an online :389-407. Hershey, PA:
IGI Global.
Yuan Wang dan Ryan Baker. (2015). Content or platform: Why do students complete
MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching; 11(1):1-18.
Zahari Hamidon. (2014). Tahap Pengekalan, Enrolmen Dan Proses Pembelajaran
Dalam Kursus Mooc: Satu Tinjauan Awal. Presented in Seminar Kebangsaan
Sepanjang, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL .Ministry of Education
Malaysia & OUM.

You might also like