Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PENDAHULUAN

Pada masa kini, kita sering membincangkan mengenai masalah warga asing,

kegawatan ekonomi dan bencana alam. Tetapi, satu isu yang memang perlu diberi perhatian

dan dibincangkan secara serius yang sedang melanda negara kita, iaitu kegawatan sosial.

Kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini seperti perjudian, pelacuran, buang bayi boleh

menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia. Masalah ini jadi lebih serius akibatnya

daripada segala bencana lain yang kita boleh nampak dari keburukan fizikal dan akhlak. Oleh

sebab itu, kita perlu memahami kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini dan mencari

jalan untuk menyelesaikannya dengan cepat. Hal ini sangat penting kerana kegawatan sosial

menyebar dengan cepat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan

hal ini boleh menyebabkan proses pembinaan Tamadun Malaysia terjejas.

Dalam tugasan ini, kita ingin memperkenalkan tajuk kita kegawatan sosial yang

berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia dahulu.

Seterusnya, perbincangan kita merangkumi contoh-contoh kegawatan sosial menghalang

proses pembinaan tamadun Malaysia, punca-punca yang menyebabkan kegawatan sosial,

kesan-kesan kegawatan sosial dan langkah-langkah yang boleh menyelesaikannya. Kita akan

lebih memahami kegawatan sosial dengan membincangkan contoh-contoh kegawatan sosial

yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia. Dengan

memahami contoh kegawatan sosial, kita akan menyedar impaknya yang serius dalam

pembinaan tamadun Malaysia. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku mesti ada punca-

punca yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup

angin. Jadi, kita perlu mengenal pasti punca-punca yang menyebabkannya dan seterusnya

kita boleh menangani masalah atau kegawatan sosial dengan cekap dan berkesan.

1
BAHAGIAN A - PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara raja perlembagaan persekutuan yang terdiri

daripada 13 negeri dan tiga persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan Putrajaya.

1. KEGAWATAN SOSIAL YANG BERLAKU PADA HARI

Secara umumnya kegawatan sosial ialah pelbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak susuai dengan unsur-unsur kebudayaan atau cara kehidupan yang

diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat atau negara.

2. TAMADUN MALAYSIA

Tamadu Malaysia bermaksud sejumlah pencapaian dan pembangunan semua

golongan masyarakat malaysia dalam segala perlakuan, pemikiran, dan kemajuan yang

tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki

personaliti, tatsusila dan budi pekerti yang terpuji dalam membentuk masyarakat Malaysia.

Tamadun menggambarkan kemajuan sesuatu masyarakat, khususnya dari sudut ilmu

pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, tamadun juga merujuk kepada pencapaian

yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolan dalam tamadun.

Tamadun Malaysia yang kini dalam fasa pembangunan sering mengalami cabaran

daripada kegawatan sosial yang kian berlaku pada hari ini.

3. KEDUDUKAN MALAYSIA

Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasannya ialah kira-

kira 329 733km persegi dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Semanjung Malaysia dan

Borneo Malaysia. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik. Sejak dahulu lagi, negara

2
kita merupakan tempat persinggahan bagi pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, dan

India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timur dengan barat. Selain itu,

negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan Angin Taufan

menyebabkannya bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi

dan tiupan angin Taufan.

4. KEBUDAYAAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dengan aman dan

damai. Tiga bangsa utama Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.

Kaum melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi

Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa

Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Mereka juga mempunyai penglibatan yang

penting dalam arena politik Malaysia.

Cina pula membentuk 25% daripada rakyat Malaysia.Kebanyakkan kaum Cina

beragama Buddha, Taoisme atau Kristian yang bertutur Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis

atau Teochew. Mereka berpengaruh dalam bidang ekonomi.

India pula membentuk 7.5% daripada penduduk negara kita. Kebanyakkan kaum

India beragama Hindu yang berbahasa Tamil, Malayalam dan Hindi.

Di samping itu, Orang Asli juga sebuah populasi yang besar di Semenanjung

Malaysia. Dahulunya, mereka mengumpul hasil hutan, bercucuk tanam dan hidup berpindah-

randah tetapi kini mereka lebih diserap ke dalam kehidupan moden. Selain itu, terdapat juga

kaum Sikh, Serani dan lain-lain lagi.

Di Sarawak, kaum bumiputra terbesar ialah Iban dan mereka tinggal di rumah

panjang. Manakala di Sabah, Bajau, Melayu Brunei, Kadazan Dusun dan Murut merupakan

antara etnik-etnik yang besar.Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia naum

Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Sama seperti rakyatnya, makanan, pakaian,

permainan, seni bina dan kraftangan, seni pertahanan, muzik dan tarian berbeza mengikut

3
bangsa dan kaum masing-masing. Namun, semuanya dipengaruhi antara satu sama lain dan

membentuk sebuah budaya Malaysia yang unik.

5. AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Di Malaysia, terdapat empat agama yang dominan iaitu agama Islam, Kristian,

Buddha dan Hindu. Setiap agama menyambut perayaan yang berlainan. Misalnya,orang

Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, orang Kristian menyambut Hari Kristmas, orang

India menyambut Hari Deepavali, dan orang Buddha menyambut Hari Wesak. Begitu juga

dengan kepercayaannya, ia berbeza antara satu agama dengan yang lain. Contohnya, Islam

mempercayai Allah manakala Kristian mempercayai Jesus. Walaubagaimanapun, ajaran asas

setiap agama ialah sama. Semua agama mengalakkan perbuatan yang baik dan mempercayai

balasan baik dan buruk.

Dengan adanya, pelbagai agama, budaya dan kepercayaan yang berbeza namun

Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain kerana situasi kehidupan masyarakat yang

harmoni. Ini telah mendorong Malaysia mencapai Tamadun Malaysia. Tetapi,dalam era

globalisasi atau pemodenan ini, kegawatan sosial menjadi semakin serius dalam kalangan

masyarakat. Contohnya, kes pembuangan bayi, rogol, gansterisme, mat rempit, hamil luar
4
nikah, vandalisme, penderaan, sumbang mahram dan sebagainya kerap dipapar di dada-dada

akhbar dan televisyen. Kehadiran kegawatan sosial ini telah mencabar pencapaian Tamadun

Malaysia kerana pencapaian sesuatu tamadun bergantung kepada kemajuan masyarakatnya.

5
BAHAGIAN B PERBINCANGAN DAN ANALISIS

1. Contoh-Contoh Kegawatan Sosial yang Menghalang Proses Pembinaan Tamadun

Malaysia

Dalam globalisasi yang canggih ini, kegawatan sosial merupakan keadaan kacau-bilau

yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat banyak contoh yang berkait dengan isu ini,

terutamanya kes pembuangan bayi yang semakin bermaharajalela. Pembuangan bayi

merupakan tingkah laku yang menarik balik sokongan atau bantuan seseorang dari,

terutamanya di sebalik tugas, kesetiaan, atau tanggungjawab. Sebagai contoh, remaja yang

selalu milibatkan diri dalam kes pergaulan bebas akan mudah mengandung. Selepas bayi

dilahirkan, ibu bapa yang tidak mampu meningkatkan bayi itu akan meningalkan bayi itu di

hadapan orang lain. Dalam keadaan yang lebih teruk, sesetengah ibu bapa juga meninggalkan

bayi itu di dalam tong sampah dan mengabaikan bayi itu.

Selain itu, salah satu kegawatan sosial merupakan penyalahgunaan dadah. Dadah

merupakan ubat atau bahan lain yang mempunyai kesan fisiologi apabila dimakan atau

sebaliknya diperkenalkan ke dalam badan. Sebagai contoh, hallucinogen, depresan, ubat

penahan sakit, prestasi penambah, perangsang ialah dadah yang akan melambatkan aktiviti

otak, mengubah apa yang kita mendengar dan melihat, juga blok impuls saraf kita. Selepas

itu, pengguna dadah akan tagih kepada dadah. Penagih dadah akan mencari duit untuk

membeli dadah kerana dadah sangat mahal. Oleh itu, penagih dadah akan melakukan gejala

sosial untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah. Mereka akan mencuri dan merampas

harta benda orang lain.

6
Di samping itu, kegawatan sosial lain yang berlaku dalam negara kita merupakan

vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi

moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda

awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah

iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.

Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral.

Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam

dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu

tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.

Seterusnya, pendatang tanpa izin atau pendatang haram merupakan golongan orang

yang masuk atau tinggal di sesebuah Negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak

mengikut undang-undang imigrasi, sebagai contah memasuki negara tujuan tanpa permit dan

bukan dengan melalui pintu masuk utama. Kebanjiran pekerja asing dari negara jiran

terutamanya dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Pakistan ke Malaysia sesungguhnya

telah mendatangkan kesan dari segi ekonomi dan dari segi sosial. Jumlah pekerja asing kini

dianggarkan kira-kira 2.5 juta orang atau lebih kurang 10% daripada 28juta orang penduduk

Malaysia. Rusuhan yang pernah dicetuskan oleh pekerja Indonesia di depot tahanan Pekan

Nenas, Johor dan sebuah kilang di Nilai beberapa tahun dahulu sehingga sanggup membakar

bangunan dan merosakkan kenderaan polis telah membuka mata pihak pemerintah akan

risiko yang terpendam selama ini.

Tambahan pula, perjudian juga merupakan salah satu kegawatan sosial yang serius.

Perjudian adalah permainan di mana pemain bertaruh untuk memilih satu pilihan di antara
7
beberapa pilihan dimana hanya satu pilihan saja yang benar dan menjadi pemenang.. Pemain

yang kalah taruhan akan memberikan taruhannya kepada si pemenang. Peraturan dan jumlah

taruhan ditentukan sebelum pertandingan dimulai. Perjudian boleh menghancurkan atau

memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka

bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka.

Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka,

menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan

kos dalam sektor keadilan jenayah.

Akhirnya, kegawatan sosial yang selalu berlaku pada masa kini merupakan

gengsterisme. Gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam

sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher (1963) yang

merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal

remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan ini mudah terdedah

dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam

kumpulan mereka. Hal ini menjadi bertambah serius apabila terdapat juga pelajar perempuan

dan murid sekolah rendah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi

satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya kelihatan

seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka semakin berani

mencabar uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk

menggunakan senjata merbahaya.

8
2. Punca-Punca yang Menyebabkan Kegawatan Sosial

Pada era globalisasi ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari

segi ekonomi, politik dan sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020 tetapi masalah

kegawatan sosial semakin serius di negara kita. Masalah tersebut telah menghalang proses

pembinaan Tamadun Malaysia. Nilai-nilai pendidikan moral semakin hilang kedudukannya di

mata masyarakat. Masyarakat Malaysia tidak selamat di rumah dan di jalanan. Persoalannya,

apakah punca-punca kegawatan sosial menghalang proses pembinaan tamadun Malaysia?

Salah satu punca-punca yang mengakibatkan kegawatan sosial ialah keruntuhan moral

seperti kurang pendidkan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan agama daripada

keluarga menyebabkan nilai murni budaya masyarakat semakin menipis. Remaja tiada

mempunyai perasaan tentang bertanggungjawab dan akhirnya sanggup melakukan perkara

yang seperti mengorbankan anak yang baru dilahirkan, vandalism dan lain-lain. Kebanyakan

remaja memikir ajaran agama sudah ketinggalan zaman. Ibu bapa tidak memberi didikan

agama yang sempurna kepada anak-anak mereka sejak kecil kerana mereka berasa ajaran

agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akedemik yang berkaitan kerjayaan anak-

anak pada masa hadapan pada hari ini. Oleh itu, remaja tidak dapat membezakan dosa dan

menyakiti individu lain demi kepentingan dan keseronokan diri sendiri. Didikan agama amat

penting kerana remaja dapat bertindak secara rational sebelum melakukan sesuatu malah

mereka akan dapat membezakan perbuatan itu adalah baik atau buruk.

Di samping itu, kemelesatan ekonomi Malaysia adalah punca yang menghalang

pembinaan Tamadun Malaysia. Apabila sebuah Negara berlaku kemelesatan ekonomi, ramai

pekerja akan menghadapi masalah kehilangan pekerjaan. Pada era yang amat mementingkan

wang ini, penjaga akan lebih fokus dalam pekerjaan mereka menyebabkan mereka kurang

ambil berat tentang perkara anak-anak mereka. Ramai orang akan membuat perkara yang

dipaksa oleh keadaan yang miskin seperti rompak, pelacuran dan lain-lain untuk menukar

kehidupan yang susah kepada lebih selesa.

9
Selain itu, kepincangan institusi kekeluargaan menjadi punca dalam kegawatan sosial

yang semakin serius. Sikap ibu bapa yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan anak-

anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang sokongan, kasih saying, perhatian

daripada ibu bapa. Oleh itu, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi

terhad. Dengan ini, keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan

menyebabkan anak-anak mereka yang berusia 12-18 tahun merasa tertekan dan mahu

mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati

kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa dan

kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. Remaja

yang tanpa pengawasan ibu bapa akan menjadi liberal dan bersikap kurang ajar.

Bukan itu sahaja, pengaruh rakan sebaya juga akan menghalang pembinaan Tamadun

Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan

sebaya mereka pada usia yang muda. Dengan ini, remaja yang kurang ambil berat daripada

ibu bapa sanggup mengikuti rakan-rakan yang tidak bermoral asalkan mereka tidak

dipulaukan. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan

perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakan sebaya seperti merokok, membuli kanak-kanak,

pengambilan dadah dan lain-lain.

Tambahan pula, tekanan emosi dalam diri dan pengaruh dari persekitaran juga akan

berlaku kegawatan sosial yang menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia. Pada

zaman ini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-

mata. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang

dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selepas menghadiri

10
kelas-kelas lain seperti kelas tuisyen, muzik dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu

bapa, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk melakukan hobi yang digemari

oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah untuk mengurangkan

tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. Dengan ini, seseorang akan

melakukan perbuatan yang seperti pembunuhan, rompak dan lain-lain adalah

berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi dengan baik apabila dilanda

masalah.

Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga menjadi pendorong

kepada perbuatan yang mengakibatkan kegawatan sosial dan menghalang proses pembinaan

tamadun Malaysia. Sebagai contohnya, tidak ramai remaja yang ditangkap kerana perbuatan

vandalisme. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah akan meningkatkan jumlah orang asing

yang masuk negara kita kerana orang asing yang ditangkap kemudian akan dilepas, inilah yang

berlaku dan gagal ditangani hingga ke hari ini. Remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan

mudah secara haram kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Oleh itu,

penguatkuasaan undang-undang perlu mengambil tanggungjawab terhadap perkara-perkara

tersebut.

Akhir sekali, telalu terdedah dengan media Cetak dan media Elektronik akan

menyebabkan remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat adalah betul

atau salah. Pada masa kini, kita dapat lihat majalah-majalah hiburan yang dijual di merata

tempat dan peralatan media elektronik seperti televisyen, internet dan lain-lain.

Kesimpulannya, punca-punca yang berikut akan mengakibatkan kegawatan sosial.

Dengan punca-punca tersebut, proses pembinaan Tamadun Malaysia akan dihalang.

Masyarakat Malaysia hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membenteras

masalah kegawatan sosial. Pada pandangan saya, pihak kerajaan harus mengambil tindakan

yang sesuai untuk menyelesaikan punca-punca tersebut supaya pembinaan Tamadun

Malaysia akan berjaya dan imej Negara kita menjadi baik.

11
3. Kesan-Kesan Berlakunya Kegawatan Sosial Terhadap Pembinaan Tamadun

Malaysia

Dalam globalisasi ini, Kes kegawatan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan

Negara bangsa yang jika tidak dibendung pastinya membebankan Negara serta member kesan

negatif kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik, dan bermoral.

Permasalah sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, datangan buruh asing,

penjenayahan, penyalahgunaan dadah, Penderaan, jenayah rogol,keciciran sekolah ,dan

sebagainya.

Definisi pendudukan setinggan adalah setinggan secara umumnya dirujuk kepada

seseorang atau segolongan orang yang mendiami atau menduduki sesuatu tanah secara haram

atau melalui cara yang tidak sah dari segi undang sama ada dengan cara pencerobohan

ataupun melalui kaedah-kaedah. Peningkatan kos sara hidup boleh mengakibatkan

petempatan setinggan juga menjadi semakin meluas dan bertambah, oleh itu kadar

kemiskinan yang tinggi menyebabkan kadar kewujudan petempatan setinggan turut

meningkat. Contohnya, melalui pertambahan pembinaan rumah kos rendah yang mampu

dimiliki oleh penduduk petempatan setinggan. Hal ini kerana perbezaan taraf hidup seseorang

mendorong kepada sosial petempatan setinggan ini. Masalah sosial petempatan setinggan ini,

berlaku kesan daripada ketidakupayaan memiliki rumah sendiri yang akan menjadi

kegawatan sosial yang boleh menghalang process pembinaan tamandun Malaysia.

12
Selain itu, Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang

kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan jenayah ini dimanakan penjenayah. Jika

meningkat kes jenayah(Vandalisme) ini akan menjejaskan imej, kerana apabila pelancong-

pelancong melawat ke Negara kita, ia akan memberi kenangan yang tidak baik kapada

pelancong tersebut. Negara dan akan beban kepada rakyat and Negara, kerana banyak barang

yang rosak memerlukan kos untuk menggangu and pembaikan. Hal ini akan menjejaskan kos

bajet Negara kita untuk pembaikan barang-barang yang dirosakkan. Di samping itu,

Pembuangan zuriat adalah salah satu sosial kes jenayah yang akan menghalang membina

Negara kita. Seterusnya, pembuangan bayi akan peningkatan bilangan anak yatim, kerana

mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar dan menyara anak-anak yatim ini merupakan

kos kepada Negara.

Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Penyalahguna dadah dikenali sebagai

hidup dengan bergantung kepada dadah. Kebiasaanya ia akan membawa perasaan gembira

yang melampau kepada penagih atau penagih bertujuan lari daripada realiti. Orang yang

menagih dadah akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi, penyakit

mental, kanser dan sebagainya. Sama juga, penyalahguna dadah akan menjejaskan risiko

kesihatan berlaku.Hal ini juga boleh memberi kes jenayah berlaku. Apabila kes penagih

dadah dalam Negara kita meningkat, pembangunan Negara tergugat, ini kerana keasyikan

mereka untuk mengkhayalkan diri menyebabkab mereka tidak keiginan untuk bekerja and

hilang minat dalam pelajaran. Hal ini akan mengurangkan pengeluaran Negara biarpun dari

segi kewangan ataupun tenaga kerja.

Di samping itu, Keganasan rumahtangga bukan satu perkara yang baru wujud di

Negara kite, malah telah lama. Ia yang bentuk yang berbeza dari generasi ke genasi. Hal ini

akan termasuk penderaan atau penganiayaan terhadap ister, suami atau anak-beranak.

Penderaan kanak-kanak adalah secara fizikal merupakan suatu yang kejam yang dilakukan

oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak. Kesan pencederaan terhadap

13
fizikal mangsa adalah seperti parut akibat sebatan, cucuhan punting rokok, tangan terseliuh,

pekak, dan kabur penglihatan. Kes ini akan berlaku kepada kanak-kanak, kerana pihak

masyarakat tidak memberi cukupi pendidikan dan pegangan agama yang tidak kuat kepada

ibubapa. Hal ini boleh menghalang process binaan tamandun Malaysia, kerana kes ini akan

menjejaskan imej Negara kita, bukan ini sahaja, hal ini juga boleh menjatuhkan akhlak dan

moral dalam masyarakat khasnya di kalangan sosial.

Akhirnya, Buruh asing merupakan antara pemacu ekonomi Negara yang utama di

Malaysia. Keengganan rakyat Malaysia untuk memenuhi permintaan tersebut kerana rakyat

Malysia perlu taraf hidup yang tinggi, oleh itu kerajaan telah dipaksakan mengambil tenaga

buruh asing dari luar Negara. Seperti, Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Bijaksanaan,

Kedatangan pekerja asing akan membawa bersama pelbagai penyakit and gejala sosial yang

tidak sihat, walaupun kita mengalu-alukan kedatangan mereka. Sebagai contoh kepada

beberapa menyakit seperti taun, malaria. Hal ini akan menjadi permasalah sosial yang boleh

menghalang process membina Malaysia. Selain itu, Kedatangan pekerja akan juga membawa

penyakitan sosial, seperti rompakan, pecah rumahan, perebakan pelacuran, permusuhan

sesama pekerja, jenayah yang lain.

Kanak-kanak yang tercicir dari sekolah kerana keupayaan keluarga berpendapatan

rendah terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anak. Bagi kanak-kanak ini yang tidak

menyambung pelajaran mereka , kesan jangka panjang ialah kesukaran mencari pekerjaan.

Hal ini akan juga terpaksa terhadapan dengan kesusahan dan ke sempitan hidup, kerana

tekanan ekonomi yang dihadapi. Kesan jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini

ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, meragut meropak,

gangsterisme mengedar dadah dan menyeluk sake. Hal ini akan mlebih ketara apabila

pendapatan yang diperolehi tidak konsisten dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Perjudian membawa banyak keburukan dan mudarat pada diri dan masyarakat.

Keburukan yang boleh berlaku atas diri seseorang yang berjudi adalah suatu ketagihan.
14
Ketagihan di sini bukanlah disebabkan kesan fizikal pada tubuh badan. Apabila seseorang itu

mula berjudi, dia akan terdorong untuk mendapatkan keuntungan atau sebagai contoh,

seseorang yang telah tenggelam dengan perjudian akan dikelilingi dengan hutang piutang

pastinya dia tidak akan memperdulikan lagi hal keluarganya. Hal ini akan mengkibatkan

kehidupan dan insitusi keluarganya akan mula menghadapi ke hancuran yang telah dilaku.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan

tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Kegiatan rasuah akan

hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai Negara kita. Oleh itu,

gejala rasuah turut akan memburukkan lagi taraf kemiskinan rakyat kerana sumber-sumber

yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin deselewangkan. Selain itu, rasuah turut

akan mewujudkan pemerintahan yang lemah akan mewujudkan pemerintahan yang lemah

kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.

Kesimpulannya, Kes kegawatan sosial akan memberi banyak kesan yang boleh

menghalang proses pembinaan Tamandun Malaysia. Pihak-pihak masyarakat hendaklah

menyelasikan permasalah sosial dan berhenti kegawatan sosial berlaku.

15
4. Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Kegawatan Sosial

Tegasnya, kegawatan sosial ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar

keadaan tidak bertambah teruk. Pelbagai tindakan dan usaha perlu diambil untuk mengekang

gejala ini dalam kehidupan seharian.

Usaha yang paling utama dan efisien untuk mengatasi masalah kegawatan sosial di

negara ini adalah dengan rumah ibadat yang paling penting iaitu masjid. Di sinilah umat

Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjemaah. Masjid menjadi lambang

kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah, masjid juga mempunyai

peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam

masyarakat Islam. Kelangsungan budaya dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh

institusi ini Oleh sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika

baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid

Nabawi. Ilmu yang dipelajari di dalam masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai

tauhid, roh Islam dan akhlak. Ia mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu yang

dipelajari dalam masjid membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah dan takut

kepada Allah. Oleh sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur dan dedikasi. Apabila

semangat dan imbauan ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan

16
keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan

ajaran Allah itu sendiri .

Di samping itu, cara yang boleh diambilkan oleh ibu bapa perlu bijak mendidik anak-

anak mereka agar tidak terjerumus dalam kebejatan sosial seperti kegawatan sosial ini.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan satu ungkapan yang perlu diambil

iktibar oleh setiap ibu bapa dalam proses mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak

mereka. Ibu bapa harus memberi pendidikan agama sejak kecil supaya anak-anak mempunyai

pegangan yang betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa

mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang

mempunyai pendirian yang tersendiri. Ibu bapa pula tidak harus bersikap lepas tangan dalam

mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan menyerah tanggungjawab ini kepada

pembantu rumah. Seterusnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada

remaja dan anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat tinggal

dan tempat mengadu masalah.

Seterusnya, langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang penularan

masalah kegawatan sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah. Kempen-kempen

pencegahan jenayah juga boleh diadakan di dalam sekolah. Pada hari ini banyak kempen

yang diadakan di sekolah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja terutamanya

peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana para pelajar pada tahap ini kurang

terdedah kepada kegawatan sosial. Seandainya para pelajar diberi pendedahan awal tentang

kes jenayah, sudah tentu masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi. Dengan ini,
17
mereka akan takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen

kesedaran yang diadakan di dalam sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering

diadakan di sekolah seperti pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan

kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan yang tentang kegiatan jenayah, kesan dan

hukuman kepada kepada pesalah. Tegasnya, kempen kesedaran seharusnya diadakan untuk

meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat

membimbangkan.

Selain ini, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah kegawatan

sosial merupakan isu terpenting di negara ini ialah pihak berkuasa perlu mewujudkan konsep

bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang besar untuk

dibincangkan. Pelbagai langkah harus dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar

dan pekan selamat. Antara langkah untuk mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat

adalah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, polis dan sebagainya

dalam usaha memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes-kes rompakan, rogol, ragut

dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pihak-pihak tersebut, sekurang-kurangnya

dapat menakutkan orang yang ingin melakukan jenayah. Kamera-kamera litar tertutup juga

boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila kes

jenayah berlaku di kalangan kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat

diwujudkan, nescaya terdetik dan rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan

aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali

merupakan usaha yang efektif bagi mencegah kegawatan sosial.

Akhirnya, media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang

amat besar dan berkesan dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen

sosialisasi yang memainkan peranan penting dalam menanam dan menggalakkan amalan-

amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa juga mencorakkan hati budi, mentaliti

dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa harusnya mempunyai asas

18
falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Tambahan

pula, para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibu

bapa, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah,

membimbing, meningkatkan kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran

yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah

jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menanam nilai-nilai murni dan moral

yang baik dalam jiwa rakyat masyarakat melalui berbagai-bagai saluran teknologi maklumat

yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya untuk mencegah kegawatan sosial.

Konklusinya, kegawatan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia mendatangkan impak

negatif kepada diri, masyarakat dan negara malah boleh menghalang proses pembinaan

Tamadun Malaysia. Oleh sebab itu, begitu peri pentingnya setiap orang menyedari peranan

mereka dalam membanteras kegawatan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum nasi

menjadi bubur, masyarakat perlulah menggembleng tenaga untuk membanteras kegawatan

sosial yang semakin membarah di Malaysia. Hal ini sekali gus dapat meminimumkan statistik

kegawatan sosial dalam kalangan rakyat seterusnya negara Malaysia dapat melahirkan rakyat

yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti.

19
BAHAGIAN C - PANDANGAN

Pada pendapat kita, kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini kian meruncing dan

hal ini memang merisaukan semua kalangan masyarakat. Kegawatan sosial bukan sahaja

menjatuhkan ahklak manusia, kemungkinan berlakunya masalah yang serius dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial seperti imej negara terjejas, kegagalan dapat sistem pendidikan

yang sempurna, keharmonian dan keamanan masyarakat tidak boleh diwujud dan kes jenayah

di Malaysia naik tanpa berhenti serta pegangan agama yang kuat tidak akan wujud. Semua

golongan masyarakat juga akan menghadapi kesan-kesan daripada kegawatan sosial sebab

keharmonian masyarakat tidak boleh diwujudkan. Jika hal ini tidak menangani dengan

berhati-hati dan hal ini akan menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia.

Kekuatan jati diri di kalangan masyarakat masih berada di tahap yang rendah

merupakan faktor utama berlakunya kegawatan sosial. Hal ini memudahkan kemasukan nilai

negatif dan ia akan meningkatkan kekerapan berlakunya kegawatan sosial dalam masyarakat.

Pengaruh dari luar sepert media massa juga merupakan salah satu faktor terjadinya

kegawatan sosial ini. Sikap masyarakat yang lebih mementingkan kejayaan dalam kerjaya

juga merosotkan nilai murni masyarakat. Manusia yang mempunyai jati diri yang kuat akan

memastikan tingkah lakunya adalah baik.

Pada pendapat kita, kegawatan sosial merupakan pemusnah kehidupan dan ia

menyebabkan kejatuhan moral masyarakat. Dengan itu, aspek-aspek yang berkaitan

pembinaan tamadun Malaysia akan terjejas kerana kejatuhan moral masyarakat. Jadinya,

pembinaan tamadun Malaysia dihalang sebab ciri-ciri tamadun tidak wujud di Malaysia.

Untuk menangani kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini, masyarakat perlulah

memahami kepentingan nilai murni and akhlak diri. Aspek pendidikan keagamaan,

patriotisme dan kenegaraan harus diberikan perhatian mendalam untuk mengembalikan

kekuatan jati diri dan tahanuji ini. Untuk menangani kegawatan sosial dengan effektif, semua

20
pihak termasuk individu, ibu bapa, pihak sekolah, pentadbir Negara, masyarakat dan kerajaan

haruslah berganding bahu dan bertindak dengan cekap untuk menyelesaikan kegawatan sosial

yang berlaku dalam masyarakat kita supaya pembinaan tamadun Malaysia boleh dijalankan

dengan lancar. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menggubal undang-undang yang

berkaitannya untuk membendung kegawatan sosial.

21
KESIMPULAN

Pembinaan Tamadun Malaysia amat penting kepada Negara kita sebab tamadun ialah

pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi

fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Untuk mencapai WAWASAN 2020, Negara Malaysia perlu

mempunyai semua sifat yang menunjuk dalam sebuah Negara yang bertamadun. Kegawatan

sosial yang berlaku pada masa kini memberi impak yang amat besar kepada pencapaian

kepada Negara Malaysia. Semua golongan masyarakat perlu bekerjasama untuk menentu

punca yang menyebabkan kegawatan sosial. Dengan itu, semua golongan masyarakat perlu

bekerjasama dalam mengatasi dan mengurangkan kegawatan sosial yang berlaku pada masa

ini kerana sepakat membawa berkat supaya Malaysia boleh jadi sebuah Negara yang

bertamadun.

Jika kegawatan sosial dalam Negara kita boleh diatasi atau dikurangkan, proses

pembinaan tamadun Malaysia tidak akan diganggu, akhlak baik akan wujud dalam

masyarakat, pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani boleh dijamin, proses

pembinaan tamadun Malaysia tidak akan terganggu dan WAWASAN 2020 boleh dicapai.

22
NOTA KAKI DAN BIBLIOGRAFI

Osman Bakar., Azizan Haji Baharuddin., & Zaid Ahmad.,. (2009). Modul pengajian tamadun

Islam dan tamadun Asia (1st ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial. (n.d.) Diperolehi pada 2

Ogos 2014, daripada http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-a-

kemasyarakatan/1447-memperkasa-sistem-pendidikan-bagi-menangani-masalah-sosial

Dr Aminudin Mansor. (2011). Minda: Menangani masalah sosial dengan ilmu. Diperolehi

pada 1 Ogos 2014, daripada

http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Menanganimasalahsosialdenganilmu/Article

Perlu serius atasi kegawatan sosial belia Melayu. (20 Januari 2011). Diperolehi pada 4 Julai

2014, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Pendekatan Agama Untuk Tangani Gejala Sosial - Official Portal Institue of Islamic

Understanding Malaysia. (n.d.). Diperolehi pada 24 Julai 2014, daripada

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/buletin/8258-pendekatan-agama-untuk-tangani-gejala-

sosial

Premis judi internet, sarang pelacuran dibongkar. (08 Julai 2014). Diperolehi pada 16 Julai

2014, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140708/je_03/Premis-judi-

internet-sarang-pelacuran-dibongkar

23

You might also like