Teks Hadis Ting 5 1 2 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hadis (1) Tingkatan 5

Kehidupan Di dunia Ibarat Seorang Perantau (Menghargai Kehidupan)









()
Daripada Abdullah b. Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. memegang bahuku seraya bersabda : Jadikanlah
diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata : Apabila kamu
berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu
pagi janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk
persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

Hadis (2) Tingkatan 5


Orang Beriman Kekasih Allah (Peribadi Orang Beriman)













()
Daripada Abu Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman : Sesiapa yang
memusuhi waliKu, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tiada amalan untuk mendekatkan diri kepada Ku yang
lebih Aku sukai selain daripada amalan yang Aku fardhukan. Hamba Ku yang mendekatkan diri kepada Ku
dengan sentiasa melakukan amalan-amalan sunat (di samping amalan-amalan wajib) Aku lebih mengasihinya.
Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatannya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan
kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredhaan dan kawalanKu. Jika dia meminta
kepada Ku Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindunganKu Aku akan melindunginya.

Hadis (1) Tingkatan 1


Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin (Panduan Hidup Mukmin)

: )(



:
()
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu
tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunah nabinya.
Hadis (2) Tingkatan 1
Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan (Galakan Menuntut Ilmu)

: ( )


() Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang
yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelim (golongan yang tidak memiliki salah satu ciri-ciri tersebut),
anda akan binasa.

Hadis (1) Tingkatan 2


Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama (Tanggungjawab Setiap Mukmin)

: )(


)

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. , beliau berkata : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : (
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan , sekiranya
dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mempu mengubah dengan lidah
.hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman

1- Tanggungjawab setiap mukmin dalam mencegah kemungkaran.


2- Cara mencegah kemungkaran dengan tangan, lisan dan hati.
3- Kesan tidak mengikut prinsip yang betul dalam berdakwah.
4- Hikmat tanggungjawab setiap muslin mencegah kemungkaran
5- Pengajaran Hadis.

Hadis (2) Tingkatan 2


Sedekah Pemangkin Kesejahteraan (Kelebihan Bersedekah)

: ( ):








()

Daripada Abu Hurairah r.a. , beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Setiap sendi di tubuh badan
manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua
orang (yang berselisih faham) adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu
mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah
sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-
perkara menyakiti di jalan adalah sedekah.
1- Konsep sedekah dan hubungannya berdasarkan hadis.
2- Adab-adab sedekah
3- Kesan dalam kehidupan seharian terhadap pemberi dan penerima sedekah
4- Implikasi amalan sedekah terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.
5- Pengajaran ayat.

You might also like