Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

ELEMEN 1

Bil Sumber Muka surat


I Buku Ilmiah
ii Jurnal
Iii Akhbar
Iv Majalah
V Orang sumber
vi Melawat tempat kajian
vii Internet
Viii Televisyen
Ix Radio
x VCD/DVD
Xi Sumber lain
Markah

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Bil Isi Kandungan Muka surat


I Tajuk Kajian
Ii Senarai kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif kajian
V Kaedah kajian
Vi Hasil kajian
Vii Rumusan
Viii Lampiran
Ix Rujukan

PERKARA M/S

TAJUK KAJIAN.....................................................................................

ISI KANDUNGAN.................................................................................

PENGHARGAAN...................................................................................

OBJEKTIF KAJIAN...............................................................................

KAEDAH KAJIAN.................................................................................

HASIL KAJIAN......................................................................................

Nama permainan......................................................................................

• Asal-usul

• Negeri yang mempopularkan permainan ini

• Kaum atau etnik yang terlibat


Tujuan dimainkan.....................................................................................

Alat-alat yang digunakan .........................................................................

Cara dimainkan.........................................................................................

RUMUSAN .............................................................................................

LAMPIRAN.............................................................................................

RUJUKAN ..............................................................................................

Syukur kehadrat iIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus Sejarah tingkatan tiga ini yang bertajuk Permainan Tradisional

Melayu.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan

rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dengan memberi segala maklumat penting

yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada ibubapa dan

ahli keluarga saya yang telah memberi sumbangan motivasi kepada saya. Selain itu, saya

juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Rahayu binti Mat dan Pn.

Syaripah Noraiham binti Syed Ager yang sudi membantu saya dalam pencarian sumber-
sumber yang berkaitan dengan kerja ini melalui pusat sumber sekolah.Jika tanpa bantuan

kalian, saya mungin tidak dapat melaksanakan kerja ini dengan jayanya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah

sahaja dapat membalas budi kalian.

Kerja kursus ini berorientasikan beberapa objektif-objektif utama, iaitu;

 Mengenal asal usul permainan congkak.

 Mengetahui negeri yang mempopularkan congkak

 Mengenalpasti tujuan congkak dimainkan

 Mengenali alat yang digunakan untuk bermain congkak

 Mengetahui cara dimainkan


Bagi menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa kaedah. Antara

kaedah yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Antara responden yang ditemuramah

ialah ibu saya,Norizah bt. Ahmad.

Saya telah melayari Internet untuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam kerja

kursus ini. Contoh laman web yang saya layari adalah seperti laman web warisan dan

Kebudayaan Melayu.

Selain itu, saya telah merujuk beberapa buku ilmiah untuk menambah maklumat

dan pengetahuan saya tentang folio ini. Sebagai contohnya, buku yang dirujuk ialah

Ensiklopedia Malaysiana.
ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung

kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh

cari gali purba yang dibiayai oleh Geografi Nasional ("National Geographic")

menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak

5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui

pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini

merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai

sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri

atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN CONGKAK

Permainan ini popular di Semenanjung Malaysia, kerana banyak negeri-negeri di

semenanjung Malaysia memainkan permainan ini. Berdasarkan asal usul congkak,

congkak berkembang di Melaka dan kemudiannya disebarkan serata negeri-negeri

Melayu.

TUJUAN DIMAINKAN
Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-

kelamaan ia berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan untuk

memenuhi waktu terluang . Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya

mencipta pelbagai laman web di internet.

ALATAN YANG DIGUNAKAN

PAPAN CONGKAK

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang

pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala

pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai

ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan

papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian

diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang
disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam

dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima,

tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama

banyak.

BUAH CONGKAK

Buah congkak merupakan alat yang penting untuk memainkan permainan ini.

Buah congkak merupakan benda kecil yang digerakkan dari lubang ke lubang. Benda-

benda kecil seperti guli kaca, kulit siput, manik dan sebagainya dapat dijadikan sebagai

buah congkak.

CARA DIMAINKAN

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan

kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan

buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri

hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung

kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu

jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang

setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya

buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan

mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah

terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja

dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Jika bilangan buah congkak sudah tinggal sedikit, maka pemain perlu menapak

buah congkak tersebut. Menapak merupakan cara dimana buah congkak ditapakkan dari

lubang ke lubang yang seterusna sampai masuk kampung.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan

buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.

Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan

seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Permainan ini juga dikira dari dua segi. Pertama, pemain yang memasukkan bah

congkak kedalam rumahnya lebih banyak daripada lawannya. Kedua, pemain yang

menang menapak akan menjalankan buah congkaknya dahulu apabila permainan

disambung semula.
Saya berasa bangga kerana dapat mengetahui serba sedikit tentang permainan

tradisional di Malaysia. Kita seharusnya berasa bangga akan adat-adat ini kerana ianya

mampu memupuk semangat patriotisme antara kaum dan seterusnya menjadikan negara

kita aman dan makmur. Seharusnya kita menjaga permainan tradisional ini daripada

dilupakan oleh generasi yang akan datang.


Hasil temubual responden

Nazmi : Pada masa dulu, macam mana ibu memainkan permainan congkak ni?

Norizah : Masa dulu ibu main congkak dalam pasir saja. Pasir yang ada kami bentukkan
menjadi papan congkak. Masa itu, harga papan congkak memang mahal.
Biasanya, orang main untuk memenuhi masa lapang. Sekarang ni, banyak cara
congkak dimainkan. Pada asalnya, dua orang yang akan main. Lepas tu, diorang
masukkan buah congkak satu persatu kedalam lubang dan ke rumah ibu. Pada
awalnya kedua-dua pemain memulakan permainan, dan apabila lawannya
berhenti, pemain tersebut akan meneruskan permainan sehingga berhenti dan
lawannya pula menyambung perlawanan. Kalau buah terakhir jatuh dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah
yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Kalau buah terakhir jatuh
di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Masa buah
congkak dah tinggal sikit, pemain boleh menapak. Menapak ialah menjalankan
buah congkak sebiji bertapak dari lubang ke lubang hingga sampai rumah ibu.
Pemain boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
dengan mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.
Nazmi : Macam mana nak menentukan siapa menang?

Norizah : Macam yang ibu cakap tadi, sekarang ni, orang bermain congkak dengan
pelbagai cara, bergantung kepada pengadil. Tetapi pada masa dulu, permainan
ini diadili dengan pemain yang dahulu habis buah dan memasuki rumah ibunya
dikira kalah.

Congkak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia.


Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Block quote

Tajuk pautanTeks tebal==Latar belakang==

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Geografi Nasional ("National Geographic") menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga
7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai


sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri
atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-kelamaan ia
berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia
begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web
di internet.

Ini disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap


mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi
permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.
Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam
setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga
salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan
sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan
terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain
akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan
pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan
diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang
sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke
lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan
sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-kelamaan ia
berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia
begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web
di internet.

Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam
budaya dan bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak secara terus
dengan mereka.

[sunting] Cara membuat permainan

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat
juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara membuat congkak:

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan


congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam
dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan,
perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.


Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
[sunting] Peraturan Permainan

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga
dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

[sunting] Perbezaan Peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan
lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi
peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan
congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan
congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang
bergerak secara melawan arah jam.

[sunting] Pautan luar

• Halaman Permainan Komputer Affendi - Congkak Digital

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak"


Kategori: Permainan tradisional dari Malaysia
Buku Ilmiah

Ensiklopedia Malaysiana, Syarikat Kumpulan Ebiza, Kuala Lumpur, Malaysia.

Wawancara

Temubual dengan Norizah bt. Ahmad

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

You might also like