Surat Mohon Sumbangan Wakaf BARU

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU


JALAN PARIT BARU,45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH :BBA 6026 TEL : 03-3213 8168
Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SKTR / BBA602 / SURAU / 001
Tarikh : 8 Mac 2016

Kepada

_______________________
_______________________
_______________________

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN SURAU AL-RAUDHAH SEK KEB TELUK RU

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Teluk Ru sedang membina surau baru untuk kegunaan kami.
Sehubungan itu pihak sekolah ingin memohon sumbangan wakaf dari pihak tuan bagi menampung kos
dan perbelanjaan untuk pembinaan surau baru sekolah ini. Sumbangan wakaf ini boleh disalurkan
seperti maklumat di bawah.

2.1 Wakaf berbentuk wang tunai, atau,


2.2 Wakaf berbentuk cek berpalang

3. Maklumat akaun bank dan borang wakaf boleh dirujuk di lampiran belakang surat ini dan boleh
diisikan mengikut kehendak tuan / puan.

4. Kerjasama pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saya yang menurut perintah, Disahkan oleh,

..............
(ABDULLAH HASSAN B. HJ IKHSAN)
Yang Dipertua PIBG SKTR

Sk : Fail SKTR/Surau

You might also like