Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG 2017

DOKUMENTASI PELAKSANAAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

1. PENGENALAN
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam
kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan
pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku
dalam kalangan m urid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat
dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE
SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke
arah membentuk sahsiah diri m urid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak
sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010
KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

4. ANJURAN
Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG 2017

5. TARIKH PELANCARAN
Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Kebangsaan,
Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut :

5.1 Tarikh : 5hb Februari 2017


Hari : Ahad
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi

6. KEWANGAN
Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru sekolah berkenaan.

7. ATURCARA MAJLIS
- Sila rujuk Lampiran 2

8. PENUTUP
Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Secara
tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri
murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG 2017

You might also like