Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBAE4403
PROJEK KHAS
SEMESTER MEI 2017
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan
saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan


menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum 14hb - 16hb Julai 2017 atau Tutorial 4. Serahan
selepas 16hb Julai 2017 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di
myVLE).
PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan (%) Potongan Markah (%)


1. 0 30 0
2. 30.01 50 5
3. 50.01 70 10
4. 70.01 - 100 100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan
pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek berkaitan
dilupuskan dari pilihan rayuan.

2
SOALAN TUGASAN

Aktiviti pameran lukisan adalah penting bagi memperlihatkan hasil kerja pelukis-pelukis
tertentu. Ianya adalah sebagai landasan terbaik di mana masyarakat umum dan pencinta-
pencinta seni dapat melihat, menilai dan seterusnya memiliki hasil lukisan berkenaan.

Dalam tugasan ini anda diminta bertindak sebagai penganjur kepada satu pameran solo oleh
seorang pelukis cat air.
a) Sediakan satu kertas kerja sebagai kertas cadangan kepada pihak galeri seni untuk
membuat pameran ini. Kertas kerja ini mesti ditulis mengikut keperluan tertentu
berdasarkan format yang anda fikir baik diketahui oleh pihak galeri. Format perlu
meliputi bab-bab konsep pameran, tujuan pameran, nama pelukis, statement pelukis
dan sebagainya. Anda boleh fikirkan sendiri bab dan isinya mengikut pengetahuan
anda. Sila rujuk Apendiks A.
b) Menghasilkan lakaran yang menggambarkan idea pameran anda bagi kertas kerja ini.
Anda juga perlu menghasilkan banner atau flyer atau muka hadapan katalog bagi
pameran ini. Hasil kerja ini boleh dibuat dengan menggunakan komputer atau secara
manual dan hendaklah disertakan bersama dengan kertas kerja anda. Saiz hasil kerja
ialah A4 dan boleh dilukis atau dicetak atas apa sahaja jenis kertas.

3
Apendiks A

Maklumat yang diberikan pada anda untuk tujuan di atas adalah seperti contoh berikut:
1. Jenis Pameran: PAMERAN SOLO
2. Nama Pelukis: AHMAD ABDULLAH
3. Nama Galeri Seni: POINT GALERI
4. Lokasi Galeri: Wangsa Maju, Kuala Lumpur
5. Objektif pameran
6. Jenis hasil kerja seni yang akan di pamerkan: 20 buah Catan Cat Air yang
menggambarkan bunga-bunga di Malaysia.
7. Tarikh Perasmian Pameran: 31 Ogos 2017 pukul 2 petang oleh Datuk Bandar Kuala
Lumpur.
8. Tempoh pameran: 31 Ogos 2017 hingga 15 September 2017.
9. Konsep pameran: Pameran hasil kerja Cat Air yang memperlihatkan kebolehan
pelukis menggunakan kemahiran dan teknik sapuan Cat Air secara realistik.
10. Anggaran belanjawan yang diperuntukan untuk penganjuran pameran.
11. Ringkasan biodata pelukis: Pelukis adalah seorang guru Pendidikan Seni Visual yang
telah mengajar selama sepuluh tahun di sebuah sekolah menengah. Berkelulusan
Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual. Aktif dalam Persatuan Seni Visual tempatan
dan pernah memenangi beberapa hadiah penghargaan.
12. Kenyataan kerja (art statement) pelukis: Alam semula jadi adalah sumber menarik
yang menawarkan seorang pelukis untuk mencatat segala keindahannya. Pelukis
memfokus pada unsur-unsur seperti rupa, warna, garisan serta ton dalam
menghasilkan karya-karya Cat Air ini. Pilihan warna adalah hasil penelitian yang rapi
pada objek yang dilukis yang kemudian disesuaikan dengan warna persekitarannya.

Kertas kerja bagi tugasan ini hendaklah ditulis dalam format yang sesuai mengikut kehendak
pihak galeri. Lakaran dan hasil kerja banner atau flyer atau muka hadapan katalog perlu
disertakan bersama dengan kertas kerja dan dibuat dalam ukuran A4.

[Jumlah: 40 markah]

4
Rubrik Tugasan

Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah


Kriteria Wajaran 0 1 2 3 4 Penuh
Organaisasi 4 Tiada penulisan Organisasi Organisasi maklumat Organisasi Organisasi 16
maklumat kertas bagi bahagian ini. maklumat yang yang aagak teratur. maklumat yang maklumat yang
cadangan: tidak teratur. Organsiasi maklumat teratur. sangat teratur.
Jenis pameran Organsiasi yang agak Organsiasi Organsiasi
Nama pelukis maklumat yang berinformasi. maklumat yang maklumat yang
Nama galeri seni agak berinformasi. berinformasi. sangat
Lokasi galeri berinformasi.
Jenis hasil kerja
pameran
Tarikh perasmian
Tempoh pameran
Konsep pameran
Anggaran
belanjawan
Biodata pelukis
Kenyataan kerja
pelukis dll.
Skop dan huraian 3 Tidak Skop dan huraian Skop dan huraian Skop dan huraian Skop dan huraian 12
kandungan setiap menyatakan skop kandungan kertas kandungan kertas kerja kandungan kertas kandungan kertas
bahagian kertas dan huraian kerja yang tidak yang agak menarik. kerja yang menarik. kerja yang sangat
cadangan dan idea kandungan kertas menarik. menarik dan boleh
lakaran hasil kerja kerja. dicontohi.

Hasilan banner 3 Tiada hasilan Hasil kerja yang Hasil kerja yang agak Hasil kerja yang Hasil kerja yang 12
atau flyer banner atau flyer tidak efektif dan efektif dan agak efektif dan menarik. sangat efektif dan
disediakan. tidak menarik. menarik. sangat menarik.
Hasil kerja yang
boleh dicontohi.
JUMLAH MARKAH 40

You might also like