Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI SEBAGAI TOKOH ILMUAN ISLAM

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah
dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-
Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M
adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau berketurunan Parsi. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di
Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui. Al-Khwarizmi merupakan
seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri,
muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun (813-
833 M) di Baghdad, al-Khwarizmi telah memberikan sumbangan-nya yang cukup besar sehingga
beliau dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja. Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli sains
Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Antara karya yang
disumbangkan oleh al-Khwarizmi sepanjang hidupnya ialah Mafatih al-Ulum, Al-Mukhtasar fi
Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah, Al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-
Hind, dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

SUMBANGAN AL-KHWARIZMI BIDANG MATEMATIK


Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti
Khalifah al-Mamum dan Khalifah Harun al-Rashid. Beliau telah dilantik sebagai pakar
matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid.
Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-
Mamum. Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-
buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik
dalam bahasa Yunani. Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di
Baghdad oleh Khalifah al-Mamum. Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem
nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini
menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan
oleh penduduk timur Arab. Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka
sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor
yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa,
log, kosinus dan sebagainya. Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah
memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai
(pembolehubah). Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam
dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah
menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M. Beliau berjaya
mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya
seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa
dua (x), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.

BIDANG ASTRONOMI
Merupakan seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada
zaman Khalifah al-Mamun di Baghdad. Tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang
bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan
matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut
gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan
memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau
juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu. Selain itu, beliau juga
telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan
masa dan jam matahari. Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah)
berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana. Makalah pertama mengenai
alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini
diperbuat drp batu marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat. Makalah
kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi
sangat berkaitan dgn pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi
sangat berguna. Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran digunakan utk
menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan utk mengukur
waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.
GEOGRAFI
Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau
meninggal dunia. Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan
tulisan yang bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka
bumi. Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi.
Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan
keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai
cerap di Baghdad. Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut
Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy. Kitab ini lengkap
dgn carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di langit. Kita ini juga
menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara
negara-negara.

You might also like