Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

S&M Heavyweight Services,

Unit 130A, 1st Floor,


Wisma Sabah,
88000 Kota Kinabalu.

Pengerusi Koperasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan,
Papar, Sabah. 14 Jun 2017

Tuan,

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MESIN BASUH PAKAIAN LAYAN DIRI DI ASRAMA

Merujuk kepada perkara diatas, saya Mohammad Areza Bin Boonie, wakil syarikat S&M Heavyweight
Services ingin menawarkan diri untuk menyediakan kemudahan mesin basuh layan diri di asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan.

2. Berikut adalah maklumat servis yang ingin disediakan:

Bil. Perkara Maklumat


1 Caj servis RM 2.50 untuk setiap basuhan lengkap
2 Caj sewa tapak 10% dari hasil kutipan
Skop kemudahan Pemasangan, pendawaian, perpaipan, penyelenggaraan
3
berkala
Mesin basuh layan 4 unit (2 unit bagi setiap asrama)
4
diri

3. Di sini saya sertakan skop kerja dan juga kertas kontrak di bahagian lampiran untuk rujukan pihak
tuan.

4. Saya berharapa agar pihak sekolah dan pelajar mendapat manfaat dari perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mohammad Areza Boonie


Pengurus Syarikat
S&M Heavyweight Services
+60135524452

Open
SKOP KERJA SYARIKAT

1. Menyediakan (4) mesin basuh layan diri (syiling) bagi asrama lelaki dan perempuan.
2. Mengurus pemasangan mesin basuh dari pendawaian, pemasangan paip sehingga
kekemasan pemasangan.
3. Mematuhi peraturn pengunaan mesin basuh layan diri samada pihak sekolah ataupun pihak
berwajib.
4. Mengutip duit syiling dan mengeluarkan statement of account untuk rujukan pihak koperasi
/ sekolah.
5. Membayar caj sewa tapak kepada koperasi / sekolah setiap (6) bulan mengikut kadar caj
yang ditetapkan.
6. Mengurus keberadaan mesin basuh dan membuat penyelenggaraan berkala mengikut jadual
yang ditetapkan.
7. Membaiki mesin basuh pada bila bila masa sekiranya mesin basuh rosak ataupun
memeerlukan perhatian

SKOP SEKOLAH

1. Menyediakan ruangan / bilik yang sesuai untuk meletakkan mesin basuh layan diri.
2. Menyediakan punca elektrik dan air untuk disambung ke meisn basuh.
3. Memerhati dan mengawal selia pengunaan mesin basuh mengikut prosedur yang ditetapkan
supaya mesin berfungsi dengan baik.
4. Memaklumkan kepada syarikat sekiranya berlaku kerosakan kepada mesin basuh untuk
diperbaiki.

.. ..
(Mohammad Areza Boonie) ( )
Pengurus Syarikat Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
S&M Heavyweight Services
Agama Limauan
Tarikh : Tarikh :

Open

You might also like